KELAB BLOGGER BEN ASHAARI

Followers

Saturday, December 17, 2011

Aku Yg Tiada Kerja....:)

Assalamulaikum.....


hari nie au sorg dok kat ofis.tak thu nak buat apa daa....so aku rajinkan jari utk mengetuk keyboard menaip apa yg keluar dari kepala kau yg tak brapa nak btl coz mlm td tak blh nak td mlm td.Angin kuat menyebabkan sgala tingkap kat umah aku berbunyi.Dah mcm haunted house lah plk...huhu..nauzubillah..Pastu ader satu masalha lagi...motor ku buat hal lah plk...dah hantar bengkel utk dbaiki...ermm..dah ciap tnpa aku periksa sblm balik...otw nak sampai rmah aku rasa motor aku mcm sblm baiki jer..huhu..nak marah pon ader..tp slap aku gak tak test dulu masa bawa balik..dh la dia charges mahal 30 hengget tu...bnda yg dtukar tu murah jer..upahnya mahal..ermm..nak buat mcm mana ,klu aku pndai baiki motor aku tak srh dah dia buat..apa yg dia baiki pon aku tak thu lah..huhu...macm tikus membaiki labulah plk..huhu..aku tak kira hari nie aku nak g balik bengkel motor tu...nak srh dia repair dpn mata aku plk..huhu...
            Eii..kawan aku sorg nie...asyik nak cuti jer.Kata nak kawen..crlah duit lbh skit...nie tak srh buat ot tak mahu..huhu.Asyik nak berkepit ngn pakwe dia jer.Ari g kenduri kawen ngn pakwe dia tp tak ckp kat bapak dia.Sja nak cr pasal lah dia nie.mesti dia ckp kap bapak dia dtng kerja hri nie..huhu.Ermm..klu bapak dia dtg opis tanya dia..apa aku nak jawab nie?Naya aku...huhu
           Hari tu aku membelek2lah blog aku...aku tgk ader peminat baru kat blog aku nie...ermm..check punya chat rupanya ain peminat Cikgu Ja (Heliza Helmi).Klu korang peminat Cikgu Ja blh lah follow blog dia..nnt saya link kan....oklah tkan Ain Ismail korang jumpa lah blog dia..hehe..aku tlg promote...(Ain tak berbayar pon iklan utk ain nie..haha)
        Oklah entah apa2 ntah aku mengarut nie.baik aku stop dulu dr org menyampah baca blog aku nie...ok...see u next enrty....babai.....assalamulaikum...:)

Friday, December 16, 2011

KEBERKATAN DAN KELEBIHAN HARI JUMAAT

Pengenalan
Begitu besarnya hikmah hari Jumaat atau dalam bahasa Arabnya “Jumu’ah” yang berasal daripada perkataan “jama’a”, bermakna ‘berkumpul’. Berkumpul yang dimaksudkan di sini ialah menunaikan solat dan mendapatkan ilmu (melalui khutbah) dengan ‘duduk sama rendah berdiri sama tinggi’ bersama-sama jemaah lain tanpa mengira warna kulit atau pangkat, kekayaan, dan keupayaan. Pada waktu inilah nilai manusia itu sama, yang membezakannya hanyalah iman dan takwa terbit tanpa disedari. Oleh hal yang demikian itu, hari Jumaat dikatakan hari untuk umat Islam berkumpul, memanjatkan doa serta membuat pelbagai amal kebajikan untuk mendapat keredhaan dan rahmat daripada Allah S.A.W.


