KELAB BLOGGER BEN ASHAARI

Followers

Thursday, January 5, 2012

Saat Di Talkinkan

Hari berganti hari.Keadaanku semakin tenat.Tubuhku terkaku seperti mayat di atas katil di salah sebuah hospital yang aku sendiri tidak tahu mengapa aku di tempatkan di sini.

Sebelum tu, yang aku ingat aku sedang memandu kereta ayah,lalu bertembung dengan lori balak.

Tapi selepas itu aku tidak ingat apa-apa.Pandanganku kabur.

Tidak dapat ku pastikan siapa orang-orang yang berada di sekelilingku. Aku terasa dada ku teramat berat dan bahagian pinggangku sudah tidak berasa apa-apa lagi. Derita sungguh nafasku sesak. Tiba-tiba tanganku di pegang kuat.

"Mengucap sayang mengucap.... .Asyhaduallailah aillallah. ........" ucapan itu dibisikkan ke telingaku di sertai dengan tangisan.Itu suara ibu manusia yang pernah mendodoikan daku semasa kecil,manusia yang pernah menyuapkan nasi ke dalam mulutku,manusia yang pernah memberi susunya serta yang pernah merotanku kerana degil.

"Bagaimana dengan keadaannya doktor?"Aku amati suara itu. Pasti itu suara abang.Mungkin abang baru sampai.

"Tenat",jawab doktor dengan ringkas.

"Itu 'kata doktor bang,jangan berserah kepada takdir sahaja.. Kita perlu usaha".

Sudah seminggu aku terlantar di wad ini,kenapa baru sekarang abang menjengah? datang lah ke sini,aku ingin berbicara denganmu..datanglah ... ..Tapi mataku...... . ..semakin gelap.

Adakah aku sudah buta? Tidak!!!! Aku tidak mahu buta.Aku masih ingin melihat dunia ini.

"Sabarlah dik,banyak-banyak ingatkan Allah.

"Abangkah yang bersuara itu? Apa yang aku tanggung ini tidak semudah yang kau lafazkan, abang.Tolonglah adikmu ini.Tolong bukakan mataku.

"Tekanan darahnya amat rendah". sayup sayap kedengaran suara doktor.Kedengaran juga ibu menangis teresak-esak. Ibu,kau hanya mampu menangis saja.dan bila tiba saatnya, kita akan berpisah.

Tapi,ibu.... .aku tidak mahu berpisah denganmu. Tolonglah ibu, selamatkan lah daku.

"Yassin..... ."..bacaan yassin terngiyang-ngiyang di telingaku. Aku tahu itu suara abang.

Tetapi kenapa aku di perdengarkan dengan suara itu??? Apakah aku sudah menghampiri maut???????Aku takut!!!!!!! Sedetik lagi sakaratul maut datang.Sedetik lagi izrail datang.

Sedetik lagi malaikat maut dtang.Aku di ambang sakaratul maut...... Aku semakin tegang dan semakin sendat nafas di dada.

Ketika itu,aku tidak ingat apa-apa lagi.Aku tidak kenal sesiapa di sekelilingku.

Tapi yang pastinya sekarang, aku berdepan dengan sakaratul maut.

"Tolong ibu tolonglah aku, aku takut".Tapi rintihan ku tidak di pedulikan.

Apa mereka semua sudah pekak?

Aku di lambung resah,gelisah dan penuh kesah.Keluhan dan rintihan.

"Panas,dahaga, haus,panas. .......". tapi tiada siapa pun yang peduli.

Nenekku datang,"Nenek. ......... ..".

"Kau dahaga cu,kau lapar cu,mahu air?? Ini gelas penuh air madu,kalau cucu mahu masuk syurga,minum air ini".

"Ibu......". Ibuku datang, Ibu menggoyangkan buah susunya.

" Ini ibumu.Air susu ini membesarkanmu, nak. Buangkan islam, matilah dalam agama yahudi....." .

Ayah.......kau datang ayah......." .

