KELAB BLOGGER BEN ASHAARI

Followers

Thursday, September 22, 2011

EYE FLIRTATION LANGUAGE.....

Wednesday, September 21, 2011

Apakah Fungsi Blogspot anda...??


Tahu Dan Kenal Objektif Blogspot Anda


1- Kalau ditanya tentu sekali sebab nak buat duit. Memang betul buat blogspot untuk buat duit, tapi kena tahu apa peranan blogspot ini dalam proses buat duit tu.

2- Itu gunanya sistem dan sales funnel yang kita cerita sebelum ini. 

3- Kalau nak guna blogspot untuk buat duit dengan cara pengiklanan, lambakkan sahaja iklan di seluruh blog anda macam blog dibawah. Tapi fikirkan juga perasaan pembaca di blog anda. Jangan biar mereka terasa sesak untuk membaca artikel anda.

4- Macam Nora, dia ingin gunakan blogspot sebagai kedai online untuk menjual baju maxi dress dari pembekal. Jadi adalah bijak dengan meletakkan order form dibahagian atas secara terang kerana ini adalah objektif utama blogspot Nora; collect order dan buat sale. Saya dah pun siapkan satu blogspot untuk Nora di http://wardrobeclearancesales.blogspot.com seperti gambar di bawah.

5- Ada juga yang gunakan blogspot untuk promosi spa atau homestay. Boleh letakkan objektif blogspot anda sebagai medium untuk pelanggan anda melakukan appointment dan juga tempahan. Setelah tempahan dibuat, anda boleh sahaja follow up menggunakan email, sms atau telefon.

6- Ada juga yang gunakan blogspot untuk promot MLM dan insuran. Boleh letakkan objektif blogspot untuk generate lead macam banyak-banyak website MLM yang ada sekarang ni. 

7- Dari sudut perniagaan, website dan blog adalah antara medium untuk membawa masuk pelanggan baru kedalam sales funnel anda. Maka adalah penting untuk anda mengumpul maklumat pelawat website anda supaya kelak senang anda follow-up.

Biar Blogspot Anda Nampak Pro


1- Antara kelebihan utama menggunakan blogspot adalah loading time-nya. Blogger diundi sebagai platform terpantas berbanding wordpress. Tapi sayangnya, ada yang suka letak widget bukan-bukan seperti lagu, slideshow dan sebagainya. Widget-widget ini buat semak saja dan menyebabkan loading time bertambah lama dan lambat. Adakalanya buat browser crash terus. Ini antara faktor utama pelawat lari dari blogspot anda.

2- Hanya gunakan widget yang menyumbang kepada objektif blogspot dan perniagaan anda sahaja. 

3- Gunakan template yang sesuai dengan objektif anda. Contohnya sekiranya anda ingin buat kedai blog seperti yang telah saya buatkan untuk Nora, cuba pilih template yang mengutamakan elemen gambar. 

4- Ini penting untuk menunjukkan kepada pelawat-pelawat blogspot anda kelak akan gambar produk anda. Antara website yang anda boleh dapatkan template sepeti ini ialah:-

5- Biar blogspot anda juga mesra SEO. Ini penting supaya blogspot anda mudah di-index oleh Google dan kemudian mudah juga dijumpai oleh orang yang yang search di Google. Boleh rujuk artikel dibawah:-

6- Memandangkan Facebook merupakan website popular di Malaysia sekarang ini, rasanya penting juga kalau blogspot anda dilengkapi dengan widget-widget Facebook. Seperti kotak Like, Send dan Recommendation.

7- Ini penting sekiranya anda mempromosi blogspot melalui Facebook, pengguna facebook boleh terus menggunakan widget yang ada untuk berkongsi blogspot anda dengan kawan-kawan mereka pula.

Tapi, blogspot anda tidak lengkap sekiranya anda tidak membina mailing list dari peringkat awal. Dalam artikel seterusnya saya akan cerita tentang pembinaan mailing list, shopping cart system, order forms dan tracking serta analisis blogspot anda.

