KELAB BLOGGER BEN ASHAARI

Followers

Saturday, October 8, 2011

PeTuA BeRkAsIh SaYaNg....

PERKARA-PERKARA YANG TAK DISUKAI ISTERI... 


1) Bangun tidur kena kejut 2-3 kali - kalau lambat kita yang kena marah....

2) Suka letak barang merata-rata

3) Tak pandai basuh pinggan ( pandai makan aje)

4) Sebelum kawin pandai iron baju lepas kawin semua dah tak pandai (malas) - Kena bertolak ansur sebab isteri kadang2 penat menjaga anak dan rumah.

5) Tak pernah menghargai kasih sayang isteri. Jgn sebelum kawin aje romantik lepas kawin semua lupa. Kadang2 isteri memerlukan kasih sayang dan belaian dari seorang suami. Walaupun hanya sebuah kucupan di dahi cukup membuat hati siisteri bahagia.

6) Kepada kaum suami tolonglah mengingat hari2 yang bermakna buat kamu berdua. Seperti tarikh perkhawinan, hari lahir anak atau isteri. Walaupun hanya seungkap kata. Gembira rasanya siisteri apabila sisuami mengingati hari2 mereka, bukannye nak meminta hadiah , tetapi sekadar ungkapan tak luakkan....

7) Jgn kedekut..... . ......... ..

8 ) Kalau nak isteri cantik, bagi dorongan, kuatkan semangat hulurkan bantuan kewangan untuk mendapat hasil yang si suami inginkan....

9) Jgn berat tulang, rajinlah tolong isteri dirumah, memasak dan mengemas..

10) Suka melepas merata-rata tempat (melepaskan gas)

11) Tak suka bila sisuami mula meninggikan suara (menengking)

12) Benci bila mula menaikkan tangan dan kaki ( Perkara nie walaupun jarang dibuat tetapi sekali terlepas akan meninggalkan kesan yang mendalam kepada siisteri oleh itu jgn sesekali buat macam nie kat isteri)


Rasanye banyak lagi yang benda siisteri tak suka suami buat.. tapi setakat nie aje yang teringat.. Oleh itu sayangi isteri anda semua... itu adalah amanat dan tanggungjawab yang telah diberikan. Sekali akad dilafazkan, sekali tanggungjawab digalas. Isteri kurnian Ilahi jaga betol2 dan sayangi dia... Adios

Friday, October 7, 2011

JaLaN2 DiGaNuNg KiTeR...:)

 Adik aku nie dlm gelap pon dia nak bergambar.Konon2 nak srh nampak ulisan yg kat atas bukit tu.Apa ntah dia tulis aku pn lupa lah.Apa2 hal pn layan lah.Muka dia yg gelap bukanya muka aku...haha
 Katanya beli pizza hut...tp hampa...bergambar jer yg lebih...aku jgk yg kna bayarkan.huhu...Asal ader tempat nak bergambar, bergambarlah  adik n anak buah aku nie..haha
 Ni pn sama kat playground pn dia blh lagi nak possing...nak main lama2 tak blh coz bdak ramai sangat kat playground tu...possing jer lah sblm trn tingkat bawah...:)
 Sempat lagi anak buah aku nie  cr tempat nak makan dia punya jagung manis tu.Nasiblah ader tempat org buat show aper ntah dia prgi duduk kat ctu sementara tunggu kitaorang siap buat keychain....Mamat kat sebelah tu bkn main lagi suka tgk anak buah aku cakp.Anak buah aku nie banyak ckp skit ognya...huhu
 K.long aku bkn main lagi possingnya...tgk anak buah aku terpejam mata rupanya.Asyik sgt kot memilih keychain.
 Yang nie baru lah ok.Muka fotostartkan dua org nie....nie bru btl2 anak mama...haha
 Hentam jerlah labu...kat mana2 tempat pon diorng nie blh bergambar....almaklumlah ader jurukamera yg tak berbayar...huhu
 aduh...gambar diorang lagi...bla lah gamaknya aku nak msuk gambar...pantng jumpa tempat yg nampak menarik skit mulalah nak ambik gambar...hihik
 Hah..ader pon muka aku lawa nie akhirnya...haha...mcm2 fesyen berpossing ader...model tak msuk kursus modelling...haha
 Ermm...ayu sungguh aku bergambar masa nie..ala2 perempuan melayu terakhir gtu..haha.Ala gam,bar nie kabur skit coz anak buah aku yg mabij kan.Budak kat blakng tu kacau daunlah msuk gambar aku yg ayu nie...haha
 haha...yg nie blh plk geng2 dia g possing kat batik org.Nasiblah tuan kdai tu tak der.klu tak dah lama kna halau bdak  3 org nie.haha.Tak dapt beli kain...dapt possing pn cukup ler...tka gtu ida?haha
Aduh dalam gelap pon bantar nak bergambar jgk ker.Biarlah gambr tu samar2 tp yg pnting possing dpn Giant..haha.Inilah gelagat  my k.long family bla dorang bercuti.Sebenar diaorng satang umah aku minggu lps...saja nak jln2.Ermm..kebetulan masa diorng datang aku plk tgh pokai so tak blh lah nak blanja apa2 utk diaorg kecuali makanan jer lah...huhu.