"Matilah dalam agama yahudi anakku. matilah dalam agama nasrani tulah agama yang membantu kau masuk ke syurga".

"Nenek....ibu. ....ayah. .....suara kau kah tadi??Kenapa kau berubahlaku? ?Atau suara syaitan yang ingin memurtadkan aku??

"Mengucap sayang, mengucap.Asyhaduall ailahaillallah. .. . . ..". Ucapan itu diajukan sekali lagi ke telingaku.Itu suara ibu.Tapi lidahku sudah menjadi kelu...

Manusia-manusia berjubah hitam datang."Mari ikut kami".

Manusia-manusia berjubah hijau datang membawa bersamanya paying hijau, katanya "Mari ikut kami"..
cahaya putih datang. datang kilatan hitam. Datang sinaran kuning. Cahaya merah datang

"Apa ini,apa ini?.Akulah sakaratul maut........ !!!!!!".

Kedinginan menjalar,merayap perlahan-lahan dari hujung kaki ke hujung rambut dan kini seluruh jasadku di selimuti sejuk. dan kemudian datanglah malaikat maut di hujung kepalaku.

"Hai jiwa yang keji,keluarlah dari kemurkaan Allah....... "..

Aku tersentak.Roh ku berselerak di dalam tubuhku.

Lalu,i nnalillahiwainnail aihirajiuun. ....Malaikat- malaikat yang menunggu sesayup mata memandang dan menghemburlah bangkai yang sebusuk-busuknya.

Tiba-tiba bau busuk menusuk ke hidungku,seperti bau sampah yang amat busuk.

"Apa yang busuk ni?Tak adakah orang yang mengangkat sampah hari ini? Ah, busuknya, hanyirnya, hancingnya. ......".

"Assalamualaikum. .....".

"Siapa yang memberi salam itu?".

"Aku".

"Kau siapa wahai pemuda???".

Seorang lelaki tercegat di hadapan katilku.. Aku tidak pernah melihat orang yang sehodoh, sekotor, dan sebusuknya di dunia ini. rambutnya yang tidak terurus,baju yang di pakai berlumut hijau,kuning, coklat dan entah apa-apa warna lagi,dari lubang hidung, telinganya dan mulutnya terdapat nanah dan darah pekat keluar.

Tanpa di pedulikannya. .....jijik,loya, aku rasa........ teramat loya melihatnya.

"Kau tak kenal aku?".

"Tidak,jawabku tegas.

"Mana mungkin aku kenal kau sehodoh dan sejijik ini".

"Aku sahabatmu,kau yang membuat aku hari-hari".

"Bohong!".Aku menjerit sekuat hati. Biar semua penghuni wad ini mendengarnya. .

"Aku tak kenal engkau!Lebih baik kau pergi dari sini"..

"Akulah amalanmu yang keji........ ..".

Aku terdiam. Aku tidak mampu berkata apa-apa lagi. Ya ! aku teringat kini,semuanya telah pernah ku dengar dan ku pelajari dulu. Segala dosa dan keburukan yang kita lakukan di dunia,akan di jelmakan dalam sebagai suatu makhluk yang teramat hodoh di hadapan kita di alam barzakh nanti.

Oh! Tuhan,aku banyak dosa. Aku memang lalai,cuai dan lupa dengan segala nikmat yang telah kau kurniakan. Solatku kerana kawan,dan bukannya ikhlas kerana Allah. Pergaulanku bebas,tak kenal muhrim ataupun tidak. tapi itu semua telah berlalu dan dan sudah terlambat untuk bertaubat.

Apa yang aku harus lakukan!!!!!

Surah yassin yang abang pegang di letakkan di atas dahiku. Aku melihat kaklong dan kak ngah menangis.Aku juga lihat mata abah bengkak.Tiba- tiba badanku di sirami air.

Air apa ini?????

"Tolong....sejuk! !!!Kenapa air ini berbau air kapur barus.

