KELAB BLOGGER BEN ASHAARI

Followers

Thursday, July 30, 2015

Kad Raya 2015


Assalamualaikum..

Orang lain dah habis buat entry pasal kad raya cik nor baru terhegeh-hegeh nak buat.Sabar jer la.hehe.Harap korang faham masalah penyakit M cik nor..:)

Kad raya yang berwarna purple tu sudah semestinya dari blogger Fuza Musa a.k.a http://fuzamusa.blogspot.com/. Alah tak korang tak kenal..blogger glemer yang berniaga kain pasang dan bawal dari Bandung, Indonesia tu.Tipu lah kalau tak kenal. Kalau betul2 tak kenal tapi nak kenal Kak Fuza ni..jangan lupa klik link yang cik nor bagi tu. Thanks kak fuza hantar kad raya utk cik nor..:)

Kad raya yang bewarna pink dan ada gambar cik blog tu sudah semestinya dari UZU a.k.a http://www.kisahemasputih.com/. Teruja jap dapat kad raya dari uzu. Alamaklumlah blogger hebat hantar kad raya kat cik nor. Duta produk Citra Mulia tu..Kembang lobang hidung cik nor jap.hehe. Thanks Uzu hantar kad raya untuk cik nor.

Manakala  kad yang berwarna tu tu pula dari blogger yang minat biru iaitu Shida Radzuan a.k.a http://www.duniashida.com/. Shida memamg tiap2 tahun tak pernah miss hantar kad raya untuk cik nor.Kenapa macam tu?Biasalah..cik nor kan pengomen tegar blog dia..hehe. Kalau nak print kad raya untuk tahun depan jangan lupa contact Shida. Thanks ye shida..:)

Last sekali..warna pink jgk kad dia.Macam nak sama dengan Uzu punya ialah dari Sihatimerahjambu a.k.a http://www.azhafizah.com/. 
 Blogger yang mahir edit blog dan menerima pelbagai tempahan berkaitan dengan blog.Cik nor suka baca blog fiza ni. Entry dia matang dan berpengetahuan. Bukan macam blog cik nor main hentam jer labu. Janji ada entry baru..kihkih. Thanks fiza hantar kad raya kat cik nor.:)

Okla itu sahaja untuk hari ini.Babai
 

Salam Kemerdekaan

Assalamualaikum...


Selamat menyambut Kemerdekaan yang ke - 58 . Semoga Malaysia aman makmur sokmo dan juga dijauhi segala bala bencana & unsur kejahatan...aamiin.

Kepada yang menyambutnya malam ni. Jaga diri dan hati2 selalu.


Mana-mana individu yang menyertai konvoi malam merdeka...take care yer...

Manfaatkan cuti anda dengan perkara-perkara yang berfaedah. Elakkan dari melalukan perkara-perkara yang dimurkai Allah...

Selamat menyambut merdeka & selamat bercuti . Ingat Allah selalu....

Wednesday, July 29, 2015

FeecaMella Raya 2015 Giveaway

http://letaknamaterlalumainstream.blogspot.com/2015/07/feecamella-raya-2015-giveaway.html

Giveaway bermula dari 23 July 2015
and berakhir pada 31 July 2015
Pemenang akan diumumkan di blog ini and FeecaMella Instagram
pada 2 hari berikutnya 2 August 2015 :)
Syarat-Syarat Wajib Penyertaan : 
1. Tulis entry yang bertajuk "FeecaMella Raya 2015 Giveaway"
-----> (Copy & Paste kandungan entry ini)
2. Follow blog ini, Aynal Mansor
3. Follow Instagram @FeecaMella 
4. Like Facebook FeecaMella
Soalan :
1. Pada Tahun Bilakah FeecaMella Ditubuhkan?
----> Nak tahu Jawapan mudah ada di Entry Ini :))

Assalamualaikum..

Kalau ada yang nak join jangan lupa klik banner cantik kata atas tu. Gud luck yer semua..:)

Cuba Teka Apa Isinya- Rabu Tanpa Kata


Assalamualaikum..

Oleh kerana cik nor dilanda penyakit M yang melampau. Maka cik nor nak srh korang teka jer apa ada kat dalam tu.Kepada yang betul ada hadiah menanti anda. Hadiah tu biasa2 jer..hehe 

Selamat meneka..:)

Tuesday, July 28, 2015

Food Review - Lugano By Hayaki

Assalamualaikum...

