Selamat datang ke Cik Nor Blog's

Selamat datang ke Cik Nor Blog's

Selamat datang ke Cik Nor Blog's

Monday, December 5, 2011

6 perkara Allah sembunyikan

Allah SWT selesai menciptakan Jibrail as dengan bentuk yang cantik, dan
Allah menciptakan pula baginya 600 sayap yang panjang , sayap itu antara
timur dan barat (ada pendapat lain menyatakan 124, 000 sayap). Setelah itu
Jibrail as memandang dirinya sendiri dan berkata:

"Wahai Tuhanku, adakah engkau menciptakan makhluk yang lebih baik
daripada aku?."

Lalu Allah swt berfirman yang bermaksud.. "Tidak"

Kemudian Jibrail as berdiri serta solat dua rakaat kerana syukur kepada
Allah swt. dan tiap-tiap rakaat itu lamanya 20,000 tahun.

Setelah selesai Jibrail as solat, maka Allah SWT berfirman yang
bermaksud. "Wahai Jibrail, kamu telah menyembah aku dengan ibadah yang
bersungguh-sungguh, dan tidak ada
seorang pun yang menyembah kepadaku seperti ibadat kamu, akan tetapi di
akhir
zaman nanti akan datang seorang nabi yang mulia yang paling aku cintai,
namanya Muhammad.' Dia mempunyai umat yang lemah dan sentiasa berdosa,
sekiranya
mereka itu mengerjakan solat dua rakaat yang hanya sebentar sahaja, dan
mereka dalam keadaan lupa serta serba kurang, fikiran mereka melayang
bermacam-macam dan dosa mereka pun besar juga. Maka demi kemuliaannKu
dan ketinggianKu, sesungguhnya solat mereka itu aku lebih sukai dari
solatmu
itu. Kerana mereka mengerjakan solat atas perintahKu, sedangkan kamu
mengerjakan solat bukan atas perintahKu."

Kemudian Jibrail as berkata: "Ya Tuhanku, apakah yang Engkau hadiahkan
kepada mereka sebagai imbalan ibadat mereka?"

Lalu Allah berfirman yang bermak! sud. "Ya Jibrail, akan Aku berikan
syurga Ma'waa sebagai tempat tinggal..."

Kemudian Jibrail as meminta izin kepada Allah untuk melihat syurga
Ma'waa. Setelah Jibrail as mendapat izin dari Allah SWT maka pergilah
Jibrail
as dengan mengembangkan sayapnya dan terbang, setiap dia mengembangkan dua
sayapnya dia boleh menempuh jarak perjalanan 3000 tahun, terbanglah
malaikat
jibrail as selama 300 tahun sehingga ia merasa letih dan lemah dan akhirnya

dia turun singgah berteduh di bawah bayangan sebuah pohon dan dia sujud
kepada Allah SWT lalu ia berkata dalam sujud:

"Ya Tuhanku apakah sudah aku menempuh jarak perjalanan setengahnya, atau
sepertiganya, atau seperempatnya?"

Kemudian Allah swt berfirman yang bermaksud. "Wahai Jibrail, kalau kamu
dapat terbang selama 3000 tahun dan meskipun aku memberikan kekuatan
kepadamu seperti kekuatan yang engkau miliki, lalu kamu terbang seperti
yang telah kamu lakukan, nescaya kamu tidak akan sampai kepada sepersepuluh

dari beberapa perpuluhan yang telah kuberikan kepada umat Muhammad terhadap

imbalan solat dua rakaat yang mereka kerjakan.... ."

Marilah sama2 kita fikirkan dan berusaha lakukan... Sesungguhnya Allah
S.W.T telah menyembunyikan enam perkara iaitu :

* Allah S.W.T telah menyembunyikan redha-Nya dalam taat.
* Allah S.W.T telah menyembunyikan murka-Nya di dalam maksiat.
* Allah S.W.T telah menyembunyikan nama-Nya yang Maha Agung di dalam
Al-Quran.
* Allah S.W.T telah menyembunyikan Lailatul Qadar di dalam bulan Ramadhan.
* Allah S.W.T telah menyembunyikan solat yang paling utama di dalam solat
(yang lima waktu).
* Allah S.W.T telah menyembunyikan (tarikh terjadinya) hari kiamat di dalam

semua hari.

Semoga kita mendapat berkat daripada ilmu ini. Wallahualam

Kalau rajin... Tolong sebarkan cerita ini kepada saudara Muslim Muslimat
yang lain agar menjadi renungan dan pelajaran kepada kita semua. Ilmu
yang bermanfaat ialah salah satu amal yang berkekalan bagi orang yang
mengajarnya meskipun dia sudah meninggal dunia...

