KELAB BLOGGER BEN ASHAARI

Followers

Tuesday, December 31, 2013

Bloglist Tak Gempak 2014


Assalamualaikum..

Meh lah semua join segmen bloglist paly nie.Mana tahu korang terpilih...InsyaAllah..Nak join klik jer banner kat atas tu...Gud Luck all..:)

Suka Duka 2013..

Assalamualaikum...

Dari tadi lagi dok tenung tempat nak updates entry baru.Dok termenung jap cari idea nak merapu apa hari nie.Tapi sayangnya tak muncul -muncul gak.kira cik nor goreng jer apa2 yang patut.Harap korang sudilah membacanya,.Ini mungkin entry terakhir cik nor ditahun 2013 ni.Cam sedih jer ayat nie..layan jer lah..:)

Memang banyak suka duka selama cik nor dalam dunia blogging.Dari ke tak der langsung follower sehingga sekarang.Dah hampir empat tahun cik nor dalam dunia nie.Dua tahun kebelakangan nie jer yang cik nor aktif..2 tahun sebelum tu tenggelam timbul..dah macam biskut chipsmore dah.Tulis blog pun macam tulis diary sia yang nak membacanya.Bagi kat budak sekolah rendah pon tak nak baca diorang tu..hihik

Dulu blog cik nor buka macam nie.Berterabur dan tak kemas macam nie.Pernah satu ketika blog cik nor hancus musnah.Masa tu semangat cik nor nak berblogging cik nor memang dah down sangat.Rasa macam dah nak deactive jer blog.Tapi ramai yang bagi semangat dan tolong cik nor disaat nor memerlukan pertolongan.Thanks a lot semua...luv u all...Berbanyak-banyak terima kasih buat kak Mialiana dan Bro Sop.(sori kak mia & a.sop..xletak link..) Kerana mereka blog cik nor jadi cantik sebegini rupa...hehe..cantiklah sangat bak kata afdlin shauki...:)

Banyak benda baru yang cik nor belajar kat blog nie.Tapi satu part yang cik nor fail.Bab coding memang fail.Kalau usik mesti blog cik nor haru biru jadinya.haha.Bab2 coding cik nor serahkan pada yang pakar..:)

Alahai cik nor..tadi kata tak der idea.Nie dah panjang berjela ko tulis..datang dari mana pulak idea mencurah2 nie...hehe..layan jer lah yo..:)

Oklah..stop kat sini dululah...nak makan..laparla..:)


Monday, December 30, 2013

Semalam Dah Tak Der , Hari Ni Tak Der Jugak Ker???


Gambar hiasan dari pakcik Google

Assalamualaikum

Haishh..sibuk bebenor cik nor.Semalam ada jer bw kat blog2 kome tapi entry tak der jugak yang baru.Nak bat macam mana semalam sibuk cik nor dok mengira gaji.hehe.Gaji cik nor ciput jer gaji orang lain yang banyak.Tu yang panjang masa mengiranya.haha

Tajuk entry bukan main panjang ye cik nor.Macam dah tak der tajuk lain dah ko ni cik nor.Apa yang ko nak cerita hari nie tak tahu lah cik nor.Rasa2 macam merapu jer lebih.haha.Tajuk tu sebenar pasal entry.Semalam dah tak der entry baru Tak kan hari nie pon tak de jugak kot.huhu.Nak buat macam mana idea tak berapa nak mari.Pastu bos pulak suka bagi kerja last minute kat cik nor.Tension la gini.Time dekat2 nak rehat ada jer dia nak bagi kerja.huhu

Sampai time rehat, tak der oranglah pulak nak jaga ofis.Semuanya dah keluar g rehat.Sudahnya cik nor dok terperap kat pejabat bersama perut yang sudah berkeroncong untuk ana.Nak menunggu staf lain masuk balik alamak kebulurlah cik nor petang nie.Tak kan nak makan maggie pulak untuk lunch.huhu

Esok kalau ada masa lapang cik nor updates citer2 best dari yang nie.Banyak yang nak share ngan korag sebenarnya tapi masa tak mengizinkan.Maaf banyak2 yer kawan2...:)

Oklah stop dululah.Lain kali cik nor datang merapu lagi..:)

Saturday, December 28, 2013

Pageview


Assalamualaikum

Hari nie macam blur jer nak share apa dengan korang.rasa macam tak der idealah pulak nak menulis.Kalau tak menulis kat blog nanti korang rindulah pulak blog merapu cik nor nie.(Sila muntah hijau sekarang jugak)haha.

