KELAB BLOGGER BEN ASHAARI

Followers

Saturday, October 29, 2011

Hadiah BestdayKU....

 Ini adalah hadiah dr adikm pompuan bongsu ku.Oleh krna dia tak sempat nak belikan aku hadiah...so dia bg duit ajer lah kat aku.Brapa?Tu rahsia lah...haha...mana blh cakapkan...Di bg duit tu bkn aper ..nnt klu dia belikkan utk aku aku tak suka lak..Whatever aku ckap...Aku apa lagi peminat selpar jepun...aku bntai  belilah yg warna blue balck nie..warna ni tak der lagi dalam koleksi selipar jepun aku..haha..lain2 warna dah ader...tp aku paling hnginya..majoriti aku dah rosak...bukan sllau pakai tp kna cakar der kucing yg tak knang budi..huhu
Cantik tak?ala mcm slipper g pantai gtu....mesti korng tertanya2 kan apasal aku pakai slipar jepun jer g keje....Dalm hati korang mesti kata selekeh tol minah nie g keje.Untuk pengetahuan smua..aku kat construction site...tu yg aku pakai slipar jepun jer g kerja.....Pakai sandal2 mahal wat rugi jer...nnt kna lumpur...huhu..ya Ampun mahal aku beli..selipar jepun nie walaupon murah ttp sadap dpakai..hihi..jgn pandang sblah mata pada selipar jepun nie..Tambah2 musim hujan mcm nie..sgt2lah perlu..hehe..korang nak rendam dalam air sandal rega 2-3 ratus korang dalam air??tak nak kan.....so beli lah selipar jepun ini utk menyelmatkan snadal korang yg mahal tu...haha

Entah pa2 da aku mengarut...oklah aku stop dululah....lain kali aku tulis panjang panjang2 lagi...oklah...babai....see u again....sayang korang smua...muahhhhh

Friday, October 28, 2011

Aku Menyesal Kahwin..Tapi heheehe..


Bismillahirrahmanirrahim.

Ini cerita aku. Aku (bukan nama sebenar) baru je kawin, dengan pilihan mak aku. Aku tak penah kenal pun dia (bukan nama sebenar juga). Tapi mak punya pasal kan, aku terpaksa follow je la. Arghh, menyesal gila kahwin…

Kalau dulu masa belum kahwin, ikut suka aku je nak tidur pukul berapa, nak bangun pukul berapa. Lepastu kadang-kadang sampai tengah hari tidur, sampai terlepas kuliah. Tak ada orang marah pun. Lecturer pun tak marah.

Tapi sekarang, nak tidur lewat sikit je ade orang sound. "Jom la bang tidur..." Pastu kalau tak bangun Subuh memang kena cubit peha la aku ni.Kesian aku kena buli…

Kalau dulu masa belum kahwin, ikut suka aku je nak makan pukul berapa, nak makan apa. Boleh makan best-best, sebab beli kat kedai. Tapi sekarang, huhu… Macam budak kecik je, kena ikut jadual makan! Dah la kadang-kadang dia masak masin la, pahit la… Pastu kadang-kadang dia bagi aku makan sayur je banyak-banyak. Tak makan, kecik hati pulak, pastu tulis kat status facebook dia. Arghh, menyesal gila kahwin…
Kalau dulu masa belum kahwin, ikut suka aku je nak shopping bila, kat mana, nak beli apa. Kira berbelanja tanpa was-was lah. Tu yang shoppingkejap je melayang 2 3 ratus sekelip mata. Hehehe... Tapi sekarang, nak pergi shopping je, dia dah siap dengan list barang nak beli. Tak ada dalamlist, tak boleh ambil!! Dah la berjam-jam pusing. Leceh betul lah orang perempuan ni. Muka dia tak payah cerita lah, memang ceria je kalau masukshopping mall. Aku je yang muka tensen. Arghh, menyesal gila kahwin...

