KELAB BLOGGER BEN ASHAARI

Followers

Friday, January 20, 2012

Kelebihan Solat Dhuha

Berkata Abu Murrah Ath-Tha’ifi r.a. bahwasanya Nabi s.a.w. telah bersabda : Allah telah berfirman:
“Wahai anak Adam! Bersembahyanglah untuk Aku di awal pagi, niscaya Aku akan mencukupimu di akhirnya.”
(Riwayat Ahmad)
Hadis Qudsi ini menganjurkan kita mengerjakan Solat Dhuha yang mana antara faedahnya, Allah Ta’ala memberi jaminan akan melaksanakan segala keperluan-keperluan keduniaan manusia setiap hari.
Antara ibadat sunat yang dianjurkan dan menjadi amalan Rasullullah SAW sendiri ialah solat sunat Dhuha. Banyak hadis-hadis yang mengalakkannya dan menyatakan keutamaannya, antaranya dalam riwayat Abu Hurairah katanya:
“Kekasihku Rasullullah SAW telah berwasiat kepadaku tiga perkara, aku tidak meninggalkannya, iaitu ; supaya aku tidak tidur melainkan setelah mengerjakan witir, dan supaya aku tidak meninggalkan dua rakaat solat Dhuha kerana ia adalah sunat awwabin, dan berpuasa tiga hari daripada tiap-tiap bulan”
(Hadis riwayat Al-Bukhari dan Muslim)
Dalam riwayat yang lain Rasullullah SAW pernah bersabda yang maksudnya :
“Pada tiap-tiap pagi lazimkanlah atas tiap-tiap ruas anggota seseorang kamu bersedekah; tiap-tiap tahlil satu sedekah, tiap-tiap takbir satu sedekah, menyuruh berbuat baik satu sedekah, dan cukuplah (sebagai ganti) yang demikian itu dengan mengerjakan dua rakaat solat Dhuha .”
(Hadis riwayat Al-Bukhari dan Muslim)
Adapun kelebihan sembahyang Dhuha itu sepertimana di dalam kitab “An-Nurain” sabda Rasullullah SAW yang maksudnya : “Dua rakaat Dhuha menarik rezeki dan menolak kepapaan.”

Dalam satu riwayat yang lain Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya : “Barangsiapa yang menjaga sembahyang Dhuhanya nescaya diampuni Allah baginya akan segala dosanya walaupun seperti buih dilautan.”
(Riwayat Ibnu Majah dan At-Tirmidzi)

Dan daripada Anas bin Malik Radhiallahu ‘anhu berkata: “Aku mendengar Rasulullah SAW berkata: “Barangsiapa yang mengerjakan sembahyang sunat Dhuha dua belas rakaat dibina akan Allah baginya sebuah mahligai daripada emas”
(Riwayat Ibnu Majah dan Tirmidzi)

Waktu sembahyang Dhuha ialah dari naik matahari sampai se-penggalah dan berakhir di waktu matahari tergelincir tetapi disunatkan dita’khirkan sehingga matahari naik tinggi dan panas terik.

Cara menunaikannya pula adalah sama seperti sembahyang-sembahyang sunat yang lain iaitu dua rakaat satu salam. 
Boleh juga dikerjakan empat rakaat, enam rakaat dan lapan rakaat. Menurut sebahagian ulama jumlah rakaatnya tidak terbatas dan tidak ada dalil yang membatasi jumlah rakaat secara tertentu, sebagaimana sebuah hadis yang diriwayatkan oleh ‘Aisyah bermaksud :”Adalah Nabi SAW bersembahyang Dhuha empat rakaat dan menambahnya seberapa yang dikehedakinya.” (Hadis riwayat Ahmad, Muslim dan Ibnu Majah)

Dalam sebuah hadis yang lain Nabi SAW bersabda bermaksud : ” Barangsiapa yang menunaikan sembahyang sunat Dhuha sebanyak dua rakaat tidak ditulis dia daripada orang-orang yang lalai daripada mengingati Allah dan barangsiapa yang menunaikan nya sebanyak empat rakaat ditulis akan dia daripada orang-orang yang suka beribadat dan barangsiapa yang menunaikannya sebanyak enam rakaat dicukupkan baginya pada hari tersebut, barangsiapa menunaikanyan sebanyak lapan rakaat Allah menulis baginya daripada orang-orang yang selalu berbuat taat, barang siapa yang menunaikannya sebanyak dua belas rakaat Allah akan membina baginya mahligai didalam syurga dan tidak ada satu hari dan malam melainkan Allah mempunyai pemberian dan sedekah kepada hamba-hambaNya dan Allah tidak mengurniakan kepada seseorang daripada hamba-hambaNya yang lebih baik daripada petunjuk supaya sentiasa mengingatiNya,” (Riwayat At-Thabarani ).

