KELAB BLOGGER BEN ASHAARI

Followers

Friday, October 14, 2011

Di Kampung halaman.....

assalamualaikum......

First time updates blog waktu mlm...hehe...biasalah dok kat kg...bedal adik punya broadband jap.Dia tak lyn internet mlm nie coz dia tgh syok tgh bola.Kelantan vs Terengganu.Agak2 menag mana lah mlm nie erk?Tadi kelantan ketinggalan tp alhamdulillah sempat jg kelantan mengejar Terengganu dgn kedudukan 2-2 skarang...InsyaAllah ader lah tu peluang Kelantan nak menang mlm ne....

Aduh,....syahdu btl tgk final episode drama Tahajud Cinta...Kesian btl tgk Solah dan Seri kna rejam walaupon diaorang tu tak bersalah.Fitnah semata2....Gram plk aku tgk si Suraya penggoda tu.Dialah punca Solah dan Seri kn rjam....Aku rasa nak g bg penampar jer kat suraya tu...huhu..tp tu just drama jer....klu real dah lama aku belasah suraya tu...hahaha
  
Apa lg aku nak tulis nie?Opps lupa aku wat majlis harijadi aku mlm nie...bkn buat besar-besaran tp just with my family jer...tak mampu nak buat majlis besar-besaran...huhu...nnt aku upload gambarnya...tp bukan skaranglah...tggu aku msk kerja balik....hehe..sekarang aku kat kampung tgh bercuti....2hr jer cuti...oklah tu bak kata kakak ct nurhaliza....haha

Oklah aku pn tak der idea dah nie...lain kali update lagi.....babai...muahhhhh

Thursday, October 13, 2011

Hari Penat Ku....:(

Assalamualaikum...


Wah dah lama btl aku rasa tak menulis kat blog nie.Bukan mlas or tiada idea tp aku tak der masa yg sesuai nak menulis.Masa sentiasa mencemburui aku.huhu.Hari ini dalam sejarah bla aku kna ot smpai kol 3.30 pg.tak pernah2 aku buat dalm hidup aku.Walaupon tdur hanya 3jam. tp berbaloi smuanya kerja aku...gaji pon alhamdulillah gaji pon lbh gak..ahaks.


Hari nie aku blh menulis jap coz boss aku g kedah.Dia nak g check kerja defect kat sana rasanya.huhu.Bguslah.g lelama skit...leh aku rilex puas2 walupon kerja msh menimbun kat atas meja aku...haha.Tp jgn lama sgt g bos nnt gaji dah siap kira sapa nak sign...huhu.


Nasiblah aku tak balik hari nie...klu tak haru kerani sorg lagi nak kna pos surat.Nationwide buat hal lah plk.Biasa hari khamis dia buka jer.Entah kna hangin belah mana satu hari nie dia tak buka langsung.Aduh...hangin satu badan dbuatnya.huhu.Tela bos aku ckp macm mana...dia srh aku g pos at bandar naik bas.Gilo ko haper...mcm lah aku thu HQ nationwide tu kat mana.Siap ckp kat aku leh g jalan2 kat mydin.huhu.Bnyak lah dia punya mydin...Balik kg lagi best dr g mydin tu...haha


Last2...aku tanya dia kat ABX express tak blh ker pos ?dia ckp bolhlah sama mcm nationwide gaks.HUhu.jauh nak kna rempits...nak tak nak kna rempits jgklah coz surat tu pnting nak kan sampai esok gaks kat HQ aku kat kajang.Akhirnya dengan rasa takut bawak motor jauh2 aku smpai jgk opis ABX express.Alhamdulillah.Moga2 esokm surat tu selamat sampai ke HQ aku.....:)


HUhu...yg paling tak bestnya...sampai ofis badan pnat gler....past tu perut lak berkeroncong..huhu..Nasiblah kerani srang lg tak mkn lgi.So,aku srh dia g beli mknan utk aku skali...haha.Habis nasi kerabu 1 bungkus n jus mangga 1 gelas mata mula laju...huhu.Seblm aku terlelap baik aku updates blog ...haha


oklah aku dah stanby nak balik nie.Aku stop cni dlu .Lain kali aku tulis panjang2 lagi...Babai...Esok aku balik kg.Tak thulah blh updates blog ker tak kat umah....Aku tak leh janji k....babai...muahhhhh

Wednesday, October 12, 2011

PETUA MENGASIHI ISTERI

1. Telefon isteri dari tempat kerja untuk bertanya khabar, memberitahu sesuatu yang menarik atau sekadar ingin menyatakan "I Love You".

