KELAB BLOGGER BEN ASHAARI

Followers

Saturday, May 25, 2013

Mai La Layan Nie Jap...


Thursday, May 23, 2013

Dari Australia Terbang Ke Malaysia

 Assalamualaikum....
Hari nie rajin pulak aku nak hupdates blog ni.Nak buat macam mana aku sorang2 kat opis nie.Seorang cuti n yang lain2 ada meeting kat pejabat sebelah.Bosanlah pulak dok sorang2 nie.Kalau updates blog ok gak sementara bos aku tak masuk lagi nie.Kalau dia dah masuk Tak sempatlah nak updates.Macam2 kerja dia nak bagi aku buat..haha.Eh...aku nak updates pasal apa nie?Gambar kat atas tu lain tetiba cerita kat bawah lain..sentaplah korang baca entry aku kali nie..haha.Ok..nie pasal Entry W.W#24 semalam.Kawan2 blogger semua pelik kenapa aku tetiba tayang notebook.Apa kes nie Cik Nor???Macamlah orang lain tak der notebook...haha
Taraaa...Nie lah notebook semalam tu.Yang sebenar notebook nie terbang dari jauh.Dia di terbangkan khas dari Perth, Australia oleh  Kak Umi.Tu yang macam aku teruja sangat nak tayang notebook tu.Kalau takat notebook beli kat Syarikat Muda Osman tak lah kot..haha.Amboi..demand tol kan Cik Nor nie...:) First time dapat ole2 dari oversea...saper tak teruja weh.Jakun pon ada gak sikit..haha.Oklah lah kalau nak berkenalan dengan kak umi nie bolehlah terjah blog kak umi nie....http://umiyumi2.blogspot.com/ or tekan jer nama dia kat atas tu...hehe

Oklah cukup setakat ini untuk kali nie...kbai..:)

Wednesday, May 22, 2013

Bila Aku Rajin Masak..:)

 Assalamualaikum

Hari aku nak balas dendam yang semalam punya.haha.Semalam aku tak dapat nak hupdates entry baru.So, hari nie aku updates 2 entry dalam satu hari.Hebatkan aku...hihi...Sebenarnya gambar nie aku ambik minggu lagi...nie konon2 nya nak raikan budak praktikal umah aku yang akan menamatkan tempoh praktikalnya n akan keluar dari rumah sewa tu pada hari sabtu.So, pagi Jumaat tu roomate aku ajak g Pasar Siti Khadijah then aku belilah apa yang aku nak masak...Nah tengok hasil masakan yang tak seberapa dari Cik Nor...haha.Harap Zue tak kecik hati walaupon aku masak simple utk dia...Sori yer zue tu aje yang akak mampu masak untuk zue...hihik
 Yang nie buat mangga siam roomate aku beli.Then buatlah dessert untuk malam tu.Akulah tukang habiskan...haha..Buruk lantak betul aku..:)
Yang nie pulak pisang lemak manis.Baguskan aku hidang dalam plastik macam tu jer.Biasalahkan orang bujang...haha.Kalau ada mak mentua..malu dia nak mengaku aku ni menatu dia..haha..Ya Ampun future mak mentua...Cik Nor tak buat macam ni bila dah kawen nanti..hehe

Oklah..sebelum aku merapu dengan lebih panjang lagi baik aku stop kat sini...jumpa lain entry...:)

W.W#24




Biar gambar yang berbicara.....:)

Tuesday, May 21, 2013

Ampun & Maaf

Assalamualaikum



Hari Cik Nor Tak Sempat Nak Update Blog N Tak Sempat Nak BW.Kerja Banyak Sesangat.


Harap Maaf Yer Semua....:)

Monday, May 20, 2013

MENANG TOPUP DAN REVIEW BLOG BERSAMA SEGMEN ERAZ FADLI


ERAZ FADLI mengajak semua blogger untuk join Menang Topup dan Review Blog Bersama SEGMEN ERAZ FADLI.. Segmen yang sangat simple dan insyaallah akan memberi manfaat kepada semua.. Segmen ini bermula pukul 2.30 Petang pada hari Isnin - 20 Mei 2013 hingga pukul 2.30 Petang Rabu 22 Mei 2013.. 2 Hari!

DUA blogger yang bertuah akan mendapat Top-Up RM 5.. Pemilihan melalui Mr. Random.org.. Manakala SEORANG blogger akan direview blognya juga pemilihan melalui Mr. Random.org..
Syarat : -
  1. Follow blog Eraz, dan like Page E'raz Fadli.. 
  2. Buat tajuk entri Menang Topup dan Review Blog Bersama SEGMEN ERAZ FADLI..
  3. Copy coding code yang telah disediakan di SINI dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan publish entri..
  4. Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen ini..
# Senang.. Idea cara yang simple dan mudah ini dikreditkan kepada blogger MiaLiana..

