KELAB BLOGGER BEN ASHAARI

Followers

Saturday, July 16, 2011

10 sebab mengapa anda harus mengambil 1 pil multivitamin sehari....

Multivitamin merujuk kepada supplemen diet yang mengandungi vitamin larut lemak (A, D, E, K), vitamin larut air (B1, B2, B6, B12, C, Folic Acid, Niacin, Pantothenic Acid, Biotin) dan mineral-mineral penting (calcium, phosphorus, iron, iodine, magnesium, manganese, copper, zinc, dan berbagai lagi).

Vitamin dan mineral diistilahkan juga sebagai micronutrient dan diperlukan dalam badan dalam kuantiti yang sangat kecil. Micronutrien ini berbeza dengan ‘macronutrien’ (Karbohidrat, Lemak dan Protein) yang bertanggungjawab kepada distribusi kalori. Bermaksud, micronutrien tidak membantu dalam distribusi kalori, atau bahasa mudahnya ‘kosong kalori’.

10 sebab mengapa anda harus mengambil 1 biji pil multivitamin sehari

1Nutrien yang mencukupi ketika menurunkan berat badan
istilah ‘metabolik’ (metabolisma) dan ‘kuning telur’. Kuning telur, tak dinafikan merupakan makanan paling tinggi nutriennya, dan tak keterlaluan jika aku katakan kuning telur merupakan ‘multivitamin’ yang di ambil oleh orang zaman dahulu pada sebelah pagi. Namun sayangnya, kuning telur tinggi kandungan kolestrolnya, disamping nilai kalorinya juga tinggi memandangkan ia kaya dengan lemak.

Kebanyakan mereka yang mengamalkan diet untuk turun berat badan pasti akan mengelak makanan-makanan berkalori tinggi seperti ini. Itu baru aku ambil contoh satu jenis makanan, bagaimana pula dengan yang lain? Tubuh badan kita sememangnya memerlukan nutrien yang mencukupi untuk terus berfungsi. Kadar metabolisma pastinya terjejas apabila kekurangan nutrien tertentu, sekaligus ia menjadi rendah dan akhirnya progres untuk turun berat badan akan menjadi semakin perlahan!
Pernah dengar ungkapan ini, “ko ni aku tengok lemah lesu, macam tak cukup makan..”. Salah satu faktornya adalah disebabkan kekurangan micronutrient dalam diet.

2Faktor sibuk
Faktor kesibukan di zaman moden menyebabkan corak pemakanan kadang-kadang tidak seimbang (dari segi kandungan micronutriennya), terutamanya jika anda sering bekerja di luar dan jarang memasak di rumah.


3Termusnah akibat dimasak
Haba merupakan faktor utama yang boleh menyebabkan satu-satu vitamin itu terurai. Vitamin boleh bekerja pada suhu optimum iaitu suhu badan manusia (dalam 35 darjah celcius), lebih daripada itu, ia mungkin akan musnah. Oleh sebab itu, belum terjamin 100% vitamin-vitamin yg terkandung dalam sesebuah makanan yang dimasak dapat digunakan oleh badan kita.

4Stress (tekanan perasaan, kerja)
Dalam dunia yang serba sibuk dan mencabar, tidak sah jika seseorang itu menghidap tekanan mental. Kehilangan magnesium dan beberapa nutrien penting adalah lumrah dek kerana tekanan perasaan, mental, dan sebagainya.

5Kualiti makanan yang semakin rendah
Kualiti sayur-sayuran (juga buah) yang ada kini mungkin tidak lagi setanding kualitinya berbanding sayur-sayuran yang ditanam (secara organik) beberapa dekad yang lalu. Sayur-sayuran zaman kini terlalu banyak ‘dimanjakan’ dengan bahan-bahan kimia, yang mungkin memusnahkan kualiti nutrien yang terkandung di dalamnya.

6Pencemaran Alam sekitar
Kemodenan dan kepesatan teknologi mengakibatkan alam sekitar kian tercemar berbanding beberapa dekad yang lalu. Saban hari, sistem ketahanan tubuh kita kian terancam, dan micronutrient yang hanya diperolehi daripada makanan sahaja (rujuk no.3 dan no.5) mungkin tidak mencukupi.

7 - Tabiat makan memilih
Terdapat individu yang tidak suka makan sayur, dan hanya bergantung kepada daging dan makanan laut sahaja untuk mendapatkan sumber micronutrient, dan ini tidak mencukupi kerana kebanyakan vitamin dan mineral wujud dalam tumbuh-tumbuhan. Terdapat pula individu yang mengamalkan diet vegetarian (tak makan daging, ayam, telur) dan individu sebegini mungkin tidak mendapat cukup vitamin B12, zinc dan calcium.