"Tolong jangan tekan perutku dengan kuat,sakit!! !!Kenapa ramai orang melihat aku???Aku malu......malu. .....malu. .....!!!! !!".

Aku di usung ke suatu ruang.Aku lihat kain putih dibentangkan.. Lalu diletakkannya aku di atas kain putih itu. kapas di bubuh di celah-celah badanku.Lalu aku di bungkus satu demi satu dengan kain itu..

"Nanti,tunggu! !jangan bungkus aku. Kenapa kalian semua buat aku macam ini?Tolong rimas.....panas. .......".Kemudian aku di letakkan di suatu sudut.

Beberapa orang termasuk tok imam menyembahyangkanku. Kelihatan ayah dan abang berada di saf yang pertama. Tapi kenapa aku di sembahyangkan? Bukan kah aku boleh sembahyang sendiri? Aku teringat kata-kata ustazku dahulu.

"Sembahyanglah kamu sebelum kamu disembahyangkan" .Dan kini baru aku sedar aku sudah tidak mampu lagi untuk mengangkat takbir,ruku' ,sujud dan tahiyyat.

Aku di angkat perlahan-lahan kemudian di letakkan di dalam kotak kayu. Kotak apa ini?"Aku di usung oleh enam orang termasuk ayah dan abang.Aku diusung setapak demi setapak".

"Al-Fatihah! "Keengaran suara tok imam. Kelihatan ibu,kak long,kak ngah dan lain-lain mengekori di belakang.tapi kemana dia bawanya aku?".

Nun jauh di sana ,kelihatan tanah perkuburan kampungku.

"Ke situkah aku dibawanya?Tolong turunkan aku,aku takut!!!!!!" .

Setibanya di tanah perkuburan,kelihata n satu liang yang besaiz dengan jasadku.. Beberapa tangan memegangku,dan aku di turunkan ke dalam liang itu.

"Perlahan-lahan" ,aku terdengar suara tok imam memberitahu.

"Tolong keluarkan aku dari sini!Aku seram!!!".

Kini aku berada di dalam liang sedalam enam kaki..Sedikit demi sedikit pasir dan tanah menutupiku.

"Tanah apa ini?".

"Aduh sakitnya badanku di timbusi tanah".

"Innalillahiwa innailaihi rajiuuun.... ...Dari Allah kita datang,dan kepada Allah jualah kita kembali".

Kedengaran bacaan talkin dari tok imam.

"Sesungguhnya mati itu benar alam barzakh itu benar,siratul mustaqim itu benar,syurga dan neraka itu jua benar....... .".

Sayup sayap aku terdengar tok imam terus membaca talkin,tetapi makin lama makin hilang.

Pandanganku makin lama,makin kabur dan terus tidak kelihatan.

Tubuhku terasa telah di timbusi sedikit demi sdikit pasir dan tanah yang di lemparkan ke atasku.

Terasa semakin gelap dan......aku kini keseorangan. .

"Nanti! Nanti! Tolong! Tolong ayah,ibu! Jangan tinggalkan aku seorang.

Aku takut!!!Gelap! !!Panas!! !Tolong!!

Usah Di Tanya Ke Mana Ku Pergi......

Selamat petang smua.....

Suspen jer tajuk tu kan???


S
E
B
E
N
A
R
N
Y
A

A
K

B
A
L
I
K

K
A
M
P
U
N
G

J
U
M
P

A
H
A
D

N
A
N
T
I


M
U
A
H
H
H
H

:)

Khamis Yg Suram

Assalamualaikum.....

