KELAB BLOGGER BEN ASHAARI

Followers

Saturday, January 25, 2014

KELEBIHAN BISMILLAH 21 KALI

 
Alhamdulillah, masih berkesempatan untuk berkongsi amalan-amalan yang berfaedah untuk dipraktik dan diamalkan oleh sekalian umat islam diluar sana. Kebelakangan ini agak kurang hendak saya post'kan entry berkaitan pengalaman merawat. Rasanya lebih elok begitu, untuk menutup pintu dan ruang-ruang syaitan meniup rasa ujub dan tinggi diri dalam diri saya yang serba lemah ini.

Amalan ini amat mudah untuk diamalkan. Hanya memakan masa selama satu atau dua minit sehaja, namun anda akan mengalami kesan yang menakjubkan. Amalan in dilakukan semasa mahu tidur pada waktu malam. Cara amalannya seperti berikut:

Ketika hendak tidur pada waktu malam, apabila kita sudah pun di katil, setelah baringkan diri, bacalah BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM sebanyak 21 kali. Kemudian niatkan dalam hati jam berapa kita mahu bangun esok paginya. Boleh juga berniat seperti ini ” Ya Allah, aku mahu bangun 20 minit sebelum azan subuh”. Atau pun begini ” Ya Allah aku mahu bangun jam 3.00 pagi untuk solat tahajjud”.

InsyaAllah anda akan terjaga tepat pada masa yang telah diniatkan.

Amalan ini amat mudah dilakukan dan amat mustajab kesanya. Kalau anda masih belum yakin atas apa yang saya paparkan disini, anda boleh mencuba sendiri mulai malam ini, kemudian lihatlah buktinya. Sungguh mudah sekali.

Disamping anda boleh jaga tepat pada waktu yang diniatkan, pengamal bacaan BISMILLAH 21 kali ini juga mendapat kelebihan-kelebihan lain juga, dengan izin Allah S.W.T antaranya:
  1. Anda akan terjaga tidur sekiranya ada penceroboh atau mencuri yang berniat buruk.
  2. Terselamat dari sebarang gangguan makhluk, samada dari gangguan manusia atau binatang serta gangguan jin.
  3. Terselamat dari sihir atau ilmu hitam yang di tujukan kepada kita yang selalunya dilakukan semasa seseorang itu tidur.
ALLAHU HAQ !!
 
sumber..: SINI

Friday, January 24, 2014

Salam Jumaat

Assalamualaikum...


Hari nie macam tak der gambar jer yang cik nor tayangkan..haha..memang tak der gambar pon.Nak buat macam mana tak reti nak transfer gambar guna laptop nie.Kalau kat office guna pc buruk tu cik nor pandai pon.haha


Semalam ingat nak buat auto publish entry tapi bos ada then cik nor kena buat kerja sampai ke minit2 akhir nak balik kerja maka tak sempatlah nak buat entry autopublish tu..huhu.Tunggu hari ahad lah cik nor share citer pasal ole2 dari Bandung pulak,Banyak pulak entry ole2 kali nie.hehe..Rezeki kawan2 bagi cik nor terimalah...alhamdulillah..

Dua tiga hari lepas tengok blog paly ngan eraz..diaorang dah tayang hadiah pengomen tegar yang diaorang dapat dari kak mia.Hati cik nor tertanya2 kenapa hadiah untuk cik nor tak sampai2 lagi sedangkan bandar yang cik nor tinggal dekat2 jer..tetiba hadiah cik nor lambat sampai...huhu.Nak balik kerja petang rabu tu officemate tegur kertas apa kuning kat dalam letter box tu.Cik nor pon ambik lah rupanya surat cinta dari abang pos express yang menyatakan bahawa cik nor tidak dapat dihantar.Cik nor dah agak yang staf yang tak rehat tu kunci pintu..sebabtu abang posman tak dapat hantar surat cik nor tu.Maka petang semalam terkedek2 lah cik nor g ambik surat berdaftar tu kat pejabat pos besar Kota Bharu..hehe

Baik dari kerja semalam tengok kereta kena calar lagi.Memang dah tahu saper yang calar tu.Anak orang siam kat sebelah rumah sewa cik nor tu.Ini berdasarkan bukti batu kerikil yang bersepah kat depan halaman rumah.Dapat kat cik nor budak tu siaplah cik nor kerjakan .panas hati cik nor kalau tengok orang calar kereta cik nor.Kalau cik nor sendiri yang buat cik nor tak kisah..huhu...

Eh..panjanglah pulak membebelnya...stop dululah ,..nak g solat zohor dulu..:)

Thursday, January 23, 2014

Kerana Buah Ini Tidur Ku Tak Lena....


Assalamualaikum...