8Tahap penyerapan nutrien yang rendah
Tidak semua individu mampu menyerap nutrien dengan baik, terutamanya golongan yang sudah berumur. Supplemen multivitamin membantu dalam memastikan bekalan vitamin dan mineral kepada tubuh badan sentiasa mencukupi.

9Harganya yang murah
Secara purata, sebiji pil multivitamin yang diambil sebiji setiap hari, harganya tidak sampai RM1 pun. Jika anda boleh menghabiskan wang anda dengan sekotak rokok sehari, atau sebungkus Keropok Moni (hari-hari tengok iklan ni di TV), mengapa harus memberikan 1000 alasan untuk membeli multivitamin yang baik untuk kesihatan?

10Role Model kita
Salah satu rahsia mengapa Tun Dr. Mahathir berjaya mengekalkan kesihatan hingga ke usianya sekarang ialah beliau mengamalkan pengambilan 1 pil multivitamin setiap hari (kalau tak salah jenama yang beliau ambil ialah “Shaklee”). (Memang betul pun)



Itulah dia 10 sebab munasabah mengapa kita memerlukan supplemen multivitamin dalam dietary kita. Buat yang sudah memilikinya, bagus, teruskan amalan mengambil 1 pil multivitamin setiap hari. Buat mereka yang belum, apa yang ditunggu lagi? Setiap rakyat Malaysia seharusnya memiliki sebekalan multivitamin dalam beg tangan (buat yang wanita), beg bimbit (buat lelaki tampan dan maskulin), dan beg sekolah (buat adik-adik yang masih belajar). Semua orang harus memilikinya, dan ia tidak terhad untuk mereka yang ingin menurunkan berat badan sahaja!

Thursday, July 14, 2011

KEPENTINGAN MEMAKAN VITAMIN....

Adalah penting bagi ibu untuk mendapat pemakan yang seimbang semasa mengandung. Ini termasuklah dengan memakan buah-buahan, sayuran, bijiran wholegrain, kekacang . Kurangkan memakan makanan yang terlalu masin dan manis, makanan berlemak,dan makanan segera. Walaubagaimanapun, apabila ibu mengalami masalah alahan, muntah-muntah semasa mengandung, adalah sukar untuk mendapat khasiat dari pemakanan sahaja, jadi mengambil vitamin tambahan adalah disarankan.

Secara keseluruhannya,multi vitamin yang baik untuk wanita hamil haruslah mengandungi cukup asid folik, zat besi dan calcium. Asid folik atau vitamin B terdapat dengan banyak dalam makanan seperti kekacang, sayuran hijau, dan makanan bijirin. Asid folik amat penting kepada tumbesaran saraf bayi semasa 3 bulan pertama kerana kekurangan vitamin ini ada dikaitkan dengan kecacatan saraf bayi (neural tube defect). Dengan memakan asid folik diperingkat awal hamil, boleh mengurangkan risiko ini.

Zat besi juga merupakan galian yang penting kerana semasa mengandung, badan kita akan membuat lebih sel-sel darah untuk mempastikan oksigen yang cukup untuk bayi, tetapi zat besi juga penting untuk pembinaan sel darah merah bayi kita. Penyakit anemia (kurang darah) senang terjadi dikalangan mereka yang kerap mengandung dan ia disebabkan oleh kekurangan zat besi kebanyakkannya. Pastikan anda mengetahui tahap hemoglobin anda sebaik sahaja anda hamil.

Asid folik atau folate adalah vitamin B9 yang selalunya dijumpai didalam sayuran hijau, jus buahan dan bijiran. Asid folik diperlukan terutama semasa anda merancang untuk hamil, dan tiga bulan pertama selepas hamil. Ia boleh mengurangkan risiko untuk mendapat anak yang cacat terutamanya kecacatan saraf (NTD) , otak (anencephaly) dan saraf tungjang (spina bifida).

Kajian telah menunjukkan bahawa, kecacatan ini boleh dikurangkan sehingga 70%. Itulah sebabnya sangat penting untuk anda memakan asid foilk semasa hamil. Anenchephaly adalah nama diberikan kapada bayi yang tidak mempunyai tisu otak dan akan mati sejurus selepas ia dilahirkan. Spina bifida pula adalah kecacatan saraf tunjang yang boleh menyebabkan lumpuh, masalah usus, pundi kencing dan kecacatan otak.

Risiko-risiko yang boleh menjurus kepada spina bifida

  • Keluarga yang pernah mengalami NTD
  • Pernah hamil anak yang mengalami NTD
  • Mengambil ubat sawan
  • Kencing manis
Semua wanita yang merancang untuk hamil disarankan untuk mengambil asid folik sekurang-kurangnya 0.4 miligram dan 0.8 miligram sesudah hamil untuk mengurangkan risiko tersebut.