Hari nie aku rasa mcm nak menaip jer.Semlam aku copy paste jer..hehe.Idea bnyak kot tu sbb aku rajin nak menaip.Tp apa yg aku nak tulis nie???Idea please come to me...:)

Aku baru balik dapt ofis Nationwide Express pos surat kat bos aku.jgn salah sngka bukna surat cinta tp claim sub-cont yg dia mtk ptg smlam.Dia call dah ptg mana sempat nak post.So,hari nie lah aku siapkan smua trus pos.Apasal pengurusan baru Nationwide Express, cawangan Gong Badak nie berkira sgt.Seigt aku dulu klu nak ambik sampul surat dia suka hati aku jer nak ambik brapa plh keping pn.Tapi skarang nak ambik 2 kping siap tel kat bos dia bagai.Padahal tiap2 minggu aku pos surat kat tempat dia.Tak kan itu pon nak berkira ngn aku.Ermm..lain orng lain cara pengurusan dia.Klu past nie aku mtk sampul surat dia cal bos dia..tak perlah aku guna jer lah sampul surat buatan sndiri aku yg cantik dan comel tu...haha.Itu namanya masuk bakul angkat sndiri.

Mlm rabu lps aku geram btul tgk lipas bukan main banyak lagi tergedik2 kat dalam toilet no.2.Aku mmg pantang btl klu time aku nak melabur dia plk tergedik2 dpn mata aku.Aku apa lagi..dgn pantas cr ridsect bagi perfume skit kat dia.Ermm..apa lagi esok pagi nya bersepah mati.Tp yg peliknya pgi td aku plk yg lain tergedik2 dpn aku.Tak per mlm nie aku bagi lagi perfume kat dia.Selagi ko tak nyah dr rmah aku slagi tu ko musuh aku..haha.

Petang semalam balik , cuci baju punyalah bnyak satu baldi besar.Entah brapa hari aku tak mendobi pon aku tak thu lah..Bkn mls tp aku dmm start 1hb lagi.Semalam rasa mcm larat skit tu yg rajin skit(skit jer, malas bnyak..:)Lps siap tu rasa kepala dah pning balik.Rest jap sambil minum ptg.Ermm..masa keluar masuk dapur perasan bilik air yg aku bagi perfume kat lipas tu kotor.Ermm...mmg sah lah bdak umah aku tu kluar tak cuci blik air.Blah mcm tu jer..nak tak nak aku cucilah bilik air tu walau pnat mendobi pakain td masih tersisa.Adoi...dah lah aku bgi dok free blik air ko guna pn tak leh nak tlng cuci ker..???huhu

Eh..banyaklah plk idea aku kuar.haha.Nak buat mcm mana tak de org kacau aku.Aku control opis nie skarang.Org lain tak nak kerja aku kerjalah sorg.Bilalah aku nka dpt kerja lain nie otaka ku dah tepu kot kat cni buat kerja yg sama tak habis2 .Dah dkt 3thn aku mengadap bnda yg sama.klu org lain dah muntah hijau gamaknya...haha.Ya Allah..KAU murahkan rezeki pada hambaMU ini...Permudahkanlah HambaMU ini utk mendapt kerja yg lbh baik dr yg ini..Aamiin..

Oklah dah banyak aku melalut.Baik ku stop cnie dulu.Lain kali aku melalut lagi tak entry akan datang.See u again..Babai..MUahhhhhhh

Jaga Diri, Hiasi Peribadi..:)


Wednesday, January 4, 2012

Wordless Wednesday.....

Azam Tahun Baru 2012....:)



Assalamualaikum..

Mesti kawan2 blogger pelik kan knapa aku bru post azam thn baru aku.Hari nie dah hari ke-4 2012


Dua jer azam thn baru aku......:)

Wallpaper Kad Kahwin Kartun 2011 Terbaru





birdeyeviewofkaabahnicepicture2_small.jpg

Harap korang faham lah maksud yg aku gambarkan tu...Doa2kan lah yer..moga dpermudahkan Allah....Aamiin


Selamat memulakan persekolahan utuk sesi 2012 buat anak2 buah aku.Nur Izzah Athirah, Hafizah Harris, Muhamad Alif Najmi, Muhamad Adam Harris Dan Muhamad Anas Hazizul...Sori yer anak2 Acik lupa nak wish semalam.hehe


