KELAB BLOGGER BEN ASHAARI

Followers

Saturday, September 10, 2011

kENDURI KAWEN lagiii..........:)

 Alamak knapa gambar nie beterabur.Yg sanding ader kat bawah, yang mkn beradab ader kat atas.haha.Layan ajerlah kawan2 blogger ku sekalian....:)
 Mak aii...jauhnya gambar nie...tp korang lyn jerlah yer...hehe
 Sori sgt2 coz gambar persandingan yg di ambil agak jauh coz dia buat kat dewan.malulah nak g ambik dkat2.haha...lagi pun yg kawen nie bkn sedara aku pon.Dia anak buah abg ipar aku.hehe.Kitaorg singgah sblm g Pahang utk hantar adik aku daftar kat UMP.
 Knapa Gambar nie aku bkn ambik gambar pengantin.May b adik pengantin lbh encem dri pengantin kot...haha
 Nie pose menarik dr penganti semasa mkn beradab...ermm...bilalah gamaknya aku nak duduk mcm nie gak...ahaks
Knapa sama lah gambar nie....hantam sajelah labu.....yg pnting ader gak gambar kat blog aku nie...haha


Oklah aku chow dulu....lain kali aku tulis pasal citer lain lak.Babai...muahhhh

Friday, September 9, 2011

Apa motif dia sebenarnya????


Assalammuailaikum,

Saya ingin merpenalkan diri saya terlebih dahulu. Nama
saya Puan Shahsilla Binti Sarippudin from Malaysia.
Untuk makluman saya penghidap kanser di tahap yang
serius. Dan doktor telah mengesahkan bahawa saya tidak
akan dapat bertahan hidup lebih lama. Dengan murah hati
nya saya ingin mendermakan  segala yang saya miliki dan
ini adalah keinginan yang saya dan arwah suami saya
telah rancang sebelum ini. Memandangkan kami tiada di
kurniakan cahaya mata.
             
Dengan murah hati nya dan keikhlasan hati saya dan
arwah suami saya. Dan saya percaya allah maha
mengetahui niat saya ini. Dengan ini, saya menghulurkan
atau menyumbangkan sejumlah wang sebanyak
(Dua Juta Paun) kepada anda. Dalam memudahkan semua
urusan antara saya dan anda, saya akan meminta peguam
saya menyediakan segala dokumen yang berkenaan. Dan
dengan izin allah semua urusan akan berjalan dengan
lebih lancar, dan pindah hak milik di antara kita tidak
akan bermasalah. Semoga allah memberkati segala
kerjasama dari anda dan gunakan lah pemberian saya ini
dengan bijaksana.

Salam,
Puan Shahsilla Binti Sarippudin.

*mcm2 cara org guna skarang nie nak dapatkan duit ngn mudah.so,jgn mudah percaya jika anda menerima msg @ email semcm ini.

Thursday, September 8, 2011

Tekanan emosi punca jerawat


Jerawat adalah masalah anak remaja tetapi ia juga melibatkan orang dewasa. Jerawat terjadi bila kelenjar minyak mengeluarkan terlalu banyak minyak dan sebum di kulit terutamanya di muka, dada dan belakang. Punca jerawat boleh disebabkan oleh pelbagai faktor. Faktor hormon adalah penyebab utama jerawat bagi wanita dalam lingkungan umur subur. 

Majoritinya adalah dalam lingkungan belasan tahun dan awal 20-an. Faktor seperti ahli keluarga yang banyak jerawat juga memainkan peranan. Penggunaan pil perancang, ubat steroid, vitamin B12, kosmetik, pakaian yang ketat atau apa saja yang menutup liang minyak menyebabkan masalah jerawat. 

Sebahagian jerawat timbul dari ketegangan dan tekanan emosi yang dihadapi setiap hari. Ini mungkin dari penghasilan minyak dan sebum di kulit yang bertambah dan terdedah kepada asap dan bahan kimia atau faktor alam sekitar seperti cuaca panas. Kebanyakan jerawat akan hilang sendiri jika kulit sentiasa bersih dan sihat. 

Tetapi sesetengahnya boleh menjadi teruk dan kronik.
Jerawat juga disebabkan oleh masalah gula dalam darah, radang kulit yang kronik dan juga stres yang melampau. Untuk pengetahuan anda, banyak jenis makanan yang boleh memburukkan lagi keadaan kulit anda yang sedia bermasalah dan seterusnya menyebabkan pertumbuhan jerawat.

Contohnya, jerawat akan tumbuh jika anda kekurangan tidur, menyedut udara yang tercemar dan juga menghadapi tekanan yang teruk akibat kerja dan hal peribadi. Jadi elok adik dapatkan rehat yang secukupnya kerana jerawat mungkin timbul dari perasaan tertekan dan bermasalah yang juga secara tak langsung boleh menganggu aturan tidur seseorang.

