KELAB BLOGGER BEN ASHAARI

Followers

Saturday, August 27, 2011

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI.....


Click here to open new window
CTRL+Mouse wheel to zoom in/out
ampun dan maaf andai..
TERkasar bahasa TERsilap bicara TERmarah yang tak kena TERtanya tak tentu hala TERbising menyakitkan telinga TERsasul yang tak sengaja TERpukul kat mana-mana TERpekik di telinga TERkentut tiba-tiba TERhantuk di kepala TERpinjam harta benda TERmoody tak semena-mena TERumpat bila-bila TERmacam-macam lagi yang kene mengena

 

Friday, August 26, 2011

Majlis Berbuka Puasa.....

First time makan makanan arab dbulan puasa.Nie nasi beryani with lauk kambing.Excited nak mkn daging kambing igtkan sdap rupanya tawar ler...haha.Tapi aku bedal sampai habis gak.Orang blanja, aku mkn jerlah.Nasi dia sdap lembut sgt.Mak aii btl2 daging kambing mlm tu tak blh nak tdo pans gak daging kambing nie...huhu.Tak perlah skali sekala mkn...Budak umah aku yg jakun tu...mkn nasi beryani ayam jer.Yg aku nak tergelaknya blh plk mkn ayam rasa kambing.haha.Balik kat umah terus muntah...aduh ader lagi org macm nie dzaman millenium nie.huhu.Past satu lagi aku cakp dia jakun tu nak thu knapa....jus buah-buahab dia tak blh minum.huhuk...orang zaman mana tak thu lah bdak nie...pelik2...

 Ini ikan siakap stim.Best sgt2....
 Lala mask aper ntah.Aku mkn jer thu.Lala nie tak blh ratah mcm tu jer dia kna mkn ngn nasi coz dia msk masin sgt..huhu
 Yang ini pula ayam goreng kunyit n kerabu mangga.yang paling lawanya budak jakun umah aku tu tak makan kerabu mangga coz dia igt itu kerabu taugeh.Dah rabun gamaknya mata budak nie.haha
 Yang nie pulak tomyam dalm kelapa.Apa yg best sgt pn aku tak thu.Bos aku suka sgt tomyam nie.Aku mkn biasa jer tak apa2 beza pn ngn tomyam dlam mangkuk hayun tu....haha
 Nasi putih ambik gambar gak ker???
 Udang dalam tomyam nie tak der lah besar sgt tp lengkuas tu over acting plk pose kat dalm magkuk tomyam aku....
 Fresh oren yg mmg best...yummy....
 Inilah tuan sponser kitaorang.Dia belanja kira farewall dialah.dia dah resign kat company nie.So dia kna blnja sblm dia blah...haha
 Inilah smua menu yg kami order utk berbuka buka puas tempoh hari...Semuanya sdap2 belaka....
 Ini lah kuih akok yg aku cr selama ini.Satu akok jagung n satu lagi akok pandan.Puas hati sgt dapt makn akok2 nie.sdapppp
Ni plk siro pisang orang kelantan panggil.Nie lah siro pisang kontroversi.huhu.Sbb aper korang nak thu.Sbb siro pisang nielah adik aku yg bawah pada aku tak ckp sekejap ngn kakak aku yg sulung.Begini citer nya...Adik aku nak mkn pengat while kakak aku plk nak mkn siro jer...Mak aku terpaksa ikut selera kakak aku lah coz dia yg beli pisang tu.Adik aku tak puas hati dia ckp mak aku pilih kasih tak ikut selera dia...Ermm krna peristiwa tu lah...adik aku tak selera mkn nasi....haha...aku tak ambik thu pon...ikut diaornglah asal diorg bahagia...haha


Oklah aku stop cnie dulu...lain kali aku tulis panjang2 lagi..k...babai..muaahhhhhhh

Thursday, August 25, 2011

NUJUM MASAI VS NUJUM PAK BELALANG...