Tuesday, January 3, 2012

Tote Boutique Giveaway


Cantik dan kreatifkan buatan nya.Sekali pandang terus terpikat.Oklah saper2 nak join giveway nie just clik jer kat banner tu.Mana thu kot ader rezeki anda nak menang hadiah yg dtawarkan..:)

Pencarian BlogList terhebat JANUARI





Kalau kawan2 blogger nak join clik jer kat banner tu...InsyaAllah kluarlah syarat2nya..:)
Aku Nak Tagged kat :




4.Aneesa

5.Aien Ismail

Kucing....:)

Payid dan Hassan baru sahaja habis belajar. Kerana susah untuk dapat pekerjaan dan majikan hanya memilih pekerja-pekerja yang berpengalaman sahaja mereka berdua berpakat untuk merompak di sebuah rumah orang kaya di atas bukit.

Suatu malam kedua-dua sahabat baik ini berjaya menyusup masuk ke dalam rumah orang kaya Haji Jalil. 

Payid yang berminat dengan home theater system Haji Jalil, mengangkat set itu satu per satu dan meletakannya di luar. 

Ketika dalam keadaan kelam kabut, dia terjatuhkan mikropon ke lantai. 

Haji Jalil yang tidur dalam bilik yang tak jauh dari ruang tamu terjaga dan menjerit, "siapa tu?"

Dengan tenang Payid menjawab, "mmmeeeeooooowwwwwww."

Kemudian seluruh rumah senyap seketika. 

"Haji Jalil dah tidur balik agaknya," fikir Payid. Dia terus sambung angkat set home system keluar rumah. 

Hassan pula sibuk mengangkat set barang antik dalam almari Haji Jalil yang tak berapa jauh dari ruang tamu tadi. 

Sedang asyik membawa barang-barang itu, Hassan terjatuhkan satu mangkuk kaca, jatuh ke lantai dan bersepai. Kaca berselerakan. 

Sekali lagi terdengar suara Haji Jalil. 

"Siapa tu?"

Hassan menjawab, "ini kucing yang lagi satu."







Moral of the story???

Monday, January 2, 2012

Wadges oh wadges!!!


Assalamualaikum. Selamat pagi smua..:)

Mesti korang tertanya-tanyakan knapa aku post gambar ader wadges n tajuk entry kali nie pon aku gak kaitan ngn wadges.huhu...Begini citernya...Pagi bla entah...tp nie citer thn lps punya tp aku rewind balik ssb aku malu sendiri ngn citer wadges nie..haha..Aku tweet lah ngn si Eira Oshin..banyaklah citer klu aku tweet ngn dia..Macm2 bnda aku nak tanya dia tak kiralah pasal kehidupan,blog and apa saja yg ada kat fikiran aku nie.Mmg tak terlayanlah eira nie ngn  pelbagai pertanyaan aku..haha..jgn serik umtuk lyn akak yer eira.hehe
Sekali si eira nie tulis statement kat wall dia pasal wadges.Aku balas tweet dia.Aku tulis aku nak jgk.Dia tanya nak apa?Aku ckaplah wadges tu lah..Skali dia gelak...apasal plk si Eira nie gelak ?Aku silap tulis ker apa?Skali dia explain kat aku wadges yg dia tulis tu bkn wadges kat KFC tu...alamak habis tu apa?aku tanya balik si eira tu?Wadges tu sbnarnya mcm heel jgk sejenis kasut..tp wadges nie tapak dia lbar while heel nie  nipis n kecik tumit dia...hehe.Alamak malunya aku..igt wadges kat KFC tp kasut rupanya..haha
Klu org nak tgk mcm mana rupanya wadges tu Klik Sini..So, nak puaskan hati aku yg dah malu td..ptg tu aku singgah kdai sayur area umah aku, aku belilah ubi kntang n aku buatlah wadges sndiri...walaupon aku rasa mcm tak sdap tp blhlah dari tak der tu..haha..Klu korang tgk pon mmg tak menarik langsungkan....haha
Oklah cukup setakat ini dlu entry aku utk kali ini.Lain kali aku tulis panjang2 lagi yer...babai..muahhhhhhhhh

