KELAB BLOGGER BEN ASHAARI

Followers

Wednesday, June 29, 2011

BaLik KaMPuNg......

Assalamualaikum.......


Dah lama sbnarnya aku tak menulis kat blog aku nie.Yang ader tu aku just copy n paste from my email jer.Nie snarnya aku kt kg.Aku borrow adik aku punya broadband.Sebelum dia membebel lbh truk lg baik aku taip cpat2...haha.Aku balik kg coz esok aku ader ujian bertulis kat KADA.so aku ambil kesempatan balik awal leh rehat skit kat umah.Study tk lagi nie.....lyn blog dulu.Apa yg aku nak jwab esok tak tahu.Moga2 soalannyer senang.Aamiin...Kebetulan aku balik kakak aku yg no.2 msuk hospital coz ader masakah ngan kandungan dia.Doktor kata nak dia dalm kedudukan songsang.Lagipun due dia dah hampir....so doktor quaratinkan dia kat hospital utk rawatan lbh lanjut.Moga2 dia selamat n tak der aper2...Aamiin..Oklah aku stop cni dlu.....lain kali aku tulis lagi panjang2.aku nak g study lu jap....babai....:)

Tuesday, June 28, 2011

17 TiP PengUrUsAn Masa UnTuK IbU Yg SiBuK

Justeru, yang penting adalah bagaimana anda menguruskan kesibukan itu sehingga anda tampil 'tidak sibuk' dan 'teratur'. Pengurusan masa adalah perkara crucial dalam hidup setiap individu. Pengurusan masa yang cemerlang hanyalah pada individu yang cemerlang. Kurangkan merungut, lebihkan tindakan. Tidak ada siapa mampu melakukan semua kerja untuk anda seperti yang anda mahukan.

Jom baca tips ini....:
  1. Buat jadual peribadi.
  2. Jauhkan diri dari memberi dan mencari alasan.
  3. Cut masa untuk bersenang-senang terlampau lama.
  4. Jadikan setiap masa adalah masa untuk berfikir.
  5. Sentiasa rasa kalau tak buat sekarang nanti tak buat-buat dah.
  6. Adakan masa untuk Tuhan, Tuhan akan adakan masa untuk kita.
  7. Kurangkan masa untuk berbual-bual dan memikirkan perkara yang tidak berfaedah.
  8. Kurangkan masa untuk mengeluh, berharap kepada orang, membebel, merungut dan lain-lain perbuatan yang tidak mendatangkan apa-apa kecuali kecewa, letih dan penat.
  9. Sentiasa berusaha untuk challenge diri sendiri.
  10. Anggap setiap halangan yang datang adalah masa untuk berehat, misalnya waktu-waktu anak meragam, komputer rosak, telefon rosak dan sebagainya.
  11. Dapatkan rehat yang optimum, bukan rehat yang melampau.
  12. Bawa sekurang-kurangnya sebuah buku ke mana-mana agar masa yang terluang dapat diisi dengan membaca buku.
  13. Galakkan perbincangan yang berfaedah dengan orang terdekat, terutama pasangan.
  14. Tahu limitation yang kita ada. Kemudian, push to that limit.
  15. Jangan jadikan orang yang tak berjaya sebagai demotivator untuk kita, sebaliknya lihat pada mereka yang sibuk dan berjaya mengurus masa mereka, then belajar dari mereka.
  16. Sentiasa berdoa agar diberi masa dan peluang untuk membuat kebaikan dan kebajikan.
  17. Katakan tiada masa pada perkara-perkara remeh-temeh.

Monday, June 27, 2011

Azan & Kebijaksaan Allah S.W.T.......

