KELAB BLOGGER BEN ASHAARI

Followers

Saturday, August 17, 2013

Kick Ass 2 - Kaki Wayang







Summary:
Kick-Ass, Hit Girl and Red Mist return for the follow-up to 2010’s irreverent global hit: ‘Kick-Ass 2.’ After Kick-Ass’ (Aaron Taylor-Johnson) insane bravery inspires a new wave of self-made masked crusaders, led by the badass Colonel Stars and Stripes (Jim Carrey), our hero joins them on patrol. When these amateur superheroes are hunted down by Red Mist (Christopher Mintz-Plasse)—reborn as The Mother F%&*^r—only the blade-wielding Hit Girl (ChloĆ« Grace Moretz) can prevent their annihilation. When we last saw junior assassin Hit Girl and young vigilante Kick-Ass, they were trying to live as normal teenagers Mindy and Dave. With graduation looming and uncertain what to do, Dave decides to start the world’s first superhero team with Mindy.Unfortunately, when Mindy is busted for sneaking out as Hit Girl, she’s forced to retire—leaving her to navigate the terrifying world of high-school mean girls on her own. With no one left to turn to, Dave joins forces with Justice Forever, run by a born-again ex-mobster named Colonel Stars and Stripes. Just as they start to make a real difference on the streets, the world’s first super villain, The Mother F%&*^r, assembles his own evil league and puts a plan in motion to make Kick-Ass and Hit Girl pay for what they did to his dad. But there’s only one problem with his scheme: If you mess with one member of Justice Forever, you mess with them all.

p/s: Buat kaki waynag jangan lupa tengok.Selamat menonton...:)

Friday, August 16, 2013

Iklan CPUV Baru......


Assalamualaikum...

Sejak bersiaran balik kat blog nie, ramailah blogger dok cerita yang diorang dapat iklan CPUV baru.Cik nor dengan rasa jelesnya hari2 dok tgk earning kat nuffnang manalah tahu kot ada iklan cpuv baru untuk cik nor.Tapi hampa semuanya.Keciwa cik nor tau...hehe..Jeng2..tapi masa nak ambik promosi filem baru kat nuffnang cik nor gatal tangan tgk kat earning.Wahhhhhh...tak sangka Mr.Nuff bagi satu iklan baru kat cik nor.Alah iklan Marigold Peel Fresh yang duta dia Lisa Surihani tu.Sweet kan lisa tu?Suka tengok dia lembut jer.Untungkan Yusri dapat dia.Eh..apa cik nor melalut nie.Tadi cerita pasal iklan CPUV nie pasal rumah tangga oranglah pulok.Pleasee stop cik nor...hihik

Kalau korang nampak iklan tu tolonglah bagi support kat cik nor yer..nanti cik nor support korang sekali.Thanks a lot pada semua yang sudi singgah sokmo kat blog cik nor nie.Sayang korang semua...:)

Thursday, August 15, 2013

We’re The Millers -Kaki Wayang

Front Visual
Summary
David Clark (Sudeikis) is a small-time pot dealer whose clientele includes chefs and soccer moms, but no kids. When he tries to help out some local teens, he winds up getting jumped by a trio of gutter punks.Stealing his stash and his cash, they leave him in major debt to his supplier, Brad (Ed Helms). In order to wipe the slate clean, David must now become a big-time drug smuggler by bringing Brad’s latest shipment in from Mexico.Twisting the arms of his neighbors, cynical stripper Rose (Aniston) and wannabe customer Kenny (WillPoulter), and the tatted-and-pierced streetwise teen Casey (Emma Roberts), he devises a foolproof plan.One fake wife, two pretend kids and a huge, shiny RV later, the “Millers” are headed south of the border for a Fourth of July weekend that is sure to end with a bang.

p/s:Khas buat kaki2 wayang..:)

Raya Yang Suram Part 2

Assalamualaikum...