Thursday, January 19, 2012

Segmen : Jom Tambah Follower !


Syarat2nya:
1.Mesti Follow blog Haris Kaito.Tipu dosa 
2.Buat satu entri dengan tajuk JOM TAMBAH FOLLOWER!
3.Copy banner kat atas dan paste kan dalam entri JOM TAMBAH FOLLOWER!
4.Pastikan korang letak link ini dalam entri JOM TAMBAH FOLLOWER!
 http://hariskaito.blogspot.com/2012/01/segmen-jom-tambah-follower.html
5.Tak perlu tag sapa2.Tapi kalau korang nak tag jugak Haris tak kisah.
6.Letak link entri korang kat bahagian komen bawah ini!

Sapa2 yang nak join leh la klik kat bannner tu..:)

SElamat Join...hehe

Wednesday, January 18, 2012

Wordless Wednesday.....



Camera?Heheeeee..:)




Tuesday, January 17, 2012

> Mengapa WANITA sangat Istimewa.... .. >



> Mama dan Papa sedang menonton TV, seraya mama berkata.
> "..i letih la..dah lewat ni, i nak tido lah...."
> Mama pun pegi dapur nak tutup tingkap dapur, nanti masuk
> pulak lipas...leceh pulak nanti..dah tu, ade pulak rice
> cooker dalam sink..rendam lepas makan tadi..basuh jap... 
> susun pinggan kat rak, lap dapur..terpercik kena sambal
> masa masak tadi...check air panas dalam flusk..takut habis
> pulak nanti malam anak nak susu...memang dah kering pun
> flusk ni, jerang la air...sementara tunggu air masak,
> nampak pulak bekas gula dah kosong....salin la gula...chec
> k bubur untuk anak nak hantar ke taska esok..nasib baik ade
> lagi....ishh. ..ni lauk bila ni, semalam...dah beku
> dah...basuh la kejap.....pegi yard, masukkan baju kotor
> dalam mesin basuh...penat dah ni, besok je la
basuh...sidai
> kaian lap je lah...
> tik...bunyi air dah masak...salin air dalam flusk...ok
> settle...

> baru teringat tak semayang lagi...on da way nak g bilik,
> papa tgk tv lagi...nampak pulak beg anak untuk hantar ke
> taska...check. ..baju 2 pasang, towel...towel kecik utk
> selsama...calamine lotion untuk sapu ruam...pampers 4
> keping....alamak. .telupa pulak masukkan botol...basuh botol
> jap...ok settle...

> ternampak pulak beg g keje...emm.. besok nak pakai beg polo
> coklat lah, asik2 pakai beg hitam ni je...salin jap barang2
> g beg coklat...cek sume 6 poket beg, takut la tetinggal
> apa2..leceh pulak..selalunya barang yang tertinggal tu la
> yang nak pakai nanti...hishhh sempit la beg ni...hangin
> je...nak kena beli ni beg baru...rasenya 25 hb ni Sogo sale
> nih...mana flyers tadi ek...ha ni die..ok, catit jap kat
>
yellow sticker, nanti lupa..ok settle...

> Tetiba dengar suara papa..."..u buat apa lagi tu..tadi
> kata nak tido.."...." ..yelah nak tido la ni..nak
> smayang jap..."

> masuk toilet...buat apa2 yang patut...cuci muka dulu..2
> jenis lak tu...adoi..gosok gigi...smayang. ..pakai
> toner...pakai treatment cream...nak lawa and maintain punya
> pasal lah ni...
> nanti orang kata baru anak satu dah macam anak 4
> pulak...huhuhuhu. ..