Kalau dulu masa belum kahwin, rambut aku ni macam-maca fesyen la boleh buat. Ala Korea boleh, ala Carles Puyol (Kapten Barcelona) pun boleh buat, tak ada orang sound. Tapi sekarang, panjang sikit je kena sound, panjang sikit je kene sound. Dia kata tak hensem la, tak kemas la. Kalau tak potong, dia tanak gosokkan baju aku pulak. Haisshh…

Ada satu hari tu, masa makan kat JUSCO, ada la seorang awek comel melintas depan kitorang. Aku pun terpandang awek tu tanpa niat (ikutkan tak berdosa la kan?) ADEH!! Terus kena cubit peha aku dari bawah meja. Cemburu buta pula bini aku (mentang-mentang la aku hensem). Apa lagi, menjerit la aku kat situ. Kena buli lagi…

Maunya tak kuat, satu foodcourt tengok kitorang, termasuk awek tadi. Arghh, first time rasa malu gila macamtu. Rasanya muka aku lagi merah dari sos cili atas meja. Sakit sangat bini aku cubit. Huhu... Kesian lah kat bakal anak-anak kami nanti. Haha…

Tapi yang bestnya, skarang aku dah tak payah basuh baju, gosok baju sendiri. Sume dah ready made. Hehe... Bab-bab gosok baju ni memang aku tak berapa pandai. Kalau dulu masa belum kahwin, skali gosok baju, sebulan aku pakai. Haha... Malas basuh sebab tanak gosok lagi! (Oppss kantoi). Lepastu baju-baju bergelimpangan atas katil. Aku memang suka tidur atas kain baju ni (padahal malas kemas). Sekarang, hehehe…

Lagi yang best, time aku demam ke, tak sihat ke, rasa diri ni macam dihargai je. Ya lah, kira ade orang take care la. Totalcare!! Hehehe... Kalau masa belum kahwin dulu pandai-pandai la bawak diri kalau demam. Huhu, sadis…

Lepastu kan, sekarang kehidupan aku kira tersusun lah. Maklum lah dah ade 'PA'. Kalau banding dengan dulu, hmm… Tak produktif sangat lah kehidupan aku. Sekali-sekali dia kejut aku bangun solat malam, kadang-kadang dia tegur kalau aku lama tak baca Qur’an. Hmm, sejuk hatiku dapat isteri macam dia. Maklum lah kita ni bukan malaikat, iman turun naik. Jadi kena ada yang tolong ingatkan. Ini lah pentingnya cari isteri yang solehah!
(Antara hantaran yang unik)
Buat isteriku yang comel dan tercinta;
Terima kasih kerana marah kalau abang tido lambat,
Boleh la abang bangun awal-awal pagi,
Kemudian kita solat Subuh sama-sama.

Tapi kalu abang tak bangun juga;
Sayang cubit je peha abang,
Abang tak akan murka,
Lagi abang bertambah sayang…

Buat isteriku yang comel dan tercinta;
Terima kasih kerana jaga makan minum abang,
Tengok sekarang abang dah nak gemuk dah,
Tak ada lah kurus je macam mula-mula kahwin dulu.

Ke memang nak abang jadi gemuk ni?
Ayang takut orang lain berkenan kat abang ye?
Jangan bimbang atau ragu okay,
Cintaku hanya eksklusif untukmu sayang…

Buat isteriku yang comel dan tercinta;
Terima kasih kerana tolong gosok baju abang,
Sebab abang memang allergic sikit bab gosok baju,
Jangan risau lah nanti abang potong rambut…

Sekarang abang dah tak selekeh macam dulu,
Rambut dah kemas, baju dah kemas, senyum memanjang,
Hidup terurus, amal pun terjaga, badan pun berisi juga,
Argghh, menyesal gila kawin LAMBAT!!!




p/s: Cerita ini tidak ada kena mengena dengan penulis, penulis masih lagi seorang yang selekeh.

---------------------------------------------------------
(Gambaran majlis pernikahan)

Sempena musim cuti dan musim kahwin ini, kisah diatas saya dedikasikan khas buat sahabat-sahabat, rakan-rakan dan kenalanku yang bakal, baru hendak dan akan memasuki alam rumah tangga. , 
Selamat Pengantin Baru!! Doakan ambo kahwin cepat ye... :D


Buat para pembaca yang bakal berkahwin, Selamat Memasuki Alam Rumah Tangga dan
 Selamat Pengantin Baru!! Dengan ingatan, binalah masjid dengan baik, jagalah ia dengan cermat, imarahkanlah ia tanpa henti...
Buat para pembaca yang sudah lama berkahwin, Selamat Mengimarahkan Masjid!! Hiasilah masjid yang dibina itu dengan sebaik mungkin. Didik anak-anak agar menjadi pemimpin yang berjiwa besar dan berpengetahuan luas dalam semua aspek terutama aspek agama. Corakkan mereka dengan corak didikan yang baik. InsyaAllah, bahagia sentiasa hendaknya...

