KELAB BLOGGER BEN ASHAARI

Followers

Saturday, November 9, 2013

Panda Dalam Kenangan..:(


Assalamualaikum

Nie macam cerita sedih jugaklah.Korang ingat tak INI? Alaa..yang cik nor cerita pasal cik nor ada anak kucing 2 ekor tu.Seekor nama panda & seekor lagi nama celoreng.Apa yang sedihnya? Panda tu dah mati.Balik minggu lepas mak cakap anak kucing mati seekor.Cik nor tak syak pulak panda yang mati.Bila g check...sob..sob..sob..panda yang comel tu mati.Sedihnya.tak dapat tengok dia buat kali terakhir.huhu

Tinggallah coloreng seekor bermaharajalela kat dalam rumah.Yang pelik celoreng nie pantang nampak kaki cik nor sure dia nak gigit.Ingat kaki cik nor nie ikan ker?hehe.Kalau nampak dia terus cik nor lari takut dia gigit kaki cik nor.Alah dia bukan gigit kuat pon...gigit manja jer.Dia lapar sebenarnya...huhu..Nasiblah ada gambar kat atas tu pengubat rindu cik nor pada panda.huhu

Oklah...cukup untuk hari nie...Babai

Friday, November 8, 2013

Buah Kuini..:)


Assalamualaikum

Baru 2 hari kerja..hari dah cuti balik..Ermm..saja kan cik nor nak jeleskan korang.haha..Minggu depan hari ahad jer kerja.Hari Isnin & selasa cuti balik.Alahai nikmatnya kerja kalau banyak kerja macam nie.hihi.Nikmatlah sangat.Minggu depan kena bebal ngan bos lagi...Tahan telinga jer la cik nor,..huhu

Nak cerita benda lain tapi tercerita benda lain.Harap korang tahan mata baca bebelan cik nor yang merapu + tak berapa nak betul ni.hihi.Oppss...lupa tu lah sebenarnya rupa buah kuini yang korang dok teka kat SINI. Majoriti betul tekaan anda semua.Terima kasih semua yang sudi meneka.Lain kali boleh teka lagi.hehe

Itulah rupanya.Yang baru nie cik nor dah kupas.Ingat korang tak kenal tapi glemer jugak buah nie.Dah kupas kulit pon orang kenal lagi.hihi.Yang dah kupas baru nie dari umah nenek cik nor.Yang ni pulak dari pokok umah cik nor sendiri.Kami terpaksa gegar buah yang dah agak tua.Sebab apa?Kalau xgegar awal alamaknya rezeki tupai la.Kita makan sisa dia jer lah..huhu

Kat rumah korang ada tak?Kalau ader pos lah kat cik nor barang sebijik 2...hihik.Xmo merapu..stop sini dulu...babai

Thursday, November 7, 2013

Ini Jawapan Dia......


Assalamulaikum

Hari cik nor bersiaran awal sikit sebab nak bagi jawapan apa yang ada dalam kotak zalora yang cik nor post untuk wordless wednesday semalam.Ramai jugak yang join seisi meneka semalam tapi seorang jer yang betul.Siapa? Alah..kawan2 korang jugak...Kak Fuza tokei kain sulam dari Indonesia tu lah.Kalau korang nak shopping kain sulam boleh lah singgah blog dia.Sure lah korang tersangkut sepasang 2..hehe..Tolong promote yer kak fuza..:)Korang jangan bimbanglah ...yang mana teka salah tu..cik nor memang tak bagi hadiah pon..just suka2 jer...:)


Sebenarnya buka cik nor shopping kat zalora tapi cik nor dapat free voucher dari zalora.Berapa amount dia?Biarlah rahsia...hehe..Cik nor just bayar harga shipping jer RM5.00..Cam pelik jer budak yang datang hantar barang cik nor...siap tanya lagi...akak beli apa jer RM5.00 jer kena bayar.Cik nor senyum jer la...:) Kerana entry INI lah cik nor dapat voucher tu..hehe.Mesti korang tak perasan kan?

Terima kasih bebanyak kepada kawan2 yang sudi meneka semalam.Thanks jugak kepada Zalora coz bagi voucher kat cik nor.Lain kali nak lagi yer http://www.zalora.com.my/...:)

Kepada yang nak shopping kat zalora bolehlah click sini http://www.zalora.com.my/.Jangan bimbang atau risau barang tak sampai sebab kita boleh bayar cash on delivery.Barang sampai kita baru bayar.Selamatkan?Selamat ber'shopping..:)


p/s: Baca kat twitter tadi, betul ke jamal abdillah nak kawen ngan Nas Adilla..???

Wednesday, November 6, 2013

W.W#32


Assalamualaikum

Idea xde mari lagi hari nie.Korang layanlah gambar kat atas tu.Kalau rajin tekalah apa yang ada kat dalam tu.Tapi hadiah xder yer..hihi

Monday, November 4, 2013

Salam Maal Hijrah....

Assalamualaikum....


Salam Maal Hijrah Kepada semua kawan2 blog cik nor.Semoga  ditahun baru ini kita sentiasa mendapat rahmat dari NYA.Jangan lupa baca doa akhir dan awal tahun yer....Moga kita dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki.....aamiin

Rindu Cik Nor Tak???

Assalamulaiakum

Tajuk entry memang tak boleh blah kan cik nor ni..haha.Kalau tanya soalan macam tu mmg korang jawab tak der siapa yang rindu cik nr.Konfirm...haha..

Korang mesti tertanya-tanya manalah cik nor menghilang.Dah 2 3 hari tak der entry baru.Sebenarnya cik nor bercuti.Cik nor kalau kat rumah memang malas nak buka internet.hihik.Mesti korang tanya cuti apa lama sangatkan?Cuti hujung mingg plus dengan cuti ganti sempena deepavali, cuti final bola sepak dan cuti awal muharam.So, total dia 5 hari semuanya.Lama kan cik nor cuti.hihi..Dah macam cuti rayakan?Minggu depan cuti lagi..Dua hari sempena Keputeraan Sultan Kelantan.Banyak tol cuti kat Kelantan untuk bulan nie.


Hari entry tak bergambar...maaf yer kawan2...gambar dah transfer masuk pc kat pejabat...hihik.Dah tak der idea...stop kat sini dulu lah yer...babai


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...