KELAB BLOGGER BEN ASHAARI

Followers

Saturday, July 27, 2013

Dapat Hadiah Lagi..:)

Assalamualaikum

Comel tak kak ton??Eh..apa kes pulak cik nor nie tetiba keluar pasal kak ton nie.Sebenarnya cik nor tanya comel tak foto magnet yang cik nor dapat tu.hehe.Macam kelakar ker muka dalam gambar tu.Tu gambar setahun lepas or 2 tahun lepas.Muda lah sikit rasanya.Sekarang dah terlebih remaja ...haha..Dah2..bila dah start merapu panjang lah pulak ceritanya.

Mana cik nor dapat foto magnet tu?Sebenarnya cik nor ada join GA rasanya kat blog Jaa @ http://www.jaakechik.com/.Dah lama jugaklah..siap dah lupa2 dah.Tertiba Jaa tinggalkan pesanan kat shoutbox suruh email gambar kat dia sebab cik nor salah seorang pemenang GA tu.Galabah jugak masa tu.Mana nak cari gambar sebab dah lama cik nor tak possing.Nasiblah ada gambar lama yang ala2 gadis ayu gitu.haha.Sebenarnya Cik nor hantar 3 keping gambar yang berbeza.Past tu Jaa pilih gambar yang kat atas tu.Cantik pulak bila dah siap.Puji diri sendiri sebab tak orang nak puji cik nor..hihik.

Thank a lot to Jaa n penaja sebab bagi hadiah nie.Link aku join GA tu aku malas nak cari.Korang godek2 sendiri lah yer.Memang dasar blogger pemalas kan?haha

Oklah..nak sambung buat kerja jap...babai

Friday, July 26, 2013

Kad Raya Pertama


Assalamualaikum...

Yeayy...kad raya pertama cik nor terima sejak menjadi blogger ni. Blogger lah sangat.Blogger suam2 kuku..haha.Kad raya dari siapa?Alahai korang tengok gambar tu sure korang kenal siapa kah yang menghantarnya.Blogger glemer nie tak kan korang tak kenal dia kot.hehe

Meh dekat2 sikit cik nor kenalkan korang dengan blogger tersebut.Dia ialah SHIDA dari blog http://www.duniashida.com/.Peramah tau shida nie.Aku selalu gak g jejalan dengan muka tak malu kat blog dia.Sampai cik nor dah jadi pengomen tegar kat blog dia.Nampak kan permainan cik nor kat situ.Jangan salah tafsir ye. Cik nor g jejalan kat situ bukan nak hadiah tau, Cik nor nak mengeratkan silaturahim jer yer.Hah..kalau korang nak thu Shida nie selalu singgah blog cik nor.Kira glemer jugak blog cik nor nie.haha.

Thanks a lot Shida coz bagi kat raya, stickers, penanda buku n satu lagi tu tak tahu apa bendanya..hihik.Lain kalau ada nak lagi.Korang kalau nak berkenalan dengan shida nie bolehlah klik kat nama or link yang cik nor bagi kat atas tu...:)

Ok that's all for today.Babai..:)

Thursday, July 25, 2013

Tips Mengurangkan Berat Badan Di Bulan Puasa

Assalamualaikum....

Ramadan merupakan satu peluang untuk mengurangkan berat badan bagi mereka yang mengalami masalah berat badan berlebihan. Amalan pemakanan sihat yang disarankan bagi mengurangkan berat badan ialah :

* Kurangkan pengambilan makanan yang tinggi kandungan gula, minyak serta lemak.Makanan ini mengandungi tinggi kalori. Jika anda tidak dapat menahan diri daripada mengambil makanan ini, ambillah dalam kuantiti yang sedikit.

* Hadkan pengambilan air manis seperti sirap atau kordial. utamakan pengambilan air kosong dan jus buah-buahan yang tidak ditambah gula. Susu rendah lemak juga merupakan pilihan minuman yang baik.

