KELAB BLOGGER BEN ASHAARI

Followers

Saturday, December 28, 2013

Pageview


Assalamualaikum

Hari nie macam blur jer nak share apa dengan korang.rasa macam tak der idealah pulak nak menulis.Kalau tak menulis kat blog nanti korang rindulah pulak blog merapu cik nor nie.(Sila muntah hijau sekarang jugak)haha.

Hari nie rasa macam nak share pageview jer dengan korang.Diam tak diam pageview cik nor dah mencapai 87k.Perghh ..kira tinggi jugaklah tu pageview.Faham2 jer lah blog cik nor nie buka fofular mana pon.Blog suam2 kuku lah orang kata.Tapi nak buat macam mana blog nie ada peminat dia yang tersendiri.Kat mana diaorang minat? Tu kena tanya pengunjung tetap cik nor..hhihi

Cukup untuk hari nie.Lain kali merapu lagi..:)

Friday, December 27, 2013

Ini Dia....


Assalamualaikum..

Hari nie dah hari minggu, so korang faham2lah kalu cik nor tak terjah blog korang.Itu bermakna cik nor sedang bercuti sakan dihujung minggu bersama yang tersayang.Haipp...bersama keluarga tercinta la..hihik

Ini lah jawapan kepada baju baby yang cik nor post semalam.Siapa nie.Nie lah anak buah cik nor yang baru.Lahir pada 20 Disember 2013 secara normal di Hospital Kuala Krai.Perghh..detail tu cik nor bagi.haha.Nie baby girl n berat 2.4 kg semasa lahir.Sekarang tak tahu berapa dah beratnya sebab cik nor tak jumpa lagi dia sejak dia dilahirkan.Teruja sangat sampai ambik annual leave hari khamis sebab nak jumpa puteri baru dalam keluarga kami.

Nama dia jangan tanya sebab belum decide lagi nak letak nama apa.hehe.Tunggu yer cik nor bagi nama.Maka terjawablah persoalan saper punya baju baby tu...hehe


p/s: Anak buah dah 8 orang n cucu pulak dah 3 orang...hehe

Thursday, December 26, 2013

Eh..Saper Punya Nie??


Assalamualaikum

Hari nie macam cik nor tak kerja jer.Memang cik nor tak kerja pun sebab cik nor ambik annnual leave hari nie.Malas nak masuk kerja lagi pon sehari jer kerja past tu cuti hujung minggu lak.Kalau korang yang ada lagi saki bagi annual leave macam cik nor sure buat macam cik nor jugak kan?hehe

Eh2..tetiba cik nor post gambar baju baby nie kenapa?Cik nor nak dapat baby dah ker?Oppss..jangan salah sangka yer.Cik nor masih single ..hihik.Jangan buat gossip yer...hihik

Agak2 korang siapalah empunya baju tecik nie?Cer teka sikit..hihi...Nak tahu siapa pemiliknya tunggu entry akan datang....hihi

p/s:sabar itu separuh daripada iman...:)

Wednesday, December 25, 2013

DiGizens Thank You Sale

HOHOHO It is the most exciting time of the year again! We’ve been looking forward to the joyful month of gifting andddddddd it’s finally here!
This time, if you think that Year End Sales is just about shop, shop and shop till you drop, think again!!
All thanks to our thoughtful DiGizens (DiGi staffs), they know that you’ve been working hard throughout the year. *pats on shoulder* Hence, they would like to reward EVERYONE by having the Biggest Year-Endpromotion yet!
This time, with DiGi awesome offers and plans, you get to reward yourselves and your loved ones with FREE smartphones, FREE tablets,FREE internet and FREE calls! Tell me, who doesn’t love free stuff?!
With DiGi Thank You Sale, you can reward yourself with a Sony Xperia C for RM999 FREE!!
Or even a Sony Xperia Z for RM2,199 FREE!!
In order to show our appreciation to all DiGi users for this amazing year by making DiGi the widely preferred network in Malaysia, DiGi is now giving away 2 Samsung GALAXY S4 smartphones and 1 HTC One smartphone to our selected lucky winners!

Tuesday, December 24, 2013

Kuih Sagu - Resepi

Assalamualaikum

Hari nie macam lewat jer cik nor updates blog.Memang lewat pon.haha.Nak buat macam mana asyik dok cari broken link punya pasal.Makin banyak buang makin banyak pulak yang timbul.Last2 sekali tinggal dulu lah.Ada masa free cari lagi.Bagus tak idea cik nor....hehe

Oklah...hari nie cik nor nak share resepi kuih sagu dengan korang semua.Resepi nie mak cik nor yang bagi tau.Bukan cik nor yang bagi.Cik nor pandai makan jer.haha

Kuih Sagu

Bahan-bahan :
1/2kg sagu halus
4 gelas air
1 1/2 cawan gula
2 helai daun pandai
Perisa ros, pandan or ikut suka koranglah nak letak warna apa pun..:)
Garam secukup rasa
Kelapa parut

Cara-cara:
1. Gula dimasak bersama 4 gelas air tadi.Masukkan perisa dan daun pandan sekali.Biarkan sehingga gula hancur dan ia mendidih.
2. Masukan sagu kedalam besar yang agak besar.Ini untuk memudahkan kita mengaul sagu bersama air gula yang kita masak tadi.
3. Bila air gula sudah mendidih masukan ke bekas yang berisi sagu dan gaul sampai sagu dan air gula tersebut sebati.Sambil-sambil tu jangan lupa panaskan periuk pengukus.
4. Bila sudah sebati masuk kan adunan tersebut ke dalam loyang dan kukus sehingga masak.Untuk mengenalpasti  ia sudah masak ataupun tidak pastikan warnanya bertukar menjadi warna terang dan warna putih biji sagu telah tiada.
5.Bila sudah masak, sejuk kan dan potong mengikut citarasa anda.Gaulkan dia bersama kelapa parut yang sudah dicampur dengan sedikit garam.

