KELAB BLOGGER BEN ASHAARI

Followers

Thursday, April 16, 2015

Kereta Ku Di Langgar Lari


Assalamualaikum..

Hari ini ingat nak review pasal produk My Beauty Herbs tapi ada lagi syarat-syarat yang tak cukup maka terpaksa hold dulu la. InsyaAllah ...hari ahad cik nor publish la.Buat kak mia..sori sebab lewat hantar entry review.

Sebenarnya nak citer pasal kereta cik nor yang di langgar orang yang tak bertanggungjawab. Kejadian ni dah hampir sebulan berlaku tapi sori la tak sempat nak updates kat entry.Memang banyak entry tertangguh sekarang.huhu. Masa kejadian ni berlaku cik nor dalam perjalanan balik ke kampung sebab cuti hujung minggu. Ketika di langgar kereta cik nor tengah bergerak dan cik berada di jalan yang lurus bukannya simpang ke apa.

Entah mabuk apa orang yang tak bertanggungjawab tu tiba2 melanggar belakang kereta cik nor.Cik nor carilah space yang ok skit nak berhentikan kereta sebab masa tu jalan tengah sesak dengan orang balik kerja.Belum sempat tengok siapa yang langgar dia dah melarikan diri.Tapi xper cik nor sempat ambik no. plate kereta dia. Jangan bimbang cik nor tak buat report pun sebab tak teruk mana pun.Geram jer la. Apa2 pon cik nor harap orang yang langgar kereta cik nor tu sedar kesalahan dia.Cik nor tak akan maafkan dia sampai bila-bila. Tunggulah balasan di akhirat nanti. Semoga Allah membalas kejahatan dia itu.

Kejadian ini berlaku di simpang sebelum traffic light Mulong, Kota Bharu Kelantan. Tarikh tak ingat tapi ada kat wall FB.

Wednesday, April 15, 2015

Red Mummy Di Econjaya, Machang?

Assalamualaikum..

Havoc tak tajuk entry cik nor kali ni?Apa tak havoc..memang pon.haha..Hari tak boleh tulis panjang2 nanti rabu marah. hehe

Mana der Red Mummy datang Econjaya, Machang nyer.Just gambar dia jer ada dalam pasaraya tu.Red Mummy sekarang dah jadi duta produk P&G..Maka gambar dia ada di mana2 sahaja. Bila la gamaknya nak jadi blogger macam Red Mummy ni? Verangan jap...ada follower ramai ..glemer gtu..hihik..Sekali cash out income dari Nuffnang RM10k...huhhh..kaya makcik (angan-angan kosong weh) haha

Nak kenal siapa Red Mummy ni Pencinta Merah Red Lover a.k.a http://redmummy.com/. Klik jer link cik nor bagi. Nanti boleh kenal siapa Red Mummy..:)

Monday, April 13, 2015

Instant Shawl 2 Muka







Assalamualaikum...

Hari cik nor nak promote instant shawl terkini yang cik nor jual. Cik nor panggil instant shawl 2 muka jer.Sebab apa? korang tengoklah video yang cik nor share kat atas tu.Video tu mengajar cara memakai instant shawl terbaru cik nor jual. Oppss..jangan muntah hijau tengok model tak berbayar kat atas sekali tu..hehe.

Yang kat tengah2 tu warna2 terkini instant shawl 2 muka. Berminat jangan lupa hubungi cik nor (0199791081) -call/sms/whatsapp/wechat

Sunday, April 12, 2015

Cik Nor Dapat Maggi???



Assalamualaikum...

Kalau hari minggu jangan harapla ada entry baru kat blog cik nor. Xsempat yer nak buat entry berjadual.Harap maaf yer semua. Sebelum nie ada jugak cik nor buat tapi buat masa sekarang nan-hadoo..sebab ada penyakit M...haha

Cik nor dapat maggi? Mesti korang tertanya-tanya dari mana cik nor dapat maggi kan. begini cerita nya..dalam bulan februari kot..cik nor kan suka bw kat blog2 glemer..sebab apa tau..nanti dengan cik nor skali perasan glemer. haha.Cik nor g ler jejalan kat blog Cik Epal mesti korang kenal kan blogger nie.Cik nor suka sangat singgah blog dia.Cerita2 dalam blog dia best...paling suka baca entry masa dia kawen...hehe.Dah melalut kan cik nor ni.Lain yang orang nak tahu lain yang ko cerita.hehe

Masa cik nor singgah tu dia tengah review maggi royale. Alah maggi yang tengah hot iklan dia kat tv sekarang..hehe. Syok2 baca..zuppp..terpandang ayat last sekali.Dia memerlukan 10 blogger..just email nama, alamat, no. tel, nama blog n bagi pendapat kenapa anda nak sangat cuba maggi royale ni. Ermm..cik nor apa lagi..cepat2 hantar email dan macam biasalah bagi pendapat merapu cik nor.hehe

Lama jugak cik nor tunggu nak dapatkan bungkusan maggi tu.Ingatkan dah tak dapat...tapi rezeki cik  nor hanya Allah yang tahu...Dua minggu lepas cik nor dapat satu bungkusan kurier yang besar gedabak.Dalam hati dah cuak..bila masa aku beli barang ni.Dahla duit xbanyak dalam wallet.Nasib baik masa g sign nak ambik barang tu dia xmintak apa2 bayaran.Huh..lega..bila buka..taraa...satu kotak maggi royale. Alhamdulillah...Thanks buat Cik Epal N Maggi bagi hadiah ni kat cik nor.Terdapat 2 perisa dalam kotak tu. 1 perisa Korean Spicy dan 1 lagi Penang Seafood Curry.Memang meletop & terangkat...memenuhi citarasa cik nor...:)

Nak tahu lebih lanjut tentang manggi ni jangan lupa klik SINI.

Ok.See u again

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...