* Beri perhatian pada saiz hidangan anda. Kebiasaannya, kita akan makan dengan banyak apabila terlalu lapar. oleh itu sentiasa ingat untuk mengekalkan saiz hidangan yang kecil, walaupun mengambil makanan yang rendah lemak.

* Lebihkan pengambilan buah-buahan dan sayur-sayuran. Makanan ini bukan sahaja mengenyangkan, malah boleh meningkatkan pengambilan serat harian anda.

* Jangan lupa untuk melakukan senaman ringkas. Berpuasa bukan alasan untuk anda tidak melakukan senaman.

Sumber : MyHEALTH, Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia

Wednesday, July 24, 2013

Tips Untuk Kekal Cerdas Di Bulan Puasa

Assalamualaikum

Berikut adalah beberapa panduan untuk anda kekal cergas di bulan puasa.

* Ambil makanan yang berkhasiat iaitu mengandungi karbohidrat, protein, vitamin, mineral serta sedikit lemak.

* Lakukan aktiviti fizikal untuk meningkatkan metabolisme. Waktu yang sesuai untuk anda melakukan aktiviti fizikal ialah 1/2 jam sebelum berbuka ataupun selepas makanan yang dimakan hadam.

*Minum banyak air terutama air kosong. Ini untuk mengelakkan dehidrasi kerana badan kita memerlukan air yang banyak.

*Elakkan mengambil minuman yang berkafien kerana ia boleh menghalang penyerapan zat-zat makanan oleh badan.


Sumber : MyHEALTH, Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia.

Tuesday, July 23, 2013

The Smurfs 2



Summary:
The evil wizard Gargamel creates a couple of mischievous Smurf-like creatures called the Naughties that he hopes will let him harness the all-powerful, magical Smurf-essence.But when he discovers that only a real Smurf can give him what he wants, and only a secret spell thatSmurfette knows can turn the Naughties into real Smurfs, Gargamel kidnaps Smurfette and brings her to Paris, where he has been winning the adoration of millions as the world¹s greatest sorcerer.It’s up to Papa, Clumsy, Grouchy, and Vanity to return to our world, reunite with their human friends Patrick and Grace Winslow, and rescue her!Will Smurfette, who has always felt different from the other Smurfs, find a new connection with the Naughties Vexy and Hackus ­ or will the Smurfs convince her that their love for her is True Blue?

Kenapa Dengan Aku???

Assalamualaikum

Hari nie kerja aku membelek blog orang jer.Nak tulis entry baru macm tak der mood jer.Mood aku dah ke laut gamaknya.Susah tau nak menulis entry kalau tanpa gambar.Perghh...ayat macam blogger paling hebat.Padahal dalam kepala otak ko tu tak der apa nak menulis.Macam lagu Najwa Latif tu kosong..kosong...kosong.(tak layan sangat lagu tu) just bagi contoh jer...hehe

Hari ni aku berjalan2 kat blog orang.Aku boleh pulak fikir.Apasal lah korang banyak sangat idea nak menulis.masing2 ada jer benda yang nak updates,Dah tu panjang berjela pulak tu menulisya.Jeles tau cik nor.Cik nor nak buat satu entry pun payah.Kalau ada blogger yang agak2 terlebih idea tu boleh la share kat cik nor sikit mana tahu idea tu boleh guna untuk cik nor buat entry baru...Ayat paling tak logik kan.Idea mana boleh share...Kalau share nak samalah pulak entry nya...Memang dah biol gamaknya cik nor...haha

Semalan dapat kad raya dari blogger Shida.Tak sempat nak snap pic dia lagi.Esok InsyaAllah..cik nor buat entry pasal kad raya tu.Mohon korang jangan jeles yer..haha.Apa la cik nor ni mcm lah ko sorang yang dapat kad raya.Orang lain lagi gempak dapat kad raya dari ko cik nor...perasan jer lebih ko nie cik nor..:)

Dah habis seisi merapu untuk hari nie.Mana tak merapunya idea tak mari la.Mana idea hilang pon tak tahu lah.Cik nor rasa dia tidur sebab penat berpuasa..haha

Babai..:)

Monday, July 22, 2013

Teringat Masa Dulu.....:)

Assalamualaikum...