2. Ucapkan kata-kata sayang sekurang-kurangnya dua kali sehari. 


3. Tolong kemaskan katil dan bilik tidur. 


4. Tolong terbalikkan stokin atau seumpamanya untuk memudahkan isteri mencuci. Tolong buang sampah tanpa disuruh. 


5. Bila keluar out station, telefon isteri untuk memberitahu nombor telefon tempat penginapan dan memberitahu yang kita sudah selamat sampai. 


6. Tunjukkan kepimpinan yang baik, suami adalah ketua rumahtangga dan pendidik. 


7. Berdiskusi dari semasa kesemasa, jangan ketepikan pendapat isteri. 


8. Sentiasa kemas, anggun dan wangi sebelum tidur bersama. 


9. Sokong pendapat isteri sekiranya beliau bertentangan dengan pendapat orang lain, tetapi hendaklah secara rational bukannya mengiyakan semuanya.... .. sekiranya pendapat isteri anda salah.... betulkan. 


10. Urut-mengurut isteri atau seumpamanya dari masa kesemasa. 


11. Peluk dan belai isteri sekali-sekala tanpa implikasi seksual. 


12. Sabar dan tenang bila mendengar cerita dan masalah isteri. 


13. Pamerkan kasih sayang bila dikhalayak ramai. Jangan abaikan isteri atau tinggalkan beliau jauh bila berjalan.. 


14. Bila berpegang tangan, jangan biarkan tangan longlai. 


15. Buatkan air minuman atau seumpamanya sekali-sekala. 


16. Bila makan diluar, jangan harapkan isteri sahaja yang memilih tempat untuk makan. 


17. Sabar bila isteri terlambat sedikit atau dengan tiba-tiba ingin menukar baju yang dipakai atau menukar rancangan. 

18. Beri perhatian yang lebih pada isteri dari orang lain dikhalayak ramai. 


19. Lebihkan isteri anda dari anak-anak. 


20. Belikan hadiah kecil dari semasa kesemasa seperti minyak wangi dan jam Kad-kad ucapan juga dapat mengeratkan lagi hubungan kasih sayang dengan isteri. 


21. Bila Hari Raya tiba nanti jangan hanya bagi 'angpau' kepada anak-anak sahaja . Tetapi bagilah juga kepada isteri anda. Tak kira lah berapa jumlahnya dan tak kisahlah samada dia bekerja atau surirumah tangga sahaja. Anda pasti seronok lihat isteri gembira. 


22. Perempuan inginkan perhatian dan kasih sayang, terutamanya dari orang yang disayangi. Oleh itu tunjukkan sifat keperihatinan dan kasih sayang yang tiada nilai kepada mereka. Bila mereka rasa terhibur dan bahagia mereka akan menjadi seorang pasangan yang amat setia dan cinta sepenuh hati. Sekiranya kasih sayang yang mutlak telah didambakan kepada orang yang disayanginya, segala pengorbanan akan dilakukan tanpa memberi sebarang nilai-itulah perempuan. 


23. Gunakan sepenuhnya teknologi yang ada dizaman sekarang. Seringlah menelefon atau menghantar e mail untuk bertanyakan khabar atau paling minima mengucapkan 'Hai' untuk menunjukkan bahawa dia sering di hati kamu. Bagi mereka walaupun satu ungkapan atau satu ayat, ia merupakan sesuatu yang sangat berharga dan begitu bahagia menerimanya. 


24. Berkongsilah masalah dengan mereka, cuba dengar pendapat mereka, sekurang-kurangnya mereka akan berasa yang mereka itu penting dalam diri kamu dan diperlukan. 


25. Jangan kamu ambil remeh temeh pada perkara yang amat penting bagi mereka. Mereka sangat kuat ingatan terhadap tarikh-tarikh penting, contohnya hari ulangtahun. Apa salahnya buat 'surprise' sekali sekala kepada orang yang kita sayangi. Mereka akan dapat rasakan yang kamu betul-betul menyayanginya.


26. Perempuan terkenal dengan sifat manjanya. Mereka sering ingin melakukan sesuatu bersama orang yang disayangi. Mereka akan meminta bantuan kamu walaupun mereka mampu melakukannya. Jangan menolak sekiranya kamu tiada halangan ketika itu. Inilah masanya untuk kamu menonjolkan ke'macho'an kamu! 