Hari nie rasa macam nak share pageview jer dengan korang.Diam tak diam pageview cik nor dah mencapai 87k.Perghh ..kira tinggi jugaklah tu pageview.Faham2 jer lah blog cik nor nie buka fofular mana pon.Blog suam2 kuku lah orang kata.Tapi nak buat macam mana blog nie ada peminat dia yang tersendiri.Kat mana diaorang minat? Tu kena tanya pengunjung tetap cik nor..hhihi

Cukup untuk hari nie.Lain kali merapu lagi..:)

Friday, December 27, 2013

Ini Dia....


Assalamualaikum..

Hari nie dah hari minggu, so korang faham2lah kalu cik nor tak terjah blog korang.Itu bermakna cik nor sedang bercuti sakan dihujung minggu bersama yang tersayang.Haipp...bersama keluarga tercinta la..hihik

Ini lah jawapan kepada baju baby yang cik nor post semalam.Siapa nie.Nie lah anak buah cik nor yang baru.Lahir pada 20 Disember 2013 secara normal di Hospital Kuala Krai.Perghh..detail tu cik nor bagi.haha.Nie baby girl n berat 2.4 kg semasa lahir.Sekarang tak tahu berapa dah beratnya sebab cik nor tak jumpa lagi dia sejak dia dilahirkan.Teruja sangat sampai ambik annual leave hari khamis sebab nak jumpa puteri baru dalam keluarga kami.

Nama dia jangan tanya sebab belum decide lagi nak letak nama apa.hehe.Tunggu yer cik nor bagi nama.Maka terjawablah persoalan saper punya baju baby tu...hehe


p/s: Anak buah dah 8 orang n cucu pulak dah 3 orang...hehe

Thursday, December 26, 2013

Eh..Saper Punya Nie??


Assalamualaikum

Hari nie macam cik nor tak kerja jer.Memang cik nor tak kerja pun sebab cik nor ambik annnual leave hari nie.Malas nak masuk kerja lagi pon sehari jer kerja past tu cuti hujung minggu lak.Kalau korang yang ada lagi saki bagi annual leave macam cik nor sure buat macam cik nor jugak kan?hehe

Eh2..tetiba cik nor post gambar baju baby nie kenapa?Cik nor nak dapat baby dah ker?Oppss..jangan salah sangka yer.Cik nor masih single ..hihik.Jangan buat gossip yer...hihik

Agak2 korang siapalah empunya baju tecik nie?Cer teka sikit..hihi...Nak tahu siapa pemiliknya tunggu entry akan datang....hihi

p/s:sabar itu separuh daripada iman...:)

Wednesday, December 25, 2013

DiGizens Thank You Sale

HOHOHO It is the most exciting time of the year again! We’ve been looking forward to the joyful month of gifting andddddddd it’s finally here!
This time, if you think that Year End Sales is just about shop, shop and shop till you drop, think again!!
All thanks to our thoughtful DiGizens (DiGi staffs), they know that you’ve been working hard throughout the year. *pats on shoulder* Hence, they would like to reward EVERYONE by having the Biggest Year-Endpromotion yet!
This time, with DiGi awesome offers and plans, you get to reward yourselves and your loved ones with FREE smartphones, FREE tablets,FREE internet and FREE calls! Tell me, who doesn’t love free stuff?!
With DiGi Thank You Sale, you can reward yourself with a Sony Xperia C for RM999 FREE!!
Or even a Sony Xperia Z for RM2,199 FREE!!
In order to show our appreciation to all DiGi users for this amazing year by making DiGi the widely preferred network in Malaysia, DiGi is now giving away 2 Samsung GALAXY S4 smartphones and 1 HTC One smartphone to our selected lucky winners!

