KELAB BLOGGER BEN ASHAARI

Followers

Saturday, April 13, 2013

Saturday Is Sabtu...:)



Sambil2 rehat dihujung minggu..fikir2 lah apa yang saya post ni betul ke tak?hehe

Friday, April 12, 2013

Tazkirah Jumaat....

Amalan ibadat sunat sangat digalakkan dalam Islam sebagai menampung kekurangan amal ibadat kita. Begitu juga dengan puasa yang tidak semestinya dilakukan pada Ramadan saja. Ibadat ini sebenarnya penawar mujarab untuk meningkatkan ketakwaan dan keimanan seseorang. Ulama memilih hari tertentu seperti Isnin dan Khamis serta hari terbaik dalam sejarah Islam untuk berpuasa. Ibadat ini akan membentuk peribadi dan martabat seseorang, termasuk mengawal kekuatan nafsu syahwat, marah dan beberapa penyakit hati. Imam Habib Abdullah Hadad dalam kitabnya An Nashahaaih Ad-Diniyah Wal-Washaaya Al Imaniyah secara panjang lebar membicarakan hal dan tertib berpuasa. Katanya, mereka yang mengerjakan ibadat puasa perlu mempunyai tertib kerana tanpanya puasa menjadi kosong, tanpa pahala dan tiada kesempurnaan melainkan lapar dan dahaga. Antara tertib terpenting, katanya, mengambil berat untuk mengawal lisan yakni memelihara lidah agar tidak berdusta, mencaci orang, mencampuri urusan orang lain, mengekang mata dan telinga daripada melihat dan mendengar sesuatu yang haram kecuali perkara kebaikan. Umat Islam juga mesti menahan perutnya daripada menelan makanan yang haram atau bahan yang subahah. Wajib bagi manusia mencari makanan halal sebagai juadah ketika berbuka kerana itu adalah sebahagian daripada ibadah yang dikerjakan sepanjang hari. Imam Habib menekankan bahawa, sesetengah ahli salaf berkata: Jika kamu berpuasa, perhatikanlah apa bendanya yang kamu perlu untuk berbuka dan tempat mana kamu berbuka. Umat Islam dianjurkan supaya berwaspada dan mengambil berat terhadap makanan untuk berbuka. Mereka yang berpuasa juga wajib memelihara semua anggota dan pancaindera daripada melakukan dosa. Mereka hendaklah menjauhkan segala urusan yang sia-sia dan tidak bermanfaat. Langkah ini penting bagi menyempurnakan ibadat puasa dalam erti kata sebenarnya. Ramai juga yang berpuasa mendapat penat dan lelah. Lapar dan dahaga kerana tidak mengamalkan tertib yang dianjurkan Islam. Malah, sanggup membiarkan anggotanya terjerumus ke lembah kemaksiatan.

Thursday, April 11, 2013

Senyum Khamis...:)

Assalamualaikum....

Aku sebenarnya tak ada idea nak tulis apa hari nie.Tapi aku paksa juga otak aku untuk berfikir dan keluarkan idea walaupun agak kurang kreatif dan menarik.haha.Nak tahu kenapa aku tulis tajuk entry senyum khamis?Sebelum tu aku gelak dulu lah...haha..Tadi masa aku balik rehat, terpandanglah droughtman aku tidur kat sofa betul2 depan pintu masuk.Tang tidur tu aku tak kisah sangat.Lantak dialah nak tidur sebab masih lagi dalam waktu lagi.Tang berdengkur tu aku tak tahan..perghh dah mcam tidur kat dalam bilik kat rumah lah pulak.Kalau aku kejut pun confirm tak sedar tu kalau berdengkur pun tak henggat dunia.Aku rasa kalau bangunan runtuh pun dia tak sedar.Tapi... nauzubillah la.

Dalam perkiraan aku dia lambat lagi bangun dari lena yang indah.Aku ambil keputusan untuk solat dulu.Hurmm..sampai ke tempat solat boleh dengar lagi dia berdengkur.haha.Aku dengan engineer aku tak ambil kisah pun.Tapi aku takut kantoi dengan bos jer..Kalau kantoi dengan bos faham2 jer lah yer.Nie bukan nak mengumpat droughtman aku tapi nak suruh orang berhati2 lah klu tertidur kat ofis.Manalah tahu kantoi dengan bos.Sebab sebelum nie pernah terjadi tidur kat ofis then kantoi dengan bos.Akhir nya bos terpaksa terminate staf tersebut..Kesiannya kan?