Thursday, October 27, 2011

Dasyatnya Doa.....


Bismillah,
DOA & HARAPAN BUAT ANAK YANG DIKASIHI
Bertemu lagi musim persekolahan 2010 telahpun  bermula.Pelbagai persediaan kelengkapan pastinya berikan buat putera dan puteri yang tersayang. Besar sekali harapan ibubapa yang mengharapkan anak yang dikasihi mencipta kejayaan bukan sahaja dalam bidang akademik tetapi juga kehidupan seluruhnya. InsyaAllah bukan sahaja bahagia dan berjaya di dunia tetapi juga berkekalan hingga ke akhirat dan sesungguhnya juga DOA dari anak-anak yang soleh inilah SAHAM ibubapa yang menjadi bekal apabila pulang dijemput Ilahi.
JANGAN DIPANDANG SEPI
Dalam sibuk-sibuk memberikan PERSEDIAAN yang bersifat lahiriah jangan
sesekali dipandang sepi peranan doa, sokongan, kasih sayang dan menghidup RUH iman mereka yang mendaulatkan Allah dalam aturcara kehidupan mereka. Pentingtu!Bahkan PALING PENTING sebenarnya maklum sahaja tuntutan dunia hari ini terkadang boleh membuatkan para ibu mahupun bapa terleka mengejar kemewahan, wang ringgit, pangkat. Masa yang ada banyak diisi dengan memenuhi tuntutan
kerjaya dan hubungan social HATI-HATI dengan perangkap syaitantu! Dikhuatiri sibuk mencari dunia SAHAM AKHIRAT yang satunie lupa nak disemai lupa nak ditanam risiko tu!
IKHTIBAR KEHIDUPAN DAHSYATNYA DOA!
Pentas kehidupan menyaksikan banyak ikhtibar...baru- baru saya berkesempatanmembaca buku Dahsyatnya Doa Ibu. Memang dahsyat! Memang tepat sekali JANJI ALLAH keredhaan Allah berada di dalam di dalam keredhaan ibubapa , jika ibubapa tidak redha dikhuatiri terkadang jalan sukar  ditemui anak-anak dalam mencipta kejayaan mahupun membina kesejahteraan dan kebahagiaan yang dicari. Keramat doa ibubapa ini hebat, DOA mereka laju macam roket tiada tapisan! Maka rebutlah hati ibubapa...raihlah perhatiannya mudah-mudahan mereka mendoakan YANG TERBAIK buat kita.
Secara jujurnya itu jugalah yang saya pelajari, tidak dinafikan segelintir masalah yang hadir ke sesi , ada bersangkutan dengan hubungan dengan ibubapa. Baru-baru ini saya dihadirkan dengan satu lagi kes yang sangat MENARIK PERHATIAN saya HIKMAH UNTUK DITELADANI ~  betapa pentingnya mendoakan keturunan yang mendirikan solat dan menjadikan Islam dan memburu keredhaan Allah sebagai matlamat kehidupan. Kisahnya ujian seorang ibu yang pening kepala dan hamper sahaja putus harapan dengan tingkahlaku dan akhlak anaknya anak yang punya potensi tidak tahu mana silapnya akhirnya tegah melakukan perkara yang tidak pernah terfikir oleh ibubapa. Dan apabila diterokai hatinya memang kering kering bagaimana? Hati si anak seolah tiada deria dan perasaan apabila melihat kesusahan dan kesedihan hati ibu dan bapa yang tercalar akibat tingkah dan sikapnya. Kenapa jadi begini? Apabila diselidiki rupa-rupanya ada hubungkait dengan hubungan dengan Allah, dalam usia yang sudah menjengah alam dewasa bila diajukan bagaimana dengan solat? Katanya solat dan hubungan dengan Allah baginya  tidak penting ada yang lebih penting mahu dibereskan seolahnya memenuhi masa dengan kawan-kawan, mencari keseronokan lebih penting. Solat hanya sesekali ikut mood nak buat buatlah, kalau rasa tak nak buat tak perlu nak buat jika hanya sekadar tempelan kepura-puraan menipu diri sendiri mahupun ibubapa. Wahh! Baru saya mengerti memang PENINGlaa si ibu dibuatnya lelah dibuatnya!Nauzubill ahminzalik
DOA TULUS DAPAT MENGELAKKAN INDIVIDU DARIPADA DIBAHLULKAN!
Dan dari situ saya belajar sememangnya peranan DOA sangat penting bukan sahaja bila dah terantuk baru nak terngadah tetapi lebih advance dari itu setiap detik setiap saat DOAKANLAH YANG TERBAIK untuk diri sendiri, ibubapa, anak-anak dan keturunan agar MENDIRIKAN DAN MEMELIHARA SOLAT! Penting sekali jangan lupa mudah-mudahan dengan doa tulus yang dipanjatkan pada Ilahi dapat memelihara diri kita begitu insan-insan yang kita kasihi daripada mudah terjeremus dalam perangkap syaitan yang durjana. Hati yang lalai dan jauh dari Allah takkan tenang bila hati kotor tidak tenang syaitan akan lebih mudah MEMBAHLULKAN diri manusia mengikut perangkapnya Itu yang hati jadi kering, kontang hitam apa juga nasihat, peransang, teguran pastinya sekadar mencurah air ke daun keladi. Dan PALING DIKHUATIRI hati ibu mahupun bapa yang tercalar akan LEBIH MEMUDARATKAN kehidupan anak tadi kerana setiap kepercayaan, kata-kata, lontaran minda  ibubapa adalah DOA dan gelombang yang dicerap dengan baik oleh alam dan Allah swt Maka untuk itu, disini juga INGATAN DAN PERKONGSIAN untuk kita semua agar lebih ikhlas, suci hati dan bersangka baik dengan setiap ujian Allah dan YANG PASTI ikhtibar hari ini JANGAN LUPA MENDOAKAN YANG TERBAIK untuk insan-insan yang kita kasihi terutamanya dalam kupasan kali ini zuriat yang kita kasihi!
KUASA DOA
Mudah-mudahan DOA kita mampu menjadi PENYELAMAT, PENAWAR DAN PENCETUS KEJAYAAN, KEGEMILANGAN, KESEJAHTERAAN, KEHARMONIAN dan tidak lupa pastinya iringan REDHA & RAHMAT ILAHI serta KESELAMATAN darINYA mengiringi setiap detik dan langkah untuk diri kita, ibubapa dan insan-insan yang dikasihi pasangan, putera, puteri dan saudara Islam seluruhnya.Begitu HEBAT peranan dan penangan DOA boleh mengubah realiti insan 