Tuesday, December 24, 2013

Kuih Sagu - Resepi

Assalamualaikum

Hari nie macam lewat jer cik nor updates blog.Memang lewat pon.haha.Nak buat macam mana asyik dok cari broken link punya pasal.Makin banyak buang makin banyak pulak yang timbul.Last2 sekali tinggal dulu lah.Ada masa free cari lagi.Bagus tak idea cik nor....hehe

Oklah...hari nie cik nor nak share resepi kuih sagu dengan korang semua.Resepi nie mak cik nor yang bagi tau.Bukan cik nor yang bagi.Cik nor pandai makan jer.haha

Kuih Sagu

Bahan-bahan :
1/2kg sagu halus
4 gelas air
1 1/2 cawan gula
2 helai daun pandai
Perisa ros, pandan or ikut suka koranglah nak letak warna apa pun..:)
Garam secukup rasa
Kelapa parut

Cara-cara:
1. Gula dimasak bersama 4 gelas air tadi.Masukkan perisa dan daun pandan sekali.Biarkan sehingga gula hancur dan ia mendidih.
2. Masukan sagu kedalam besar yang agak besar.Ini untuk memudahkan kita mengaul sagu bersama air gula yang kita masak tadi.
3. Bila air gula sudah mendidih masukan ke bekas yang berisi sagu dan gaul sampai sagu dan air gula tersebut sebati.Sambil-sambil tu jangan lupa panaskan periuk pengukus.
4. Bila sudah sebati masuk kan adunan tersebut ke dalam loyang dan kukus sehingga masak.Untuk mengenalpasti  ia sudah masak ataupun tidak pastikan warnanya bertukar menjadi warna terang dan warna putih biji sagu telah tiada.
5.Bila sudah masak, sejuk kan dan potong mengikut citarasa anda.Gaulkan dia bersama kelapa parut yang sudah dicampur dengan sedikit garam.

Selamat mencuba.

Monday, December 23, 2013

Naik Juling Mata Cik Nor.....

Assalamualaikum

Semalam baru start nak merapu balik kat blog.Al-maklumlah masalah dah settle walaupon tak sepenuhnya..hihik.Tapi cik nor boleh rileks and chill...Apa daa cik nor kerja tak settle 100% boleh pulak dia merapu kat blog lak..huhu

Semalam buka email.Email kat gmail bukan yahoo mail.hehe.Cik nor banyak email..Tapi yang official normi80my@yahoo.com la.hehe.Tuan empunya blog Nakhoda Nurani dah share cara nak buang broken link yang cik nor share kat SINI.Banyak jugak broken link cik nor.Alhamdulillah..dah banyak jugak yang cik nor buang.Perghh..naik juling mata cik nor nak buang satu2..Pening pun ada jugak nak cari broken link tu secara manual.Kalau tak cara try korang buat...haha

Oppss..lupa nak nak bagi link macam mana nak buang broken link tu.Kat sini caranya Cara Buang Broken Link.Cer korang buat naik juling tak mata korang.Haha..agak2 macam mana juling jangan lupa stop and g makan dulu.haha.Kalau dah tak larat hold tahun depan jer lah..hoho..banyak weh nak buangnya.

