KELAB BLOGGER BEN ASHAARI

Followers

Tuesday, August 4, 2015

Hamper Raya


Assalamualaikum..

Memang hari-hari lah cik nor lambat nak updates blog. Kerja banyak..maka dahulukan kerja yang penting dulu yer.:) Jangan la marah kalau singgah blog cik nor tak de entry baru lagi hari ni. Cik nor sekarang ni bersiaran waktu petang.Pagi kalau free time tu bw..:)

Berbalik kepada gambar kat atas. Hamper tu company yang dapat. Masuk2 pejabat selepasa raya nampak dia terpacak atas meja depan. Mak oii..terkujut ahkakk...Macm tak best lah pulak tengok dia terpacak kat depan tu.Maka cik nor bawak masuk dalam bilik bos. Then wasup bos tanya saper hantar hamper nie. Dia pun perli cik nor..kalau nak makan buka jer la.haha. Masa tu cik nor dah puasa maka lambat2la cik nor buka. Orang lain tak de kuasa nak buka hamper tu. haha

Sebelum orang lain rembat awal2 lagi cik nor dah rembat nescafe, teh  & coklat vochelle tu.haha. Tamak kan cik nor. Cik nor tak ambik sorang la, cik nor bagi dengan satu2nya engineer pompuan kat pejabat cik nor ni. Nak harap kan dia ambik sendiri memang tak la.Dia pemalu sikit orangnya.Cik nor nie memang jer jenis muka tak malu..main ambik jer.haha.Kata dalam pejabat jer.Kat luar cik nor tak buat macm tu..hihi

Oklah..itu sahaja untuk kali ini.See u next entry.babai

Monday, August 3, 2015

Food Review- Restoran El-Idrus



Assalamualaikum...

Sambil2 tengok gambar..sambil2 tu dok fikir apa yang nak ditulis hari ni. Macam blur lah pulak hari ni.Otak seumpama membeku kerana sejuk aircond pejabat.haha. Pandailah cik nor reka cerita padahal dia malas nak mengarang.:)

Kisah ni berlaku bulan puasa lalu. Tak rancang pon nak g berbuka kat luar.Tiba2 jer...member rumah ajak sebab salah seorang kawan kami dapat tukar kerja baru. Cik nor tak kisah..on jer..boring gak asyik makan kat rumah .hehe. Mula tu roomate cik nor suruh cik nor booking. Time cik nor dial nombor telefon dia bagi tu talian asyik busy jer.Last2 cik nor tertidur.Dia yang booking sendiri..:)

Kami makan kat kedai nasi arab Restoran Al-Edrus cawangan Kubang Kerian.Kami booking untuk 4 orang. Staff dia yang bagi cadangan..sebab kami pergi berlima jer. Kiranya utuk 4 orang dah cukup untuk kami berlima. Kami order kami beriani kambing & ayam. Kos untuk kami berlima petang tu RM90.00 termasuk GST.

Nasi arab dia memang sedap..lembut walaupon sejuk. Daging kambing & ayam dia memang superb. Tapi yang cik nor tak berkenan di hati tang air dia. Kenapala dia sediakan ice lemon tea. Cik nor pulak tak minum air teh terpaksalah jugak minum.huhu. Masa cik nor kat Terengganu dia sedia kan air mangga..Pekat dan fresh memang mabelas.:)


Apa-apa pon cik nor bagi 5/10 untuk restoren ini. Terasa nak makan makanan arab jangan lupa singgah Restoran Al-Idrus Cawangan Kubang Kerian.

Sunday, August 2, 2015

Souvenir Dan Hadiah Segmen

Assalamualaikum..

Tak tepati janji sungguhkan cik nor ni. Dua hari cuti hari minggu maka 2 hari jugaklah blog cuti tanpa sebarang entry baru.hehe. Nak buat macam mana..cik blog sibuk. Tambah2 pula line tenet macam siput lagilah malas nak buka blog..:)

Berbalik kepada gambar kat atas.. souvenir tu cik nor dapat dari bos cik nor yang g bercuti ke Jakarta sebelum bulan puasa lalu. Cik nor requestlah suruh dia belikan FM untuk cik nor. Memanglah dia beli untuk cik nor, bila cik nor tanya apa dia beli untuk staf lain. Boleh dia jawab.. saya tak beli apa2 kat diaorang. Lagipun diaorang tak tahu saya pergi Jakarta. Oleh kerana jawapan dia macam tu, maka cik nor senyap jer la..:) Dalam hati berkata..bertuah jugak dapat bos macam nie.haha

Keychain Kelantan tu cik nor dapat dari Mama3farhanah a.k.a http://mama3farhanah.blogspot.com. Cik nor just suka2 jer join.Tak sangka la menang pulak. Entry segmen tu cik nor malas nak cari dah.Haha. Tapi entry pengumunan pemenang ada :http://mama3farhanah.blogspot.com/2015/06/pemenang-untuk-segmen-teka-dan-menang.html.

Apa2 pun terima kasih buat Mama3farhanah kerana bagi hadiah ni untuk cik nor. Kalau ada segmen macam lagi jangan lupa ajak cik nor join..:)

Oklah.Itu saja untuk hari ni.Babai..:) 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...