Selamat datang ke Cik Nor Blog's

Selamat datang ke Cik Nor Blog's

Selamat datang ke Cik Nor Blog's

Tuesday, September 20, 2011

Pagi Yang Nyaman....

Assa;amualaikum.....

     Sebenarnya aku ak thu apa nak updates kat blog aku hari nie.So, aku tulislah apa yg ptt utk meng'hupdate jgk blog aku nie.hehe.Malam td bkn main lagi tdo awal.Igt nak cover tdolah coz tiap2 mlm tdr lwt layn tv punya psl.Mlm td tak der citer best so kol 10 dah msuk tdo.Ermm...kol brapa entah aku sdar balik ko aku ter dengan guruh dlangit n kilat sabung -menyabung.Aku fobia skit ngn kilat nie.Pantang ada cahaya kilat skit mesti aku tersedar walaupon aku tgh tdo nyenyak masa tu.Ya Allah...ampunilah dosa hambamu ini...
      Entah kol brapa aku terlelap balik pon aku tak thu lah...masa alarm clock aku bunyi aku sdar entah bla masa aku tdo balik pon aku tak thulah.Aku tersedar balik kol 6.20.Ini bermakna aku terlelap balik dalm 20 minit.Nasiblah tak terbabas solat subuh pagi nie.Alhamdulillah.....Bekpes lom lagi nie....oklah aku stop cnie dulu la.Lain kali aku tlis panjang2 lagi...babai

Muahhhh

Monday, September 19, 2011

Sakit GIgi...

Assalamualaikum.....selamat pagi...

  Dah lama aku rasa tak menurun idea aku kat blog aku nie.Nak buat mcm mana aku rajin copy n paste dr email aku jer...Hari nie dah msuk hari ketiga aku skit sakit gg.Tp alhamdullilah sdah rasa hilang skit skit dan bengkaknya coz smalam dah g klinik gg.Doktor ckp nak cabut mmg tak blh lagi...gusi tgh bengkak.Klu sakit dah hilang n bengkak dah tak der blhlah nak cbut or wat something yg blh mengurangkan rasa skit bla mkn dmasa hadapan.
     So, masa g klinik gg 2 doktor bg 3 jenis ubat kat aku.1 ubat tahan , 1 ubat antibiotik n satu lagi antibiotik utk surutkan bengkak gusi aku.Mak aii...bukan besar lgi ubat dia...Walaupon sbiji skali telan besar bnya bkn main lagi.Nak tak nak terpaks gak telannya.Klu tak tanggung jer sakit nya...huhu.Ade yg sejenis tu adusss...pahitnya mengalahkan hempedu...ku telan jua dmi utk kesihatan gg aku..ahahaha...giloss punya ayat.
      Oklah aku stop cni dulu , aku nak mkn nasi n pastu nak telan ubat laks.Oklah lain kali aku tulis lagi...babai...adios....muahhh...:)

Sunday, September 18, 2011

Bagaimana Mengatasi Senggugut......


Senggugut adalah antara masalah yang biasa dihadapi kaum wanita semasa didatangi darah haid. Ada di antara rakan saya yang perlu mengambil cuti sakit kerana mereka mengalami sakit yang teramat sehingga tidak mampu berjalan. Terasa kesakitannya apabila melihat mereka berguling-guling di katil dan menangis kesakitan. Saya tidak ada pengalaman senggugut yang teruk dan sekali sekala sahaja mengalaminya.

Apakah punca senggugut?
Semasa kelas biologi dahulu, cikgu saya menerangkan senggugut disebabkan pergerakan otot uterus yang mengecut dan mengembang dengan kuat semasa darah kotor turun daripada dinding uterus membawa kepada kontraksi. Pergerakan ini yang menyebabkan kita berasa ngilu apabila darah kotor keluar. Ini antara perkara yang saya masih ingat sampai sekarang walaupun kelas itu 12 tahun dahulu.

Jenis senggugut
Senggugut atau istilah perubatannya ialah dismenorea boleh dikategorikan kepada dua iaitu dismenorea primer dan dismenorea sekunder.

