Breaking News

Tazkirah Jumaat....

Amalan ibadat sunat sangat digalakkan dalam Islam sebagai menampung kekurangan amal ibadat kita. Begitu juga dengan puasa yang tidak semestinya dilakukan pada Ramadan saja. Ibadat ini sebenarnya penawar mujarab untuk meningkatkan ketakwaan dan keimanan seseorang. Ulama memilih hari tertentu seperti Isnin dan Khamis serta hari terbaik dalam sejarah Islam untuk berpuasa. Ibadat ini akan membentuk peribadi dan martabat seseorang, termasuk mengawal kekuatan nafsu syahwat, marah dan beberapa penyakit hati. Imam Habib Abdullah Hadad dalam kitabnya An Nashahaaih Ad-Diniyah Wal-Washaaya Al Imaniyah secara panjang lebar membicarakan hal dan tertib berpuasa. Katanya, mereka yang mengerjakan ibadat puasa perlu mempunyai tertib kerana tanpanya puasa menjadi kosong, tanpa pahala dan tiada kesempurnaan melainkan lapar dan dahaga. Antara tertib terpenting, katanya, mengambil berat untuk mengawal lisan yakni memelihara lidah agar tidak berdusta, mencaci orang, mencampuri urusan orang lain, mengekang mata dan telinga daripada melihat dan mendengar sesuatu yang haram kecuali perkara kebaikan. Umat Islam juga mesti menahan perutnya daripada menelan makanan yang haram atau bahan yang subahah. Wajib bagi manusia mencari makanan halal sebagai juadah ketika berbuka kerana itu adalah sebahagian daripada ibadah yang dikerjakan sepanjang hari. Imam Habib menekankan bahawa, sesetengah ahli salaf berkata: Jika kamu berpuasa, perhatikanlah apa bendanya yang kamu perlu untuk berbuka dan tempat mana kamu berbuka. Umat Islam dianjurkan supaya berwaspada dan mengambil berat terhadap makanan untuk berbuka. Mereka yang berpuasa juga wajib memelihara semua anggota dan pancaindera daripada melakukan dosa. Mereka hendaklah menjauhkan segala urusan yang sia-sia dan tidak bermanfaat. Langkah ini penting bagi menyempurnakan ibadat puasa dalam erti kata sebenarnya. Ramai juga yang berpuasa mendapat penat dan lelah. Lapar dan dahaga kerana tidak mengamalkan tertib yang dianjurkan Islam. Malah, sanggup membiarkan anggotanya terjerumus ke lembah kemaksiatan.

6 comments:

  1. nabi pun dah bersabda, "betapa ramai yg berpuasa tapi mereka hanya sekadar dapat lapar dan dahaga"..

    ReplyDelete
  2. Cik Nor Okje tgh puasa gantilah ni...huhu haussss..hehe

    ReplyDelete
  3. Kejap je dah nak masuk ramadhan nanti kan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu lah pasal Aj...dah ganti puasa ke AJ..?hehe

      Delete