KELAB BLOGGER BEN ASHAARI

Followers

Monday, March 10, 2014

Sardine Roll - Resipi


Bahan-bahan untuk inti :
1 tin sardin (brand apa pon ikut suka korang..hehe)
2-3 ikan rebus ( Ikan apa pon tak kisah asal jangan ikan mahal2)
Bawang putih (budget sendiri..hehe)
Bawang merah (budget sendiri..hehe)
Bawang besar (biasa cik nor guna i biji yang sedang)
#bawang2 tu jangan lupa mayang halus2
minyak untuk menumis
Garam, gula & penambah rasa
Asam keping

Bahan untuk kulit :
1/2 kg tepung gandum (hantam saja brand apa pon)
5@ 6 sudu besar marjerin @ planta (kalau nak lagi rangup letak lebih sikit)
2@3 sudu besar minyak masak
 Air garam

Cara membuat inti:
1. Panaskan minyak dan tumis semua bawang.Dah agak garing masukan 1 tin sardin tadi.Then masukan isi ikan rebus yang telah di asingkan tulangnya.Kacau dan hancurkan ikan sardin dan ikan rebus tadi.
2. Dah hancur ikan tersebut masukan asam keping, gula, garam dan penambah perisa.Kalau nak pedas boleh juga di masukan cili padi.Ikut citarasa koranglah.Dah try sedap dan cukup rasa kacau sampai kering.Jangan sampai hangus lak..:) Biarkan dia sejuk.

Cara membuat kulit :
1. Cairkan marjerin @ planta bersama minyak masak then masukan dalam tepung gandum yang telah tersedia dalam besar menguli.Tunggu sejuk then gaul bahan2 tersebut sehingga sebati.
2. Jika dah sebati masukan air garam dan agak2 jangan bagi lembik.Ni bukan nak buat roti yer.Agak2 dah sebati korang uli biarkan dia lembut sekejap.Jika dah lembut bahagikan doh kepada bahagian yang kecik.Kecik mana ikut koranglah.
3. Doh tadi korang buat kasi dia nipis guna gelas pon boleh bagi yang tiada mesin untuk menipiskan doh tersebut.
4. Dah nipis masukan inti yang korang buat dan sejukan tadi.then gulung ikut citarasa korang.Cik nor suka gulung panjang2.hehe
5.Dah siap gulung, masa untuk mengoreng pulak.Jangan goreng terlampau kuning nanti nampak tak menarik.Goreng biar agak2 kuning yer.

Selamat mencuba

Entry untuk sardine roll sila klik SINI


p/s: Jangan lupa berdoa untuk MH 370...










32 comments:

  1. nak try jugak la ni cik nor..thanks kongsi resepi...:)

    ReplyDelete
  2. terima kasih cik nor kongsikan resipi nie..

    ReplyDelete
  3. awok pose hari ni.... tgk pada senarai barang tu.. banyak yg ada kat rumah awok ni.... mmm.. best jugak bukak pose... makan sardine roll.....

    ReplyDelete
  4. wah sedap ni makan petang2, thanks untuk resepi cik nor :)

    ReplyDelete
  5. wow.... sedap ni Cik nor..nanti nak cuba buat lah....:)

    ReplyDelete
  6. salam singgah. wah first time ku tahu pasal resepi ni. baca tajuk tu ingatkan camna lah rupanya. hehhehehehe. tq untuk perkongsian resepi ;)

    ReplyDelete
  7. cik nor, i'm coming... miss u.. wah sardine roll? pandai cik nor masak sekarang

    ReplyDelete
    Replies
    1. miss u too mama..:) blhlah skit2 mama..hihik

      Delete
  8. Kena tambah jugak ikan rebus yeh Cik Nor...nak bagi sedap?

    ReplyDelete
    Replies
    1. yap..kasi sdap n banyaknya inti dia..lagi pon kalau tambah ikan rebus cepat skit dia kering..:)

      Delete
  9. sedap niiii.. makan pagi /petang dengan ayaq teh... perrgghhh

    ReplyDelete
  10. wow sedap nie... boleh buat nie ^_^

    ReplyDelete
  11. wah.. sedap tu cik nor. boleh cuba buat nanti..

    ReplyDelete
  12. Gambar yang dah goreng takda ke ?

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...