Hari nie cik nor nak sambung balik cerita pasal raya semalam.Entry dia kat SINI. Kalau yang tak tahu cerita sebelum nie boleh lah klik situ yer.Dah siap mandikan kedua-duanya cik nor kena siapkan adik cik nor dulu.Dia demam tak teruk sangat tapi dengan keadaan dia macam tu nampak macam teruk kita tengok.Dia tak boleh terlampau sejuk.Dia mudah demam dan urat2 dekat peha ke bawah akan rasa ngilu.Itu lah hakikat yang dia kena lalui bila dalam keadaan sejuk.Kebiasaannya dia akan telan ubat penahan sakit barulah ok.huhu

Ok..dah settle bahagian adik.dia dah lengkap pakai baju melayu dan adik yang bongsu dah angkat dia letak atas wheelchair maka siaplah tugas cik nor.Time nak uruskan mak pulak.Lupa pulak nak bagi tahu, mak cik nor time nie hanya boleh makan bubur  nasi yang cik nor letak garam & gula sebagai perisanya.Pernah beli bubur ayam kat mak tapi dia tak boleh makan.Busuk baunya mak kata. Last2 kakak yang no.2 habiskan bubur tersebut.Pagi raya tu mak teringin nak makan nasi hujan panas yang kakak masak bersama kari daging.First time dia mintak nak makan makanan lain selain bubur nasi dia.huhu.Alhamdulillah..banyak jugak dia makan nasi hujan panas tu tapi bubur nasi tetap kena ada.Siap makan bagi mak makan ubat.Hari raya mak terpaksa terbaring kat bilik jer.Nak keluar kat ruang tamu dia tak larat sangat.Pening katanya dan satu lagi dia tak boleh kena angin kipas yang kuat.Mudah sejuk dan demam.Cik nor biar jer dia berehat kat bilik.Saudara mara yang datang nak jumpa mak terpaksalah masuk bilik.bilik cik nor tak boleh masuk ramai2 sebab kecik dan banyak barang.Barang mak tak sempat nak pindah masuk bilik dia lagi.huhu.

Everyday bagi mak ubat tapi still macam tak de perubahan.Nak tak nak raya ke-3 kami bawa mak ke klinik lagi.Tapi klinik lain pulak.Kumpulan Klinik Kota Bharu , klinik yang mak selalau pergi.Nak check darah results darah mak ok baru sampai dalam bulan puasa.Doktor yang check mak sarankan buat ujian air kencing.Memang sah..masalah demam mak berpunca dari air kencing.Doktor kata air kencing mak ada kuman.Terkejut jugak cik nor dengar.Tapi doktor dah bagi ubat untuk halang kuman2 tersebut.Alhamdulillah..selepas makan ubat dari klinik yang baru ni mak beransur sihat dan dah boleh solat macam biasa.Lega sikit hati cik nor nak tinggalkan mak.hari isnin cik nor dah masuk kerja balik.Tadi akak call dia cakap bawak mak di checkup lagi kat klinik kerajaan pulak.Moga mak sihat sepenuhnya...aamiin

Maaflah..cik nor membebel panjang sangat untuk entry kali nie....:)



Wednesday, August 14, 2013

Raya Yang Suram....

 Assalamualaikum....

Mesti korang tertanya-tanya kenapa tajuk entry aku cam pelik jer kali nie.Begini ceritanya..Raya tahun memang agak suram sebab mak cik nor tak sihat macam biasa.4 hari sebelum raya dia deman tak kebah2.Hari isnin kakak cik nor call cakap mak demam.cik nor ingat dia demam biasa jer.Kalau pergi klinik suntik satu jarum dia dah ok.Tapi kali nie lain macam lah pulak.Tak de perubahan nak kebah.Makin teruk adalah.Hari selasa cik nor tak cuti lagi.Kakak cik nor call lagi tanya cik nor boleh balik petang tak.Cik nor cakap tak berani sebab jalan jem.Lagi pon tak mintak cuti lagi dengan bos.Dok kat rumah sewa dalam keadaan standy dan berjaga2 mana tahu kot kakak call cakap mak makin teruk tapi alhamdulillah sampai ke pagi selasa xde call dari kampung.Before keluar office petang khamis dah mintak kebenaran bos nak cuti hari selasa.Nasib bos bagi.Pagi2 selepas sahur cik nor bergerak balik kampung.Kebetulan roomate cik nor nak balik Jerantut joinlah sekali dengan dia.