Terasa malas sebenarnya nak update blog hari ni tapi dah janji nak updates 1 entry sehari, maka cik nor paksa la idea untuk mari menemani cik nor untuk menulis..:)

 Peristiwa ni berlaku selepas raya...kira baru la bukan pekasam yer..haha. Kami berdua keluar makan sempena meraikan my roomate dapat kerja baru.Untungnya ...rezeki tahun 2015..Cik nor bila la gamaknya nak dapat kerja baru jugak..huhu. Poyo jer kan gambar yang kat atas tu..haha
 Malam tu cik nor makan nasi goreng kerabu. Cik nor terpaksa order nasi sebab lapar..cik nor puasa..kalau tak silap baru sehari puasa. Confirm la lapar..:) Nasi goreng kerabu ni rasanya not bad tapi sedikit berminyak. Bagi yang berdiet tidak disyorkan untuk meng'order' nya. Harga untuk Nasi goreng kerabu ni RM10.50
  Untuk minuman pula kami order smooties..ehh..betul ke ejaan dia macam tu? Hantam jer la. Roomate cik nor order milk smooties kalau tak silap. While cik nor order chocolate cip smooties. Memamg mabeles smooties dia. Ais tu dia blend halus sangat..xpuas bila habis segelas..:) Harga untuk segelas smooties ni cuma RM9.50
 Yang ni pula makanan yang roomate order..chicken mary kot nama dia..hehe. Rasa memamg mabeles tapi roomate complaint...kenapa kecik sangat..haha. Nampak nau makan banyak..Opps sori ye lia..:) Harga untuk chicken mary ni RM10.50
Inilah orang yang di raikan. Sekarang dah lapor diri kat pulapol. Tahniah yer lia..Moga sentiasa tabah mengharungi segala dugaan. Bakal inspektor ni..:)

Total damage untuk malam tu termasuk GST RM39.00 untuk 2 orang ...muroh ko idok?

Kepada yang terasa nak makan di Lugano by Hayaki tempatnya betul2 berhadapan dengan USM, Kubang Kerian, Kelantan.No . contact tak jumpa la pulak. Google lah yer,,:)

Monday, July 27, 2015

Menang Hadiah Makanan Kucing & Topup

Assalamualaikum...

Beginilah jadinya kalau bertnagguh nak buat entry.Last2 jadi pekasam.haha.Tapi tak per janji cik nor updates.Harap korang semua sudi bacalah lah yer..:)

Sebenarnya dah lama cik nor dapat hadiah kat atas tu tapi xsempat nak buat entry. Segmen yang cik nor join tu  ialah Segmen Kucing Saya Hebat.  

Segmen ini di ajurkan oleh Ayuni Rafilah dan Asma Felt Box. Tak sangka jugaklah kucing cik nor bertuah. Dapat 2 hadiah .Topup untuk tuan dia dan makanan kucing untuk kucing..hehe.Makanan kucing dah lama habis...topup pon sama. Terima kasih buat Ayuni & Asma kerana menganjurkan segmen yang simple tapi hadiah kebaboom. Terima kasih juga dengan hadiah yang diberikan. Semoga mereka berdua ni akan anjurkan segmen yang lagi hebat dimasa akan datang.

Nak kenal mereka berdua ni jangan lupa klik link yang cik nor bagi kat atas tu..:)


Sunday, July 26, 2015

Makan Sedap Tapi.....


Assalamualaikum..

Janji tinggal janji dah cik nor nie. 2 hari cuti hujung minggu maka 2 hari jugaklah blog cuti tanpa entry baru.Adoiii..memang pemalaskan.Nak buat entry autopublish pun malas..huhu

Cerita pasal bihun sup kat atas tu sebenarnya sebelum puasa lagi.Tapi asyik bertangguh nak buat entry sehingga bulan puasa.Bila bulan puasa entry makanan tak dibenarkan publish kat blog cik nor.Faham2lah kenapa yer..:) 

Ceritanya macam ni..masa kat pejabat roomate whasup tanya nak makan apa, dia nak g pasar malam. Oleh kerana cik nor tak makan nasi waktu malam maka cik nor srhla dia belikan bihun sup xde lah heavy sangat.Pergh...masa makan tu memang berselera betul , nak buat macam mana kena dengan selera cik nor. Dah dekat2 nak habis tu..cik nor terperasan something dekat daging..ada benda berwarna putih..Telek punya telek..Allahuakbar...telur lalat.Nasib tak telan lagi..Hilang terus selera nak makan tadi Nak keluarkan balik separuh yang dah makan tadi memang taklah. Tawakal jerlah moga cik nor tak kena cirit-birit. Alhamdulillah..cik nor tak apa2 keesokan harinya.

Buat peniaga pasar malam dimana jua anda berniaga jagalah kebesihatan makanan & gerai anda  agar pelanggan ada tidak cabut lari. Moga rezeki yang anda dapat itu lebih berkat...InsyaAllah

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...