Selamat mencuba.

Monday, December 23, 2013

Naik Juling Mata Cik Nor.....

Assalamualaikum

Semalam baru start nak merapu balik kat blog.Al-maklumlah masalah dah settle walaupon tak sepenuhnya..hihik.Tapi cik nor boleh rileks and chill...Apa daa cik nor kerja tak settle 100% boleh pulak dia merapu kat blog lak..huhu

Semalam buka email.Email kat gmail bukan yahoo mail.hehe.Cik nor banyak email..Tapi yang official normi80my@yahoo.com la.hehe.Tuan empunya blog Nakhoda Nurani dah share cara nak buang broken link yang cik nor share kat SINI.Banyak jugak broken link cik nor.Alhamdulillah..dah banyak jugak yang cik nor buang.Perghh..naik juling mata cik nor nak buang satu2..Pening pun ada jugak nak cari broken link tu secara manual.Kalau tak cara try korang buat...haha

Oppss..lupa nak nak bagi link macam mana nak buang broken link tu.Kat sini caranya Cara Buang Broken Link.Cer korang buat naik juling tak mata korang.Haha..agak2 macam mana juling jangan lupa stop and g makan dulu.haha.Kalau dah tak larat hold tahun depan jer lah..hoho..banyak weh nak buangnya.

Korang jangan terkejutlah bila korang bw kat entry2 lama cik nor ada certain entry tu kosong...haha..cik nor dah pancung kepala dia.Sebab kepala dia ada broken link.Alah..jangan bimbang tu bukan entry yang cik nor tulis tapi tu entry GA and segmen yang telah di "delete oleh owner dia.haha. Pastu ada gak gambar yang cik nor ambik dari email..dah broken n cik nor dah buang gak...harap maklumlah kalau ada entry gambar dia hilang.Bukan masalah blog tapi masalahnya cik nor yang dah delete gambar tersebut.Harap maklum..hehe

Apa2 pon thanks a lot to tuan empunya Blog Nakhoda Nurani sebab layan permintaan cik nor dan rakan2 blogger yang lain.Lain kali boleh buat request lagi tuan empuan blog?hehe

p/s: selamat mencuba

Sunday, December 22, 2013

Jom Terjah Blog Erazfadli.Com


Assalamualaikum

Mohlah kawan2 kita terjah blog eraz nie sempena bestday hari nie.Mana2 yang tak wish lagi tu bolehlah wish sambil2 join Segmen dia.Mana tahu kot korang bertuah dapat top4 RM10.00 dari dia.Hehe...All the best ya...:)

Nak join jangan lupa click banner gambar encem dia tu...xbodek yer..haha

P/S: Doakan jugak cik nor dapat top4 tu,...hihik

Tiada Entry Baru???


Sumber gambar : uncle google

Assalamualaikum

Mesti korang hairan bin pelik manalah cik nor hilang.Tetiba jer tak updates blog kan?Sejak hari khamis tak der entry baru.Bukan cik nor malas yer.Cik nor banyak kerja la...marah tak cik nor??haha

Begini ceritanya.Minggu lepas bos cik nor ada daftar syarikat kat eperolehan.So, kalau dia nak masuk tender jer masuk jer kat website tu.Segala maklumat syarikat kita dia dah masukkan dalam satu pendrive tapi bukan pendrive..nak panggil apa pon cik nor xtahulah.Kalau kat kotak dia nie..dia panggil token.Apakah itu.??..tanya staf eperolehan...hehe

Dah install apa yang patut..kira macam successlah kerja cik nor.Sampai part nak masuk tender tap boleh buka..kena masuk no.pin.Semua komputer dah install benda alah tu.Semua macam tu.Haisshh...apa masalahnya nie..Tekan sana tekan sini still tak boleh gak.Sedar jam dah kol 6.30ptg.Dah naik tension dan nak muntah hijau dah nie.Last sekali mesej bos, "Bos, saya nak balik doh, xleh buat jugok, tension doh nie".Terus blah balik umah..Balik umah dok fikir lagi.naperlah jadi macam tu...huhu

Jeng..jeng...datang hari nie terus call eperolehan cawangan Kota Bharu, alah office dia kat Wisma Persekutuan  Jalan Bayam tu.Tanya staf dia kenapa tak boleh.Then dia bagilah solution nya.Ooo..mudah sangat caranya..Alhamdulillah..settle masalah cik nor...Hip hip horreyla...haha.Nak call hari khamis lagi sebenarnya tapi dah lewat sebab hari khamis pejabat kerajaan kat Kelantan tutup awal.huhu

Oklah..itu sahaja cerita kenapa cik nor dah sempat nak uptaes blog minggu lepas..:)
Babai

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...