> bukak almari...emmm. ..pakai baju hijau ni lah besok...gosok
> kejap..check baju papa, baju papa pun kena gosok jugak
> ni...kat bilik belakang...
> la, napa komputer ni tak tutup ni..gelas kopi pun ade lagi,
> dah bersemut dah..ishhh ...g dapur, basuh, sambung gosok
> baju...gantung elok2...kemaskan baju gantung2...masukkan
> seluar papa yang dah kotor dalam tempat kotor...ok 
> settle.. 
>

> dgr suara papa lagi..."..i dah ngantuk
> ni.."..dalam pada nak masuk ke bilik...owh. ..pokok aku
> dah nak mati ni ha..lu pa dah 3 hari tak siram...ok, siram
> jap...check jap pintu ni...sah tak kunci lagi...grill pun
> tak tutup..ni kalau tak check ni, senang2 je mat indon
> masuk rompak umah aku...bukak lampu luar..

> ni mainan ni sepah2...masukkan la dalam bakul mainan budak
> ni...banyak nya...sampai bawah meja makan pun
> ade...adoi.. ..ok dah ...

> ok dah boleh baring...adoi sakitnya pinggang...cium si
> comel ni kejap...selimutkan die...la..napa basah ni...emm,
> tukar la pempers ni...tak bagus la brand ni, nanti nak
> tukar lain la...nanti g Sogo 25 hb ni beli la skali...ok
> sayang tido k...kalau boleh jangan la bangun tgh malam ni
> eh..tido sampai pagi k...gud nite..sweet dreams...

> aaahh...sedapnya dapat
baring...mana pulak lotion sapu
> kurus aku nih...ha, ni dia...sambil sapu lotion
> kurus,,,setkan alarm...setkan program kerja besok...pg kul
> 9.30 ade meeting..
> ahh...boring. ..panas pulak lotion nih..dah
> la...emm..sedapnya lelapkan mata...Ya Allah...terima kasih
> untuk rezekiMU hari ini,. ..mohon keberkatan dari mu
> tuhan...papa pun bangun tutup tv..."...i dah ngantuk
> sangat ni...nak tido lah...citer pun tak best malam ni,
> bola pun takde..."... selang seminit ...dengar suara
> papa berkeruh...dah agak dah....

> So?....apa yang peliknya..??

> Anda tahu kenapa wanita hidup lebih lama?...SEBAB ADE
> BANYAK KERJA NAK KENA BUAT....tu yang tak boleh nak mati
> cepat tu...

> Hantarkan ke 5 WANITA yang anda rasa hebat...pasti anda
> disayangi kerana memahami mereka...well, women understand
> women better...
>
foward jugak kat lelaki-lelaki so mereka akan hargai emak,
> isteri, dan kawan 2 dengan lebih baik lagi...

> Tak kira la wanita berkerjaya atau surirumah... setiap
> wanita adalah istemewa dengan cara mereka sendiri...

> Kalau lelaki mengakui kebenaran ini.....hormat dah hargailah
> mereka...untuk keperibadian dan kebolehan mereka untuk
> berdikari...

> HIDUP UNTUK KAUM HAWA!!!

> Why Women ARE so Special..... ......... . 

> Mum and Dad were watching TV when Mum said, 'I'm
> tired, and it's getting late. I think I'll go to
> bed.' 
> She went to the kitchen to make sandwiches for the next
> day's lunches.. Rinsed out the popcorn bowls, took meat
> out of the freezer for supper the following evening, checked
> the cereal box levels, filled the sugar container, put
> spoons and bowls on the table and started the
coffee pot
> for brewing the next morning. 

> She then put some wet clothes in the dryer, put a load of
> clothes into the washer, ironed a shirt and secured a loose
> button. She picked up the game pieces left on the table, put
> the phone back on the charger and put the telephone book
> into the drawer.
> < BR>She watered the plants, emptied a wastebasket
> and hung up a towel to dry. She yawned and stretched and
> headed for the bedroom. 

> She stopped by the desk and wrote a note to the teacher,
> counted out some cash for the excursion and pulled a text
> book out from hiding under the chair. 

> She signed a birthday card for a friend, addressed and
> stamped the envelope and wrote a quick note for the grocery
> store. She put both near her bag. 