Alhamdulillah..pukul 6 pagi cik nor selamat sampai kampung.Tu pon terhegeh-hegek bawak kereta.Cik nor tak biasa drive malam.Silau..huhu.Sampai2 terus cari mak.Tengok2 dia baru lepas solat kat bilik dia.Cik nor biar jelah..nampak dia macam sihat then cik nor g solat subuh.Oleh kerana mengantuk sangat cik nor terlelap lepas solat subuh.Bangun2 g jenguk mak...tengok dia tido tapi dia sedar bila ada orang datang.Cik nor letak tangan kat badan dia panas semacam jer.Tapi tengok dia macam sejuk jer.Cik nor terus ambik kain basah letak kat dahi dia sebab panas sangat.Cik nor tanya mak samada dia puasa ke tak?dia cakap dia puasa.Cik nor paksa mak suruh buka puasa sebab nampak dia macm tak larat sangat.Mula tu dia macam tak nak buka puasa tapi setelah kena tazkirah cik nor dia aku dan buka puasa jugak akhirnya.Bukan nya saja2 cik nor suruh dia buka puasa tapi memandangkan keaadaan dia yang amat lemah cik nor terpaksa buat jugak.Orang sakit nie macam2 ragam.Mula2 buka tu dia mak makan meggie.So, cik nor buatkanlah tapi letak sikit perencah.Last2 dia makan sikit jer dia cakap bau busuk.Sabar jerlah...yang anak buah cik nor..dah tergoda dgn bau meggi tu.haha...tanya dia nak minum air apa? Bukan cik nor zalim tau!!.Mak cakap nak minum air suam then letak gula sikit.Dah itu permintaan dia.Cik nor terpaksa tunaikan jer.huhu

Dah makan dan minum semua cik nor bagi mak makan ubat.Lepas makan ubat mak still sejuk menggigil dan tak boleh tidur jugak.Sekali lagi cik nor paksa mak cik nor tidur kat bilik cik nor.Dok kat bilik bawah tak der oraang nak jenguk.Kalau kat bilik cik nor senang sikit sebab cik nor selalu keluar masuk bilik.Boleh tengok2kan mak sekali.Orang tua kalau sakit memang pantang sikit...Kalau sorang jer anak dia yang jenguk n jaga dia..mulalah dia menangis sorang2 dan cakap benda yang merepek.Time nilah jatuh jugaklah airmata cik nor.Begitulah hari2 yang cik nor lalui ketika menjaga mak sakit.Sampai nak bercakap dengan orang pun tak der mood asyik memikirkan keadaan mak yang tak kebah2 lagi demam.

Hari raya pertama, mak still tak ok.Nak tak nak terpaksa uruskan mak dan adik lelaki cik nor yang lumpuh.Dia tetiba demam jugak dihari raya pertama.Disebabkan adik beradik yang lain dah siap dulu cik norlah yang kena siapkan kedua-duanya.huhu.Korang layanlah gambar yang kat atas tu dan kat bawah nie.Dah panjang sangat cik membebel...nanti cik nor sambung lain di entry akan datang...InsyaAllah..
Gambar yang atas sekali tu cik nor dah edit guna phone kakak.Tu yang muka cam licin tanpa sebarang jerawat..haha.Yang atas nie original recipe ya..tak sempat nak edit..sebab masa nie mak dah chat sikit dia suruh cik nor g solat isyak..hehe
Yang dengan anak buah kesayangan.Harap maaf yer..gamnbar nie cik nor dah edit jugak...hihi
Yang nie pon sama.Dengan anak buah jugak...:)
Yang nie dengan kakak yang sulung versi edit.Dengan kakak yang no.2 tak sempat nak bergambar sebab dia dah tukar baju.Lama sangat tunggu cik nor bersiap...huhu
Tiga beradik.Yang sorang tu anak buah.Anak kakak yang no.1.Bukan main meriah lagi baju adik cik nor.Mentang2 lah dia tukang jahit..haha
With satu2 satu nya adik perempuan.Post gambar macam nie kat fb semua oarang panggil mak datin.haha...Padahal pakai tudung entah apa2 jer..:)

Dua2 gambar nie lebih kurang sama jerlah.Beza kat mana pon cik nor tak tahulah.haha.Bersama dengan adik cik nor yang lumpuh.Gambar ni dah edit yer...harap maklum..:)

Oklah..cukup setakat nie dulu coretan cik nor untuk kali nie.Lain kali cik nor tulis lagi yer...:)

Monday, August 12, 2013

Santai Raya...


Sunday, August 11, 2013

Jom Layan Jap


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...