Wednesday, July 13, 2011

PETUA MEMUTIHKAN KULIT MUKA.....

Setiap hari, anda terdedah dengan asap, debu, habuk dan sinaran matahari. Keadaan ini memang tak dapat dielakkan. Sekiranya diabaikan, ia membuatkan kulit menjadi kusam dan kurang bermaya. Terutamanya kulit muka. Anda pasti menyedarinya bila membelek muka di depan cermin.

Risau?? Tentulah risau, kan?

Justeru, kalau anda ingin mengekalkan kulit muka yang putih serta cerah, apakata rawat muka dengan serbuk kopi. Ini kerana serbuk kopi mampu mengembalikan kecerahan kulit anda.

Kalau nak memutihkan satu badan pun boleh amalkan petua memutihkan kulit yang bakal anda ketahui sebentar saja lagi. :-)  

serbuk kopi
Serbuk kopi


Untuk makluman anda, serbuk akan menghasilkan minyak anti-oksidan. Ia berfungsi menghaluskan serta mencerahkan kulit anda.

Jadi, usah tunggu lagi! Sediakan bahan-bahan yang diperlukan;

~ 1/2 kg biji kopi

~ Sedikit minyak zaitun
 

~ Sedikit tepung sengkuang

Caranya;

1. Tumbuk biji kopi sampai halus.

2. Campurkan serbuk kopi dengan minyak zaitun dan tepung sengkuang mengikut kadar yang secukupnya.

3. Kacau kesemua bahan hingga rata.
4. Kemudian, sapukannya pada muka serta seluruh anggota badan anda.

5. Sambil menyapu, gosokkan secara lembut campuran tadi pada tubuh anda.

6. Seterusnya, biarkan ia selama 1 jam. Tujuannya supaya minyak dalam kopi tadi menyerap ke dalam tubuh anda dengan sempurna.

7. Akhir sekali, bilas tubuh anda dengan air yang dicampurkan dengan sedikit garam. Lepas tu anda bolehlah mandi seperti biasa.

Petua ini boleh diamalkan seminggu sekali. Selamat Mencuba!
 

Tuesday, July 12, 2011

AIR yang MAGIC..........

Air oh air. Air sangat penting dalam kehidupan kita sebab tu Allah turunkan air free ja untuk kita. Namun, dah sekarang ni air telah dicemari oleh sisa toksid di udara dan sungai pula jauh, terpaksalah bayar untuk diproses sebelum dapat diminum di rumah. Selain menghilangkan dahaga, air banyak fungsinya lagi. Rugi kalau tak baca.. serius cakap..



1. Weight loss - Siapa2 yang dalam proses berdiet harus makes sure tak berenggang dgn plainwater. Tahukah anda yang AIR adalah alat terbaik untuk menurunkan berat badan. Sebabnya ia dapat menggantikan minuman yang berkalori tinggi seperti soda dan juice. AIR juga bertindak menekankan selera makan anda. Maksudnya begini, dikala anda berasa lapar, yang sebenarnya anda hanya haus. So instead of minum air, anda pergi makan. Cemanalah nak diet. Jadi cukup sekadar minum air okay. Water has no fat, no calories, no carbs, no sugar. Drink plenty to help your weight-loss regimen.

2. Heart healthy - Minum air dalam kadar yang cukup dapat menurunkan risiko serangan penyakit jantung. A six-year study published in the May 1, 2002 American Journal of Epidemiology found that those who drink more than 5 glasses of water a day were 41% less likely to die from a heart attack during the study period than those who drank less than two glasses.

3. Energy - Mengantuk tu tanda kekurangan air. Hakikatnya kekeringan dlm bdn dapat menarik tenaga anda dan membuat anda letih. If you're thirsty, you're already dehydrated and this can lead to fatigue, muscle weakness, dizziness and other symptoms.

4. Headache cure - Lain2 gejala kekurangan air adalah sakit kepala. Ada sebab lain punca2 kita sakit kepala tapi kekeringan/dehydration adalah salah satu punca atau penyebabnya.

5. Healthy skin - Orang kata minum air akan dpt membersihkan kulit dan membuat ianya berseri. Well semua ni bukan dalam satu malam yer tapi cuba dalam seminggu ni consisten minum air dan lihat kesan ke atas kulit anda...jeng jeng jeng...

6. Digestive problems - Sistem penghadaman kita memerlukan air yang cukup untuk digest the food. Water can help cure stomach acid problems, and water along with fiber can cure constipation.