> Mum then washed her face with 3 in 1 cleanser, put on her
>
Night Solution & age fighting moisturizer, brushed and
> flossed her teeth and filed her nails.

> Dad called out, 'I thought you were going to bed.'
> 'I'm on my way,' she said. She put some water
> into the dog's dish and put the cat outside, then made
> sure the doors were locked and the patio light was on. 

> She looked in on each of the kids and turned out their
> bedside lamps and radios, hung up a shirt, threw some dirty
> socks into the basket, and had a brief c onversation with
> the one up still doing homework. 

> In her own room, she set the alarm; laid out clothing for
> the next day, straightened up the shoe rack. 

> She added three things to her 6 most important things to do
> list. She said her prayers, and visualized the
> accomplishment of her goals. 

> About that time, Dad turned off the TV and
announced to no
> one in particular. 'I'm going to bed.' And he
> did...without another thought. 

> Anything extraordinary here?

> Wonder why women live longer...? 'CAUSE THEY ARE MADE
> FOR THE LONG HAUL...... (and we can't die sooner, we
> still have things to do!!!!)

> Send this to five phenomenal women today....they' ll
> love you for it! Forward this to as many men as you can so
> that they know why women are so special ?? 

> ..whether a housewife or a working woman, every woman is
> special in her own way.. 

> if U men agree, hand on heart, that women are special, just
> respect them as they are ...and their ind ividualism and
> independence. 

> Cheers to womankind! 

Monday, January 16, 2012

Playground 1967 & Playground 2011

MoNdAy BluES.....

Assalamualaikum....


Hari nie aku tak thu nak updates apa kat blog.Yg aku thu aku kna buat:


  • Kira Gaji

  •  Buat Report Meeting

  • Kemas Opis (Klu Rajin) haha

  • Post Surat ke HQ

  • Layan internet (Klu bos tak der) haha








Jaga diri.Hiasi Peribadi

Sunday, January 15, 2012

Cintaku TerhadapMu

 Cinta lahir dari hati ,tidak siapa dapat menghalang mahupun menjadikan cinta melainkan yang Maha Esa. Cinta dan kasih sayang adalah pekara berlainan walau bagaimanapun ia tidak dapat dipisahkan dari satu dengan yang lain. Melalui pemerhatian, ramai yang meluahkan rasa kasih sayang dan cinta kepada sesama makhluk mahupun sesuatu pekara melalui pelbagai cara. Ada yang mengasihi keluarganya dan meluahkan rasa cintanya melalui masa yang diluangkan bersama keluarga. Dan ada juga yang mencintai kebendaan seperti buku sehingga sanggup menyimpan koleksi buku-buku tersebut dan sanggup tersadai ditepian jalan untuk menunggu koleksi yang terbaru. Tetapi cinta yg digambarkan itu tidak akan bertahan selamanya kerana semuanya bersifat sementara. 

Bukankah terdapat cinta yang kekal abadi? Yang sepatutnya terdapat pada setiap individu? Cinta ini membawa manusia kepada kebahagian sementara kepada kebahagian selama-lamanya. Yang membawa langkah manusia kepada jalan kebenaran dan mendekati harumnya syurga yang penuh kenikmatan. Cinta yg membawa kesejahteraan di dunia mahupun di akhirat. Cinta yang tidak perlu pada konflik dalaman mahupun luaran. Tahukah kamu cinta apakah yang dimaksudkan itu? 

Iaitu cinta kepada Allah swt Tuhan yang Maha esa yang Menjadikan dan yang Mematikan. Yang apabila dicintai, akan dibalas dengan kecintaan. Dan penamatnya adalah kebahagian bukannya kedukaan. Yang apabila dicinta, membuahkan iman dan melapangkan kesempitan dunia kepada keluasan akhirat. 