Wednesday, September 7, 2011

My Sister Bestday...:)

 Inilh tuan punya bestday...my second sister,,,Selamat hari lahir yng ke-35...semoga panjang umur n dmurahkn rezeki......aamiin.....First tme laki dia sambut kat kg...haha
 Nielah rupanya kek yg d sponser oleh abg ipar aku.haha.Nampak mcm sdp....tp faham2 jerlah klu kek biasa..haha..aku tak try pon tkut tak habis...membazirlah plk....
 Seisi memotong kek...Action jer lbh nie...haha
 Antara makanan yg dsediakan utk party mlm tu...semua cepat tp sdap...smuanya k.long aku yg tlg maskan....:)
 Ermm..siap ada buah anggur tu....tp slap la skit anggur tu masamlah...haha
 Ermm...habis sosej nie di kerjakan oleh anak buah aku...suka hati dia jer nak potong sosej...last2 jadi mcm apa ntah....yg pnting masak dan sedia di mkn...haha
 Inilah adalah anak buah aku yg suka menyibuk bila tibanya harijadi org lain...setiap bln ada harijadi dia..huhu
See,,....suker sgt menyibuk...haha

Cool Lanscape Painting


































































Tuesday, September 6, 2011

SUasAnA HaRi RaYa....


 Nie family Mak Ngah aku.Mak Ngah aku nie muda pada aku...hehe...Tgk anak dia dah empat org...Aku entah la bila nak dapat anak...kawen pn blm mcm mana nak dpat anak.haha.Yag kat hujung tu nenek aku...Satu2nya nenek yg masih ada....
 Nie k.lomg aku ngn anak daranya.
 Nie Family k.long aku.
 Ini pon sama daa....:)
 Wah2...k.long aku nie sempat lagi bergambar romantik ngn laki dia..ahaks...:)
 Brapa kali dah gambar family k.long aku nie???
 Nie lak family k.ngah aku...anak dia 4 org sbnarnya...sorng nangis2 tak nak ber gambar..tak thu naper...huhu
 Ini pon samalah.....:)
 Ini ponn.....
 Brapa banyak dah gambar diorang ni..haha
 Nie adik perempuan bongsu aku.besar sportlight kat pipi....haha
 Nie kitaorang tangkap ayah ...coz dia ssh sgt nak bergambar ngan kami.Siap kna pegang ngn k.long lagi tkut ayah lari...haha
 Nie lah adik-beradik aku....:)
 yg pon sama daa....:)
 Nie tukar camerawomen....so org lain plklah yg ambik tempat aku...:)
 This is my family.....
 K.ngah with my brother heri...:)
 Nie abg ipar aku...konon2 jaga nak tdo...padahal mata tgk kat tv jer...haha
 Ni family campuran...k.long,anak buah,adik ipar mak aku,sepupu aku n my mom....
 Nie pon sama cuma buang anak buah aku n sepupu aku jer...
 Nielah nenek aku....with my sepupu....Afiq...bulatnya mata dia....
 My mak ngah...so vogue gtu walaupon anak dah 4 org...haha
Nie family mak su aku...ma k su sori tak nampak muka maksu coz terlindung with anak2 maksu yg encem dan comey tu...hehe

Itulah gambar2 kami...semperna hari raya Aidilfitri 2011...selamat melayan gambar2 aku yg tak seberapa tu....hehe...babai

Monday, September 5, 2011

Panduan memilih supplement

salam buat pembaca budiman. alhamdulillah sejak makan supplement rasanya keadaan kesihatan makin baik dan makin bersemangat nak bangun pagi. dulu pernah juga makan supplement tapi tak boleh nak maintain sebab terlalu mahal. runsing dengan keadaan kesihatan yang mudah jatuh sakit dan sering pening nak tumbang,saya cuba mencari jalan penyelesaiannya. banyak perkara yang saya pertimbangkan... sakit rohani? sakit jasmani? nanti saya cerita lebih lanjut.

credit to Hadhatina

Dewasa ini, pengambilan suplemen (makanan tambahan) bukanlah satu perkara asing bagi kita. Suplemen bertindak untuk membantu mereka yang ada kekangan dalam mengendalikan pembahagian nutrisi yang sihat dan lengkap kepada tubuh. Bukanlah maksudnya mereka ini malas, namun lifestyle masakini yang hectic, ditambah dengan pencemaran di sana sini, cara masak yang kurang betul, menyukarkan kita untuk mendapat nutrisi lengkap tersebut .. bukan kepada kita, malah kepada ahli keluarga kita!