Peraduan Blog Paling Cun





SYARAT SANG PETALA BUMI!!! 
♥ korang kene jadi follower aku  (sebab aku nak follow up balik)
♥ Buat entri pasal peraduan nihhhhh
♥ Belog kene kemas dan cantik
♥ Kene tag pada kawan2 korang seramai yg boleyyyy (LIMIT 5 ORANG - mereka wajib tau!)
♥ sila link kan blog korang kat ruangan komen
♥ TARIKH TUTUP aku akan umum kan pada 15 JANUARY 2012

SYARAT PENAMBAHAN! 
♥ TOLONG BERI LINK YANG BETUL!!!!
♥ JIKA LINK KORANG SALAH.. (TIDAK AKAN DILAYAN)
♥ SETIAP PENILAIAN AKAN DIAMBIL KIRA DARI SEGI KREATIVITI BLOG KORANG. DAN JUGA DINILAI MELALU KEHENDAK SYARAT DIATAS!!!
♥ TERBUKA KEPADA LELAKI DAN WANITA
Aku rasa mcm nak tagged kat kawan2 twitter aku lah..:)














Sunday, January 1, 2012

Selamat Tahun Baru 2012

Happy New Year 2012 Images

Mmg tak blh blah lah aku curi gambar thn baru 2012 dr cik Google nie..haha....Harap2 Cik Google tak marah aku....:)

Apa2 pon Selamat Tahu Baru kepada smua...Semoga thn ini lbh baik dari thn 2011..aamiin...
Selamat bercuti semperna thn baru tp aku kerja coz Terengganu dah ambik cuti Semperna Maal Hijrah...:)

Mana Aku Menghilang Cuti Krismas???


Inilah jawapanya mana aku pergi cuti 3hri sempena hari krismas tempoh hari...:)



Inilah dia bubur asyura in the making.....

 Nie anak buah aku..tak henggat minum air..
 Wah possing nampak Anas Hazizul.....
 Ermm..hampir2 masak dah nie rasanya.....
 Pengacau asyura siap possing lagi tu..haha
 Candid.....
 Org pnat2 kacau bubur asyura..aku bz body dok ambik gambar...haha
 Yang nie lwt skit masaknya coz kawah dia besar skit...:)
 Anak buah aku yg sombong..haha...bla jumpa org tak knl asyik nak nagis jer kerja dia...Nur Aisyah Umairah....
 Yg plak anak kakak aku yg sulung...possing jer kerja dia....
 Yg pon sama...asayik muka dia jer nak possing..huhu
 Nak masuk jgk walaupon sipi2..haha
 Lorr..ko lagi Hafizah Harris......
 Sesi mengagihkan bubur asyura....
 Inilah hasilnya......
 Before dbahagikan kpd org kg....
 Budak tak mkn makanan yg berwarna hitam....
 Tp yg aku pelik yg nie mkn plk..huhu
 Nampak bnyak...tp sebenar skit jer bila dagihkan kpda masjid dan org2 kg....
 Dia nie lagi......
 Inilah kerja aku...start dari  kol 2 ptg magrib bru siap..punyalah pnat nak jadikan kerisik nie....huhu
 Inilah pekerja2 paksareala aku...haha...just show tangan jer...tak nak publicicity murahan..haha
 Yg nie Kakak Hafizah....Nur Izzah Athirah...kerja kejap jer..past tu hilang g layn kartun kat astro..haha
 Yg nie abg ipar aku yg no.2.Entah btl entah tdak dia mengacau bubur tu..entah2 action jer yg lbh...haha
 Inilah ruapanya bubur asyura sblm masak....Berbeza ngn bubur asyura ngn neger2 lain...yg kelantan punya kami keraskan...:)
Just possing  to snap pic...haha

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...