7. Cleansing - Yang ni semua orang tahu lah kan bahawasanya air ni digunakan oleh badan untuk flush out all the toxic @ sampah sarap dari body kita ni kan

8. Cancer risk- Drinking a healthy amount of water has also been found to reduce the risk of colon cancer by 45%. Drinking lots of water can also reduce the risk of bladder cancer by 50% and potentially reduce the risk of breast cancer.

9. Better exercise - Kalau bdn kita kekurangan air, ia akan melambatkan dan merencatkan aktiviti bersenam kita. Semua jadi slow dan susah. Bersenam ni perlukan air tambahan jadi make sure sebelum dan selepas bersenam tu, minum air yang mencukupi yer.

Monday, July 11, 2011

7 Khasiat Pokok Cili Padi....

Siapa suka makan pedas? Tentu sekali cili padi tidak asing bagi anda, kan? Selain cili padi, ia dikenali juga sebagai cili api dan cabai burung. Ramai di antara hanya tahu ia hanya penambah selera dalam masakan. Barulah "kick"!


cili padi atau cili api
Cili Padi - LC Yee's @flickr.com


Namun begitu, rupa-rupanya daun serta akar pokok cili padi ni turut memiliki khasiat tersendiri. Antaranya boleh menyembuhkan bisul, luka, sakit sendisengal-sengal ototbengkak,mengurangkan tekanan darah tinggi serta merawat cirit-birit.



Daun Pokok Cili Padi


Bagi tujuan menyembuhkan bisul dan mengubati luka, anda ambil beberapa helai daun dan tumbuk sampai lumat. Kemudian, tampalkan daun tersebut pada tempat bisul atau luka.

Sekiranya ada yang rasa sengal-sengal otot, sakit sendi ataupun mengalami bengkak; layurkan daun pokok cili padi dan tampal pada tempat yang sakit.

Ulangi langkah tersebut sehingga ia beransur pulih ya.



Akar Pokok Cili Padi


Akarnya dikatakan mampu mengurangkan tekanan darah tinggi serta menghilangkan cirit-birit.

Petuanya - anda ambil dan bersihkan akar pokok cili padi. Kemudian, rebuskan akar tersebut hingga mendidih. Seterusnya, tapiskan air rebusan ke dalam cawan atau gelas. Tunggu ia suam dan minum.


Begitulah sebahagian khasiat pokok cili padi yang sempat saya kongsi dengan anda. Mudah-mudahan ia bermanfaat untuk anda sekeluarga.


Selamat Mencuba!

Sunday, July 10, 2011

MENGAPA WANITA MUDAH SEKALI MENANGIS..........???


Saat Allah ciptakan wanita, Allah membu atnya menjadi sangat utama. Allah ciptakan bahunya, agar mampu menahan seluruh beban dunia dan isinya, walaupun juga, bahu itu cukup nyaman dan lembut untuk menahan kepala bayi yang sedang tertidur.

Allah memberikan wanita kekuatan untuk dapat melahirkan, dan mengeluarkan bayi dari rahimnya, walau seringkali pula, ia kerap berulangkali menerima cerca dari anaknya itu.

Allah memberikan keperkasaan, yang akan membuatnya tetap bertahan, pantang menyerah, saat semua orang sudah putus asa.

Pada wanita, Allah memberikan kesabaran, untuk merawat keluarganya, walau letih, walau sakit, walau lelah, tanpa berkeluh kesah.

Allah memberikan wanita, perasaan peka dan kasih sayang, untuk mencintai semua anaknya, dalam kondisi apapun, dan dalam situasi apapun. Walau, tak jarang anak2nya itu melukai perasaannya, melukai hatinya.
Perasaan ini pula yang akan memberikan kehangatan pada bayi-bayi yang terkantuk menahan lelap. Sentuhan inilah yang akan memberikan kenyamanan saat didekap dengan lembut olehnya.

Allah memberikan wanita kekuatan untuk membimbing suaminya,melalui masa -masa sulit, dan menjadi pelindung baginya. Sebab, bukankah tulang rusuklah yang melindungi setiap hati dan jantung agar tak terkoyak?

Allah memberikan kepadanya kebijaksanaan, dan kemampuan untuk memberikan pengertian dan menyadarkan, bahwa suami yang baik adalah yang tak pernah melukai istrinya. Walau, seringkali pula, kebijaksanaan itu akan menguji setiap kesetiaan yang diberikan kepada suami, agar tetap berdiri, sejajar, saling melengkapi, dan saling menyayangi.

Dan, akhirnya, Allah memberikan wanita air mata agar dapat mencurahkan perasaannya. Inilah yang khusus Allah memberikan kepada wanita, agar dapat digunakan kapanpun ia inginkan. Hanya inilah kelemahan yang dimiliki wanita, walaupun sebenarnya, air mata ini adalah air mata kehidupan".
 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...