Eh...panjang lah pulak idea aku.Stop dululah.Ada masa post lagi entry2 yang menarik untuk bacaan rakan2 blogger..:)

Beginilah gamaknya dia tadi.Ehsan dari cik google...:)

Pandangan anda?

Selamat sejahtera semua.

Template baru telah siap sepenuhnya dengan tema biru laut.

Biru memberi ketenangan bukan? Semoga pelawat tenang hadir ke blog ini.

Mohon bantuan rakan-rakan memberi maklumbalas dan cadangan untuk penambahbaikan blog ini :)

Terima kasih daun keladi, kalau rajin komen la sekali Huhuhu

Tuesday, April 9, 2013

Fresh From Thailand...


Assalamualaikum...

Aku updates juga lah walaupon kotak komen aku masih lagi bermasalah.Certain orang boleh komen.Certain lagi tak boleh komen.Aku dah buntu apa masalah dia sebenarnya.Dok pikir2 kan tak jadi kerja aku kat opis nie.Nie boleh lah nak mengular lebih sikit.Bos tak masuk opfis dia buat design kat rumah.Kalau buat kat pejabat dia tak concentrate sebab banyak sangat gangguan.

Oklah berbalik kepada tajuk entry kat atas dan lihat gambar buah-buahan kat atas tu.hehe.Sebenarnya buah2 mangga dan buah kemior tu aku paw dari kakak aku yang baru balik melawat kakak ipar dia yang sakit kat Selatan Thailand.Alang2 dia beli banyak aku pawlah sikit bawak datang rumah sewa aku.Bukan main banyak lagi aku bawa sedang aku sorang je yanga nak makan.Buah mangga tu bukan satu jenis jer ada 3 jenis rasanya.Ada mangga lemak, siku raja dan cik ana.Best2kan nama mangga2 tu...haha.Kalau tak silap aku mangga ada lagi 3 biji dan buah kemior ada lagi 2 biji.Malam nie habis lah aku kerjakan..haha

Oklah...stop kat sini dlu.Ada cerita best nanti aku post lagi yer.

p/s: tak sabar tunggu hadiah dari hainom OKje..hehe

Monday, April 8, 2013

Kereta Klasik

 Assalamualaikum....

Aku tetap updates blog walaupon blog aku nie masih lagi bermasalah.Ada yang boleh komen dan ada pulak yang tak boleh.Buntu dah aku memikirkannya.Apa masalahnya pon aku tak tahulah.Oklah berbalik kepada tajuk entry kat atas tu.Gambar ni aku snap masa aku tunggu pakwe housemate aku g beli tiket nak tengok bola.Kalau tak silap Kelantan vs Sarawak.Rasanya masa aku sampai acara nie dah habis sebab tak banyak kereta klasik yg tinggal.Maaflah kereta tu tu nampak kecik jer sebab snap dalam keretanya.Tempatnya..di perkarangan Stadium Sultan Muhammad IV.
Eh..baru perasan...gambar yang samalah plk.Ada lagi kat depan kereta kami van-van klasik.Takut nak snap.Sebab apa aku takut tengok van tu.Alah..van panjang bentuk empat segi tu.Kalau korang tengok cerita seram Thailand mesti ada van tu.Tu aku takut nak snap...haha.Penangan tengok sangat cerita seram Thailand ...haha

Oklah tak mo lah melalut panjang-panjang nnt korang bosan lak baca blog aku yang tak seberapa nie...babai..:)

Sunday, April 7, 2013

Masih Dalam Dilema.......

Assalamualaikum.....

Macam pelik kan tengok blog aku sejak minggu lepas memang berubah 100%. Aku pun dah jadi keliru sangat.Bila tengok layout semua ok.Tapi kenapa tak keluar semuanya.Yang paling aku pening macam mana nak keluarkan shoutbox ngan iklan nuffnang aku.Yang lain2 tu aku tak kisah sangat.Biar jer lah tak nak keluar pon.Aku tak ambik kisah sangat.Saper2 nak guna dynamic view lehlah share kat saya mcm mana nak kluarkan semua tu.Nak gukan lain2 layout tu boleh tapi kotak komen tak keluarlah plk.Memang peninglah dok pikir masalah nie.Nak tutup akaun memang sayang sangat2 sebab followers dah hampir 5ratus.Penat tahu nak cari followers seramai itu.

Pleasse...siapa2 yang expert guna dynamic view tu, share lah kat saya.Saya perlukan bantuan korang semua..:(

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...