Sunday, December 4, 2011

TeRuJa................

Assalamualaikum.....


Semalam entah knapa aku gatal tangan buka blog aku dwaktu ptg..Biasa klu aku updated pagi,  aku tak buka dah sampai ker sudah aku punya blog...mls nak mengedit blog aku.Kan tak pasal jadi tunggang langgar aku punya blog.Pernah dulu aku edit punya edit...lain macm jadinya....huhu..Nasiblah ada sifu tolong  aku..haha..klu tak aku ttp trus dah aku punya blog nie.haha
  Ok berbalik kepada tajuk entry aku balik...biasa klu buka blog aku buka kat komen dulu.Ermm..ada org komen dalm hati aku berkata.Sapa lagi klu bukan si along...aku slalu komen blog dia walaupon aku thu dia menyampah coz aku slalu jer singgah kat blog dia...(sori yer along sllu godek2 awak punya blog..haha).Klu korang nak thu si along nie lah sifu aku...dia yg bnayk tlng aku masa blog aku jd entah apa2 tu.haha.Walupon blog aku nie msh tak seberapa berbanding blog dia tp alhamdulllilah ader jgk org sudi nak follow aku punya blog.Aku tak paksa erk.Ader sesetengah blogger tu siap paksa lagi klu nak join contest dia kn follow dia...mls aku nk ikut cara tu.Kn tak pasal hilang follower setia aku nie.huhu
      Aku dah suspen saperlah follow aku nie...tgk kat dashboard ada 26org dah...sblm nie ader 25 org jer.Ermm...skali buka ter kejut kingkong aku bla tgk muka Along follow aku.huhu..Terasa macam artis lah plk aku...haha.Apa2 pon thank you very much en.along coz sudi follow blog aku yg tak seberapa nie...huhu..Sapa2 yg bru belajar nak buat blog tu leh lah tnya kat along.Dia pakar bab blog nie....aku dah link kan dia punya blog.(Iklan ini tak perlu di bayar)haha.Alamak tlg promote blog along lah plk..haha....oklah sblm aku merapu lbh bnyak lagi aku stop dlu untk entry kali nie..lain kali jumpa lagi..insyaAllah...assalamualaikum...:)

Saturday, December 3, 2011

Apple Cake.....












Friday, December 2, 2011

Banjir oh Banjir.....

 Gambar nie aku snap after balik dari beli barang dapur kat ekonjaya, Machang.Masa kitaorg kuar tu  pokok padi yg ada kat dalm petak sawah tu nampak lagi daunnya..After 2jam hujan...ini lah jadinya..dah jadi mcm sungai...nasib kami balik awal..sbb air dah melepasi jalan raya dah..Gambar nie aku snap kat Jln Bt30, Machang, Kelantan.
 Yg ne plk aku snap kat Penarik, Terengganu....dasyatkan air dia..masa aku lalu nie driver bas tu ckap nie dah srut skit...klu tak a mlpasi jaln raya.Maknanya klu melepasi jlan raya..lagi suku pokok yg korag nmpk dri jarak jauh tu la..huhu...sorilah gambar nie nampak jauh sgt koz aku snap dalm bas...masa nie aku otw balik kg naik bas Kuala Besut coz bas express dah habis tiket....n bas Jerteh plk tak nampak btg hidung..huhu
Ok.Gambar yg last nie aku snap dari dalm bas jgk....so tak jlas sgt...Yg n kat Kg Raja, Besut, Terengganu.ermm..sni mmg kna pindah..tgk air kat dpn rumah dah mcm dok dalm sungai dah.Kebnyakan rumah area cni n Penarik dtenggelami air kecuali rumah yg tinggi lah....Ader rumah yg nampak bumbung jer..yg separuh rumah ditenggelami air.huhu.While..ade satu tempat tu ..org kg tanam kelapa sawit kot..yg nampak cuma pucuk kelapa sawit tu jer..huhu..Kesian kan kat org2 yg tinggal kawasan banjir mcm nii...tp syukur lah bnjir tak lama...skarang n mata haRi sudah brsnar kembali...

Thursday, December 1, 2011

Siapakah KIta???

SAMA-SAMALAH KITA MENGHAYATINYA............ 



