KELAB BLOGGER BEN ASHAARI

Followers

Thursday, May 30, 2013

Jumlah Post Entry = Jumlah Followers

Pageview chart 44283 pageviews - 577 posts, last published on May 29, 2013 - 577 followers

Assalamualaikum...

Hari nie punya lah eksited updates blog.Pepagi lagi dah updates.Bukan apa teruja sangat bila pos entry sama dengan jumlah followers.Tu sempat aku copy sebelum jumlah entry bertambah..haha.Maafla nak print screen tak dapat sebab guna pc.Lagi pun cik nor tak de smartphone or telefon canggih manggih macam orang lain.Tu je yang mampu Cik nor buat.Harap sudilah jenguk blog cik nor nie...:)

Dari semalam lagi dok berangan.Bilalah jumlah followers nak sama dengan jumlah entry.Tup2 buka blog dah sama.Tu yang terus copy dan buat entry baru sebelum ianya berubah.Itu jer yang cik nor cerita pagi nie.Nak tulis panjang2 idea tak mari lagi lah.Sebelum cik nor merapu...baik cik nor stop dulu.

Ok.Full stop..:)

Wednesday, May 29, 2013

Rabu Hari Gambar Berkata-kata...


Tahniah ....TRW Ke Final Akhirnya...

Assalamualaikum



Wah...dah lama benar aku rasa tak hupdate entry berkaitan dengan bolasepak.Nak buat macam mana asyik terlepas jer nak tengok perlawanan.Tambah2 lagi perlawanan yang membabitkan pasukan negeri aku iaitu Kelantan Darul Naim @ TRW....Semalam pon sempat tgk kejap jer.Tu pon perlawanan dalam masa tambahan 30 minit.Ingatkan tak de live kat tv.Rupanya ada..Frust tau balik lambat semalam.Balik2 semalam dah buat dosa.Dah la puasa past tu solat asar lambat pulak.Tak ke berdosa tu.huhu.Nasib baik lah Kelantan menang  dengan aggregat 6-5 semalam.Kalau tak memang frustlah..huhu...Tahniah kepada wira2 TRW yang menjaringkan gol untuk perlawanan separuh akhir pertama dan kedua.....All the best for final nanti...:)

Tuesday, May 28, 2013

7 RAHSIA VITAMIN E

JOM BACA 7 RAHSIA VITAMIN E 

1. Vitamin E membuatkan si pengamal nampak muda kerana vitamin E melambatkan proses penuaan.Pengambilan vitamin E yang konsisten sangat membantu dalam mendapatkan tekstur kulit yang cantik. Ianya juga membantu menghilangkan parut dan jeragat.Membantu wajah nampak lebih berseri dan tidak kusam. 

2. Vitamin E mencegah segala pertumbuhan abnormal sel terutama kanser.Pengalaman ibu sendiri bila mengalami bengkak susu yang ketara, ibu akan mengambil dua biji vitamin E namun ianya bukanlah diamalkan secara berterusan cuma pada saat melalui saat bengkak susu atau clog duct. 

Seorang teman sebelum ini mengalami masalah dimana tempat kemaluannya didapati mempunyai benjolan seperti bengkak ketumbuhan, beliau mengamalkan dua biji vitamin E selama 7 hari dan alhamdulillah ketumbuhan itu mengecut dengan sendirinya. Ini kerana Vitamin E membantu mengecutkan pertumbuhan abnormal sel dan melancarkan saraf terutama bagi ibu yang menyusu dan dapat mengelakkan bengkak susu yang berlarutan. 

3. Vitamin E sangat membantu dalam aspek kesuburan. Bagi ibu yang menyusu, kedinginan adalah masalah biasa yang bakal dilalui disebabkan hormon prolaktin yang lebih tinggi dari hormon estrogen. Walau bagaimanapun melalui pengalaman ibu, pengambilan vitamin membantu mengatasi masalah kedinginan. 

4. Vitamin E membantu pengaliran darah dengan lebih lancar. Membantu mengatasi masalah sarah belakang terutama mereka yang sering mengadu masalah sakit bahagian belakang badan. 

5. Vitamin E membantu mempercepat proses baik luka. Sangat membantu apabila si ibu yang menyusu mengalami luka di bahagian nipple. Rata2 ibu yang menyusu akan melalui saat sukar apabila puting susunya melecet ataupun luka. Pengambilan yang konsisten sangat membantu si ibu recover dari kesakitan yang dilalui. 

6. Bagi wanita yang pernah melahirkan anak, perasankah anda kawasan erola iaitu kawasan bahagian puting susu menjadi besar dan gelap. Semakin banyak kelahiran akan membuatkan ianya semakin gelap. Ibu membuat kesimpulan bahawa ianya merupakan pigmentation after kelahiran. Namun dengan pengambilan vitamin E yang konsisten membantu kawasan gelap itu mengecil dan warna puting menjadi cerah semula. 

7. Bagi yang mempunyai masalah pre-menstrual yang teruk, vitamin E membantu mengurangkan kesakitan akibat pre-menstrual. 

Monday, May 27, 2013

Selamat Pengantin Baru...

Assalamualaikum

Entry nie aku buat khas untuk rakan blogger yang agak rapat jugaklah.Dia tak lain tak bukan Sha@ Aisyah yang melangsungkan perkahwinannya semalam(26 Mei 2013) kat Senawang, Negeri Sembilan.Aku dapat kad jemputan dari dia.Tapi nak buat macam mana jatuh hari bekerja susah sikitlah aku nak ambik cuti.Mintak maaf banyak yer Sha.InsyaAllah...ada rezeki nanti cik nor pos hadih untuk Sha.Harap alamat yang tertera dekat kad jemputan adalah alamat tetap Sha.Kalau korang nak knal siapa Sha nie boleh la melawat blog dia kat SINI @ http://lurvevanilla.blogspot.com/.Mana tahu ko korang terpikat dengan blog dia nanti..hehe.






Selamat Pengantin Baru Sha.Semoga kekal bahagia hingga ke akhir hayat....InsyaAllah...aamiin

Sunday, May 26, 2013

Sunday Blues...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...