Pak Belalang:Silakan Nujum Masai.
Nujum Masai:Apakah 1-banyak, 2-sikit2, 3-kaddang2, 4-jarrang2?
Pak Belalang:Ah, itu senang saja. Jawabnya Terawih!!
Nujum Masai:Jelaskan.

Pak Belalang:

"1- Baanyak" bermaksud minggu pertama byk orang dtg terawih.

"2-sikit2" minggu kedua sudah sedikit org dtg terawih.

"3-kaddang2" pd minggu ketiga kadang2 saja org akan dtg tarawih, &

"4-jarrang2" pd minggu keempat jarang2 jumpa org dtg terawih.

CALON-CALON ISTERI.....


Bagi mereka-mereka yang masih mencari calon-calon isteri:

Nak Pandai = Cari isteri cikgu
Nak sihat = Cari isteri doktor
Nak kaya = Cari isteri anak tan sri
Nak glamour = Cari isteri artis
Nak gaduh = Cari isteri samseng
Nak sembang = Cari isteri penceramah
Nak alim = Cari isteri ustazah
Nak gemuk = Cari isteri chef
Nak selamat = Cari isteri polis
Nak stylo = Cari isteri kaki shopping

NAK MAMPUS = Cari isteri muda yg 1 ofis dgn isteri tua

Wednesday, August 24, 2011

Tuesday, August 23, 2011

KISAH PEMUDA BERIBU-BAPAKAN BABI


Nabi Musa adalah satu-satunya Nabi yang boleh bercakap terus dengan Allah S.W.T Setiap kali dia hendak bermunajat, Nabi Musa akan naik ke Bukit Tursina. Di atas bukit itulah dia akan bercakap dengan Allah.Nabi Musa sering bertanya dan Allah akan menjawab pada waktu itu juga. Inilah kelebihannya yang tidak ada pada nabi-nabi lain.
Suatu hari Nabi Musa telah bertanya kepada Allah. "Ya Allah, siapakah orang di syurga nanti yang akan berjiran dengan aku?".
Allah pun menjawab dengan mengatakan nama orang itu, kampung serta tempat tinggalnya. Setelah mendapat jawapan, Nabi Musa turun dari Bukit Tursina dan terus berjalan mengikut tempat yang diberitahu. Setelah beberapa hari di dalam perjalanan akhirnya sampai juga Nabi Musa ke tempat berkenaan.
Dengan pertolongan beberapa orang penduduk di situ, beliau berjaya bertemu dengan orang tersebut. Setelah memberi salam beliau dipersilakan masuk dan duduk di ruang tamu.
Tuan rumah itu tidak melayan Nabi Musa. Dia masuk ke dalam bilik dan melakukan sesuatu di dalam. Sebentar kemudian dia keluar sambil membawa seekor babi betina yang besar. Babi itu didukungnya dengan cermat. Nabi Musa terkejut melihatnya. "Apa hal ini?, kata Nabi Musa berbisik dalam hatinya penuh kehairanan.
Bai itu dibersihkan dan dimandikan dengan baik. Setelah itu babi itu dilap sampai kering serta dipeluk cium kemudian dihantar semula ke dalam bilik. Tidak lama kemudian dia keluar sekali lagi dengan membawa pula seekor babi jantan yang lebih besar. Babi itu juga dimandikan dan dibersihkan. Kemudian dilap hingga kering dan dipeluk serta cium dengan penuh kasih sayang. Babi itu kemudiannya dihantar semula ke bilik.
Selesai kerjanya barulah dia melayan Nabi Musa. "Wahai saudara! Apa agama kamu?". "Aku agama Tauhid", jawab pemuda itu iaitu agama Islam. "Habis, mengapa kamu membela babi? Kita tidak boleh berbuat begitu." Kata Nabi Musa.
"Wahai tuan hamba", kata pemuda itu. "Sebenarnya kedua babi itu adalah ibubapa kandungku. Oleh kerana mereka telah melakukan dosa yang besar, Allah telah menukarkan rupa mereka menjadi babi yang hodohrupanya. Soal dosa mereka dengan Allah itu soal lain. Itu urusannya dengan Allah. Aku sebagai anaknya tetap melaksanakan kewajipanku sebagai anak. Hari-hari aku berbakti kepada kedua ibubapaku sepertimana yang tuan hamba lihat tadi. Walaupun rupa mereka sudah menajdi babi, aku tetap melaksanakan tugasku.", sambungnya.
