KELAB BLOGGER BEN ASHAARI

Followers

Saturday, January 4, 2014

Kenapa Cik Nor Tak Join GA.???

Assalamualaikum

Hari dah hari sabtu.Hari ahad dah kerja balik.Haishh..begitulah rutin cik nor setiap hari, setiap minggu, setiap bulan dan setiap tahun selagi cik nor mampu bekerja..Mana tahu kot skit lagi cik nor jadi mam besar kat rumah jer ker...goyang2 kaki jer ker..haha..Verangan lebih tol la cik nor nie..haha

Kenapa tajuk macam tu erk?Sebenarnya dah lama gak cik nor tak join GA or segmen.Tengok orang join bestnya.Tambah best kalau dipilih sebagai pemenang.Ouchh..memang jeles lah cik nor.Bukan cik nor tak mahun join tapi nak buat macam mana masa selalu mencemburui cik nor.Time rasa nak join GA or segmen ada jer kerja nak buat buat.Dah terbantut kat situ.huhu

Pertamanya cik nor mohon maaf kepada penganjur sebab tak dapat join.rasa teringin tu memang menebal tapi korang faham2lah.Harap korang semua tak cop cik nor sombong.huhu

Alahai meluah perasaanlah pulak cik nor nie.Korang layan jer lah yer..haha

sekian untuk kali ini.

Friday, January 3, 2014

Jumaat Pertama Ditahun Baru..

Assalamualaikum...

Alahamdulillah...bertemu kita lagi dihari Jumaat yang pertama di tahun 2014.Macam biasalah kalau hari Jumaat cik nor cuti dan tak online kat blogger ataupon mana2 laman sosial.Harapa maklum.Kalau ada entry baru keluar itu bermakna ianya autopublish..:)

Sebenar cik nor tengah tunggu bos nak siapakan kerja.Kalau ikutkan malas dah nak menaip entry tapi nak bosan menunggu dia perah jugaklah otak nak buat entry untuk hari jumaat.Ingat nak balik petang nie tapi nampak gayanya pagi esok jugaklah baru boleh balik.Ada kerja tak settle lagi dan bermakna kena balik lewat sikit lah.huhu

Cik nor rasa macam nak demam.Sebab tekak dah rasa macm pedih semacam jer.Badan pun terasa something.Korang fahamlah keadaan dia macam mana kalau nak deman.Xmolah deman.xlarat nak bawak badan klu demam.huhu.Doakan supaya cik nor tak demam ye kawan-kawan.Kalau cik nor demam xdapatlah cik nor nak bw kat blog korang.huhu

Oklah cukup untuk hari nie.Selamat berhujung minggu buat warga Johor yang dah join cuti macam Kelantan..:)

Thursday, January 2, 2014

Rezeki Pertama Ditahun Baru....:)


Assalamualaikum

Banyak kerja punya pasal sampai tahu nak updates apa hari nie.Dah la tu lewat pulak tu updates nya.huhu.Hari ni cik nor nak share berita gembira dihari ke-2 tahun baru.

Alhamdulillah, cik nor menang t-shirt dari Perth, Australia, Entry pengumunan pemenang tu kat SINI.Macam tak sangka boleh menang.Ini kali kedua kot cik nor join GA kak umi nie..alhamdulillah tersangkut jugak akhirnya.

Kak umi selalu gak buat GA macam nie.Hadiah best2 tau.From oversea yer..hehe.Kalau korang nak berkenalan or nak join Ga yang kak umi buat boleh follow blog dia kat sini umiyumi2: life in perth, WA

Ok...just for today..:)

p/s: kak sori cik nor dah copy dulu baru mintak izin...maaf kak...:(

Wednesday, January 1, 2014

W.Wednesday#35


Assalamualaikum

Malas nak taip panjang2.Korang cari dimana kesilapan surat ini..:)

Selamat mencari...:)

Selamat Datang 2014, Selamat Tinggal 2013

Selamat Tahun Baru!

Ambik pakcik google punya


Assalamualaikum semua..

Selamat tahun 2014 semua.Rasanya masa entry nie publish cik nor dah naik ke kayangan bertemu putera kayangan cik nor dah...haha.Apa2 pun semoga tahun baru ini membawa seribu rahmat untuk kita.Moga kita lebih baik dari tahun lepas dan sentiasa berusaha kearah kebaikan. aamiin

SELAMAT TAHUN BARU 2014

Tuesday, December 31, 2013

Bloglist Tak Gempak 2014


Assalamualaikum..