Korang jangan terkejutlah bila korang bw kat entry2 lama cik nor ada certain entry tu kosong...haha..cik nor dah pancung kepala dia.Sebab kepala dia ada broken link.Alah..jangan bimbang tu bukan entry yang cik nor tulis tapi tu entry GA and segmen yang telah di "delete oleh owner dia.haha. Pastu ada gak gambar yang cik nor ambik dari email..dah broken n cik nor dah buang gak...harap maklumlah kalau ada entry gambar dia hilang.Bukan masalah blog tapi masalahnya cik nor yang dah delete gambar tersebut.Harap maklum..hehe

Apa2 pon thanks a lot to tuan empunya Blog Nakhoda Nurani sebab layan permintaan cik nor dan rakan2 blogger yang lain.Lain kali boleh buat request lagi tuan empuan blog?hehe

p/s: selamat mencuba

Sunday, December 22, 2013

Jom Terjah Blog Erazfadli.Com


Assalamualaikum

Mohlah kawan2 kita terjah blog eraz nie sempena bestday hari nie.Mana2 yang tak wish lagi tu bolehlah wish sambil2 join Segmen dia.Mana tahu kot korang bertuah dapat top4 RM10.00 dari dia.Hehe...All the best ya...:)

Nak join jangan lupa click banner gambar encem dia tu...xbodek yer..haha

P/S: Doakan jugak cik nor dapat top4 tu,...hihik

Tiada Entry Baru???


Sumber gambar : uncle google

Assalamualaikum

Mesti korang hairan bin pelik manalah cik nor hilang.Tetiba jer tak updates blog kan?Sejak hari khamis tak der entry baru.Bukan cik nor malas yer.Cik nor banyak kerja la...marah tak cik nor??haha

Begini ceritanya.Minggu lepas bos cik nor ada daftar syarikat kat eperolehan.So, kalau dia nak masuk tender jer masuk jer kat website tu.Segala maklumat syarikat kita dia dah masukkan dalam satu pendrive tapi bukan pendrive..nak panggil apa pon cik nor xtahulah.Kalau kat kotak dia nie..dia panggil token.Apakah itu.??..tanya staf eperolehan...hehe

Dah install apa yang patut..kira macam successlah kerja cik nor.Sampai part nak masuk tender tap boleh buka..kena masuk no.pin.Semua komputer dah install benda alah tu.Semua macam tu.Haisshh...apa masalahnya nie..Tekan sana tekan sini still tak boleh gak.Sedar jam dah kol 6.30ptg.Dah naik tension dan nak muntah hijau dah nie.Last sekali mesej bos, "Bos, saya nak balik doh, xleh buat jugok, tension doh nie".Terus blah balik umah..Balik umah dok fikir lagi.naperlah jadi macam tu...huhu

Jeng..jeng...datang hari nie terus call eperolehan cawangan Kota Bharu, alah office dia kat Wisma Persekutuan  Jalan Bayam tu.Tanya staf dia kenapa tak boleh.Then dia bagilah solution nya.Ooo..mudah sangat caranya..Alhamdulillah..settle masalah cik nor...Hip hip horreyla...haha.Nak call hari khamis lagi sebenarnya tapi dah lewat sebab hari khamis pejabat kerajaan kat Kelantan tutup awal.huhu

Oklah..itu sahaja cerita kenapa cik nor dah sempat nak uptaes blog minggu lepas..:)
Babai

Wednesday, December 18, 2013

Al-Fatihah Buat Azean Irdawaty

Gambar ihsan pakcik Google

Assalamualaikum

Petang semalam cik nor balik hantar Mr.Pupple balik kampung.Kenapa?Kakak sulung cik nor nak guna nak g tengok kakak yang no.2 kat hospital.Dia nak bersalin.Lagi pun Mr.Pupple xguna pon dok tersadai kat garaj jer time cik nor kerja.hehe.Bawak baliklah biar dia lasak sikit walaupon badan dia dah calar balar dikerjakan cik nor.hihi

After solat isyak...tengah makan nasi.alamak kantoi diet cik nor, adik cik nor inform..pelakon Azean Irdawaty dah meninggal lebih kurang pukul 8.30 malam macam tu la.Dia baca kat FB kalau xsilap la.

Apa-apa pun takziah buat keluarga arwah Azean Irdawaty.Al-fatihah buat arwah.Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman...aamiin

p/s: Dari DIA kita datang kepada DIA akan kembali....