Tuesday, September 20, 2011

Pagi Yang Nyaman....

Assa;amualaikum.....

     Sebenarnya aku ak thu apa nak updates kat blog aku hari nie.So, aku tulislah apa yg ptt utk meng'hupdate jgk blog aku nie.hehe.Malam td bkn main lagi tdo awal.Igt nak cover tdolah coz tiap2 mlm tdr lwt layn tv punya psl.Mlm td tak der citer best so kol 10 dah msuk tdo.Ermm...kol brapa entah aku sdar balik ko aku ter dengan guruh dlangit n kilat sabung -menyabung.Aku fobia skit ngn kilat nie.Pantang ada cahaya kilat skit mesti aku tersedar walaupon aku tgh tdo nyenyak masa tu.Ya Allah...ampunilah dosa hambamu ini...
      Entah kol brapa aku terlelap balik pon aku tak thu lah...masa alarm clock aku bunyi aku sdar entah bla masa aku tdo balik pon aku tak thulah.Aku tersedar balik kol 6.20.Ini bermakna aku terlelap balik dalm 20 minit.Nasiblah tak terbabas solat subuh pagi nie.Alhamdulillah.....Bekpes lom lagi nie....oklah aku stop cnie dulu la.Lain kali aku tlis panjang2 lagi...babai

Muahhhh

Monday, September 19, 2011

Sakit GIgi...

Assalamualaikum.....selamat pagi...

  Dah lama aku rasa tak menurun idea aku kat blog aku nie.Nak buat mcm mana aku rajin copy n paste dr email aku jer...Hari nie dah msuk hari ketiga aku skit sakit gg.Tp alhamdullilah sdah rasa hilang skit skit dan bengkaknya coz smalam dah g klinik gg.Doktor ckp nak cabut mmg tak blh lagi...gusi tgh bengkak.Klu sakit dah hilang n bengkak dah tak der blhlah nak cbut or wat something yg blh mengurangkan rasa skit bla mkn dmasa hadapan.
     So, masa g klinik gg 2 doktor bg 3 jenis ubat kat aku.1 ubat tahan , 1 ubat antibiotik n satu lagi antibiotik utk surutkan bengkak gusi aku.Mak aii...bukan besar lgi ubat dia...Walaupon sbiji skali telan besar bnya bkn main lagi.Nak tak nak terpaks gak telannya.Klu tak tanggung jer sakit nya...huhu.Ade yg sejenis tu adusss...pahitnya mengalahkan hempedu...ku telan jua dmi utk kesihatan gg aku..ahahaha...giloss punya ayat.
      Oklah aku stop cni dulu , aku nak mkn nasi n pastu nak telan ubat laks.Oklah lain kali aku tulis lagi...babai...adios....muahhh...:)

Sunday, September 18, 2011

Bagaimana Mengatasi Senggugut......


Senggugut adalah antara masalah yang biasa dihadapi kaum wanita semasa didatangi darah haid. Ada di antara rakan saya yang perlu mengambil cuti sakit kerana mereka mengalami sakit yang teramat sehingga tidak mampu berjalan. Terasa kesakitannya apabila melihat mereka berguling-guling di katil dan menangis kesakitan. Saya tidak ada pengalaman senggugut yang teruk dan sekali sekala sahaja mengalaminya.

Apakah punca senggugut?
Semasa kelas biologi dahulu, cikgu saya menerangkan senggugut disebabkan pergerakan otot uterus yang mengecut dan mengembang dengan kuat semasa darah kotor turun daripada dinding uterus membawa kepada kontraksi. Pergerakan ini yang menyebabkan kita berasa ngilu apabila darah kotor keluar. Ini antara perkara yang saya masih ingat sampai sekarang walaupun kelas itu 12 tahun dahulu.

Jenis senggugut
Senggugut atau istilah perubatannya ialah dismenorea boleh dikategorikan kepada dua iaitu dismenorea primer dan dismenorea sekunder.