Hari nie cik nor buat entry tanpa gambar yer.Harap maklumlah yer.Nak letak gambar makanan xboleh sebab cik nor dah janji tak akan ada entry makanan sepanjang bulan ramadan nie.Kesian kat orang puasa terliur tengok makanan yang cik nor paparkan.Dah dapat kurang pahala puasa cik nor..huhu.Biarlah entry kurang meriah asal puasa still maintain..haha


Alamak kenapa tajuk enrty cik nor macam tu?Sebenarnya cik nor teringat masa cik nor menulus blog dulu.Kalau ada yang rajin check blog cik nor.First entry tu cik nor tulis apa entah past tu sendiri komen lak tu.Malu jer sendiri tengok.Tapi tak akan cik nor delete entry tu.Sebab entry tu lah buat cik nor still standing sampai sekarang nie.Memang membawa seribu maknalah kepada cik nor.Past tu kan kalau korang tengok entry cik nor kebanyakannya tak der orang komen langsung.Sedih sangat tau masa tu.Masa memang rasa down sangat nak teruskan menulis kat blog nie.Tapi alhmadulilllah berkat kesabaran cik nor menjelajah ke setiap blog yang cik nor kenal atau tidak followers cik nor bertambah sedikit demi sedikit.


Salah satu fakto yang membawa kejayaan cik nor sekarang nie (cewaah..mcm menang award lah pulak...haha) dulu cik nor suka sangat layan twitter.Ramai yang guna akaun twitter tu ada blog.So, dari situlah mula cik nor promote blog cik nor nie.Masa followers tengah ramai tu , blog cik nor buat hal.Masa tu cik nor berada dalam dilema.Nak teruskan berblogging or nak stop sebab cik nor dah mintak tolong ramai untuk repair blog cik nor tapi still xboleh jugak.Memang betul2 down dah masa tu.Nak close memang sayang sangat2.Ye lah mana tak sayangnya...Followers dah cecah 3ratus tu masa tu.Kalau tutup dan buat blog lain mampu ke nak capai followers banyak tu lagi.

Pening jugak cari jalan penyelesaian masa tu.Alhamdulillah...tampil seorang insan yang berhati mulia sudi membantu mengatasi masalah cik nor tu.Maka terciptalah blog cik nor yang berwajah baru dan 100% berubah dari blog yang comot & kusut masai...Thanks a lot to hamba Allah itu.Jasa anda tak akan cik nor lupa sampai bila2....


Alahai maaflah ye kawan2 cik nor tak sedar panjang sangat dah merapu.Cik nor stop sini dulu.Lain kali sambung merapu lagi..:)

Sunday, July 21, 2013

Segmen ERAZ FADLI bersama Twitter @erazfadli

ERAZ FADLI mengajak semua blogger untuk join Segmen ERAZ FADLI bersama Twitter @erazfadli.. Segmen yang sangat simple dan insyaallah akan memberi manfaat kepada semua terutama kepada pengguna Twitter..  Segmen ini akan bermula pukul 11:00 Pagi Sabtu - 20 Julai 2013 hingga 3.00 Petang Rabu - 24 Julai 2013 sahaja..

Tanda penghargaan bagi yang join Segmen ERAZ FADLI bersama Twitter @erazfadli ini, DUA blogger yang bertuah akan mendapat Top-Up RM 5.. Pemilihan melalui Mr. Random.org..
Syarat : -
  1. PALING PENTING Follow Twitter ERAZ FADLI
  2. Jika berminat, boleh follow blog Eraz, dan like Page E'raz Fadli.. 
  3. Buat tajuk entri Segmen ERAZ FADLI bersama Twitter @erazfadli..
  4. Copy coding code yang telah disediakan di SINI dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan publish entri..
  5. Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen ini..
# Senang.. Idea cara yang simple dan mudah ini dikreditkan kepada blogger MiaLiana..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...