Jika anda mengalami senggugut sejak daripada awal kehadiran darah haid, anda tergolong dalam dismenorea primer. Dismenorea jenis ini tidak disebabkan oleh penyakit lain seperti ketumbuhan abnormal ataupun jangkitan. Doktor kamu mungkin tidak akan menjumpai apa-apa yang luar biasa pada tubuh kamu semasa pemeriksaan. Antara penyebabnya adalah ketidakseimbangan bahan kimia di dalam badan dan faktor genetik.

Dismenorea sekunder pula adalah golongan yang mengalami senggugut selepas 2 -3 tahun daripada kehadiran darah haid pertama. Golongan ini perlu berhati-hati dan mendapatkan rujukan doktor bagi rawatan lanjut. Sesetengahnya dapat diubati dengan mengambil pil penahan sakit. Kenapa berbahaya? Dismenorea jenis ini boleh disebabkan oleh faktor berikut :
  • Ketumbuhan polips atau sista pada ovari atau uterus
  • Jangkitan
  • Radang Rongga Pelvis
  • Endometriosis
  • Penyakit usus seperti apendisitis
  • Kehamilan ektopia atau kehamilan di dalam tiub fallopio
Bolehkah senggugut dicegah?
Senggugut boleh dicegah dengan pengambilan pil tahan sakit.Ala yang macam jenama pa**d*l tu tapi saya tidak pasti dengan kesan jangka panjangnya jika setiap kali sakit, anda telan sebiji.

Cara lain dengan mengubah cara hidup kepada gaya hidup sihat terutama daripada segi pemakanan.
  • Perbaiki diet : Jangan cuba untuk hilangkan berat badan secara drastik. Makan makanan yang mengandungi banyak protein dan tinggi kandungan seratnya. Makan banyak sayur-sayuran, kekacang, ikan salmon, ikan sardin dan parsli.
  • Kurangkan garam.
  • Variasikan pilihan minuman : Banyakkan minum jus buah-buahan. Ia lebih enak dan sihat berbanding aiskrim atau minuman berkarbonat. Elakkan teh, kopi dan minuman beralkohol beberapa hari sebelum period kamu.
  • Ambil Vitamin Tambahan. Ambil Vitamin B dan E. Kamu juga boleh menambah magnesium dan kalsium dalam diet kamu.Beritahu doktor kamu sebelum mengambil sebarang vitamin. Sesetengah vitamin boleh bertindak balas dengan ubat-ubatan kamu yang lain dan mengakibatkan kesan sampingan jika diambil berlebihan.
  • Bagaimana dengan lemak yang berkualiti? Ya! Banyakkan makan salmon dan tuna. Ia mengandungi lemak asid omega 3 yang tinggi dan boleh mengurangkan kesakitan dismenorea.
  • Kekal aktif. Kamu boleh meneruskan aktiviti harian dan kekal cergas semasa kamu didatangi period. Joging dan berjalan bersiar-siar juga membantu. Kamu boleh meluangkan masa sekurang-kurangnya sejam untuk bersenam. Bersenam telah terbukti dapat mengurangkan kesakitan dismenorea.
  • Berhenti merokok
  • Tenangkan fikiran. Belajar untuk meditasi. Kamu juga boleh mendengar lagu atau meluangkan masa bersama keluarga dan rakan-rakan dengan menonton filem kelakar. Bergelak ketawa juga dapat menenangkan urat saraf.
  • Tuam perut. Dapatkan tuala dan rendam di dalam air suam. Perah tuala dan letakkan tuala di atas bahagian yang sakit. Lakukan sehingga kesakitan reda.
  • Tarik nafas dalam-dalam. Baring dan tenangkan diri kamu. Jika kamu pening, padam lampu di dalam bilik dan jauhi bunyi bising.Kesakitan akan berkurang selepas kamu mengambil pil penahan sakit.

Saturday, September 17, 2011

Pengawalan Kolestrol.....


Makanan seimbang yang disertai dengan aktiviti fizikal merupakan aspek yang harus diutamakan dalam usaha menangani kebanyakan penyakit masyarakat masa kini. Mungkin sesetengah dari kita sudah jemu mendengar cadangan ini, namun percayalah ia masih relevan dan terbukti berkesan hingga kini. 