Jalan-Jalan @Pasar Siti Khadijah


Assalamualaikum

Minggu lepas aku malas nak balik kampung sebab minggu sebelumnya aku dah balik hari khamis lagi.So, minggu nie aku ikut member aku g jejalan kat Pasar Siti Khadijah.Aku jadi co pilot dia lah.Sebab aku dah mmg familiar ngn tempat tu.Tiap2 minggu aku blh pergi situ tapi aku jer yang high class skit.haha.Kalau pergi sana kena bawak banyak duit sebab bila naik tingkat 1 & 2 macam ada.Kalau kat tingkat 1 ada makanan kering dan barang runcit.Kat tingkat 1 ada keropok belom goreng lagi, keropok segera, dodol, n macam2 lagi.Kalau tak silap aku, kat tingkat 1 juga belah kanan ada menjual pealaratan dapur seperti kuali, periuk, tikar n macam2 lagi lah.Aku ingat sebab aku ikut member aku beli kuali.Dia beli kuali saiz 40 kot.Kira besar jugaklah.Tapi makcik yang jual tu sempat lagi kenakan kitaorang harga tinggi.Silap kitaorang jugak tak servey harga dulu.Jumpa terus je beli.huhu

Ronda-ronda lagi kat tingkat 1 jumpa satu kedai pakcik nie.Bila servey punya servey kedai dia lagi murah dari kedai makcik tadi.Habis dah beli nak menyesal pon tak der gunalah.huhu.Lain kali tak nak dah g kedai makcik tu.Dia jual mahal sangat.So, nasihat aku tak korang yang nak shopping kat Pasar Siti Khadijah serveylah dulu harga kat smua kedai yang ada.Dah puas hati pandai2lah tawar-menawar harga.Manalah tahu boleh harga yang murah...InsyaAllah

Oppss...lupa kat tingkat 2 ada menjual pelbagai jenis kain pasang, batik sutera, telekung sembahyang, tudung bawal dan macam2 lagi yang berkaitan dengan pakaian.Memang rambang matalah korang kalau naik tingkat 2.Semua rasa nak beli jer.Aku just pusing2 jer...almaklumlah poket nipis dah..haha.

Gambar yang kat atas tu ground floor.Kat situ ada menjual keperluan harian untuk suri2 rumah yang suka masak.Macam2 ado..sampai aku pon pening bla masuk kat situ.Aku jaust ronda jer...last2 beli nasi kat kedai...hebat kan aku...:)

Oklah ckup untuk kali ini...jumpa next entry..:)



Segmen Simple Mary Kay One Women Can" Beauty Contest

As-Salam

Attention ! Attention ! Attention !
Attention to beautiful blogger ! 



Sempena ulangtahun yang ke-50 Mary Kay, pihak Mary Kay telah menganjurkan contest yang bertajuk "One Women Can" Beauty Contest untuk wanita-wanita kat Malaysia ni..

So blogger perempuan boleh join contest ini.
Cungkilkan bakat dan kebolehan anda dengan menyertai "One Women Can" Beauty Contest ini !

Macam mana nak join?

Rebut peluang anda memenangi 1 x Mini Targeted Action Body Lotion and Mini Hand Cream in mesh bag & 1 x Nourishine Plus Lip Gloss bila anda membuat entry tentang contest ni.


atau

Anda kena buat 1 post berkenaan hebahan tentang "One Women Can" Beauty Contest ini,

- 10 post yang kreatif dan terbaik akan memenangi Produk Mary Kat bernilai RM1000
- 2 blog post yang terbaik dan kreatif akan dipilih untuk memenangi percutian ke Hong Kong
(3hari 2malam) bersama pemenang-pemenang akhir acara ini.

atau

Anda boleh mengikuti make over percuma bersama perunding kecantikan yang dilantik di setiap negeri yang terpilih dan menyertai peraduan kecantikan dan rebut peluang menjadi wajah Mary Kay
di Hong Kong !!

p/s : Rugi tak join ! Cubalah.. Rezeki


Sunday, May 19, 2013

My BFF Car...


Assalamuaikum...

Sebenarnya dah lama my bff aku mms gambar kereta dia excident tempoh hari.Dah masuk 2 minggu aku rasa.Tapi aku jer yang tak sempat nak post kat blog nie.huhu.Al-maklumlah banyak kerja..hihik.Mesti korang nak tahu dia exsiden dengan apa kan?Dia eksiden sorang2 jer langgar bukit  ke apa ntah..huhu

Sebenarnya dia dalam keadaan nak parking dah.Dia sebenarnya nak tekan brek tp entah kenapa tersilap g tekan minyak.huhu.Pakai pulak safety shoes lagilah tak rasa tekan minyak kuat.Kat depan tu memang dah kena tukar baru.Satu lagi aku rasa oil filter bocor kot..huhu

Dekat sebulan jugak dijangka kereta dia dok kat bengkel.Dia claim insurans rasanya.Baru 2 bulan guna kereta nie dah jadi cam gini.Nak buat macam mana malang tak berbau..redha jer la...

Oklah cukup untuk kali ini.Salam ahad..:)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...