Tuesday, October 25, 2011

Hari-Hari Yg Membosankan.................

Assalamualikum......

Dalam lama benar aku rasa tak menulis menulis menggunakan idea aku yg tak kreatif mana nie...haha.Walaupon tak kreatif tp ader jgk peminat sedia blog aku yg sudi membacanya...Terima kasih ya...kepada yg sudi membaca blog aku nie.Aku sebenarnya nak tulis pasal aper yer hari nie...any cadangan please(campuran bahasa melayu dan inggeris dan inilah yg dinamakan bahasa rojak...haha)


Wah, bukan main lagi kan aku...mentang2 lah bos aku tak masuk ofis hampir 2 weeks....aku bermaharajalela menggunakan internet ofis...haha.Habis smua tanduk2 aku kluar bla bos aku tak der.Biasa klu bos ader aku jarang nak menulis panjang2 mcm nie.Dan satu lagi kebiasaanya aku akan copy n paste dari aku punya email jer..bkn apa utk renungan bersama gaks..Ahaks.(padahal ttp kelemahan yg aku tak thu nak tulis aper kat blog nie)Harap korang fahamlah apa yg aku nak sampaikn nie..haha


Ni nak ngutuk bos aku jap.Wah minggu lepas bkn main lagi tel aku ckp nak hantar document ke KL paksa aku srh siapkan kerja cpt.Waduh..aku dgn tensionnya...siapkan kerja takut kna fire bila dia datang nnt.Namun bila aku dah siakan smua...batang hidung sampai saat ni blm kelihatan(nak nampak mcm mana dah tuan dia gelap...ahaha) Owh nampaknya aku kna kelentong lagi ngn bos aku kali nie...Ko mmg "mmg mat kilas lah bos"huhu