Kebanyakan daripada kita boleh melihat perubahan yang positif selepas sebulan berpuasa, terutamanya penurunan berat badan atau perut yang lebih kempis. Namun, ramai juga yang akan mengeluh apabila keadaan akan kembali kepada asal selepas sebulan hari raya. Begitu juga dengan masalah kesihatan lain seperti diabetes dan kolesterol. 

Makan secara berlebihan dan tidak terkawal terutamanya dalam sebulan selepas hari raya dengan undangan rumah terbuka yang kebanyakannya menyajikan hidangan lazat yang sukar untuk ditolak. Makanan seperti kek, pelbagai biskut, kuih-muih yang seringkali menjadi hidangan wajib banyak mengandungi lemak trans akan meningkatkan pengambilan lemak yang tidak sihat. Tidak terkecuali hidangan lain seperti rendang ayam, daging, sate yang rata-ratanya mengandungi kolesterol dan lemak tepu yang sukar ditentukan kandungannya. Oleh yang demikian, hadkan pengambilannya dan makanlah secara sederhana. 

Sementara mengawal pengambilan makanan adalah penting, mengambil suplemen untuk mengawal kolesterol mungkin berbaloi untuk dipertimbangkan. Red Yeast Rice yang mengandungi sejenis statin semula jadi hasil dari penapaian beras dan yis merah merupakan antara hasil penyelidikan yang bermanfaat dan seringkali disyorkan untuk pengawalan kolesterol. 

Red yeast rice yang mengandungi monacolins merencatkan penghasilan kolesterol yang menyamai ubat statin dan dengan itu membantu mengurangkan paras kolesterol tubuh. Ia merupakan cara alternatif untuk menangani peningkatan paras kolesterol bagi mereka yang tidak mengambil ubat anti kolesterol. 

Kita dinasihatkan agar menjauhi pengambilan lemak berbahaya, sebaliknya pengambilan lemak baik seperti asid lemak omega-3 akan memberi manfaat kesihatan. Asid lemak omega-3 tergolong dalam kumpulan asid lemak perlu yang tidak boleh dihasilkan tubuh, maka memperolehinya daripada makanan adalah perlu. Bagi masalah kolesterol, pengambilan asid lemak omega-3 seharusnya diambil sebagai suplemen harian kerana ia didapati memberi kesan tambahan dalam usaha mengawal peningkatan kolesterol. Hasil kajian menunjukkan bahawa pengambilan kombinasi Red yeast rice dan asid lemak omega-3 dengan dos yang sesuai boleh bantu mengawal peningkatan kolesterol setara dengan pengambilan ubat anti kolesterol. 

Asid lemak omega-3 daripada ikan atau suplemen minyak ikan boleh membantu mencegah masalah jantung di kalangan individu yang sihat dan juga bermanfaat kepada mereka yang sudah ada penyakit jantung. Asid Eikosapentaenoik (EPA) dan Asid Dokosaheksaenoik (DHA) yang terkandung dalam minyak ikan dari kumpulan omega-3 dibuktikan bermanfaat kepada jantung dengan menstabilkan plak pada arteri dan tekanan darah. 

Amalan pengambilan minyak ikan juga diketahui mengurangkan risiko aterosklerosis; iaitu pembekuan arteri akibat pemendapan lemak, serangan jantung dan kegagalan jantung. Sumber omega-3 yang baik termasuklah salmon, sardin, trout, herring dan beberapa lagi. Bagaimanapun, ramai yang mempertimbangkan pengambilan suplemen minyak ikan untuk memperolehi jumlah yang mencukupi untuk perlindungan jantung yang optimum.
 

Friday, September 16, 2011

Creative Lamps....
















Thursday, September 15, 2011

CuKai prepaid 6% diTANGGUHKAN???