Hari nie cam nak buat entry awal la.Macam tak der idea jer nak menulis petang karang.Sementara ada idea baik cik nor start mengarang sekarang.Aikk..dah macam nak menulis novel cinta lah pulak cik nor..Hoho...berangan lah jap kunun2 cik nor seorang penulis novel...haha

Dah2 cik nor tak usah ko merapu pagai2 nie tak der orang nak layannya.Baik ko tulis apa yang sepatutnya ko tulis.Lain ko post gambar lain pulak yang ko bebel kan...hihik.Gambar kat atas tu sebenarnya buah dokong kalau orang kelantan panggil la.Adik beradik kepada buah langsat dan buah duku.Tapi di kalangan tiga beradik nie buah dokong yang paling manis..Tu lah sebabnya cik nor layan sampai tak ingat dunia.haha

Last2 cik nor terima lah akibatnya tak boleh tidur malam.Satu sebabnya buah nie kan macam berair then kerap lah cik nor bangun g tandas diwaktu malam.huhu.Sebab2 yang lain buah nie termasuk dalam golongan buah yang sejuk..faham2 bila umur dah lebih mula perut masuk angin then sakit urat pun ada gak sikit2.haha.Terimalah padahnya cik nor.Kunun2 tak nak membazir..pulun sakan cik nor makan..dan akibatnya kat ats tu lah...haha

Itu jer kot nak merapu pagi nie.See u soon..:)

Wednesday, January 22, 2014

W.W#38


P/s : Buat rugi duit cik nor jer....huhu

Tuesday, January 21, 2014

Weee...Hadiah Dari Perth Dah Sampai..



Assalamualaikum..

Tadi ingat nak updates awal skit blog tapi tersyok blogwalking terlupa lah pulak.hehe.Tadi cik nor sorang jer kat pejabat tu yang asyik sangat blogwalking.Staf yang lain semua ada kerja luar.Office nie cik nor lah punya sekejap tadi lah..haha.Penat sebenarnya nie.Baru siap kemas kabinet fail2 projek.Kalau bos ubah lagi memang cik nor xkan kemas dah past nie..huhu.Penat weh...

Mak aii..panjang lak ko membebel cik nor.Gambar lain cerita lain..pening la pening..haha (Ikut ayat suib sepahtu)Sebenarnya hadiah yang cik nor menang GA dari Perth tu sampai minggu lepas lagi.Busy punya pasal terpaksalah hold dulu.Hari nie baru dapat buat entry pasal hadia tersebut.Cik nor dapat T-shirt & sekeping poskad macam kat atas tu..:)

Teruja sangat bila budak2 praktikal bawak naik bungkusan dari Australia..Terus buka kat pejabat.Dah macam orang jakun cik nor..haha.Apa2 pon thanks to kak umi dari blog http://umiyumi2.blogspot.com/ coz sudi bagi hadiah kat cik nor.

Kepada yang berminat untuk berkenalan dengan kak umi nie bolehlah klik link yang cik nor bagi kat atas tu.Kak umi nie peramah orangnya.Kalau xsilap cik nor , kak umi nie asal dari Kedah then sekarang tengah sambung study kat sana.Kak umi kalau salah tolong betul kan..hehe

Oklah..dah panjang sangat mengarang nie..stop dulu..see u soon..:)

Monday, January 20, 2014

Ole-ole Dari Beijing, China


Assalamualaikum...

Aissh..banyak pulak halangan hari nie nak updates blog.Nak updates jer bos panggil asyik terbantut jer kerja sampingan cik nor nie.haha.Bos jangan marah yer cik nor buat kerja sampingan.Bos bagi gaji ciput kat cik nor terpaksalah cik nor cari side income..hehe..sori bos..:)

Dari minggu lepas lagi cik nor janji nak share ole2 dari Beijing, China baru minggu nie baru dapat tulis entry pasal nie.Sebenarnya cik nor dapat ole2 nie dari housemate cik nor yang bercuti ke sana hujung tahun lepas.Untung kan dia bos taja tiket flight dari KB-KL, KL-China, China-KL & KL-KB.Kayakan bos dia.Bos cik nor just bagi bonus sebulan gaji...syukur ...alhamdulillah.Kalau xsilap cik nor diorang pergi ke sana selama 4hari 3malam.Dari KB flight diaorang petang jumaat then malam tu jugak diorang fly ke China.12 jam jugak perjalanan ke sana.perghh...lenguh jugak kaki dok malam flight..hehe (eh..macam cik nor lah pulak g sana)

Dia ceritalah punyalah sejuk kat sana.Sampai jer airport , time bercakap tu siap keluar cam asap lagi.Ala yang macm korang tengok dalam tv tu lah..haha.Dia siap pakai baju 3 lapis lagi.Tu dia..kalau cik nor yang tak tahan sejuk nie mungkin 5lapis kot pakai baju.haha.Tapi yang tak best g sana matawang dialah mahal berbanding dengan matawang Malaysia.Dia tak shopping sangat pun just g jalan2 kenal tempat orang jer.Nasiblah dia ingat kat cik nor..siap beli ole2 kat atas tu untuk cik nor.Thanks ya Tengku Mariam..:)

Eh..panjanglah pulak mengarangnya..dah macam karangan masa SPM lah pulak.Stop dulu lah..nanti korang boring lak baca entry panjang2 nie..jumpa lain kali...babai



Sunday, January 19, 2014

Pre 5k Giveaway Dunia sebenar Shida Dianjurkan oleh Nur Alja



Tekan Banner untuk Join 
Pre 5k Giveaway Dunia sebenar Shida Dianjurkan oleh Nur Alja

Senarai Hadiah
TOP REFERRAL X1
[ Topup RM5 + bookmark special + ole-ole dari medan + bloglist setahun blog duniashida.com ]

RANDOM
Bookmark special x8 Pemenang
Ole-ole dari Medan x4 Pemenang
Button badge x2 Pemenang


Due Date :- 19-23 Januari 2014 [ HANYA 5 HARI SAHAJA ]


Tag : 1) Aimy Razali
         2) Siti Athirah

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...