27. Pujuklah mereka dan tenangkan mereka sekiranya mereka dalam kesusahan. Ketika ini mereka benar-benar inginkan kamu disisi mereka. 


28. Jangan kedekut memberi pujian kepada mereka kerana mereka berhak mendapat pujian. 


29. Berbincanglah kamu selagi kamu boleh berbincang dan berbincanglah bersama-sama dalam menyelesaikan sesuatu masalah. Jangan kamu menggunakan kuasa veto kamu dalam membuat keputusan.


30. Cuba memahami keinginannya dan kemahuannya. Sesetengah perempuan tidak suka menyatakan secara terus terang tentang apa yang mereka inginkan, kadang-kadang mereka suka berkias dan memberi contoh 'cerita orang lain' kepada kamu. Jadi kamu kenalah peka dan gunakan kepakaran kamu untuk memenangi hati mereka. 


31. Jangan lupa, mereka juga ada ego yang terselit di celah-celah kelembutan mereka. Apabila mereka terancam atau tercabar.. lahirlah sifat amarah, cemburu dan cepat merajuk. Masalah akan timbul bagi mereka yang suka memendam terhadap sesuatu yang mereka tidak puas hati. Mereka akan 'meletup' pada suatu hari. TETAPI kamu jangan sama-sama meletup. Kamu juga jangan lupa dalam diri kamu wujud satu sifat kepimpinan untuk menyelesaikan masalah yang timbul dalam keadaan yang terkawal Cari sebab mengapa ia terjadi dan bawa berbincang. Ditahap ini kesabaran, toleransi dan komunikasi amat penting. Lakukan dalam keadaan ketika mereka sudah 'sejuk'. Mungkin kamu juga boleh 'cool'kan diri kamu dengan berfikir secara positif contohnya mengapa mereka cemburu... itu kerana mereka SAYANGkan kamu!

Tuesday, October 11, 2011

Mukjizat di sebalik BISMILLAH

BISMILLAH adalah sebutan/nama singkat dari lafaz "BISMILLAHIR ROHMAANIR ROHIIM" yang bermaksud: "Dengan nama ALLAH Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang."


KELEBIHAN-KELEBIHAN BISMILLAH

1) Yang pertama ditulis Qalam adalah BISMILLAH. Maka apabila kamu menulis sesuatu, maka tulislah BISMILLAH pada awalnya kerana BISMILLAH tertulis pada setiap wahyu yang Allah turunkan kepada Jibrail.

2) "BISMILLAH untukmu dan umatmu, suruhlah mereka apabila memohon sesuatu dengan BISMILLAH.  Aku tidak akan meninggalkannya sekejap mata pun sejak BISMILLAH diturunkan kepada Adam." (Hadith Qudsi)

3) Tatkala BISMILLAH diturunkan ke dunia, maka semua awan berlari ke arah barat, angin terdiam, air laut bergelora, mendengarkan seluruh binatang dan terlempar semua syaitan.

4) Demi Allah dan keagunganNya, tidaklah BISMILLAH itu dibacakan pada orang sakit mel ain kan menjadi ubat untuknya dan tidaklah BISMILLAH dibacakan di atas sesuatu mel ain kan Allah beri berkat ke atasnya.

5) Barangsiapa yang ingin hidup bahagia dan mati syahid, maka bacalah BISMILLAH setiap kali memulakan sesuatu perkara yang baik.

6) Jumlah huruf dalam BSMILLAH ada 19 huruf dan malaikat penjaga neraka ada 19.  Ibnu Mas'ud berkata: "Sesiapa yang ingin Allah selamatkan dari 19 malaikat neraka maka bacalah BISMILLAH 19 kali setiap hari."

7) Tiap huruf BISMILLAH ada JUNNAH (penjaga/khadam) hingga tiap huruf berkata, "Siapa yang membaca BISMILLAH maka kamilah kekuatannya dan kamilah kehebatannya. "

8) Barangsiapa yang memuliakan tulisan BISMILLAH nescaya Allah akan mengangkat namanya di syurga yang sangat tinggi dan diampunkan segala dosa kedua orang tuanya.

9) Barangsiapa yang membaca BISMILLAH maka akan bertasbihlah segala gunung kepadanya.

10) Barangsiapa yang membaca BISMILLAH sebanyak 21 kali ketika hendak tidur, maka akan terpelihara dari gangguan syaitan, kecurian dan kebakaran, maut mendadak dan bala.

