KELAB BLOGGER BEN ASHAARI

Followers

Wednesday, December 18, 2013

Al-Fatihah Buat Azean Irdawaty

Gambar ihsan pakcik Google

Assalamualaikum

Petang semalam cik nor balik hantar Mr.Pupple balik kampung.Kenapa?Kakak sulung cik nor nak guna nak g tengok kakak yang no.2 kat hospital.Dia nak bersalin.Lagi pun Mr.Pupple xguna pon dok tersadai kat garaj jer time cik nor kerja.hehe.Bawak baliklah biar dia lasak sikit walaupon badan dia dah calar balar dikerjakan cik nor.hihi

After solat isyak...tengah makan nasi.alamak kantoi diet cik nor, adik cik nor inform..pelakon Azean Irdawaty dah meninggal lebih kurang pukul 8.30 malam macam tu la.Dia baca kat FB kalau xsilap la.

Apa-apa pun takziah buat keluarga arwah Azean Irdawaty.Al-fatihah buat arwah.Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman...aamiin

p/s: Dari DIA kita datang kepada DIA akan kembali....

Tuesday, December 17, 2013

Broken Link


Assalamualaikum

Hari terlambatlah pulak nak updates blog.Sebenarnya dok cari idea nak updates apa hari nie.Idea pulak tak mari2.Nak buat cam mana.Redho jer lah yo.hehe

Semalam kerja tak berapa nak ader, so jejalan lah kat blog Nakhoda Nurani then terjumpalah entry  pasal
Broken Link. Then dia bagilah link macam mana nak check kita punya broken link.Cik nor apa lagi dengan senang hati checklah.Ya Allah.... punyalah banyak broken link cik nor.Itu sebahagian jer..banyak lagi sebenarnya cik nor malas nak menunggu.haha..buruk perangai kan cik nor malas nak menunggu...:)

Tapi kan cik nor tahu check jer..nak buat mana mana dengan broken link tu cik nor tak tahulah pulak.Mohon tuan empunya blog Nakhoda Nurani bagi tutorial macam mana nak buat dengan broken link nie.Xkan nak delete entry yang broken tu kot.haha.Hamcur blog kalau ikut idea tak betul cik nor nie...:)

Kalau korang nak check broken link boleh g SINI cc: Nakhoda Nurani

Itu saja untuk hari nie...jumpa next entry..:)


Monday, December 16, 2013

Kebaikan & Khasiat Limau Purut

Sumber gambar: Pakcik Google


Assalamualaikum

Minggu lepas cik nor balik kampung. Bukan tiap2 minggu ke cik nor balik kampung..hehe.Routine setiap minggu.Apo nak dikatalah yo.Itulah kerja ambo bila cuti hujung minggu.Balik kampung lepak, tidur, makan dan membesarkan badan bagaikan juara.haha.Biasalahkan kat rumah ada orang masakkan untuk cik nor.Kalau kat rumah sewa asyik makan makanan kat kedai mana selera walaupon 1 pinggan nasi boleh habis...eh betullah kan..makan tengahari la..malam dah xmakan nasi..:)

Haishh..cik nor nie lain dia tulis tajuk lain pulak yang dia merapu.Oklah berbalik kepada tajuk entry kat atas sebenarnya masa balik kampung minggu lepas teringat kat belakang rumah ada pokok limau purut then suruh mak tolong jolok sambil dia ambik daun pandan.Bila anak buah bawak limau pulut untuk cik nor..makkk aii...besar2 buah dia.Cik nor potong dia bulat2 supaya senang nak lumur kat atas kepala.Dalam 3 biji kot cik nor lumur air dia kat atas kepala cik nor yang selalu gatal dek kerana pakcik kelemumur yang selalu datang mengganggu.Cik nor biarkan dia lebih kurang 1/2jam baru g bersihkan.Alhamdulillah kepala cik nor dah tak gatal lagi.Kepada blogger yang ada masalah kelemumur boleh lah cuba cara cik nor nie..selamat mencuba..:)

Dibawah ini cik nor share kelebihan dan kebaikan limau purut yang cik nor ambik kat SINI.

Antara khasiat Limau Purut :


1. Daun limau purut banyak digunakan dalam masakan seperti tomyam kerana bau dan rasanya yang unik.

2. Limau purut juga digunakan sebagai ramuan ubatan dan juga bahan untuk mandi wap.

3. Selain berkesan sebagai penggalak antitumor atau pencegah kanser, limau purut juga boleh digunakan untuk mencuci rambut dan mulut serta boleh membunuh pacat.

4. Ekstrak minyak patinya boleh digunakan sebagai aromatherapi, nutraseutikal dan produk penjagaan diri.

5. Limau purut juga boleh merawat luka, lebam dan gigitan serangga berbisa serta merangsang perjalanan darah.



Apakah khasiat Limau Purut? 

Khasiat yang tinggi dalam dunia perubatan. Mengandungi bahan aktif berubat seperti 

anti hysteria, anti tumor, pencuci asli, anti septic, anti bacteria dan banyak lagi. 

• Dengan memasukkan pati minyak limau purut dalam mandian dapat menghilangkan

bau badan serta melembutkan kulit.

• Dapat melancarkan sistem pernafasan dengan menyapukan pati minyak limau purut 

pada dada, tengkuk dan belakang badan.

• Dengan sedikit garam dan daun limau purut yang ditumbuk halus dapat mengelak dari 

masalah kekuningan pada gigi. 

• Sebagai wangian dalam aromaterapi. Kesegaran nyaman disekeliling ruang dalam 

rumah atau pejabat (kantor). 

• Memberi aroma pada masakan hingga membangkitkan selera makan. 



Limau Purut baik untuk rambut 

Jika anda ingin rambut anda bersih, cubalah mengambil buah limau purut. Belah dua dan 

jusnya diperah ke atas kepala dan digosokkan ke kulit kepala. Insyallah, jika diamalkan, 

rambut menjadi sihat, berkilat, dan bersih tanpa kelumumur. 


p/s:  Maaf entry panjang berjela..:)

Sunday, December 15, 2013

Giveaway Peserta Bertuah


KLIK BANNER UNTUK JOIN

HADIAH:


Pemenang akan menerima sehelai blouse gojes menawan ni. Mungkinkah anda pemenang bertuah tersebut. Jengjengjeng… Jom! Sama-sama kita raikan GA simple ni.


TAMAT: 31 DISEMBER 2013

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...