Kematian itu pasti menjelma. Hanya masa Dan waktunya yang tidak Kita ketahui.
Coba Kita amati.. Mengapa kebanyakan orang yg nazak, hampir ajal tidak dapat berkata apa-apa..Lidahnya kelu, keras Dan hanya mimik mukanya yang menahan kesakitan ' sakaratulmaut' .Diriwayatkan sebuah hadis yg bermaksud:'Hendaklah kamu mendiamkan diri ketika azan, jika tidak Allah akan kelukan lidahnya ketika maut menghampirinya. 'Ini jelas menunjukkan, Kita disarankan agar mendiamkan diri, jangan berkata apa-apa pun sewaktu azan berkumandang.Sebagai orang beragama Islam Kita wajib menghormati azan Banyak fadhilatnya.Jika lagu Kebangsaan Kita diajar agar berdiri tegak Dan diamkan Diri.Mengapa ketika azan Kita tidak boleh mendiamkan diri?Lantas siapa yang berbicara ketika azan, Allah Akan kelukan lidahnya ketika nazak.Kita takut dengan Kelunya lidah Kita semasa ajal hampir tiba.Maka Kita Tidak dapat mengucap kalimah 'Lailahaillallah. .' yang manasesiapa yang dapat mengucapkan kalimah ini ketika Nyawanya akan dicabut Allah dgn izinNya menjanjikan Syurga untuk mereka.Dari itu marilah kita sama-sama menghormati azan dan mohon kepada Allah supaya lidah ini tidak kelu semasa nyawa kita sedang dicabut.“Ya Allah! Anugerahkanlah kematian kami dengan kematian yang baik lagi mulia,lancarkan lidah kami mengucap kalimah 'Lailahaillallah...' semasa sakaratul maut menghampiri kami...Amin.... amin.. amin Yarobbala'lamin...”Sesuatu yang tak pernah terjangkau di akal fikiran ku ini. Subhanallah...Ketahuilah bahawa pada setiap waktu, ribuan bilal di merata dunia akan mengalunkan azan mengakui'Bahawa Allah Saja Yang Patut Disembah dan Nabi Muhammad Adalah Rasul Allah.'Diawali dengan Indonesia yang terletak dibahagian timur dengan ratusan kepulauan-nya dan jumlah penduduknya sebanyak 180 juta.Sebaik masuk waktu Subuh, Azan mulai berkumandang dari kawasan ini dengan ribuan Bilal yang akan melaungkanKeAgungan Allah S.W.T Dan Nabi Muhammad S.A.W. Proses ini akan bergerak kearah barat kepulauan Indonesia .Perbezaan waktu antara timur dan barat Indonesia adalah 1-1/2 jam. Belum alunan Azan merata Indonesia selesai, dimulai pula di Malaysia .Berikutnya di-Burma dan dalam waktu satu jam selepas Azan dialunkan di-Jakarta, tiba giliran Dacca di Bangladesh.Berikutnya alunanannya akan kedengaran di Calcutta dan terus ke Srinagar dibarat India .Perbezaan waktu dikota-kota Pakistan adalah 40 menit jadi dalam jangka waktu ini, Azan akan berkumandang diseluruh Pakistan.Belum berakhir di-Pakistan, Azan akan bermula pula di Afghanistan dan Muscat. Perbezaan waktu antara Muscat dan Baghdad adalah satu jam.Dalam jangka waktu ini, Azan akan berterusan dilaungkan di UAE, Makkah, Madinah, Yaman , Kuwait dan Iraq .Proses ini berterusan setiap detik sehingga ke pantai timur Atlantik.Jarak masa Azan mula dialunkankan di Indonesia sehingga ke pantai timur Atlantik adalah 9-1/2 jam.Belumpun Azan Subuh berkumandang di pantai Timur Atlantik, Azan Dzuhur kini sudah mula dilaungkan di Indonesia.Ini berterusan bagi setiap waktu sembahyang, tidak putus-putus.Subhanallah, begitu hebat dan agungnya ISLAM!Kalaulah setiap kawasan boleh memasang pembesar suara, akan bergegar satu dunia dengan alunan Azan yang tidak putus-putus.Allahu Akhbar!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...