KELAB BLOGGER BEN ASHAARI

Followers

Saturday, March 15, 2014

Saper Tahu???


Assalamualaikum

Maaf lah hari minggu yang santai nie cik nor kacau korang pulak.Hihik..Sebenarnya banyak benda yang cik nor nak tanya nie,.Tu pun kalau korang sudi jawabla..:)

Kepada yang ada akaun churpchurp dan aktif share iklan churpchurp cik nak tanyalah.Korang pernah tak dapat iklan yang perlu hantar draf.Dulu senang kalau draf kita lulus duit terus masuk akaun kita.Tapi sekarang lain pulak dia suruh kita buat.Kalau draf kita lulus kita kena masukan permanent link iklan yang lulus tu.Cari2 xder pon dia share iklan kita yang lulus tu.Bila kita buat link sendiri mula lah keluar not valid link lah.

Buntu cik nor fikir mana nak cari parmanent link tu.Baru nie dah rugi satu iklan..nie may b akan kerugian lagi kalau tak letak parmanent link tu.Bukan skit dia bagi oo..dalam seminggu kalau ada rezeki cik nor boleh dapat dalam RM10.00 or lebih.huhu.Kepada sesiapa yang tahu cara dia..boleh tak share ngan cik nor.Dah hampir 4 tahun simpan kat churpchurp tak pernah sekali pon dapat income.huhu

Makin kedekut churpchurp nie nak bagi income kat cik nor.Please help me kawan2..:)
Contoh iklan korang boleh tengok gambar kat atas tu..

Oklah..itu saja untuk hari nie.babai..:)



Friday, March 14, 2014

Solat Sunat Istikharah

Umat Islam disuruh mengerjakan solat sunat Istikharah bagi menyelesaikan jalan buntu atau untuk membuat suatu pilihan atau keputusan dalam segala urusan kehidupan. Terdapat beberapa hadis Rasulullah SAW yang menggalakkan solat Istikharah. Di antaranya;
Rasulullah SAW bersabda:  “Di antara kebahagiaan anak Adam ialah Solat Istikharah (minta pilih) daripada Allah Taala dalam segala urusannya dan di antaranya kecelakaan anak Adam ialah meninggalkan solat Istikharah daripada Allah pada segala urusannya.”
la boleh dikerjakan dua rakaat atau sehingga dua belas rakaat (enam salam). Waktunya siang atau malam. Sebaik-baiknya dikerjakan pada waktu sebelum tidur malam. Insya-Allah Tuhan akan menggerakkan hati anda dan memberi petunjuk untuk membuat sesuatu keputusan atau penentuan yang betul.


Cara Solat Istikharah

a.  Lafaz niatnya:
Daku solat sunat Istikharah dua rakaat kerana Allah Taala.
b.  Antara surah yang dianjurkan ulama ialah:
Rakaat pertama, bacalah Al-Kafirun (1 kali).
Rakaat ke-dua, dibacakan Al-Ikhlas (1 kali).
Atau;
Rakaat pertama, bacalah ayat Al-Kursi (7 kali).
Rakaat ke-dua, dibacakan Al-Ikhlas (11 kali).

c.  Dalam sujud akhir, baca tasbih berikut sebanyak 40 kali:
Maha Suci Dikau yang tiada ilmu bagi kami kecuali apa yang Dikau ajarkan (tunjukkan) kepada kami. Sesungguhnya Dikau Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana!
d.  Sebelum bangkit dari sujud, mohonlah kepada Allah SWT. dipertunjukkan jalan yang betul dalam membuat keputusan dan pilihan.

e.  Selesai memberi salam, bacalah selawat untuk dihadiahkan kepada Rasulullah SAW., para sahabat Baginda, para wali Allah dan seluruh umat Islam.

f.   Membaca doa solat sunat Istikharah:


g.  Ulangilah doa tersebut sebanyak 3 kali. Dalam berdoa sebaik-baiknya sebutkan permintaan yang ingin diberikan petunjuk oleh Allah SWT. misalnya: “Ya Allah! Jika Dikau mengetahui urusan ini..….. (sebutkan perkaranya).” 

h.  Serahkanlah sepenuh keyakinan kepada Allah SWT. sambil bermohon kepada-Nya agar diberikan petunjuk, sama ada didatangkan melalui mimpi, gerak hati atau dengan dipermudahkan urusan yang mana baik. Tidurlah dalam keadaan berwuduk dan berpakaian bersih.

i.  Lakukan solat Istikharah 3 atau 7 hari berturut-turut, mengikut kepentingannya. Insya-Allah akan diberi kecenderungan atau digerakkan hati untuk membuat sesuatu keputusan atau pilihan yang betul.

Sumber : SINI

p/s: Jangan pernah berhenti berdoa untuk MH 370...Hanya Allah tempat mengadu....aamiin

Thursday, March 13, 2014

Arjuna Beta - Fynn Jamal

 
takkanku biarkan walau ribut menyentakmu yang tidur,
datang petir menyambar--
jengking dan ular–-
bonda takkan berundur.

nyamanlah arjuna beta,
mimpikan yang indah saja,
nanti bila kau buka mata,
semua tak serupa.
kan ada satu ketika kau tak tahu mana nak pergi,
jalan betul, anakanda, tak jelas mata–-
ambil yang sarat duri.
hiduplah arjuna beta,
biarkan jasad yang luka,
selama tuhanmu ada,
takkan engkau tercela.
ngeri tak terbayang mata,
bonda takkan ada sentiasa,
nanti moga kau tak lupa,
bonda memujukmu, anakanda.
hiduplah arjuna beta,
biarkan jasad yang luka,
selama tuhanmu ada,
takkan engkau tercela.
nyamanlah arjuna beta
mimpikan yang indah saja
nanti bila kau buka mata
semua tak serupa
 
p/s: korang layan lah lagu nie, kepada yang anak lelaki sure teringatlah anak kat rumah bila baca lirik lagu nie..:)

Wednesday, March 12, 2014

Cek Nuffnang



Assalamualaikum...