"Setiap hari aku berdoa kepada Allah agar mereka diampunkan. Aku bermohon supaya Allah menukarkan wajah mereka menjadi manusia yang sebenar, tetapi Allah masih belum memakbulkan lagi.", tambah pemuda itu lagi.
Maka ketika itu juga Allah menurunkan wahyu kepada Nabi Musa a.s. 'Wahai Musa, inilah orang yang akan berjiran dengan kamu di Syurga nanti, hasil baktinya yang sangat tinggi kepasa kedua ibubapanya. Ibubapanya yang sudah buruk dengan rupa babi pun dia berbakti juga. Oleh itu Kami naikkan maqamnya sebagai anak soleh disisi Kami."
Allah juga berfirman lagi yang bermaksud : "Oleh kerana dia telah berada di maqam anak yang soleh disisi Kami, maka Kami angkat doanya. Tempat kedua ibubapanya yang Kami sediakan di dalam neraka telah Kami pindahkan ke dalam syurga."
Itulah berkat anak yang soleh. Doa anak yang soleh dapat menebus dosa ibubapa yang akan masuk ke dalam neraka pindah ke syurga. Ini juga hendaklah dengan syarat dia berbakti kepada ibubapanya. Walaupun hingga ke peringkat rupa ayah dan ibunya seperti babi. Mudah-mudahan ibubapa kita mendapat tempat yang baik di akhirat kelak.
Walau bagaimana buruk sekali pun perangai kedua ibubapa kita itu bukan urusan kita, urusan kita ialah menjaga mereka dengan penuh kasih sayang sebagaimana mereka menjaga kita sewaktu kecil hingga dewasa.
Walau banyak mana sekali pun dosa yang mereka lakukan, itu juga bukan urusan kita, urusan kita ialah meminta ampun kepada Allah S.W.T supaya kedua ibubapa kita diampuni Allah S.W.T.
Doa anak yang soleh akan membantu kedua ibubapanya mendapat tempat yang baik di akhirat, inilah yang dinanti-nantikan oleh para ibubapa di alam kubur.
Erti sayang seorang anak kepada ibu dan bapanya bukan melalui hantaran wang ringgit, tetapi sayang seorang anak pada kedua ibubapanya ialah dengan doanya supaya kedua ibubapanya mendapat tempat yang terbaik di sisi Allah.
Untuk mengetahui lebih mendalam kisah alam akhirat sila dapatkan buku terbitan syarikat 

Cantik dengan Berpuasa.....


BERPUASA merupakan ibadah yang sangat banyak manfaatnya . Meskipun umat Islam diwajibkan berpuasa sebagai melaksanakan salah satu Rukun Islam namun puasa juga boleh meningkatkan kecantikan dan kesihatan seseorang.
Apabila seseorang berpuasa perutnya rehat dari sebarang beban. Perut mula mengempis dan fungsi perut menjadi lebih baik lagi. 

Obesiti morbid merujuk kepada mereka yang mempunyai ukur lilit pinggang melebihi 35 inci bagi wanita dan 40 inci bagi lelaki.

Kumpulan ini mempunyai risiko tiga kali ganda mengidap masalah kolestrol tinggi dan empat kali ganda risiko kencing manis. Bagi pengidap obesiti morbid banyak halangan dilalui bagi menurunkan berat badan. Ini kerana kerosakan hormon dan enzim yang teruk. Namun sepanjang bulan puasa mereka akan mendapat penurunan berat badan. 

Bagi memastikan penurunan berat badan yang ketara dan berkesan sewaktu berpuasa beberapa perkara perlu diambil berat. 