Jika anda mengalami senggugut sejak daripada awal kehadiran darah haid, anda tergolong dalam dismenorea primer. Dismenorea jenis ini tidak disebabkan oleh penyakit lain seperti ketumbuhan abnormal ataupun jangkitan. Doktor kamu mungkin tidak akan menjumpai apa-apa yang luar biasa pada tubuh kamu semasa pemeriksaan. Antara penyebabnya adalah ketidakseimbangan bahan kimia di dalam badan dan faktor genetik.

Dismenorea sekunder pula adalah golongan yang mengalami senggugut selepas 2 -3 tahun daripada kehadiran darah haid pertama. Golongan ini perlu berhati-hati dan mendapatkan rujukan doktor bagi rawatan lanjut. Sesetengahnya dapat diubati dengan mengambil pil penahan sakit. Kenapa berbahaya? Dismenorea jenis ini boleh disebabkan oleh faktor berikut :
  • Ketumbuhan polips atau sista pada ovari atau uterus
  • Jangkitan
  • Radang Rongga Pelvis
  • Endometriosis
  • Penyakit usus seperti apendisitis
  • Kehamilan ektopia atau kehamilan di dalam tiub fallopio
Bolehkah senggugut dicegah?
Senggugut boleh dicegah dengan pengambilan pil tahan sakit.Ala yang macam jenama pa**d*l tu tapi saya tidak pasti dengan kesan jangka panjangnya jika setiap kali sakit, anda telan sebiji.

Cara lain dengan mengubah cara hidup kepada gaya hidup sihat terutama daripada segi pemakanan.
  • Perbaiki diet : Jangan cuba untuk hilangkan berat badan secara drastik. Makan makanan yang mengandungi banyak protein dan tinggi kandungan seratnya. Makan banyak sayur-sayuran, kekacang, ikan salmon, ikan sardin dan parsli.
  • Kurangkan garam.
  • Variasikan pilihan minuman : Banyakkan minum jus buah-buahan. Ia lebih enak dan sihat berbanding aiskrim atau minuman berkarbonat. Elakkan teh, kopi dan minuman beralkohol beberapa hari sebelum period kamu.
  • Ambil Vitamin Tambahan. Ambil Vitamin B dan E. Kamu juga boleh menambah magnesium dan kalsium dalam diet kamu.Beritahu doktor kamu sebelum mengambil sebarang vitamin. Sesetengah vitamin boleh bertindak balas dengan ubat-ubatan kamu yang lain dan mengakibatkan kesan sampingan jika diambil berlebihan.
  • Bagaimana dengan lemak yang berkualiti? Ya! Banyakkan makan salmon dan tuna. Ia mengandungi lemak asid omega 3 yang tinggi dan boleh mengurangkan kesakitan dismenorea.
  • Kekal aktif. Kamu boleh meneruskan aktiviti harian dan kekal cergas semasa kamu didatangi period. Joging dan berjalan bersiar-siar juga membantu. Kamu boleh meluangkan masa sekurang-kurangnya sejam untuk bersenam. Bersenam telah terbukti dapat mengurangkan kesakitan dismenorea.
  • Berhenti merokok
  • Tenangkan fikiran. Belajar untuk meditasi. Kamu juga boleh mendengar lagu atau meluangkan masa bersama keluarga dan rakan-rakan dengan menonton filem kelakar. Bergelak ketawa juga dapat menenangkan urat saraf.
  • Tuam perut. Dapatkan tuala dan rendam di dalam air suam. Perah tuala dan letakkan tuala di atas bahagian yang sakit. Lakukan sehingga kesakitan reda.
  • Tarik nafas dalam-dalam. Baring dan tenangkan diri kamu. Jika kamu pening, padam lampu di dalam bilik dan jauhi bunyi bising.Kesakitan akan berkurang selepas kamu mengambil pil penahan sakit.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...