Tuesday, December 17, 2013

Broken Link


Assalamualaikum

Hari terlambatlah pulak nak updates blog.Sebenarnya dok cari idea nak updates apa hari nie.Idea pulak tak mari2.Nak buat cam mana.Redho jer lah yo.hehe

Semalam kerja tak berapa nak ader, so jejalan lah kat blog Nakhoda Nurani then terjumpalah entry  pasal
Broken Link. Then dia bagilah link macam mana nak check kita punya broken link.Cik nor apa lagi dengan senang hati checklah.Ya Allah.... punyalah banyak broken link cik nor.Itu sebahagian jer..banyak lagi sebenarnya cik nor malas nak menunggu.haha..buruk perangai kan cik nor malas nak menunggu...:)

Tapi kan cik nor tahu check jer..nak buat mana mana dengan broken link tu cik nor tak tahulah pulak.Mohon tuan empunya blog Nakhoda Nurani bagi tutorial macam mana nak buat dengan broken link nie.Xkan nak delete entry yang broken tu kot.haha.Hamcur blog kalau ikut idea tak betul cik nor nie...:)

Kalau korang nak check broken link boleh g SINI cc: Nakhoda Nurani

Itu saja untuk hari nie...jumpa next entry..:)


Monday, December 16, 2013

Kebaikan & Khasiat Limau Purut

Sumber gambar: Pakcik Google


Assalamualaikum

Minggu lepas cik nor balik kampung. Bukan tiap2 minggu ke cik nor balik kampung..hehe.Routine setiap minggu.Apo nak dikatalah yo.Itulah kerja ambo bila cuti hujung minggu.Balik kampung lepak, tidur, makan dan membesarkan badan bagaikan juara.haha.Biasalahkan kat rumah ada orang masakkan untuk cik nor.Kalau kat rumah sewa asyik makan makanan kat kedai mana selera walaupon 1 pinggan nasi boleh habis...eh betullah kan..makan tengahari la..malam dah xmakan nasi..:)

Haishh..cik nor nie lain dia tulis tajuk lain pulak yang dia merapu.Oklah berbalik kepada tajuk entry kat atas sebenarnya masa balik kampung minggu lepas teringat kat belakang rumah ada pokok limau purut then suruh mak tolong jolok sambil dia ambik daun pandan.Bila anak buah bawak limau pulut untuk cik nor..makkk aii...besar2 buah dia.Cik nor potong dia bulat2 supaya senang nak lumur kat atas kepala.Dalam 3 biji kot cik nor lumur air dia kat atas kepala cik nor yang selalu gatal dek kerana pakcik kelemumur yang selalu datang mengganggu.Cik nor biarkan dia lebih kurang 1/2jam baru g bersihkan.Alhamdulillah kepala cik nor dah tak gatal lagi.Kepada blogger yang ada masalah kelemumur boleh lah cuba cara cik nor nie..selamat mencuba..:)

Dibawah ini cik nor share kelebihan dan kebaikan limau purut yang cik nor ambik kat SINI.

Antara khasiat Limau Purut :


1. Daun limau purut banyak digunakan dalam masakan seperti tomyam kerana bau dan rasanya yang unik.

2. Limau purut juga digunakan sebagai ramuan ubatan dan juga bahan untuk mandi wap.

3. Selain berkesan sebagai penggalak antitumor atau pencegah kanser, limau purut juga boleh digunakan untuk mencuci rambut dan mulut serta boleh membunuh pacat.

4. Ekstrak minyak patinya boleh digunakan sebagai aromatherapi, nutraseutikal dan produk penjagaan diri.

5. Limau purut juga boleh merawat luka, lebam dan gigitan serangga berbisa serta merangsang perjalanan darah.



Apakah khasiat Limau Purut? 

Khasiat yang tinggi dalam dunia perubatan. Mengandungi bahan aktif berubat seperti 

anti hysteria, anti tumor, pencuci asli, anti septic, anti bacteria dan banyak lagi. 

• Dengan memasukkan pati minyak limau purut dalam mandian dapat menghilangkan

bau badan serta melembutkan kulit.