1) Jangan minum minuman manis sewaktu berbuka.
Oleh kerana sewaktu berbuka kita dihidangkan dengan sajian kuih muih yang pelbagai maka minuman manis harus dielakkan. Terdapat banyak gula dalam kuih muih tersebut. Kurma baik dimakan kerana mempunyai gula semula jadi yang banyak di dalamnya. Pengambilan kurma sudah tentu lebih baik daripada air manis.


2) Kurangkan kuih manis
Pengambilan kuih manis perlulah sekadar sahaja dan tidak berlebihan. Kalori tinggi disebabkan kandungan gula yang tinggi membuatkan tubuh tidak mampu melepaskan lemak yang dikandung. Mereka yang gemar makan banyak kuih sewaktu berbuka sukar kurus. 


3) Makan nasi nasi sedikit sahaja
Nasi haruslah diambil dalam kuantiti yang sedikit sahaja. Pengambilan nasi yang banyak akan membuatkan seseorang menjadi semakin lapar dan sukar menyekat nafsu makan. Ini kerana nasi menyebabkan insulin dirembes dengan banyak dari kelenjar pankreas. Peningkatan insulin ini membuatkan kandungan gula turun dengan cepat dan kita kembali lapar. Insulin juga meningkatkan lemak berkumpul pada perut kita. 

4) Banyakkan pengambilan sayur-sayuran
Mengambil banyak sayur-sayuran boleh meningkatkan serat dalam perut kita. Serat yang tinggi membantu membuang lemak melalui najis. Serat juga merupakan karbohidrat yang baik dan merangsang penurunan insulin sekali gus mengurangkan lemak daripada berkumpul di perut. 

5) Tingkatkan pengambilan buah-buahan
Pengambilan buah-buahan yang banyak boleh meningkatkan vitamin dalam tubuh kita dan mencantikkan kitaran tenaga dalam tubuh kita. Ini menjadikan kita segar dan bertenaga semasa puasa. 


6) Bersenam setengah jam setiap hari
Meskipun berpuasa, amalan bersenam haruslah diteruskan. Berpuasa dan bersenam setengah jam setiap hari merupakan amalan menurunkan berat badan yang paling berkesan. Apabila kita berpuasa kadar metabolik semula jadi tubuh akan menurun. Ini membuatkan pembakaran lemak menjadi perlahan. Bersenam pda bulan puasa menigkatkan metabolik, menjadikan kita cepat membakar lemak. 


7) Pengambilan protein yang tinggi
Mengambil makanan berprotein tinggi seperti ikan, daging merah dan telur membantu menaikkan metabolik tubuh kita. Protein akan merangsang pembakaran lemak dengan meningkatkan glukargon iaitu hormon pembakar lemak dalam darah kita. 

8) Suplemen
Suplemen yang sangat perlu sewaktu puasa ialah kalsium, potasium dan zink. Pengambilan makanan suplemen ini akan menjadikan kita lebih bertenaga. Ia juga membantu fungsi hormon dan enzim yang lebih baik lagi. 

Meskipun berpuasa kecantikan kulit dan keceriaan wajah haruslah dititikberatkan. Seseorang boleh meningkatkan kecantikan wajah sewaktu berpuasa dengan mengamalkan tip di bawah.

    1) Pelembap wajah
    Amalkan memakai pelembap wajah bagi memastikan kulit wajah tidak kusam dan kering sewaktu puasa 

    2) Solekan sederhana
    Bersolek dengan sederhana akan menyerlah kecantikan seorang wanita dalam bulan puasa. Memakai gincu,  pelembab bibir dan celak sudah mencukupi.

    3) Jangan banyak tidur
    Banyak tidur di bulan puasa menjadikan wajah tampak sembap dan lesu. Oleh itu lakukan aktiviti bagi mengelakkan banyak tidur. 