Oklah aku stop cni dlu lah..aku nak buat kerja skit..ader masa trluang aku tulis lagi yer...babai..muahhh

Thursday, October 6, 2011

PeTuA BeRkAsIh SaYaNg....

10 SITUASI LELAKI YG HARUS WANITA FAHAMI Lelaki...

1. Bila si dia sibuk....... .
Jangan pula kamu terhegeh-hegeh meminta si dia menjemput kamu di tempat kerja ataupun menemani kamu pergi membeli-belah. 

2. Bila si dia ego.......
Jangan sesekali kamu mempersoalkan tentang keegoan bila sikap sebegini sedang menguasai dirinya. Lelaki amat payah utk mengakui dirinya ego sebaliknya berpendapat ianya ketegasan. 

3. Bila si dia romantik.... ....
Ajaklah si dia bersiar-siar di tepi pantai ataupun makan malam di bawah cahaya lilin sambil mengenangi saat-saat manis pertemuan pertama dan jgn lupa selit sekali perancangan utk masa depan bersama. 

4. Bila si dia panas baran....... . .
Jgn membuat sesuatu yg boleh menyemarakkan lagi perasaan marahnya. Cuba kamu berdiam diri dulu sampai kemarahan reda.

5. Bila si dia penat.......
Jgn mengadu perkara ataupun bercerita ttg hal yg remeh. Dalam saat sebegini si dia hanya perlu rehat yg secukupnya dan jgn memaksa dia membuat sesuatu yg boleh menambah kepenatan. 

6. Bila si dia pentingkan diri sendiri..... .... 
Cuba berterus-terang dan meluahkan rasa tidak puas hati kamu tentang sikapnya itu. Kamu patut bersikap terbuka dan memintanya supaya mengimbangi pendapat kamu juga. Jgn lupa utk bertoleransi antara satu sama lain.

7. Bila si dia mengongkong. ....
Kalau kamu memberontak, pasti akan dimarahinya. Tapi kalau menurut saja katanya takut menjejaskan diri sendiri. Utk itu, kamu perlu berkata padanya utk membiarkan kamu membuat keputusan sendiri asalkan tidak menjejas hubungan kamu berdua.

8. Bila si dia selamba..... ...
Cuba tarik perhatian si dia. Contohnya membuat sesuatu yg boleh menarik minatnya. Orang yg selamba ini selalunya ingin kita yg memulakan dahulu. Oleh sebab itu, kamu patut merancang sesuatu bagaimana utk menarik perhatiannya.

9. Bila si dia curang......
Jgn tuduh tanpa usul periksa. Jika benar si dia curang, bersemuka dan tanya dengan si dia mengapa bersikap begitu. Tapi kalau si dia tetap dengan keputusannya, eloklah kamu sendiri yg berundur dulu sebelum makin parah kelukaan hati. 

10. Bila si dia lurus bendul......
Memang kamu boleh mengambil kesempatan ke atas dirinya tetapi jgn sampai memperlekehkan setiap tindak tanduknya. Kamu patut menjadi perangsang padanya dan mengatakan yg si dia mampu membuat keputusan sendiri tanpa mengharapkan org lain sangat.


Wednesday, October 5, 2011

Hepi BestDaY To mE...:)




Assalamualaikum....selamat pagi smua...:)

Hari ni adalah hari yg paling bahagia dalam hidup aku....Nak thu knapa?Hari nie adalah bestday aku yg ke 31....(apa ada pada angka...haaha)ermm dah ramai yag wish hepi bestday kat aku...especially kat facebook.Terima kasdih kepada semua yg wish tu...semoga anda semua d rahmati Allah selalu.aamiin.Best kan klu ader yg tersayang...blh celebrate bersama.Tp nak buat mcm mana jodoh tak panjang aku terpaksa solo kembali.Menyambut bestday sendirian kat cni.Whatever pon terima kasih Ya Allah kerana memanjangkan lagi usia aku hingga ke saat ini.Hingga ke saat ini aku msh chat dan sentiasa dibawh lindungan mu Ya Allah.
     Nak thu mana aku dpt kad bestday kat atas tu?hehe...aku curi dr cik google.Tak org nak bg aku kad bestday...aku ambiklh cik google punya.Harap cik google tak marah yer...haha...Syang cik google.
Kepada yg sudi nak wish bestday aku jgn lupa wish kat twitter n fb yer(siap pesan tu)haha

