KELAB BLOGGER BEN ASHAARI

Followers

Sunday, September 9, 2012

Masalah Kurang Berat Badan: Jangan Pandang Ringan

Ada yang bertubuh gempal dan ada juga yang kurus melidi hingga termasuk dalam kategori kurang berat badan. Tubuh yang kurus ditambah pula dengan tinggi lampai membuat anda tampak tidak seimbang dan tidak gagah perkasa.

Sebenarnya keadaan tubuh sebegini jangan dipandang ringan kerana masalah kurang berat badan boleh membawa kepada komplikasi beberapa penyakit.

Faktor Kurang Berat

Metabolisme yang tinggi (Metabolic disorder)

---------------------------------------------------------------
Seseorang yang mempunyai kadar metabolisme yang tinggi akan menyebabkan berlakunya kekurangan berat badan. Ini disebabkan oleh kesan daripada Hyperthyroidism. Komplikasi ini mungkin terjadi secara semula jadi atau disebabkan komplikasi daripada penyakit-penyakit lain.

Ubat-ubatan
----------------------
Pengambilan ubat-ubatan juga menjadi punca berlakunya kurangnya berat badan. Ubat-ubatan ini tidak termasuk dengan ubat yang dicipta untuk menjadi kurus. Elakkan daripada mengambil ubat yang mengandungi stimulan. Ambil hanya jika perlu sahaja.

Penyakit kronik (sama ada didiagnosis atau belum)
----------------------------------------------------------------------------
Bagi sesiapa yang mempunyai penyakit-penyakit kronik, anda berpeluang untuk mempunyai berat badan yang kurang. Antara penyakit kronik yang boleh menyebabkan berlakunya kurang berat badan adalah Tuberculosis, sakit jantung, keradangan (pada sistem pencernaan), penyakit pada organ pencernaan, mempunyai parasit dalam pencernaan dalam badan, HIV atau AIDS.\
Masalah Psikologi
Dari segi psikologi, mereka yang kurang berat badan mungkin menghidapi bulimia iaitu mengeluarkan semula makanan yang telah diambil dengan apa cara jua sekalipun. Manakala, kurangnya berat badan boleh terjadi disebabkan anda mengalami anoreksia iaitu gejala kurang nafsu atau kurang berselera pada makanan kerana masalah psikologi. Tekanan perasaan atau stres juga boleh menyebabkan penyusutan berat badan sehingga berat badan menjadi susut secara mendadak.

Gaya Hidup
---------------
Lihat pada gaya hidup anda. Jika anda seorang yang malas atau kurang melakukan senaman berat, anda berpotensi tinggi untuk mengalami masalah kurang berat badan. Selain itu, kemiskinan menjadi punca kekura ngan berat badan kerana kandungan zat yang rendah dalam tubuh badan.
Gaya pemakanan yang tidak sihat dan seimbang turut membawa kepada kurangnya berat badan, antaranya makan tidak mengikut waktu dan kurang mengambil maka nan yang berkalori. Selain itu, tabiat merokok kalangan lelaki juga menyebabkan masalah ini berlaku.

Kandungan nikotin dalam rokok menjadikan tahap kelaparan ber kurangan dan menyebabkan anda menjadi ketagih untuk merokok seterusnya tidak berselera untuk makan.

Faktor Genetik
--------------------------
Kekurangan berat badan juga boleh diwarisi. Ada sesetengah individu mewarisi saiz daripada keturunan mereka. Berdasarkan faktor genetik, usaha untuk menambah berat badan perlu dilipat gandakan. Bagi anda yang kurang berat badan, tetapi mewarisi masalah perut buncit daripada keturunan, anda perlu berhati-hati akan risiko terhadap penyakit-penyakit lain.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...