Dan sampai sekarang jgklah punchcard kami masih tersadai kat dalam laci aku.Entah bila dia nak datang sign pon aku tak thulah.Sepatutnya kami dapat advance kami minggu lps lagi...tp sampai skarang punchcard kami  blm ader apa2 tindakan lagi dr dia.Tension aku dibuatnya...duit belanja dah makin kering, date nak bayar umah sewa semakin hampir..oh no...terpaksa tel aku lagi kali nie nak pinjam duit nak bayar umh sewa.Malunya aku kerja bukan main lagi...tp bla nak bayar umah sewa terpaksa call kg utk pinjam duit.Apalah nasib aku...dapat bos yg tak bertanggungjawab mcm nie.Klu gaji 15 hr sekali buatlah cepat skit gaji tu..biar kami ader semangat skit nak kerja...nie tak bosan giler dok ofis...dahlah gaji lewat..past tu kerja plak tergendala coz nak kna tanya dia dlu tkut tersilap print document yg nak hantar ke KL tu...adoiii...tensionnyer mcm nie.

Aku rasa hari2 yg berlalu tak der makna bg aku dgn mcm2 masalah yg tak henti melanda.Ya Allah....KAU berikan aku ketabahan dan kekuatan untuk meneruskan hidup yg penuh berliku ini.Hanya pada MU tempat  aku mengadu Ya Allah.....

Oklah aku stop cni dlu...dah emo lah plk aku nie...lain kali aku tulis panjang2 lagi yer...babai

'Happy Deepavali kepada semua penganut agama Hindu"

Monday, October 24, 2011

Nilai Sebuah Pekerjaan (an interesting article).............


Assalamualaikum w.b.t.
 "Kenapa anda mahu jadi doktor?", saya melemparkan soalan ini, selepas mempertontonkan kepada pelajar di IMU tadi video dari koleksi Stephen R. Covey.
Pelajar yang hadir tersenyum-senyum.
"Sebab minat biologi?", saya bertanya.
Ramai yang ketawa. Itu mungkin alasan semasa di Tingkatan 4 dahulu.
"Sebab suka tolong orang?", saya terus bertanya.
Ramai yang mengangguk.
"Well, come on. Ramai yang hantar anak buat perubatan supaya boleh rawat ibu bapa sendiri nanti. Tetapi realitinya, kamu bukan manusia pertama boleh muncul memberikan rawatan jika berlaku apa-apa kepada ibu bapa. Malah ketika di bilik pembedahan dan wad kecemasan, ahli keluarga bukanlah calon terbaik untuk merawat ahli keluarga sendiri. Namanya, profesionalisma", saya menyambung provokasi.
"Kamu nak tolong suami, isteri dan anak-anak? Rasa saya, suami doktor, isteri doktor dan anak-anak doktorlah yang paling banyak kena berdikari", saya terus mencucuk jarum.
"Saya selalu beritahu isteri, bahawa apabila awak berjaya jadi specialist nanti, jangan lupa bahawa orang yang paling banyak berkorban ialah tiga orang ini. Anak-anak kita. Merekalah yang berkorban, melepaskan masa yang sepatutnya kita beri kepada mereka, agar kita berjaya", saya berkongsi cerita.
Saya sengaja mengacah pelajar-pelajar di IMU supaya berfikir bersungguh-sungguh, mengapa mereka memilih bidang perubatan.
Jika anda seorang perempuan yang bakal menjadi doktor, anda perlu tahu bahawa walaupun negara amat terdesak kepada adanya ramai tenaga pakar, anda tidak akan diberikan 'kemudahan' untuk menjadi pakar. Anda tidak ada cuti bersalin, seandainya anda 'termengandung' semasa sedang membuat program pakar. Anda tidak menerima sebarang elaun untuk membeli buku. Semua kena guna duit sendiri. Kursus dan seminar yang anda hadir, anda mesti membayarnya sendiri. Mungkin anda terpaksa menawarkan diri menjadi AJK agar dapat dikecualikan dari yuran, walaupun anda tahu akibat menjadi AJK itu. Semua orang mahu anda bekerja seperti orang lain, ketika anda terdesak menghadapi peperiksaan. Tiada belas, tiada insentif.
Misalnya isteri saya, kerana 2 minggu cuti yang diperuntukkan untuk kecemasan dan lain-lain, sudah pun digunakan bersalin, lupakanlah kenduri kendara di kampung, lupakanlah ibu bapa, 6 bulan tiada cuti.
Bukan calang-calang kerja.
  Anda mahu menjadi pelajar perubatan kerana mahu menolong orang? Tolonglah diri sendiri kerana anda yang amat memerlukan pelbagai pertolongan itu nanti.
"Maka, apa tujuan anda mahu menjadi doktor?", soalan yang sama saya ulang sekali lagi.
Pelajar-pelajar itu termenung. Sesi soal jawab tiada soalan, kerana semua soalan adalah untuk ditanya kepada diri sendiri, dan diri sendirilah yang perlu menjawabnya.