Justeru, suplemen menjadi pilihan. Namun, tahukah anda bagaimana mahu memilih suplemen terbaik buat anda dan keluarga anda? Yelah .. semua brand pun claim diri masing-masing bagus kan? Nah! Jom baca dan fahamkan panduan-panduan berikut :-

1. Vitamin yang diambil hendaklah full-spektrumMengandungi semua komponen yang sepatutnya terdapat dalam sesuatu vitamin. Misalnya vitamin B Complex hendaklah menganndungi kelapan-lapan jenis vitamin B: B1 (thiamine), B2 (riboflavin), B3 (niasin), B5 (asid patotenik), B6 (prydoxin), B7 (biotin), B9 (asid folik) dan B12 (cobalamin). Kalsium yang terbaik ialah yang mengandungi vitamin D, kerana vitamin D adalah faktor penyerapan kalsium. Tanpa vitamin D, kalsium akan terenap di buah pinggang dan boleh menjadi batu karang.


2. Vitamin yang diambil hendaklah natural (semulajadi)Badan kita memerlukan vitamin dari makanan, bukan dari sumber bukan makanan.

Vitamin natural diperbuat daripada ekstrak bahan semulajadi yang mengandungi semua komponen untuk berinteraksi dengan tubuh kita. 

Bagaimana mengenal vitamin natural? Ia adalah semudah - tiada silica gel dalam vitamin natural.


3. Reputasi pengeluar jenama vitamin
Sebagai orang kebanyakan kita mungkin tak dapat nak lakukan lab test ke atas setiap vitamin yang kita nak ambil. Oleh itu, reputasi syarikat pengeluar vitamin adalah penting. Misalnya, bila menyebut tentang Shaklee, kebanyakan orang mengenali syarikat yang dah lebih 50 tahun memberi kebaikan kepada masyarakat sejagat. Analoginya, bila Nike keluarkan kasut yang dikatakan ‘mengikut aluran kaki Micheal Jordan’, tak ada orang nak pegi ukur kaki Micheal Jordan untuk pastikan sama ke tidak dengan design kasut Nike sebelum membelinya.

Kesimpulannya, semakin lama sesuatu produk itu berada dalam pasaran, bermakna reputasinya semakin kukuh.

4. Kelulusan dari Kementerian Kesihatan Malaysia dan sijil halal yang disahkanPastikan produk yang dipilih mendapat kelulusan dari Kementerian Kesihatan Malaysia, dan mendapat sijil halal yang disahkan oleh JAKIM. Ini bagi memastikan kualitinya dijamin dan tidak mengandungi bahan yang diragukan. Maklumlah, benda makan-makan ni jadi darah daging.


Kita juga boleh mendapatkan maklumat dari pihak berkenaan tentang kajian-kajian yang telah dibuat terhadap produk mereka. Pastikan bertanya kepada orang yang betul, i.e. pakar dalam sesuatu produk itu. Misalnya untuk mengetahui tentang produk Shaklee Malaysia, bertanya lah kepada pengedar/cawangan Shaklee Malaysia. Mereka pasti mempunyai jawapan terhadap kemusykilan kita. Jangan pula bertanya kepada pihak yang tak berkaitan, kerana jawapan yang diberi mungkin dari tanggapan semata-mata. Maklumat yang betul hanya ada pada orang2 yang betul.


Oh ye! Sekadar peringatan kepada mereka yang baru nak berjinak-jinak dengan dunia suplemen .. supaya tidak berlaku salah faham di kemudian hari.

Supplement tidak boleh menggantikan makanan kita. Kita mesti kena makan juga.

Menyediakan makanan mengikut gizi tidak menentukan bahawa keperluan nutrient tubuh kita dipenuhi. Ini kerana cara penyediaan makanan, persekitaran dan sebagainya boleh merosakkan vitamin dan mineral.

Pengambilan vitamin bukan hanya semasa sakit, kerana apabila sudah sakit baru nak ambil vitamin, kesan healing crisis akan menjadi lebih teruk.

Wanita hamil, ibu menyusu, perokok, mereka yang menjalani cara hidup stress, warga tua, memerlukan supplement bagi melengkapkan keperluan nutrisi harian mereka.

Pengambilan ubat-ubatan (drug) dan antibiotik boleh menghalang penyerapan vitamin2 perlu. Jadi kita perlukan vitamin tambahan untuk memberikan badan kita keperluan vitaminnya.
Saya amat berharap sedikit perkongsian maklumat ini dapat membantu kawan-kawan memahami tentang konsep suplemen serta menjadi panduan untuk memilih suplemen yang terbaik buat anda. InshaALLAH.

Tepuk dada, tanya IMAN. Hanya jauhari mengenal manikam :)


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...