• Dapat melancarkan sistem pernafasan dengan menyapukan pati minyak limau purut 

pada dada, tengkuk dan belakang badan.

• Dengan sedikit garam dan daun limau purut yang ditumbuk halus dapat mengelak dari 

masalah kekuningan pada gigi. 

• Sebagai wangian dalam aromaterapi. Kesegaran nyaman disekeliling ruang dalam 

rumah atau pejabat (kantor). 

• Memberi aroma pada masakan hingga membangkitkan selera makan. 



Limau Purut baik untuk rambut 

Jika anda ingin rambut anda bersih, cubalah mengambil buah limau purut. Belah dua dan 

jusnya diperah ke atas kepala dan digosokkan ke kulit kepala. Insyallah, jika diamalkan, 

rambut menjadi sihat, berkilat, dan bersih tanpa kelumumur. 


p/s:  Maaf entry panjang berjela..:)

Sunday, December 15, 2013

Giveaway Peserta Bertuah


KLIK BANNER UNTUK JOIN

HADIAH:


Pemenang akan menerima sehelai blouse gojes menawan ni. Mungkinkah anda pemenang bertuah tersebut. Jengjengjeng… Jom! Sama-sama kita raikan GA simple ni.


TAMAT: 31 DISEMBER 2013

Saturday, December 14, 2013

Santai Sabtu..


Assalamualaikum

Hari macam xde idea jer nak menulis kat blog.Korang layanlah gambar nie.Agak kalau korang terliur..jangan lupa buat sebab hari nie dah hari minggu.Bahan2 senang dapat kat pasar tani.Mudah dan murah...Jimat kos..:)

Selamat berhujung minggu semua...:)

Friday, December 13, 2013

Jumaat Tiba Lagi...

Assalamualaikum....

Hari nie rasanya macam entry tanpa gambar lagi.Harap maklum lah kawan-kawan semua.Bukan malas tapi tak de idea nak snap apa..hehe

Hari nie cik nor tak on9.Faham2lah yer cik nor dah cuti hujung minggu.Jangan jeles yer kawan2.hihi.Xper sikit masa lagi Warga Johor akan join kami (Kelantan, Terengganu & Kedah) cuti dihari jumaat.Best apa cuti hari jumaat.Kepada kaum adam rilex jer nak g solat jumaat.Xderlah tergesa2 dari pejabat nak g masjid.Kalau cuti hari jumaat mest semua pakai baju melayu g solat Jumaat bukannya pakai baju kerja lagi.aiii..masa tu leh tengok kaum adam handsome dan kacak berbaju melayu.Cik nor suka sangat tengok kaum adam berbaju melayu.Walaupon orang tu xencem tapi bila berbaju melayu sejuk mata memandang.Tak gitu kawan2..hehe

Alahai..merapulah pulak cik nor nie.itu pendapat cik norla.Bagi korang cik nor tak tahu lah.Mesti korang suka cuti hari ahad...hehe.Oklah..stop kat sini dulu...see u again..:)




 Sumber gambar: Pakcik Google

Thursday, December 12, 2013

Lepak Di Assam Laksa Kopitiam



Assalamualaikum

Haishh...cik nor ni..masa nie baru nak updates blog.Nak buat macam mana cik nor kan bz...bz ke buat2 bz cik nor...haha..Dari tadi lagi nak updates tapi tak nyempat..bos ada kat office.Control ayu lah cik nor hari nie.haha

Gambar nie sebenarnya dah 1 minggu lepas dok dalam hp cik nor.Semalam baru transfer ke pc.Then hari nie baru sempat nak updates kat blog.Perghh..lama kan cik nor ambik masa nak updates satu2 entry.Dah macam zaman batu lah pulak cik nor nie nak kena tunggu step by step..:)

Ni lah makanan yang kitaorang makan masa lepak kat Assam Laksa Kopitiam.Cik nor makan assam laksa and air teh'o limau ais.Harga assam laksa cuma RM5.00 semangkuk n air teh'o limau ais RM2.50. Murahkan?hehe.Chicken finger tu bukan cik nor punya tapi housemate punya.Cik nor tumpang ambik gambar jer.Harga dia RM4.00.Sorilah lah comot nampak gambar tu.,dah makan baru ingat nak snap pic..hehe

