KELAB BLOGGER BEN ASHAARI

Followers

Monday, May 12, 2014

Mini Contest Hari Guru 2014: Sebuah Kenangan






 Assalamualaikum..

Semasa berjalan-jalan dekat blog kawan- kawan tadi terjumpa satu mini contest sempena hari guru tahun ini.Lalu terdetik hati Cik Nor untuk ikut serta mini contest sempena hari guru 2014. Memang banyak kenangan bersama guru- guru tersayang. Gambar di atas begitu banyak kenangan pahit manis bersama.

Tahun 1997 adalah tahun paling penting dalam hidup Cik Nor, dimana pada tahun tersebut Cik Nor bakal menduduki peperiksaan besar iaitu SPM. Alhamdulillah..Cik Nor tergolong dalam kelas yang boleh dikategorikan pandai.Memang tidak disangka-sangka Cik Nor tergolong dalam kategori tersebut.Cikgu Norzeha Bahauddin guru kelas kami (5SC2) banyak membimbing kami menjadi pelajar yang berjaya dalam SPM. Kalau semasa PMR Cik Nor gagal kertas Bahasa Inggeris tapi berkat tunjuk ajar yang di berikan dan latihan giat yang diberikan Cik Nor lulus cemerlang dalam SPM.

Cikgu Sukartini adalah guru matematik yang paling memahami pernah Cik Nor jumpa. Sifat keibuan yang begitu menonjol membuatkan kami bersemangat untuk belajar.Kami macam belajar dengan ibu sendiri.Walaupun  cikgu suka marah dan membebel tapi kami gembira kerana marah-marah dan bebelan itu membuatkan kami sentiasa lulus dalam peperiksaan.Cikgu tak pernah jemu untuk mengajar kami walaupun kami nakal dan main-main semasa belajar.Semangat kental cikgu untuk mengajar kami, kami bawa bersama semasa peperiksaan SPM.Ternyata ia membuahkan hasil yang begitu memberangsangkan.Terima kasih cikgu.

Buat semua guru yang pernah mengajar Cik Nor terutama sekali semasa ditingkatan 5SC2 iaitu Cikgu Norzeha, Cikgu Sukartini, Cik Ali, Ustaz Nik dan ramai lagi.Jasa kalian tak akan Cik Nor lupakan sampai bila-bila.Dari seorang pelajar yang suka panjat pokok belimbing sekolah, panjat pagar sekolah, suka ponteng kelas menyakat pelajar lain balik kelas tambahan dan banyak lagi perangai nakal kami, cikgu telah mendidik dan membentuk kami menjadi insan yang berguna kepada agama, bangsa dan juga negara.


Selamat Hari Guru 2014 buat semua guru-guru di Malaysia teristimewa buat guru-guru Sekolah Menengah Seri Intan dan semua rakan-rakan yan bergelar guru.





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...