Penghulu Segala Hari
Banyak hadis menerangkan kelebihan hari Jumaat, misalnya hadis Rasulullah S.A.W yang diriwayatkan Abu Hurairah berkenaan penghulu hari, bermaksud: “Jumaat dinamakan sebagai `Sayyidul Aiyam’ iaitu penghulu segala hari (hari yang sebaik hari).” Katanya Rasulullah SAW bersabda: Kita (umat Muhammad) adalah yang terakhir (datang ke dunia) tetapi yang terdahulu (diadili) pada hari kiamat. Kita adalah yang paling dahulu masuk syurga, padahal mereka diberi kitab lebih dahulu daripada kita sedangkan kita sesudah mereka. Kita diberikan petunjuk oleh Allah akan kebenaran yang mereka perselisihkan itu yang Allah telah tunjukkan kepada kita iaitu Hari Jumaat. Maka hari ini (Jumaat) adalah untuk kita. Besok (Sabtu) untuk kaum Yahudi dan lusa (Ahad) untuk kaum Nasrani.
Kelebihan Hari Jumaat
Jumaat dikhabarkan sebagai hari yang istimewa dan mulia. Pada hari Jumaat berlakunya lima peristiwa yang penting, iaitu 
1)  Allah ciptakan Adam , 
2)  Allah turunkan Nabi Adam  ke bumi,
3) Allah mematikan Nabi Adam, 
4)  Pada hari itu juga ada satu saat yang tidak ada seorang hamba pun yang memohon sesuatu, kecuali Allah akan perkenankan permohonannya, selagi ia tidak meminta sesuatu yang haram. 
5)  Pada hari itu juga akan terjadinya hari kiamat. Tidak ada satu malaikat pun, sekalipun yang amat dekat kedudukannya di sisi Allah, langit, bumi, angin, gunung, juga lautan, melainkan kesemuanya memohon belas kasihan pada hari tersebut.
( Riwayat Hadis Muslim)
Dalam hadis lain, Rasulullah S.A.W bersabda yang bermaksud: “Hari yang dijanjikan ialah hari kiamat, hari yang disaksikan ialah hari Arafah dan hari yang menyaksikan ialah hari Jumaat. Matahari tidak terbit dan tidak terbenam pada mana-mana hari yang lebih mulia dan afdal daripada hari Jumaat.” (Hadis riwayat Tirmidzi).
Kelebihan Solat Jumaat
Solat Jumaat dua rakaat yang difardukan ke atas umat Islam membuktikan hari itu semulia hari yang perlu diambil manfaat untuk mendapatkan ganjaran ALLAH daripada setiap amal ibadat yang dilaksanakan.
Selain itu, hari Jumaat juga merupakan satu hari yang cukup mustajab dan istimewa untuk kita semua berdoa meminta pertolongan, nur dan hidayah daripada Yang Maha Esa.
Rasulullah bersabda: “Sesiapa hadir solat Jumaat pada saat pertama, dia umpama berkorban seekor unta. Sesiapa hadir solat Jumaat pada saat kedua, dia seperti berkorban seekor lembu. Sesiapa yang menghadiri solat Jumaat pada saat yang ketiga, dia seperti berkorban seekor kibas. Sesiapa hadir solat Jumaat pada saat keempat, dia seperti memberi hadiah seekor ibu ayam dan sesiapa hadir solat pada saat kelima, dia seolah-olah memberi hadiah sebiji telur.”
Apabila imam naik ke mimbar, malaikat menutup buku catatannya dan ikut mendengar khutbah. Justeru, sesiapa yang datang untuk solat selepas itu seolah-olah dia hanya datang untuk solat semata-mata, tidak direkodkan di dalam buku kehadiran malaikat.
Malaikat Turun ke Bumi
Setiap hari Jumaat, Allah S.A.W  mengutuskan  malaikat ke bumi, mencatat nama mereka yang ke masjid. Malaikat-malaikat akan ke langit menyembahkan apa yang dicatatnya. Allah S.W.T mengampunkan dosa-dosa mereka yang datang ke masjid.
Pada hari Jumaat juga, Allah S.W.T mengutus malaikat ke muka bumi. Di tangan mereka kalam-kalam emas, juga kertas-kertas daripada perak, berdiri di pintu-pintu masjid, mencatat nama mereka yang masuk masjid, dan mendirikan sembahyang Jumaat. Apabila telah sempurna sembahyang, mereka kembali ke langit lalu berkata: “Wahai Tuhan kami, kami telah catatkan nama mereka yang masuk masjid dan menunaikan Jumaat.”
Allah S.W.T berfirman yang bermaksud:
“ Wahai Malaikat-Ku, demi kemuliaan dan kebesaran-Ku, sesungguhnya Aku telah ampunkan mereka, tidak berdosa sedikit pun.”
Kesimpulan
  • Melalui penerangan itu jelas sekali Jumaat bukan sebarang hari, malah begitu dimuliakan dan sewajarnya ia turut dimuliakan umat Islam.
  • Apabila imam naik ke mimbar, malaikat menutup buku catatannya dan ikut mendengar khutbah. Justeru, sesiapa yang datang untuk solat selepas itu seolah-olah dia hanya datang untuk solat semata-mata, tidak direkodkan di dalam buku kehadiran malaikat.
  • Melalui penerangan itu jelas sekali Jumaat bukan sebarang hari, malah begitu dimuliakan dan sewajarnya ia turut dimuliakan umat Islam.