Bila kita bicara tentang cinta, semestinya kita sinonim kepada “cinta-cinta monyet” dan disebabkn ini ramai memandang serong terhadap indah dan mulianya cinta itu. Tetapi kita tidak pula menggambarkan cinta yang sepatutnya dilihat dari kaca mata sebenar, iaitu kaca mata hati yang disulami iman. Bukankah cinta itu kurniaan illahi? Kita bicara tentang cinta yang halal dan suci tidak perlu pada cinta yang diprovokasi oleh barat yang sememangya rapuh yang telah mempengaruhi segenap masyarakat tidak kiralah hollywood, bollywood mahupun “koreanwood”. Kita bicarakan cinta kepada ibu bapa suami/isteri dan anak. Bukankah itu semua kurniaan illahi? Kita bicarakan cinta seorang peraih kasih kepada Penciptanya. Kita bicarakan cinta seorang sahabat kepada sahabatnya. Cinta yang seharusnya berpaksi dan bermula dari asalnya kita, iaitu mencintai yang Maha Pencipta. 

Tapi persoalan bagaimanakah kita bermain cinta? Dari sudut kekeluargaan, terkandungnya individu-individu nukleas. Sebagai suami yang bertanggungjawab terhadap keluarga, bagaimanakah kita menunjukkan rasa kasih dan sayang serta cinta kita kepada tuhan pencipta alam? Suami sememangnya mencintai anak dan isterinya dengan menunjukkan kasih dan sayangnya melalui pengorbanan yang dicurahkan kepada keluarganya. Bukankah indah jika sekiranya, suami yang mencintai anak dan isteri ini meletakkan kecintaannya itu kepada Allah swt? Suami melakukan pekerjaan sehariannya kerana Allah swt dan melakukan aktiviti bersama keluarga juga kerana Allah swt. Seharusnya suami memandang kebahagian keluarga itu adalah kebahagian hasil dari hubungan dengan Allah swt. Segala aktiviti yang dilakukan suami, haruslah mempunyai nilai kecintaan terhadap tuhannya supaya anak dan isterinya turut mencintai tuhan yang dicintai suami atau ayahnya. Bimbinglah anak-anak dan isteri kepada dengan belaian kasih illahi dengan sewajarya. Bertadarus bersama-sama setiap hari dan menjalankan riadhah bersama-sama keluarga adalah antara aktiviti yang menunjukkan qudhwah hasanah yang sepatutnya ditonjolkon seorang suami. Suami harus seronok dan bersungguh dalam melakukan segala ibadat tidak kiralah walau senyum sekalipun, yang penting semuanya kerana Allah swt. Cukup setakat itu olahan bagi seorang suami.

Bagaimana pula isteri menunjukkan rasa cinta kepada Tuhan Maha Pencipta yang tidak dilahirkan mahupun melahirkan? Yang terutama sekali bagi isteri, alangkah indahnya jika taat dan patuh pada perintah suami yang beriman semuanya diletakkan kerana Allah swt. Suasana keluarga selalunya ditentukan oleh pengaruh seorang isteri. Oleh itu layanlah dan senyumlah untuk anak dan suami semata-mata kerana kecintaan kepada Allah swt. Iaitu supaya anak dan suami rasa tenang dan bersyukur mempunyai isteri yang solehah dan umi yang penyayang. Cintalah suami itu kerana keimanannya terhadap Allah swt. Bukankah indahnya keluarga jika mempunyai seorang isteri mahupun ibu yang bersabar dengan karenah anak-anak dan suami semuanya kerana syukurnya dia dan cintanya dia kerana Allah tuhan yang satu yang telah mengurniakan kepadanya suami dan anak sebagai rezeki? Didiklah anak-anak dengan jiwa islam melalui bimbingan terhadap akhlak yang mulia. Hasilkan perasaan untuk meilhat anak dan suami mencintai tuhan yang Esa.