Kat mana tempat dia?Jalan dia cik nor xtahu tapi kedai dia dekat dengan Kamdar dalam bandar Kota Bharu.Sebelah kopitiam nie Bank Rakyat.Jumpa dua pentunjuk nie, maka jumpalah Assam laksa Kopitiam nie.Selamat menjamu selera...:)

p/s: Selamat pengantin baru Che Ta & Zain dan Jovian & Nina...semoga berkekalan till jannah...aamiin

Wednesday, December 11, 2013

W.W#36


Assalamualaikum

Entry orang tak banyak kerja..:)

Tuesday, December 10, 2013

Kenapa FB Cik Nor Macam Ni??


Assalamualaikum..

Cik nor konfius jap...kenapa fb cik nor macam tu.Dah seminggu macam tu.Macam tak normal pun ada.Pelik semacam jer.Dok refresh 5x sehari pun still macam tu jugak.Ada sesiapa yang tahu apa puncanya?Kalau ada jalan penyelsaian bagus jugak.Cam pelik jer..nak kata style baru..orang lain punya fb normal jer.

Cik nor punya cam cacat jer..please help me...huhu..paling ketara kat bahagian tepi tu.Berserabut giler...huhu

Itu jer nak story hari nie..babai..:)

MommieSafiyyah's 1st Anniversary Giveaway





Jom lah kawan-kwan semua kita join GA nie.Syarat-syarat dia mudah saja...klik jer banner kat atas tu tapi jangan lupa isi kata-kata hikmah dia bawah..:)

-- "Saya Sangat Berminat Nak Cuba Produk  VIT C (namakan produk) Shaklee Kerana Membantu meningkatkan antibodi dalam tubuh supaya sistem imun tubuh lebih tinggi (biasalah kan umur dah tua mesti nak imun lebih..:)

p/s: kepada yang nak join jangan lupa klik banner kat atas.Mana tahu rezeki anda nak menang hadiah....:)











Monday, December 9, 2013

Liga Lawak Superstar Akhir

         VS   


Sumber gambar : En.Google    
Assalamualaikum...
Petang semalam, balik dah lewat jugak la.Sempat lagi tu borak2 sambil makan2.Azan magrib baru naik bilik.Baguskan cik nor.hehe.Balik dah la lewat ada hati lagi nak ikut housemate g ronda-ronda kat KB Mall.Semangat tu..tapi sebelum pukul 9.00 malam dah kena sampai rumah balik.Bukan kerana mak marah ker apa tapi nak layan liga lawak superstar akhir..hihik

Memang sejak dari awal episod lagi cik nor layan liga lawak nie tak kan last episod nak miss kot.hehe.Apa2 pin tahniah kepada group OMG kerana menjadi juara malam tadi.Memang tak kering gusi lah tengok gelagat Akim, Anas n Sathia.Ada jer idea kreatif diorang cipta.Kadang-kadang idea tu kalau kita fikir balik memang tak masuk akal..:)
Lawan diaorang group Apa Kasih Toq.Group nie lawak jugak tapi macam kalut sikit la.May b tak berapa nak serasi lagi dengan ahli baru kot.Tapi macam pelik jugak la kenapa tempat Fizz Fairuz digantikan oleh Syafiq Kyle?Apa sudah jadi dengan Fizz Fairuz sebenarnya??Ada sesiapa tahu jawapannya?huhu.Apa-apa2 pun tahniah kepada Didie Alias, Kamal Adli dan Syafiq Kyle kerana memenangi tempat ke-2.Korang memang havoc la..:)

Tahniah juga buat Kumpulan Aku Diandra dan Aku kerana memenangi tempat ke-3 & ke-4...Kita tunggu tahun depan pulak siapa yang join.Tu pun kalau ada lagi la..hehe 




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...