PERSOALAN NILAI
Kuliah kali ini adalah tentang nilai. APA NILAI YANG DIBAWA DALAM SEBUAH PEKERJAAN?Dalam sebuah kehidupan.
Jika seorang isteri mengungkit di hadapan suami, bahawa kerja rumahnya, kerjanya 'melayan suami', tidak mungkin mampu dibalas walaupun dengan bayaran RM2000 sebulan, maka nilai apakah yang ada pada dirinya? Saya tidak bermaksud membela lelaki yang tidak tahu menghargai isterinya, tetapi dalam kes ini, si perempuan itu sudah menjatuhkan dirinya.
Hanya 'bibik' sahaja yang buat kerja rumah untuk duit. Maafkan saya, hanya pelacur sahaja yang meletakkan harga pada layanannya terhadap seorang lelaki.
Seorang ibu membuat kerja rumah kerana Nilai Kasih Sayang. Seorang isteri juga melakukan apa yang ia lakukan atas NILAI KASIH SAYANG. Maka tanpa kasih sayang, perkahwinan adalah beban. Malah sumber kebencian.
Menentukan nilai, sebagai pendorong kita melakukan sesuatu adalah sangat penting. Nilai itu akan mencorakkan tingkah laku kita terhadap pekerjaan yang kita lakukan.

NILAI DUIT
Kalau pekerjaan diukur dengan nilai wang, maka kita akan berhadapan dengan banyak masalah, walaupun wang berjaya diperolehi.
Sekarang ni sudah menjadi satu trend kepada dua industri, kalau boleh saya katakan industri. Yang pertamanya adalah industri perubatan, dan yang keduanya, industri berkaitan petroleum. Trend yang saya maksudkan di sini, adalah perpisahan di antara seorang suami atau isteri dengan pasangannya, serta anak-anak, kerana prospek kerjaya dan desakan nilai wang itu tadi.
Sudah menjadi kebiasaan, pasangan yang sudah berumahtangga, berpisah sementara (bukan calang-calang sementara) demi melepaskan isteri yang bekerja sebagai jururawat di luar negara, khususnya di negara Teluk. Begitu juga dengan mereka yang terbabit dengan industri petroleum, bekerja di negara Teluk dan Afrika, menyahut saranan majikan untuk meningkatkan kerjaya dan pendapatan dengan berhijrah ke negara yang menagih kepakaran kita. Ia hebat, menggiurkan... tetapi output daripadanya merunsingkan saya.
Itu, belum lagi dikorek kisah suami di Johor, isteri di Pulau Pinang atau Kuala Lumpur .
Trend ini berlaku dan merebak di dalam masyarakat, dan saya ditakdirkan Allah bertemu dengan outputnya. Saya bertemu dengan anak-anak remaja, yang ayah mereka pulang ke Malaysia 4 kali setahun. Saya bertemu dengan kes, suami main kayu tiga ketika isteri meninggalkannya gersang setahun di tanah air. Saya juga bertemu dengan kes isteri yang mem'poligami' kan suaminya dengan bersuamikan orang lain semasa di perantauan. Dan kes-kes ini membiak dari semasa ke semasa. Tidak pernah menjadi tajuk berita. Nauzubillah
Tentu sahaja, hasil kewangan dari kenaikan pangkat dengan bekerja jauh dari pasangan dan anak-anak, boleh mengubah nasib keluarga. Tetapi perubahan itu apakah ke arah positif atau negatif? Maka yang dikejar dalam sebuah rumah tangga dan perkahwinan, apakah boleh disandarkan pada nilai material?