Alhamdulillah....

Tuesday, March 11, 2014

Segmen Mini Power Bank Untuk Rakan Blogger Zamani Abe



Assalamualaikum.

Nak menang power bank tak?Kalau nak meh ramai2 join Segmen by Zamani Abe aka Zam.Mana tahu rezeki menyebelahi korang pulak...InsyaAllah..aamiin
Kalau nak join jangan lupa klik banner or tajuk bawah banner tu.Gud luck all..:)

Menang Lucky Draw..:)

Gambar Ihsan Pakcik Google


Assalamualaikum.

Semakin hari semakin tak der mood nak updates blog.Tak tahu lah kenapa.May b  sebab sumber ilham belum muncul lagi.Bila lah gamaknya dia nak hubungi cik nor..ahaks.Merapu jer ko nie cik nor.Cakaplah ko malas..kan senang cerita..haha

Oklah straight to the picture..2 minggu lepas ko cik nor dapat keputusan yang cik nor menang lucky draw yang di anjurkan oleh blogger Shida.Alah tak kan korang tak kenal dia.Blogger femes tu.Kalau korang tak kenal cik nor memang betul lah..haha.Blogger suam2 kuku yang merapu lebih.Dia buat lucky draw kat fb dia.So, cik nor cuba lah nasib...alhamdulillah nasib menyebelahi cik nor.Then cik nor menang bedak tanaka macam gambar kat atas tu...alhamdulillah.

Dapat bedak memang best tapi yang tak syoknya tak tahu cara nak guna.haha.Semua tulisan bahasa mynmar.mana nak faham weh..dah macam tulisan india pon ada gak.hihik..Last2 skali cik nor buat bedak sejuk jer.Lagi pon bau dia kurang menyenangkan sikit.Kalau buat bedak sejuk bau dia tak kuat sangat.Memang best pakai bedak tu..sejuk jer muka.Bila cuci muka terasa halus mulus jer muka cik nor yang macam jalan tar nie.haha

Tapi sayang hanya 2x jer pakai.Bedak tu tertinggal kat kampung.Balik minggu nie baru boleh ambik balik.Adik2 cik nor apa lagi ambik kesempatan ler memakainya.Bukan apa diaorang kata best pakai bedak tu.Layan jer lah..hihik

Kalau saper2 yang pernah pakai bedak tanaka nie boleh lah share ngan cik nor yer..:)

p/s: Pray for MH 370...

Monday, March 10, 2014

Sardine Roll - Resipi


Bahan-bahan untuk inti :
1 tin sardin (brand apa pon ikut suka korang..hehe)
2-3 ikan rebus ( Ikan apa pon tak kisah asal jangan ikan mahal2)
Bawang putih (budget sendiri..hehe)
Bawang merah (budget sendiri..hehe)
Bawang besar (biasa cik nor guna i biji yang sedang)
#bawang2 tu jangan lupa mayang halus2
minyak untuk menumis
Garam, gula & penambah rasa
Asam keping

Bahan untuk kulit :
1/2 kg tepung gandum (hantam saja brand apa pon)
5@ 6 sudu besar marjerin @ planta (kalau nak lagi rangup letak lebih sikit)
2@3 sudu besar minyak masak
 Air garam

Cara membuat inti:
1. Panaskan minyak dan tumis semua bawang.Dah agak garing masukan 1 tin sardin tadi.Then masukan isi ikan rebus yang telah di asingkan tulangnya.Kacau dan hancurkan ikan sardin dan ikan rebus tadi.
2. Dah hancur ikan tersebut masukan asam keping, gula, garam dan penambah perisa.Kalau nak pedas boleh juga di masukan cili padi.Ikut citarasa koranglah.Dah try sedap dan cukup rasa kacau sampai kering.Jangan sampai hangus lak..:) Biarkan dia sejuk.

Cara membuat kulit :
1. Cairkan marjerin @ planta bersama minyak masak then masukan dalam tepung gandum yang telah tersedia dalam besar menguli.Tunggu sejuk then gaul bahan2 tersebut sehingga sebati.
2. Jika dah sebati masukan air garam dan agak2 jangan bagi lembik.Ni bukan nak buat roti yer.Agak2 dah sebati korang uli biarkan dia lembut sekejap.Jika dah lembut bahagikan doh kepada bahagian yang kecik.Kecik mana ikut koranglah.
3. Doh tadi korang buat kasi dia nipis guna gelas pon boleh bagi yang tiada mesin untuk menipiskan doh tersebut.
4. Dah nipis masukan inti yang korang buat dan sejukan tadi.then gulung ikut citarasa korang.Cik nor suka gulung panjang2.hehe
5.Dah siap gulung, masa untuk mengoreng pulak.Jangan goreng terlampau kuning nanti nampak tak menarik.Goreng biar agak2 kuning yer.

Selamat mencuba

Entry untuk sardine roll sila klik SINI


p/s: Jangan lupa berdoa untuk MH 370...










Sunday, March 9, 2014

Pray For MH370

Embedded image permalink
Gambar copy dari twitter


Assalamuaikum...


Samalah kita berdoa moga  Allah permudahkan segalanya.Semoga semua urusan berkaitan MH370 berjalan lancar..InsyaAllah...aamiin



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...