11) Barangsiapa yang membaca BISMILLAH sebanyak 50 kali di hadapan orang yang zalim, hinalah dan masuk ketakutan dalam hati si zalim serta naiklah keber ani an dan kehebatan kepada si pembaca.

Monday, October 10, 2011

PeTuA BeRkAsIh SaYaNg....

PETUA MENGASIHI ISTERI 

1. Telefon isteri dari tempat kerja untuk bertanya khabar, memberitahu sesuatu yang menarik atau sekadar ingin menyatakan "I Love You".

2. Ucapkan kata-kata sayang sekurang-kurangnya dua kali sehari. 


3. Tolong kemaskan katil dan bilik tidur. 


4. Tolong terbalikkan stokin atau seumpamanya untuk memudahkan isteri mencuci. Tolong buang sampah tanpa disuruh. 


5. Bila keluar out station, telefon isteri untuk memberitahu nombor telefon tempat penginapan dan memberitahu yang kita sudah selamat sampai. 


6. Tunjukkan kepimpinan yang baik, suami adalah ketua rumahtangga dan pendidik. 


7. Berdiskusi dari semasa kesemasa, jangan ketepikan pendapat isteri. 


8. Sentiasa kemas, anggun dan wangi sebelum tidur bersama. 


9. Sokong pendapat isteri sekiranya beliau bertentangan dengan pendapat orang lain, tetapi hendaklah secara rational bukannya mengiyakan semuanya.... .. sekiranya pendapat isteri anda salah.... betulkan. 


10. Urut-mengurut isteri atau seumpamanya dari masa kesemasa. 


11. Peluk dan belai isteri sekali-sekala tanpa implikasi seksual. 


12. Sabar dan tenang bila mendengar cerita dan masalah isteri. 


13. Pamerkan kasih sayang bila dikhalayak ramai. Jangan abaikan isteri atau tinggalkan beliau jauh bila berjalan.. 


14. Bila berpegang tangan, jangan biarkan tangan longlai. 


15. Buatkan air minuman atau seumpamanya sekali-sekala. 


16. Bila makan diluar, jangan harapkan isteri sahaja yang memilih tempat untuk makan. 


17. Sabar bila isteri terlambat sedikit atau dengan tiba-tiba ingin menukar baju yang dipakai atau menukar rancangan. 

18. Beri perhatian yang lebih pada isteri dari orang lain dikhalayak ramai. 


19. Lebihkan isteri anda dari anak-anak. 


20. Belikan hadiah kecil dari semasa kesemasa seperti minyak wangi dan jam Kad-kad ucapan juga dapat mengeratkan lagi hubungan kasih sayang dengan isteri. 


21. Bila Hari Raya tiba nanti jangan hanya bagi 'angpau' kepada anak-anak sahaja . Tetapi bagilah juga kepada isteri anda. Tak kira lah berapa jumlahnya dan tak kisahlah samada dia bekerja atau surirumah tangga sahaja. Anda pasti seronok lihat isteri gembira. 


22. Perempuan inginkan perhatian dan kasih sayang, terutamanya dari orang yang disayangi. Oleh itu tunjukkan sifat keperihatinan dan kasih sayang yang tiada nilai kepada mereka. Bila mereka rasa terhibur dan bahagia mereka akan menjadi seorang pasangan yang amat setia dan cinta sepenuh hati. Sekiranya kasih sayang yang mutlak telah didambakan kepada orang yang disayanginya, segala pengorbanan akan dilakukan tanpa memberi sebarang nilai-itulah perempuan. 


23. Gunakan sepenuhnya teknologi yang ada dizaman sekarang. Seringlah menelefon atau menghantar e mail untuk bertanyakan khabar atau paling minima mengucapkan 'Hai' untuk menunjukkan bahawa dia sering di hati kamu. Bagi mereka walaupun satu ungkapan atau satu ayat, ia merupakan sesuatu yang sangat berharga dan begitu bahagia menerimanya. 


24. Berkongsilah masalah dengan mereka, cuba dengar pendapat mereka, sekurang-kurangnya mereka akan berasa yang mereka itu penting dalam diri kamu dan diperlukan. 


25. Jangan kamu ambil remeh temeh pada perkara yang amat penting bagi mereka. Mereka sangat kuat ingatan terhadap tarikh-tarikh penting, contohnya hari ulangtahun. Apa salahnya buat 'surprise' sekali sekala kepada orang yang kita sayangi. Mereka akan dapat rasakan yang kamu betul-betul menyayanginya.