NILAI - HARGA - KORBAN
Nilai berkadar terus dengan harga. Tinggi nilai, tinggilah harga. Tinggi harga, banyaklah korban dan pengorbanan yang diperlukan bagi mendapatkannya. Untuk bekerja dengan gaji RM10,000 sebulan, apakah harga yang perlu dibayar untuk nilai material RM10K itu? Kehancuran rumah tangga, kepincangan emosi dan identiti anak-anak, dosa... itulah harga yang mungkin perlu dibayar untuk nilai material yang dijadikan asas bekerja.
Anak-anak yang mewah dengan nilai material ini, gersang dan menderita pada nilai kasih sayang dan perhatian ibu bapanya. Sering saya ulang, 'mereka adalah generasi yang kesunyian'.
Jangan terkejut, dengan hanya 3 hari perkenalan, seorang remaja boleh menjadi mangsa lelaki yang berniat jahat. Mengapa begitu mudah? Lelaki itu memberi sesuatu yang tiada diperolehi remaja tersebut di dalam keluarganya iaitu KASIH SAYANG dan PERHATIAN.
Malam ini saya mahu pelajar-pelajar yang hadir ke kuliah ini, melatih diri mereka dengan tabiat "Begin With the End in Mind". Lihatlah apa yang menanti di hujung perjalanan mereka sebagai seorang doktor perubatanjurutera dsb

TENTUKAN NILAI SEAWAL PERJALANAN
Maka, semenjak mereka di bangku pengajian, soal nilai yang ingin dibawa pada kerjaya di masa hadapan, mesti ditentukan.
Anda boleh mengambil sikap tidak mengendahkan hal ini, bekerjalah selagi mampu, kejarlah habuan material yang dikejar selama ini, tetapi anda perlu meneliti harga yang perlu dibayar. Perhatikan di mana korbannya? Harga dan korban itu mungkin rumah tangga, mungkin pesakit, dan yang paling besar, mungkin sistem itu sendiri.
Hati saya amat terhiris, mendengar kawan-kawan saya dan isteri, mengeluh tentang satu demi satu penceraian yang menimpa pasangan doktor. Sama ada kedua-dua suami dan isteri itu doktor, atau salah seorang daripada mereka.

PROVOKASI DEMI MASA DEPAN
Atas provokasi inilah, saya mengajak sahabat - sahabat, untuk menyemak hubung kait bidang pekerjaan dengan Tujuan Hidup mereka. Kenang kembali siapa mereka di alam ini? Kenal diri, dan kenallah Ilahi.
Kita sebagai hamba Allah, menjaga tali kita dengan Dia yang disembah.Yang diabdikan diri kepada-Nya. Ia hablu     minaLlah.
Kita sebagai khalifah, menjaga tali kita dengan manusia ciptaan-Nya, kerana kita ditugaskan menjadi saluran kebaikan-Nya ke alam ini. Ia hablun minannaas.
Buat baik kepada sesama manusia, boleh dengan sedekah, boleh dengan memimpin tangan si buta di pinggir jalan. Namun sedekah hanya sekali sekala, orang buta bukan setiap hari kita jumpa. Jalan kebaikan yang paling utama, adalah pada menjadikan kerja sebagai ibadah. Memberi kebaikan kepada manusia, melalui pekerjaan yang dikurniakan Allah kepada kita. 
JIKA KERJA JADI IBADAH
Jika kerja jadi ibadah, Allah adalah 'CEO' kita. The unsung hero beroleh quwwah, untuk terus membuat kebaikan, biar sekecil mana pun di mata insan.
Jika kerja jadi ibadah, ia jalan Taqarrub kepada Allah. Tidak tergamak menghambur dosa, kerja dibuat sebaik yang upaya.
Jika kerja jadi ibadah, biar sempit jalan KEPERLUAN, asalkan luas perjalanan mencapai TUJUAN.
Ubah paradigma, betulkan nilai pada kerja.
Teruskan cita-cita kalian menjalani kerjaya masing-masing. Ia cara terbesar, kamu zahirkan syukur kepada-Nya.
Kita hamba-Nya, kita Khalifah-Nya.  

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...