Thursday, December 15, 2011

Samsung Galaxy Note


Kelebihan Samsung Galaxy Note:
  • Layar 5.3 inci Super AMOLED HD 1280×800 piksel
  • Bodi tipis hanya 9.7 mm, lebih nipis 0.2 mm dibanding Samsung Galaxy S i9000
  • berbekal dual core 1.4 Ghz ARM Cortex-A9 dan Exynos chipset galaxy note memiliki Performa yang tinggi.
  • S Pen dan S Memo yang berfungsi seperti pena, Pengguna cukup menuliskan atau menggambarkan ide-ide pada layar Galaxy Note
  • Kamera dan Perakam Video bagus. resolusi besar 8MP, plus autofokus dan sebuah LED flash






Wednesday, December 14, 2011

Harga Blog Aku...

Website ValueRM 964.37 *
Daily Pageviews< 10 *
Daily Visitors< 10 *




Norminieza.blogspot.com Valuation RM 964.37


Hari aku tak der kerja..aku g lah belek2 blog MY DIARY alah...blog si eira oshin tak kan korang tak knal kot...Dia lah member paling ngn selain dari eija n khai.Aku belek punya belik jumpalah dia tulis RM10k dalam genggaman...Aku bukalah igt dia kna loteri ker apa.Terkejut gak aku bla tgk price dia punya blog..wow...org nak bayar RM10k....aku pon gatai2 tangan g lah try gak buka nak tgk aku punya blog brapa org nak bayar.
    Kelakar pun ader...sedih pon ader...hahha...tak sangka ader jgk org nak bayar blog aku ngn harga tak sampai 1k..haha..Klu ader saper2 nak beli slakan sementara price dai msih rendah nie.Promote weh...yag past tak der siapa yg berkenan nak membelinya..haha...Aku thu sgt2lah..Blog cap ayam mcm aku..Hidup segan mati tak mahu...perumpamaaan utk blog aku lah...bukan utk aku tahu...:)
    Klu korang tgk aku punya price blog mesti korang gelak tergolekn..price blog paling rendah..tak sampai 1k pon...Org lain smua 10k keatas.Aku punya 1k pon tak sampai....haha...Tak pe..pas nie kna promote habis-habisan biar aku punya blog naik jadi 20k trus..haha..Perasaan jer lah lbh..haha
     Oklah saper yg baca entry korang jgn gelak tergolek ..cian aku..hahaha...Oklah korang tgklah value aku punya blog...aku dah besarkan tu..korang jgn tak percaya blog aku nie ader value dia.haha..Value RM tak banyak sagt tapi sentimental value bnyak lah..hahaha

Babai,....assalamualaikum....muahhhh..:)

Wordless Wednesday.....


Slown Down Man.....!!!

Tuesday, December 13, 2011

My SiStEr BeStDaY....











Korang lynlah gambar sambutan bestday kakak sulong ku nie...aku tak der idea nak menulis coz line internet sgt2 lembab lbh pada kura2..huhu
Nnt mood aku ok aku menulis kembali k.....babai..assalamualaikum...muahhhhh

Monday, December 12, 2011

Kenduri Kawen........