Siapakah orang yang sibuk? 
Orang yang sibuk adalah orang yang tidak mengambil berat akan waktu solatnya seolah-olah ia mempunyai kerajaan seperti kerajaan Nabi Sulaiman a.s 

Siapakah orang yang manis senyumanya? 
Orang yang mempunyai senyuman yang manis adalah orang yang ditimpa musibah lalu dia kata "Inna lillahi wainna illaihi rajiuun." Lalu sambil
berkata,"Ya Rabbi Aku redha dengan ketentuanMu ini", sambil mengukir senyuman. 


Siapakah orang yang kaya? 
Orang yang kaya adalah orang yang bersyukur dengan apa yang ada dan tidak lupa akan kenikmatan dunia yang sementara ini. 

Siapakah orang yang miskin? 
Orang yang miskin adalah orang tidak puas dengan nikmat yang ada sentiasa menumpuk-numpukkan harta. 

Siapakah orang yang rugi? 
Orang yang rugi adalah orang yang sudah sampai usia pertengahan namun masih berat untuk melakukan ibadat dan amal-amal kebaikan... 

Siapakah orang yang paling cantik? 
Orang yang paling cantik adalah orang yang mempunyai akhlak yang baik. 

Siapakah orang yang mempunyai rumah yang paling luas? 
Orang yang mempunyai rumah yang paling luas adalah orang yang mati membawa amal-amal kebaikan di mana kuburnya akan di perluaskan saujana mata memandang. 

Siapakah orang yang mempunyai rumah yang sempit lagi dihimpit? 
Orang yang mempunyai rumah yang sempit adalah orang yang mati tidak membawa amal-amal kebaikkan lalu kuburnya menghimpitnya... 

Siapakah orang yang mempunyai akal? 
Orang yang mempunyai akal adalah orang-orang yang menghuni syurga kelak kerana telah mengunakan akal sewaktu di dunia untuk menghindari siksa neraka.. 

Siapakah org yg KEDEKUT ? 
Orang yg kedekut ialah org yg membiar atau membuang email ini begitu sahaja, malah dia tidak menyampaikan pula pada org lain. 
 

Wednesday, November 30, 2011

Wordless Wednesday.....

 
cid:image014.gif@01C99827.5C44D090

"ADA MANUSIA YANG SEMEMANGNYA DILAHIRKAN HEBAT, TETAPI RAMAI ANTARA KITA YANG TIDAK MENYEDARI BAHAWA SEBENARNYA KITA JUGA MAMPU UNTUK MENJADI HEBAT, KEHEBATAN MEMBOLEHKAN KITA DIKENALI, DAN YANG PALING PENTING KEHEBATAN MEMBOLEHKAN KITA DIHORMATI !!!" ...

Rama-Rama.....



Entah apalah yg menarik kat rama2 nie pon aku tak thu.Tiba2 saja aku rasa nak ambik gambar dia.Dah dua 3 hari dia melekat kat dinding area bilik air dpn opis aku nie.Aku igtkan dia dah mati tp rupanya masih bernyawa lagi.huhu.

Gambar yg first tu aku snap masa dia dok santai gtu.Tgk rileks gtu lah.haha.While yg second tu plk aku snap masa angin tgk kencang, tu yg sayap dia mcm dah nak terttp gtu.Ermm....after aku snap this pic angin like ribut tiba2 berlaku.Msa ribut tu aku kat dalm ofis tkut nak kuar.Ermm..bial aku kuar tgk rama2 tu dah tak der.Kna bawa angin kuat or dia terbang sndiri mencari arah tujuannya.Alhamdulillah...sempat juga aku mengabadikan pic dia dlm blog aku nie.


Korang lyn lah bait2 lirik Rama-Rama nyanyian Ella.Aku suka sgt lagu nie....






Tuesday, November 29, 2011

Harimau Muda VS Bahrain.....


Masih tidak terlewat utk aku ucapkan syabas kepada Pasukan Harimau Muda.Walaupon kalah ngn aggregates 3-2 kpada pasukan Bahrin.Entah dmana silapnya Pasukan Harimau Muda yg mulanya mendahului pasukan Bahrin dengan 2-0 tiba2 menjadi  hambar permainannya.Bahrin pula tiba2 bangkit dminit2 akhir permainanan.Sungguh tidak diduga oleh Pasukan Harimau Muda bila Bahrin berjaya menyumbat 3 gol dalam masa 6 minit.Tergaman sebentar  pasukan Harimau Muda ....Apa2 pon syabas kpada psukan Harimau Muda....diharap lbh cemerlang di games akan datang.Buat wira2 Pasukan Harimau Muda....Nazmin Faiz dan Mahali Jasuli.....truskan usaha gigih anda untuk harumkan nama negara dimasa akan datang.....

All the best to all player Harimau Muda..!!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...