Amalan sebegini sudah tentu akan menjadikan anda lebih jelita menjelang hari raya. Anda kini boleh tampil dengan imej yang lebih langsing dan wajah yang lebih berseri di pagi raya. Sudah tentu ini akan menjadi satu bonus buat anda yang berpuasa.
 

Monday, August 22, 2011

Alzheimer........


Alzheimer atau nyanyuk sudah tidak lagi dikaitkan dengan proses penuaan. Tambahan pula sejak munculnya formula-formula anti-penuaan (anti-aging) yang menyifatkan penuaan bukan sebab usia, tapi kerana wujudnya radikal2 bebas dalam tubuh kita. Sejajar dengan itu, Alzheimer kini dikenali sebagai penyakit progresif yang berlaku akibat kehilangan sel saraf otak. Ia disebabkan oleh kehilangan sel otak secara sedikit demi sedikit, yang menyebabkan pesakit mengalami kekurangan fungsi mental dan akhirnya fungsi fizikal.

Ia adalah kerana fiber-fiber saraf di sekitar hippocampus, yakni pusat ingatan dalam otak menjadi tersimpul. Kekusutan yang berlaku terhadap saraf2 itu menyebabkan ia tidak dapat menyimpan dan menterjemah sebarang maklumat. Dengan kata lain, mereka ni mengalami litar pintas dalam otaknya.

Alzheimer sebenarnya bukan perkara normal pada orang tua. Ini kerana ia telah dikelaskan sebagai sejenis penyakit, bukan sebahagian dari peningkatan usia. Ada sesuatu yang tidak kena pada pengidap Alzheimer. Ramai orang yang menghampiri usia 90 tahun masih lagi dapat berfikir dengan sihat dan bijak, contohnya Tun Mahathir.

Menurut kajian, otak penghidap Alzheimer didapati mengandungi kandungan kalsium, silikon, sulfur dan aluminium yang tinggi. Protein dalam darah juga boleh menyumbang kepada terjadinya penyakit ini.

Setakat ini tiada rawatan untuk pesakit Alzheimer, oleh kerana ia adalah penyakit progresif. Namun, terdapat terapi bagi meringankan masalah yang dihidapi oleh pesakit Alzheimer.

Bagaimana mengawal diri agar jauh dari Alzheimer?

Menurut orang-orang tua, cara untuk mengelakkn dari terkena penyakit Alzheimer ialah dengan memperbanyakkan membaca & mengkali al-Quran, zikrullah serta banyak membaca buku. Nabi SAW juga ada memberi petua bahawa untuk menjauhi nyanyuk ialah dengan melazimkan istighfar 70 kali sehari.

Selain dari itu, penyakit Alzheimer boleh dihindari dengan penjagaan kesihatan, termasuk pemakanan.Berikut adalah cadangan yang boleh diamalkan bagi mengelakkan penyakit Alzheimer:

Vita-E Complex  Vitamin E membantu dalam pengangkutan oksigen kepada sel-sel otak.
B Complex  Vitamin B12 mengelakkan hilang ingatan dalam diri kita.
Lecithin meningkatkan fungsi dan potensi otak.
Omega Guard - dengan DHA untuk meningkatkan daya ingatan.

Supplement bagi membantu pesakit Alzheimer:

Energizing Soy Protein - Mengandungi asid amino yang membekalkan tenaga kepada otak, jantung dan otot rangka dengan menyalurkan asid lemak kepada sel-sel tersebut. Cartinine (sejenis asid amino) membantu melambatkan proses penurunan mental pada pesakit Alzheimer.

Garlic Complex -membantu melambatkan proses penyusutan otak.

Omega Guard - memperbaikkan fungsi kognitif.

Sekiranya anda mendapati ahli keluarga mengalami masalah seperti mudah lupa, cepat moody, short-tem memory loss, bingung, dan sebagainya segeralah berjumpa doktor. Pesakit yang melibatkan perkara sebegini perlu mendapat pengesahan doktor kerana dikhuatiri simptom2 tersebut bukan sekadar nyanyuk, tapi ada masalah otak yang lain.