 Alamak knapa gambar pengantin nie ader kat ats skali....pelik aku...huhu
Testing kamera depan tel..haha..tak der kerja

 Kat rumah pengantin lelaki.....
 Bergerak ke lokasi pengantin perempuan....
 Kakak aku tak confident kete dia dah kunci ker blom..haha
 Erm....tgh tggu green light..ahaks...
 Ermm..pengantin perempuan tak siap lagi makeup kot..:)
 Mula bergerak perlahan2...
 Apolah adik aku tgk...sampai tak perasan aku ambik gambar dia..haha
 Kaum adam......
 Ermm...dah siap makeup rasanya...:)
 Jom mkn nasi kenduri kawen.....
 Pembawa dulang pulut semangat....my kakak/....
 Ini lah dia rupa pengantin perempuan....
 Berdebar menunggu kehadiaran si suami...:)
 Apolah yg dbincangkan ngn pengapit tu...ahaks
 Sungguh tidak cantik gubahan hantaran ini..haha...jahatnya mulut....
 Ermm....... sanding.....
 Jeleslah plk aku.....
Candid...:)

Sunday, December 11, 2011

Rahsia Berkasih...

1. Sayangi dia dengan hati, bukan dengan perasaan. Jika anda meletakkan sesuatu perhubungan berdasarkan perasaan, ianya akan gagal kerana perasaan sentiasa berubah dari masa ke semasa.

2. Sayangi dia seadanya. Di dunia terdapat hampir 6 billion manusia dengan 6 billion personaliti. Dia sememangnya seorang yang istimewa dan biarkan ianya kekal begitu. Jangan sesekali terfikir untuk mengubah apa-apa tentang dia kerana sekali anda mengubah, selamanya anda akan terus mengubah dirinya. Tentu anda masih ingat, anda terpikat padanya kerana dia adalah dia. Maka, tiada alasan untuk anda mengubah dia untuk menjadi seseorang yang lain.

3. Sayangi dia sepenuh hati. Sesungguhnya dia telah banyak berkorban untuk anda. Dengan kelebihan yang ada padanya, dia berpeluang untuk menjalin hubungan dengan seseorang yang lebih sempurna tapi demi cinta, dia telah memilih diri anda. Maka, jangan sesekali cuba untuk mempermain-mainkan keluhuran cintanya.

4. Hormati pendirian dan keputusan dia. Jangan anda merayu dan jangan mencipta alasan supaya dia menerima cinta anda kerana kelak, yang anda akan dapat darinya hanyalah cinta simpati dan bukannya cinta setulus hati.

5. Yakinkan diri anda akan keistimewaan dia. Dia adalah satu-satunya di dunia ini dan jangan mengharapkan kesempurnaan dari dia kerana dia telahpun cukup sempurna semenjak anda mula terpikat padanya. 

6. Percaya akan dirinya. Sentiasa bersangka baik padanya jika kita juga mahukan sebegitu darinya. Pastikan anda akan sentiasa meletakkan diri anda di tempatnya sebelum melakukan apa-apa. Jika anda sendiri tidak dapat menerimanya, apatah lagi dia. 

7. Jangan berjanji menyayangi dia untuk selama-lamanya kerana selama-lamanya bagi anda mungkin akan berakhir keesokkan harinya, tapi berjanjilah untuk menyayangi dirinya seolah-olah setiap hari itu adalah hari yang terakhir untuk anda berdua.

8. BERCINTA dengannya adalah seperti memberi hati anda kepadanya untuk dilukai tapi kepercayaan itu penting. Percayalah kepadanya, nescaya dia akan melindunginya sepenuh jiwa dan raga.

9. Jangan sesekali meninggalkan dia tanpa sebarang alasan. Dia bukan hanya akan setakat menangis kecewa dan kemudiannya meneruskan hidup seperti biasa, ketahuilah bahawa jiwanya akan mati secara perlahan. 

10. Jangan cepat berbangga dengan diri anda, memenangi hatinya bukanlah satu kejayaan yang mutlak tetapi anugerah itu hanya layak anda perolehi setelah anda berjaya menyayanginya sehingga ke akhir hayat. Ketahuilah, dia memilih anda adalah kerana dia percaya bahawa anda adalah seorang yang jujur dan akan menepati janji. Anda telah bersusah payah dan berusaha sedaya upaya untuk memenangi cintanya, maka dengan itu haruslah juga anda berusaha untuk terus menyintai dirinya dengan apa jua keadaan sekalipun.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...