Oklah aku chow dulu.Ada citer2 best aku share lagi kat cni yer...Babai....muaahhhh

Tuesday, October 4, 2011


Maksudnya: 
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

Segala puji bagi Allah Tuhan pentadbir seluruh alam. Selawat dan sejahtera semoga dilimpahkan ke atas junjungan besar Nabi Muhammad yang semulia-mulia pesuruh-Nya, serta ke atas keluarga dan sekalian sahabat-sahabatnya.

Ya Allah, wahai Tuhan kami, hidupkan kami dengan iman, matikan kami dalam iman, serta masukkan kami ke dalam syurga bersama-sama iman.

Ya Allah, ya Tuhan kami, ampunilah segala dosa kesalahan kami dan dosa-dosa kesalahan kedua ibu bapa kami, serta kesihanilah kedua ibu bapa kami sebagaimana mereka berdua mengasihani kami semasa masih kecil.

Ya Allah, akhirilah umur kami dengan kesudahan yang baik dan janganlah kiranya Engkau akhirkan umur kami dengan kesudahan yang tidak baik.

Ya Allah, ya Tuhan kami, janganlah kiranya Engkau pesongkan iman kami sesudah Engkau kurniakan kepada kami petunjuk. Anugerahilah kami rahmat kerana sesungguhnya Engkau Maha Pengurnia.

Wahai Tuhan kami, kurniakanlah kepada kami kebaikan di dunia ini dan juga di akhirat, dan peliharalah kami daripada azab neraka.

Semoga Allah mencucuri rahmat dan sejahtera ke atas junjungan kami Nabi Muhammad dan ke atas seluruh keluarga dan sahabat-sahabat baginda. Dan segala puji itu tertentu bagi Allah, Tuhan pentadbir seluruh alam.
 

Monday, October 3, 2011

PERIHAL PENYUSUAN DAN ANAK SUSUAN (Bilangan 125 Bahagian Kedua)


Bismillah, Walhamdulillah Wassalatu Wassalamu
`Ala Rasulillah, Wa'ala Aalihie Wasahbihie Waman Walaah

Rukun Radha‘ah (Penyusuan) Dan Syaratnya
Rukun radha‘ah dan syaratnya yang menyebabkan seorang anak damit itu disabitkan sebagai anak susuan dan menjadi mahram kepada perempuan yang menyusukannya ada tiga perkara iaitu:

1. Al-Murdhi‘ iaitu perempuan yang menyusukan. Disyaratkan orang yang menyusukan itu perempuan yang hidup dan telah mencapai usia sembilan tahun qamariah.
2. Ar-Radhi‘ iaitu anak yang disusukan. Disyaratkan anak damit itu hidup dan umurnya tidak melebihi dua tahun qamariah(haulain) sekalipun lebihnya itu pada kadar sehari.
3. Al-Laban iaitu air susu perempuan. Disyaratkan air susu itu sampai masuk ke perut anak damit berkenaan sehingga ia boleh menyebabkan pertumbuhan badan anak tersebut. Sebagaimana sabda Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam:
Maksudnya: "Tidak menjadi mahram daripada susuan melainkan apa yang menumbuhkan daging dan menguatkan tulang."
(Hadis riwayat Ahmad)

Disyaratkan juga had penyusuan itu tidak kurang daripada lima kali dalam waktu yang berasingan dengan kadar penyusuan mengikut kebiasaan. Sebagaimana disebutkan dalam sebuah atsar shahabidaripada ‘Aisyah Radhiallahu ‘anha katanya:
Maksudnya: "Menurut apa yang diturunkan daripada Al-Qur’an sebelumnya bahawa sepuluh kali susuan yang telah dipastikan itu akan mengharamkan mereka (menjadikan mereka sebagai mahram). Kemudian (ketetapan itu) dimansukhkan dengan hanya lima kali susuan yang telah dipastikan. Maka wafat Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam sedangkan (sebahagian mereka) terus membacanya (ayat lima kali susuan) daripada ayat Al-Qur’an (sehinggalah mereka berpakat untuk menasakhkan pembacaannya)."
(Hadis riwayat Muslim)

