KELAB BLOGGER BEN ASHAARI

Followers

Tuesday, January 6, 2015

Alkisah Banjir Di Machang



Assalamuaikum..

Dah lama betul tak mencoret kat sini.Nak buat macam mana banjir.So Otak cik nor pon beku sekali la...hehe.Hari cik nor nak share retetan banjir 2014.

24/12/2014 - Pagi2 lagi adik tel tanya nak balik pukul berapa.Cik nor jawabla macam biasalah.Adik mention kat kampung hujan non-stop dah.Kalau lewat balik kemungkinan jalan nak masuk ke rumah tidak boleh di lalui. Hati dah gusar...macam mana ni.Nak balik hari ni ada tetamu nak datang pejabat.Try mintak dengan bos nak balik awal.Alhamdulillah bos bagi green light.After tetamu beredar cik nor terus balik kampung.Masa tu dah pukul 4.00 ptg.Dalam hati tetap berdoa moga jalan masih boleh dilalui. Sampai kat Machang..cik nor dah hangin sebab kereta kat depan tiba2 slow.Rupanya dia confius..jalan baru sudah ditutup rupanya.Hanya jalan lama sahaja boleh dilalui buat masa sekarang.Masa cik nor lalu tu..hanya sikit lagi air bakal melimpah..Kalau lewat 1 @ 2 jam mungkin cik nor kena patah balik ke Kota Bharu or cari jalan alternatif lain untuk balik ke kampung.huhu.Bila masuk ikut jalan lama cik nor lupa nak cross g lalui highway baru..cik nor ikut bandar Machang...masalah pula timbul bila air dam melimpah atas jalan cik nor xberani nak lalui jalan tersebut n cik nor terpaksa u-turn balik ikut jalan baru.Dugaan betul.Nak masuk jalan kampung cik nor air dah melimpah..masa tu berhenti lama jugaklah..nak lalu or tak.Budak2 kat situ ada mention air xlaju sangat.Tunggu abang ipar datang ambik xdatang2.Last2 cik nor beranikan diri lalu air di atas jalan tu.Gambar no.1 tu sebenarnya sawah padi bukannya sungai..huhu .Malam tu siap jer cik nor solat isyak..Bekalan elektrik diputuskan.Allahuakbar....masa tu lebih kurang pukul 12.30 pagi.

25/12/2014- Terasa suramnya hidup bila bekalan elektrik diputuskan.Pada tarikh nie bateri masih phone masih boleh bertahan.Entah berapa jam cik nor pun tak tahulah.Pasrah jer lah kalau dia mati tiba-tiba.Guna phone sekadar yang perlu sahaja.Lebih parah bila bateri phone dah tak mampu bertahan.huhu

26/12/2014- Bekalan air sudah mulai slow.Tiada apa2 yang boleh dilakukan lagi.Bekalan elektrik tak ada kalau hendak menggunakan perigi.Hendak atau tidak kudrat empat kerat ini terpaksa digunakan untuk menangkut air dari perigi ke rumah untuk kegunaan seharian..huhu.Cik nor dah macam zaman purba bila perkembangan banjir tidak diketahui langsung.Bingung sekejap..

27/12/2014- Kakak cik nor yang kerja kat sekolah telefon tempat kerjanya untuk mengetahui bekalan sudah disambung atau tidak.Alhamdulillah bekalan elektrik ada.Kami serbu tempat kerja kakak dengan membawa semua telepon yang ada drumah dan juga power bank..Alhamdulillah...3 jam menanti..phone masing2 penuh dicas.Tapi lama mana sangatbateri phone boleh bertahan terutama yang guna internet...huhu

28/12/2014- Sekali lagi masing -masing di uji lagi bateri telefon hampir kehabisan.Semalam dapat jugaklah info yang air semakin naik di Kuala Krai dan Tanah Merah.Hari ni dok fikir lagi mana  nak cas telefon ni.Sekali mak bagitahu rumah nenek dah ada bekalan elektrik.Alhamdulillah...tanpa fikir panjang terus siap2 dan start motor ke rumah nenek membawa lebih kurang 10 phone.huhu.Kuasa Allah tiada siapa yang tahu..malam tu bekalan elektrik disambung kembali.Malam tu kami dah macam orang jakun yang tak pernah jumpa tv.Semua dok depan tv untuk mengetahui berita banjir di Kelantan.Puashati sangat bila dapat tengok berita..huhu.Untuk pengetahuan korang semua..pada tarikh 06/01/2014 kampung cik nor masih belum disalurkan kembali air bersih.Rumah cik nor masih lagi menggunakan air perigi untuk kerja-kerja rumah yang menggunakan air..

*semoga semua mangsa banjir tabah menghadapi dugaan Allah....
 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...