Sunday, August 21, 2011

Malaikatmu....Tersentuh Hati....

Malaikatmu.. ...tersentuh hati.....(bacalah. ....ambillah
> masa
> walaupun 1 minit)] 
>     
>     
>     
>     Suatu hari seorang bayi siap untuk dilahirkan ke dunia... 
>     
>     Dia bertanya kepada Tuhan : ' Para malaikat disini
> mengatakan
> bahawa besok Engkau akan mengirimkan saya kedunia, tetapi
> bagaimana cara
> saya hidup disana; saya begitu kecil dan lemah ?' 
>     
>     Dan Tuhan menjawab: 'Aku telah memilih satu malaikat
> untukmu. Ia
> akan menjaga dan mengasihimu .' 
>     
>     Bayi bertanya lagi: 'Tetapi disini; didalam syurga
> ini, apa yang
> saya lakukan hanyalah bernyanyi, bermain dan
> tertawa...Inikan sudah
> cukup bagi saya untuk berbahagia.' 
>     
>     'Malaikatmu akan bernyanyi dan tersenyum untukmu
> setiap hari.
> Dan kamu akan merasakan kehangatan cintanya dan menjadi
> lebih
> berbahagia' 
>     
>     'Dan bagaimana bisa saya mengerti disaat orang-orang
> berbicara
> kepada saya jika saya tidak mengerti bahasa mereka ?' 
>     
>     'Malaikatmu akan berbicara kepadamu dengan bahasa yang
> paling
> indah yang pernah kamu dengar; dan dengan penuh kesabaran
> dan perhatian.
> Dia akan mengajar kepadamu cara berbicara.' 
>     
>     'Dan apa yang akan saya lakukan saat saya ingin
> berbicara
> kepadaMu ?' 
>     
>     'Malaikatmu akan mengajarkan bagaimana cara kamu
> berdoa' 
>     
>     'Saya mendengar bahawa di Bumi banyak orang jahat.
> Siapa yang
> akan melindungi saya ? 
>     
>     
>     
>     'Malaikatmu akan melindungimu; walaupun hal tersebut
> mungkin
> akan mengancam jiwanya' 
>     
>     'Tapi, saya pasti akan merasa sedih kerana tidak
> melihatMu lagi'

>     
>     'Malaikatmu akan menceritakan kepadamu tentang Aku,
> dan akan
> mengajarkan bagaimana agar kamu bisa kembali kepadaKu;
> walaupun
> sesungguhnya Aku akan sentiasa disisimu' 
>     
>     Disaat itu, Syurga begitu tenang dan heningnya sehingga
> suara
> dari Bumi dapat terdengar, dan sang bayi bertanya perlahan 
>     
>     'Tuhan, jika saya harus pergi sekarang, bisakah Kamu
> memberitahuku nama malaikat tersebut ?' 
>     
>     'Kamu akan memanggil malaikatmu itu: 'IBU ' 
>     
>     Ingatlah sentiasa kasih sayang dan pengorbanan ibu.
> Berbakti,
> berdoa dan cintailah dia sepanjang masa..... Dialah
> sesatunya harta yang
> tiada galang gantinya dunia akhirat.... 
>     
>     Dan untuk para ibu, ingatlah kisah ini dikala kamu hilang
> sabar
> dengan karenah anak-anak yang sedang embesar...sesungguh
> nya Syurga itu
> dibawah telapak kakimu... 
>     
>     Sucikanlah 4 hal dengan 4 perkara : 
>     
>     1) Wajahmu dengan linangan air mata keinsafan, 
>     
>     2) Lidahmu basah dengan berzikir kepada Penciptamu, 
>     
>     3) Hatimu takut dan gementar kepada kehebatan Rabbmu, dan
> dosa-dosa yang silam 
>     
>     4) Di sulami dengan taubat kepada Dzat yang Memiliki
> mu.' 
>     
>     
>     
>     'Sampaikanlah walau satu ayat'

 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...