     Bru nie heboh bila kerajaan mengumunkan tax 6% dikenakan ke atas smua kad kad prabayar yg ada diMalaysia.Aku pon naik gelabah gak bila dgr pengumuman tu.Al-maklumlah aku nie kaki topup jgk...ye lah seminggu sepoloh hengget ko.Ko mampu ker?Aku lgi lah tak mampu klu ko tak mampu...haha....try lah korang bayang kan klu sebulan brapa aku habis.Klu dulu beli RM10 tak der dah sen kat blakang.Nie klu ada tax ada 60 puloh sen plak kat blakang mcm beli bajulah plk...huhu.Klu 10.60 darab 4.....jawapannya=42.40....2 hengget 40sen tu klu aku wat beli sarapan pagi dah 2x aku blh beli...klu nasi tu harga dia RM1 la...hehr
       Bila aku dgr kerajaan buat pengumuman balik pasal penangguhan tax nie lega skit rasa hati nie.Klu tak hari2 dok pk mana lah nak cr duit lbh nak biayai smua bnda kat atas dunia.huhu.Aduh pelik jgk aku bila dgr slogan Rakyat Didahulukan.....tp bla prepaid dikankan tax bukan rakyat didahulukn...tu rakyat dpaksa membayar  cukai kpd syarikat2 telekomunikasi yg dah kaya raya.Inilah yg dkatakan....yg miskin lgi lah bertambah miskin....yg kaya menjadi smakin kaya.Ini mmg tidak adil sama skali...huhu.
       Cuma satu jer yg aku pinta moga Allah selalu murahkan rezeki aku...aamiin...
Oklah dah panjang jgk aku membebel kat blog aku ni.Lian kali aku tulis lagi walaupon blog aku nie tak sehebat blog org lain.Tp nie lah blog aku yg lahir dari hati aku sendiri.sekian .Adios...babai...muahhhhh

Wednesday, September 14, 2011

CuTi-cUtI RaYa...:)







Gambar nie kitaorang ambik masa dalam perjalanan balik dari Pekan, Pahang.Kitaorang g hantar adik bongsu daftar kat Universiti Malaysia Pahang.Tuu dia mak aku...dah mcm mak datin posing dpt The Legend Resort.Oklah tu ma...sekali skala dapt possing...hehe

 Ni kakak aku ngn anak sulung dia.bkn main lagi possing skali tak nampak muka coz cahaya kat luar lagi terang dari fasl camera tel aku...hihik...Sori long muka o tak nampak...:)
 Nie anak dia yg bongsu.bukan main lagi possing dkt ketupat....like a model lah dik...
 Wah2 kakak n mak aku nie...tak habis nak possing...kat swimming pool pn diorang bantai possing gak..ahaks
 Tak habis2 lagi ka.long aku nie...pssing ttp possing kan long....
 Ehh2...terselit jgk aweks cun yg sorg nie...ayu plk tu bla bergambar..haha
 Amboi bnyak btl gambar ko long...mentang2 aku jg camerawomen...haha
 Wah berlatr belakangkan Pantai Cherating tu.....:)
 aku pon tak nak lpskan peluang gak...Cantikkan view kat blakang aku tu...:)
 Wah2...mak aku kemain lagi ader gak gambar dia kat cni...Well done my mom...good jobs...
 Cantikkan pemandangan Pantai Cherating nie....:)
 Amboi anak buah aku nie..possing ala2 bollywood gtu...
 Hah..ada jgk si budak kecik....naperlah rambut ko berserabai dik...haha
 Muka bdak tak nak bergambar....huhu
 Tak habis2 lagi si Athirah nie bergambar...
 Lorr...muka dia lagi.....:)
 Milky chocholate shakes...sdap sgt2 berbanding air buah yg lain.Yg lain semua tawar...tak der gula kot restoren nie..haha
 Nielah fresh orange yg btl2 rasa orange jer...tak der rasa gula skit pon...haha
 Chicken chop anak buah aku...Sepinggan Rm30...klu tak slap aku....mahal tol mkn kat cni...huhu
Nie katanya nasi goreng special...tp bla mkn mcm nasi goreng kicap jer rasanya..yg specialnya ader udang n sotong.Past tu dia taruk telur mata,keropok, n ayam goreng.Harganya blh tahan jgk RM20 hengget lbh gak....Cekik darah tol...huhu

oklah aku chow dulu...see u next entry....babai...muaahhhh

Nikah kna Cukai???

aku nikah kan dikau dengan anak perempuanku dengan sipolan binti sipolan dengan maskawinnya RM10000.00 termasuk cukai 6% tunaiiiiiiii......

haha...nak nikah pon kna cukai ke???biar btl....:)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...