Breaking News

Tudung




TUDUNG adalah aksesori kepala yang kebiasaannya dipakai oleh wanita Muslim di Malaysia.Adalah sesuatu yang normal bagi mereka menggunakan scarf untuk menutup aurat mereka di bahagian kepala, rambut, telinga dan leher. Malah dengan kemunculan hijabista dalam kalangan wanita Muslim moden yang gemarakan fesyen begitu memberi impak dalam dunia fesyen.

Perhatian yang diberikan terhadap mereka semakin meluas dan ini mencorakkan warna baru yang lebih segar di pentas fesyen Malaysia. Sesuai dengan arus fesyen terkini, fesyen bagi wanita yang beragama Islam semakin mendapat tempat dengan bantuan pereka-pereka fesyen tempatan.Mereka memahami kehendak wanita untuk bergaya namun dalam masa yang sama menuruti perintah agama.

Hasil kreatif mereka berjaya menghasilkan baju Muslimah tradisional yang diberikan nafas baru seperti baju kurung moden, baju kurung peplum, jubah dan macam-macam lagi. Tudung adalah antara yang paling mendapat perhatian mereka.Ini kerana pemilihan sesuatu tudung dapat memberi impak dalam bergaya.
Anda harus tahu cara menggayakan tudung anda dengan padanan pakaian yang sesuai. Mengenakan sehelai headscarf dengan dress Muslimah yang tidak sesuai boleh membuatkan anda kelihatan janggal dan semestinya tidak kemas.




Selain daripada itu, trend berhijab semakin popular kerana kemunculan ramai artis terkenal Malaysia yang mengenakan tudung seperti Dato' Siti Nurhaliza, NajwaLatif, ShilaAmzah, Diana Amir dan ramai lagi. Artis-artis terkenal ini telah berjaya memberikan gambaran yang cukup positif terhadap pemakaian hijab.Ini menepis tanggapan yang skeptikal bahawa berhijab membuatkan anda terbatas dalam menggayakan sesuatu stail.

Pada masa yang sama, kemunculan website online shopping Zalora memberikan peluang kepada pembeli dalam mendapatkan tudung online. Ini kerana pembelian atas talian adalah jauh lebih mudah dan menjimatkan wang serta masa anda.Mereka juga menawarkan promosi hebat sempena warehouse sale dan sales Malaysia dengan diskaun terbaik! Jika anda mahukan maklumat yang lebih lanjut, layari sahaja website Zalora Malaysia atau follow mereka di Twitter.

48 comments:

  1. Tudung zaman skarang ada berbagai fesyen. Bagus la camtu kan

    ReplyDelete
  2. beli secara online juga tak rambang mata dibuatnya hehe..
    suka tengok fesyen tudung yg digayakan..

    ReplyDelete
  3. hati2 bila berfesyen....peringatan untuk diri sendiri juga... sbb kalau tengok pilihan tudung sekarang memang cantik2

    ReplyDelete
    Replies
    1. carilah fesyen tudung yang mengikut syariat...itu yang terbaik..

      Delete
  4. harap tak terlalu menjadi mangsa fesyen...

    ReplyDelete
  5. Sha dulu minat jgk ikut trend.Tapi byk yg x sesuai ngan sha.Last2 stick ngan tudung bawal tersayang.Hehe.

    ReplyDelete
  6. suka tengok orang berfesyen pakai tudung..tapi kaksura tetap macam ni jer..:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. cik nor pon sama..alih pakai tudung bawal jer..hihi

      Delete
  7. zam suka tengok perempuan pakai tudung hana tajima.. cantik

    ReplyDelete
  8. betul3,suka tengok fesyen tudung sekarang..
    beza dengan dulu
    cantik sangat :)

    ReplyDelete
  9. kena cari tudung yg menutup aurat..bukan yg dedah aurat :D

    ReplyDelete
  10. Dah macam2 stail tudung sekarang.....nak berfesyen boleh tapi yg penting biarlah mengikut syariat...

    ReplyDelete
  11. atie tak berapa reti guna shawl cik nor.. dok guna yg main masuk je tu...hehe..
    tak pernah lg beli tudung kat Zalora...

    ReplyDelete
    Replies
    1. cik nor pon sama..main belit jer..cam tak xjadi jer tp hentam sajalah..haha..cik pon xpenah beli..klu jbah slalu gak bli..:)

      Delete
  12. errmmm.. bertudung ni kalo boleh bio le sbb nak tutop aurat... bukan hanya sebagei trend je.... bukan ape takot kang.... tak betoi2 tutop aurat tu... sayang betoiii

    ReplyDelete
  13. makin ramai yang nak berhijrah, tapi kalau niat sebab fesyen or nk orang puji, kene betulkan niat tu semula la . kan. :)

    ReplyDelete
  14. Alhamdulillah... syariat menutup aurat kini kian disedari oleh kebanyakan wanita Islam.
    Berfesyen tak salah..asalkan tidak mengenepikan tuntutan Islam.
    InsyaAllah

    ReplyDelete
  15. rugi rasenya kalau tak bertudung... bila pakai tudung akan nampak manis dan comel jer..

    ReplyDelete
  16. Zalora pun sekarang dah tmpil dengan menjual pakaian untuk muslimah..hehe

    Regards,
    -Strider-

    ReplyDelete
    Replies
    1. yes..tapi tak banyak lagi koleksi tudng muslimah dia.:)

      Delete
  17. mama pakai bawal je cik nor, tak pun yang sarung siap tu. nak melilit bagai.. tak reti lah, sufi tarik naya je.. hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. samalah dengan cik nor..pakai bawal senang..hehe..lilit time rajin jer..haha

      Delete
  18. tengok orang lain pakai lilit lilit macam cantik je. nak pakai sendiri pening kepala! :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. btl tu..klu cik nor pakai cam serabai jer...janji ttp aurat..hehe

      Delete
  19. Pkailah apa shja asalkan ikut syariat..

    ReplyDelete
  20. Pakai dan biar selesa. kalau dah berbelit2 tu, baik tak payah.. hehe...
    Tapi tak tahu pulak Zalora jual tudung jugak.. Bolehlah terjah pasni.. Tenkiu kak Nor.. =3

    ReplyDelete
    Replies
    1. btl tu..nak buka nak solat pon ssh baik xpayah pakai..huhu

      sama2 jie..:)

      Delete
  21. Tudung macam2 fesyen dan gaya sekarang kan nor..yang penting kena ikut syariat...

    ReplyDelete
  22. ramai wanita yg bertelanjang pajai je tudung tp :(


    http://stylobrader.blogspot.com/

    ReplyDelete
    Replies
    1. terlampau taksub dengan fesyen terkini..begitulah jadi nya..huhu

      Delete
  23. wow...cik nor entri ni, special nampak dari Nuffnang hehe

    ReplyDelete