KELAB BLOGGER BEN ASHAARI

Followers

Thursday, April 9, 2015

Terima Kasih SiHatiMerahJambu


Assalamualaikum...

Hari belek2 folder gambar yang cik nor save dalam pc ni, banyak nau gambar yang dah ketinggalan. Tapi cik nor kena jugak buat entry kerana semua gambar tersebut berkaitan hadiah.Lambat pun lambat lah janji ada entry. Cik nor bukan nak menunjuk yang cik nor dapat banyak hadiah tapi entry tersebut sebagai penghargaan kepada si pemberi hadiah.

Straight to the picture..hadiah tersebut cik nor dapat dari blogger SiHatiMerahJambu a.k.a http://www.azhafizah.com/. Mesti korang kenal punyalah.Blogger glemer nie.Cer korang bagi nama blog cik nor..kompen2 orang tak kenalkan. Mesti orang tanya..blogger ke ni?haha. Cik nor dapat hadiah tu kerana cik nor salah seorang pengomen tegar blog Fiza.Tak sangka jugak dapat sebab cik nor kadang2 komen kadang2 tak...hehe. Apa2 pun terima kasih fiza coz bagi hadiah selimut tu.Sayang nak guna lagi..simpan dalam almari jer..hihi

Kepada yang masih tidak mengenali Fiza boleh lah klik link yang cik nor bagi kat atas.Tak rugi kenal dengan Fiza ni.Baik dan peramah orangnya.

Oklah.Stop dulu.babai..:)

Wednesday, April 8, 2015

Aiskrim Baba

Assalamualaikum...

Cik nor updates blog dah tak ikut apa yang berlaku semasa dah.Banyak dah tertinggal.Ikut mana yang cik nor suka jer.Kihkih.Harap korang suka lah layan blog cik nor hidup segan mati tak mahu nie..:)

Aiskrim baba? Mesti korang tertanya-tanya kenapa nama dia macam tu.Jangan tanya cik nor sebab cik nor pun tak tahu.cik nor tahu makan jer. Kat mana nak dapatkannya? Alah..kalau korang ke Rantau Panjang, Kelantan bersepah jual aiskrim ni. Murah pulak tu.Yang cik nor tunjuk gambar nie RM2.00 jer.Ada yang special harganya kalau tak salah cik nor RM5.00. Yang murah dah lerr...hihi.Macam2 dia letak dalam aiskrim tu contohnya jagung, roti yang dipotong kecil, pulut dan macam2 lagi (Sebenarnya cik nor lupa..hehe) siap ada topping coklat dan ditabur chocholate rice lagi...yummy..sdapnya..saja kan nak bagi korang terliur..:)

Cik nor tiap2 minggu makan aiskrim nie sebab seminggu sekali cik nor akan ke Rantau Panjang ambil stok tudung..:) Apalagi paw kakak cik nor la..hehe

Oklah..dah panjang merapu...stop dulu..:)

Tuesday, April 7, 2015

Hadiah Pengomen Tegar Dari Suria Amanda


Assalamualaikum..

Hiashh..susah betul sekarang nak updates blog.Kerja banyak.Terpaksalah dahulu kan yang penting.Betul tak kawan-kawan?hehe


Sebenarnya dah lama cik nor terima hadiah ni dari kak S.A  a.k.a http://suriaamanda.blogspot.com tapi nak buat macam mana penyakit 'M' menguasai diri ditambah pula dengan kerja yang berlambak maka lambatlah keluar entry pasal hadiah ni. Mohon maaf yer kak..cik nor lambat buat entry pasal hadiah nie.Apa2 pon terima kasih banyak buat akak coz bagi se manicure & padicure ni.Cik nor suka sangat..:)

Nak kenal dengan Suria Amanda jangan lupa klik link yang cik nor bagi kat atas tu.Rugi tau tak kenal SA ni...peramah orangnya..:)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...