Meh lah semua join segmen bloglist paly nie.Mana tahu korang terpilih...InsyaAllah..Nak join klik jer banner kat atas tu...Gud Luck all..:)

Suka Duka 2013..

Assalamualaikum...

Dari tadi lagi dok tenung tempat nak updates entry baru.Dok termenung jap cari idea nak merapu apa hari nie.Tapi sayangnya tak muncul -muncul gak.kira cik nor goreng jer apa2 yang patut.Harap korang sudilah membacanya,.Ini mungkin entry terakhir cik nor ditahun 2013 ni.Cam sedih jer ayat nie..layan jer lah..:)

Memang banyak suka duka selama cik nor dalam dunia blogging.Dari ke tak der langsung follower sehingga sekarang.Dah hampir empat tahun cik nor dalam dunia nie.Dua tahun kebelakangan nie jer yang cik nor aktif..2 tahun sebelum tu tenggelam timbul..dah macam biskut chipsmore dah.Tulis blog pun macam tulis diary sia yang nak membacanya.Bagi kat budak sekolah rendah pon tak nak baca diorang tu..hihik

Dulu blog cik nor buka macam nie.Berterabur dan tak kemas macam nie.Pernah satu ketika blog cik nor hancus musnah.Masa tu semangat cik nor nak berblogging cik nor memang dah down sangat.Rasa macam dah nak deactive jer blog.Tapi ramai yang bagi semangat dan tolong cik nor disaat nor memerlukan pertolongan.Thanks a lot semua...luv u all...Berbanyak-banyak terima kasih buat kak Mialiana dan Bro Sop.(sori kak mia & a.sop..xletak link..) Kerana mereka blog cik nor jadi cantik sebegini rupa...hehe..cantiklah sangat bak kata afdlin shauki...:)

Banyak benda baru yang cik nor belajar kat blog nie.Tapi satu part yang cik nor fail.Bab coding memang fail.Kalau usik mesti blog cik nor haru biru jadinya.haha.Bab2 coding cik nor serahkan pada yang pakar..:)

Alahai cik nor..tadi kata tak der idea.Nie dah panjang berjela ko tulis..datang dari mana pulak idea mencurah2 nie...hehe..layan jer lah yo..:)

Oklah..stop kat sini dululah...nak makan..laparla..:)


Monday, December 30, 2013

Semalam Dah Tak Der , Hari Ni Tak Der Jugak Ker???


Gambar hiasan dari pakcik Google

Assalamualaikum

Haishh..sibuk bebenor cik nor.Semalam ada jer bw kat blog2 kome tapi entry tak der jugak yang baru.Nak bat macam mana semalam sibuk cik nor dok mengira gaji.hehe.Gaji cik nor ciput jer gaji orang lain yang banyak.Tu yang panjang masa mengiranya.haha

Tajuk entry bukan main panjang ye cik nor.Macam dah tak der tajuk lain dah ko ni cik nor.Apa yang ko nak cerita hari nie tak tahu lah cik nor.Rasa2 macam merapu jer lebih.haha.Tajuk tu sebenar pasal entry.Semalam dah tak der entry baru Tak kan hari nie pon tak de jugak kot.huhu.Nak buat macam mana idea tak berapa nak mari.Pastu bos pulak suka bagi kerja last minute kat cik nor.Tension la gini.Time dekat2 nak rehat ada jer dia nak bagi kerja.huhu

Sampai time rehat, tak der oranglah pulak nak jaga ofis.Semuanya dah keluar g rehat.Sudahnya cik nor dok terperap kat pejabat bersama perut yang sudah berkeroncong untuk ana.Nak menunggu staf lain masuk balik alamak kebulurlah cik nor petang nie.Tak kan nak makan maggie pulak untuk lunch.huhu

Esok kalau ada masa lapang cik nor updates citer2 best dari yang nie.Banyak yang nak share ngan korag sebenarnya tapi masa tak mengizinkan.Maaf banyak2 yer kawan2...:)

Oklah stop dululah.Lain kali cik nor datang merapu lagi..:)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...