Adapun yang dimaksudkan dengan pemansuhan ayat "sepuluh kali susuan" itu adalah pada pembacaan dan hukumnya, namun pemansuhan bagi ayat "lima kali susuan" itu adalah pada pembacaan sahaja bukan hukumnya. (Syarah Shahih Muslim: 10/26)
Disyaratkan pada kadar penyusuan yang dikira sebagai sekali penyusuan itu adalah mengikut kebiasaan. Maksud daripada penyusuan mengikut kebiasaan itu ialah apabila seorang perempuan menyusukan anak damit dengan susu dadanya, nescaya anak damit itu akan menghisapnya dan apabila dipisahkan daripadanya nescaya dia akan melepaskannya (kenyang). Proses sedemikian sudah dikira sebagai sekali susuan.
Jika proses penyusuan itu diselangi dengan sesuatu keadaan yang tidak lama, seperti terputus penyusuan ini disebabkan anak tersebut bernafas, keletihan, termengah-mengah atau terputus disebabkan kesedakan kerana air susu terlalu banyak di mulutnya, kemudian anak tersebut kembali menghisap susu dada perempuan itu, maka penyusuan yang demikian ini masih dikira sebagai sekali susuan. Demikian juga halnya apabila dipindahkan anak itu daripada susu dada sebelah kanan kepada susu dada sebelah kiri.
Jika terputus anak damit itu daripada penyusuan dengan tanpa sebarang sebab kemudian kembali untuk menyusu, maka dalam keadaan ini tertakluk kepada jangka masa terputusnya itu, jika hanya seketika nescaya ianya dikira sekali susuan, namun jika jangka masa yang lama nescaya dikira dua kali susuan. (Majmuk: 20/92-93)
Hukum Anak Susuan
Apabila sabit seorang anak kecil menyusu kepada seorang perempuan yang bukan ibunya atau bukan mahramnya dengan rukun dan syarat di atas, maka anak susuan tersebut akan dikaitkan dengan sebahagian hukum hakam anak kandung (nasab), seperti dalam hal haram berkahwin, sebagaimana sabda Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam:
Maksudnya: "Haram dengan sebab susuan seperti apa yang haram dengan sebab nasab keturunan."
(Hadis riwayat Bukhari)
Begitu juga persamaan pada hukum dalam perkara wudhu apabila bersentuhan, ‘aurat dan khalwat.
Walau bagaimanapun masih terdapat beberapa hukum hakam yang berbeza antara anak susuan dengan anak kandung, seperti perwarisan, nafkah, pengguguran hukum qishah, tidak dipotong tangan apabila mencuri harta dan penjagaan (wilayah) ke atas harta atau diri sendiri, yang mana kesemua ini tidak sabit ke atas anak susuan. (Asna Al-Mathalib: 3/415)


Sunday, October 2, 2011

My Brother In Law Bestday.....

 Haha...adik aku nie ambik gambar....mmg tak blh nak blah...dah lah abg ipar aku gelap...dia tak pandai nak setting camera phone aku baru terang skit..Kesian abg ipar aku nie....sudahlah gelap...smabut bestday waktu mlm plk tu...haha.Apa2 pon...hepi bestday semoga panjang umur n dmurahkan rezeki...aamiin...
 Nie lah kek harijadi dia...Blh lah tahan sdapnya...yg tak sedapnya ising dia bnyak, manis plk tu...huhu sgt2 lah memuakkan...aku mkn skit jer...just try...hihik.Ambik hati katakan....yg paling laris skali dpasaran satey tu lah..aku dpt ngn brapa ntah..huhu...tak per bestday aku nie aku nak beli satey lah...ahaks
 Zoom jarak dkt kek bestday nie...yummy nampak cam sdapkan....kita lyn jer lah kek nie..yg pasti anak2 buah aku mmg suka ngn kek yg banyak ising mcm nie...haha
 Apa kes adik aku mabik gambar nie kabur jer.Mmg tak blh blah ambik gambar mcm ni...haha..Korang lyn jerlah gambar kabur abg ipar aku tgh potong kek nie...haha
Mak aii malu2 lah plk abg ipar aku nie nak potong kek...mcm bru umur 5thn lah plk..haha.Aku rasa bestday dia 21 september tp sambut lwt coz nak buat skali ngn my open house kat umah aku...Apa2 pn thanks a lot to all yg terlibat dalam majlis open house n majlis hrjadi abg ipar aku nie...semoga dlain masa blh lagi wat majlis mcm nie lagi...aamin

Oklah aku stop cni dulu....nak wat kerja dah...babai...c u again...muahahhh

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...