Bagaimana anak memainkan peranan di dalam keluarga untuk menunjukkan kecintaannya terhadap Allah swt? Jadilah anak yang taat kepada ibu bapa, walaupun fikrah kita tidak sama dalam perjuangan, namun merekalah yang membesarkan kita. Tidakkah kita mahu melihat mereka turut serta dalam perjuangan kita? Tunjukkanlah kepada mereka akhlak yang baik kerana setiap perubahan walau sekecil manapun akan tetap dirasa oleh ibu bapa. Jadikan masa yang diluangkan kepada ibu dan bapa sebagai ibadat kerana Allah swt supaya dapat membalas budi dan jasa mereka. Ini melambangkan kita bersyukur dengan kurniaan Allah swt kerana memberi kita peluang bersama dengan keluarga. Tidakkah kita kasihan kepada orang-orang yang tidak berpeluang mempunyai nikmat ini? Tidakkah kita cinta dan sayang kepada ibu bapa kita? Letakkanlah kecintaan itu semata-mata kerana Tuhan yang menjadikan mereka, yang juga menjadikan kita. Bersyukurlah dan jadilah anak yang soleh yang selalu membaca al-quran dikala subuh hari mahupun disetiap waktu bagi menyejukkan mata memandang dan meringankan beban yang dipikul.Bukanlah cinta itu semata-mata kerana kekasih, tetapi cinta yang asalnya kerana Allah swt. Terlalu banyak untuk coretan tentang cinta ini. Tetapi penulis mahukan pokok yang subur hasil bajaan pembaca sendiri. Dahulukan cinta kita kerana Allah swt, kemudian cintalah makhlukNya kerana Allah swt jua. Selamat bercinta, dan sudahkah anda bercinta denganNya?

..........Cinta Ilahi melebihi segala-galanya.............

Tanpa Cinta
Kita hilang tenaga
Tanpa Cinta
Kita bakal memiliki jiwa yang gersang
tandus kasih sayang
Tanpa Cinta
Kita tiada arah
mencari panduan hidup

Cinta Ilahi.............
Cinta terhadap pemilik alam ini
Cintailah Dia melebihi segala-galanya
Jadilah kita orang yang paling berbahagia di dunia ini
 

Bila Bos Aku Datang Site......

Assalamualaikum..selamat pagi semua...:)




Haha.Mcm kelakar jer tajuk entry aku kali nie kan?Nak buat mcm mana hari nie bos aku tiba2 jer ader kat site.Biasa aku sorg jer kat opis.Hari2 nie sampai2 opis tgk ader miscal kat phone.Igt saperlah tel aku pagi2 nie.Alamak bru nak check saper yg call.Tup2 tgk bos aku dah tel balik.Ermm...dalam hati aku Sure bos aku ader kat sni lah tu klu pagi2 dah cal aku.huhu.Mmg tak snang duduklah aku klu dai ader kat cnie.Smua kerja2 aku berkaitan internet sure smuanya tergendala..haha


Jahat aku kutuk bos aku.haha.Sori bos..sbb bos tu busy body sgt.Time aku free tak der nak srh aku wat kerja.bal aku banyak kerja ader jer dia nak srha aku wat itu n ini.Last minute plk tu..huhu.tu yg aku tak sukanya.Smua kerja aku tak brapa nak jadilah bla kerja last minute nie.huhu


Sementara dia g meeting kat opis PGA tu.Baik aku cpt2 updates blog aku yg tetangguh sjak td lagi gara2 kerja yg aku kna buat balik penambahannya.hehe.Sebenarnya bos aku srh clear opis sbnarnya coz kami nak kna pindah opis yg kecik jer.Opis nie PGA dah nak guna untuk blajar kelas agama.huhu.


Wah berkobar2 aku nak diet skarang nie.Alahamdulillah 2hr aku nak try tak sentuh nasi langsung.Dgn jayanya aku leh tdo ngn lena walaupon hanya berbekalkan roti @ biskut bersama scawan milo panas.Tp dalam hati aku sampai bla aku blh bertahan???Kan ader jgk yg pngsan nie.haha.Klu ada saper2 yg ader tips yg baik dan menarik untuk dkongsi bersama tentang diet nie leh lah komen kat bawah entry nie yer.hehe


Ermm..klu ada petua untuk kecikkan peha n lengan lagi bagus.Sharelah ngn saya...Tak salah rasanya berkongsi rahsia kecantikan nie.Itu pon klu ader yg sudi bertukar2 idealah..hehe.Bising plk org potong rumput nie.habis hilang idea kau nak ber blog.huhu.


Oklah aku stop sni dlu lain kali aku buat entry panjang2 lagi.hehe.Hope korang tak boring baca entry aku kali nie.Mana yg sudi jenguk2 blog aku nie thank you very much..Sayang korang smua..muahhhhhh


Ok..babai


Jaga Diri.Hiasi Peribadi

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...