26. Perempuan terkenal dengan sifat manjanya. Mereka sering ingin melakukan sesuatu bersama orang yang disayangi. Mereka akan meminta bantuan kamu walaupun mereka mampu melakukannya. Jangan menolak sekiranya kamu tiada halangan ketika itu. Inilah masanya untuk kamu menonjolkan ke'macho'an kamu! 


27. Pujuklah mereka dan tenangkan mereka sekiranya mereka dalam kesusahan. Ketika ini mereka benar-benar inginkan kamu disisi mereka. 


28. Jangan kedekut memberi pujian kepada mereka kerana mereka berhak mendapat pujian. 


29. Berbincanglah kamu selagi kamu boleh berbincang dan berbincanglah bersama-sama dalam menyelesaikan sesuatu masalah. Jangan kamu menggunakan kuasa veto kamu dalam membuat keputusan.


30. Cuba memahami keinginannya dan kemahuannya. Sesetengah perempuan tidak suka menyatakan secara terus terang tentang apa yang mereka inginkan, kadang-kadang mereka suka berkias dan memberi contoh 'cerita orang lain' kepada kamu. Jadi kamu kenalah peka dan gunakan kepakaran kamu untuk memenangi hati mereka. 


31. Jangan lupa, mereka juga ada ego yang terselit di celah-celah kelembutan mereka. Apabila mereka terancam atau tercabar.. lahirlah sifat amarah, cemburu dan cepat merajuk. Masalah akan timbul bagi mereka yang suka memendam terhadap sesuatu yang mereka tidak puas hati. Mereka akan 'meletup' pada suatu hari. TETAPI kamu jangan sama-sama meletup. Kamu juga jangan lupa dalam diri kamu wujud satu sifat kepimpinan untuk menyelesaikan masalah yang timbul dalam keadaan yang terkawal Cari sebab mengapa ia terjadi dan bawa berbincang. Ditahap ini kesabaran, toleransi dan komunikasi amat penting. Lakukan dalam keadaan ketika mereka sudah 'sejuk'. Mungkin kamu juga boleh 'cool'kan diri kamu dengan berfikir secara positif contohnya mengapa mereka cemburu... itu kerana mereka SAYANGkan kamu!

Sunday, October 9, 2011

PeTuA BeRkAsIh SaYaNg....

DOA UNTUK KEKASIH

Ya Allah.... Seandainya telah engkau catatkan... Dia milikku tercipta buatku... Satukanlah hatinya dengan hatiku.... Titipkanlah kebahagian antara kami.... agar kemesraan itu abadi... Dan ya Allah..... ya tuhanku yang maha mengasihi... Seiringkanlah kami melayari hidup ini..... Ketepian yang sejahtera dan abadi...

Tetapi ya Allah... Seandainya telah engkau takdirkan... . dia bukan miliku... Bawalah ia jauh dari pandanganku. ... Luputkanlah ia dari ingatanku... Dan peliharalah aku dari kekecewaan.. ..

Serta ya Allah ya tuhanku yang maha mengerti.... Berikanlah aku kekuatan... Melontar bayangannya jauh ke dada langit... Hilang bersama senja nan merah.. agarku bisa bahagia... Walaupun tanpa bersama dengannya...

Dan ya Allah yang tercinta... Gantillah yang telah hilang..... Tumbuhkanlah kembali yang telah patah.... Walaupun tidak sama dengan dirinya...

Ya Allah ya tuhanku... Pasrahkanlah aku dengan takdirmu... Sesungguhnya apa yang telah engkau takdirkan... Adalah yang terbaik buat ku..... kerana engkau maha mengetahui.. . Segala yang terbaik buat hamba Mu ini...

Ya Allah... Cukuplah engkau sahaja yang menjadi pemeliharaku. ... Di dunia dan di akhirat... Dengarlah rintihan dari hamba Mu yang daif ini... Jangan engkau biarkan aku sendirian... . Di dunia ini mahupun di akhirat... Menjuruskan aku kearah kemaksiatan dan kemungkaran. .. Maka kurniakanlah aku seorang pasangan yang beriman... Supaya aku dan dia sama2 dapat membina Kesejahteraan hidup... Ke jalan yang Engkau redhai... dan kurniakanlah padaku keturunan yang soleh.....

Amin.. Ya Rabbal A'lamin. .

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...