KELAB BLOGGER BEN ASHAARI

Followers

Saturday, June 18, 2011

AMALAN - AMALAN TERBAIK DALAM HIDUP

AMALAN TERBAIK DALAM HIDUP

 

  1. Sesiapa yang berwuduk saat ingin tidur dan meminta supaya ALLAH berikan kebaikan dunia dan akhirat pasti akan di kabulkan - Tirmizi. Sunat tidur dalam keadaan berwuduk.
  2. Sesiapa yang berselawat tidak kiralah banyak mana hitunganya setiap hari akan dapat keberkatandalam apa jua dengan syarat ia berusaha mencari keredhaanNya.
  3. Sesiapa yang berselawat 41 kali sehari, insyaALLAH, akan dihindarkan daripada sifat tercela seperti hasad dengki, riak dsbnya dalam dirinya.
  4. Berselawat 33 kali sehari dapat menjernihkan hati, mudah memahami akan sesuatu ilmu yang diajarkan, di samping beroleh ketenangan fikiran.
  5. ALLAH akan hapuskan dosa-dosa kecil dengan kita mengamalkan berselawat sebanyak 11 kali tiap kali selesai menunaikan solat fardu.
  6. Sewaktu menghadapi hidangan, Nabi membiasakan diri dengan mengambil makanan yang terdekat, kemudian baru di ambil hidangan yang lainnya sebagai simbolik kesopanan.
  7. Amalkan membaca selawat sebanyak 1000 kali sehari, insyaALLAH akandi kurniakan kebijaksanaan pemikiran. Di samping itu berusahalah untuk menerokai pelbagai ilmu.
  8. Sesiapa yang berniat mandi(untuk solat jumaat) kemudian pakai pakaian terbaik & wangian lalu solat jumaat, dosanya akan diampun hingga jumaat berikutnya-Ahmad.
  9. Sesiapa yang mengamalkan berselawat 11 kali tiap hari, dengan izin ALLAH dirinya akan lebih dihargai oleh orang lain.
  10. Uthman bin Affan riwayatkan bahawa Nabi SAW apabila berwuduk, beliau membasahi janggutnya-Tirmizi
  11. Nabi tidak pernah mencela makanan. Jika baginda suka, dia makan dan sebaliknya beliau tinggalkan-Bukhari. Apatah lagi jika makanan itu pemberian orang lain.
  12. Sahabat meriwayatkan: Aku lihat Nabi SAW makandengan 3 jari(ibu jari telunjuk & tengah)-Muslim. Jarang sekali beliau makan dengan 4 @ 5 jari kecuali ada keperluan
  13. Menurut Sayyid Ahmad dahlan, sesiapa berselawat  walau sekali pada malam jumaat, saat mautnya kelak akan dipermudahkan ALLAH seperti yang dihadapi oleh para nabi
  14. Setiap penyakit ada penawarnya. Bacalah selawat tujuh kali pada air dan minum. InsyaALLAH, perut yang sakit atau memulas akan sembuh
  15. Perbaharui wuduk tiap kali bersolat krn padanya terdapat banyak fadhilat. Hadith: Sesiapa yang berwuduk dalam keadaan suci, ALLAH  catatkan 10 kebaikan baginya-Abu Dawud.
  16. Sesiapa yang mengamalkan membaca selawat tiga kali setiap selepas solat lima waktu akan dihilangkan kebuntuan fikiran dalam menghadapi apa jua masalah
  17. Nabi SAW sering menghadap kekanan sedikit setelah solat berjemaah supaya makmum dapat melihat wajahnya. Sebaiknya imam berzikir dan doa seketika bersama makmum
  18. Allah akan hapuskan dosa-dosa kecil dengan kita mengamalkan beselawat sebanyak 11 kali tiap kali selesai menunaikan solat fardu
  19. Nabi tak makan sambil bersandar-Bukhari. Ertinya, baginda makan dengan duduk condong sedikit ke hadapan bagi elakkan dirinya terlalu kenyang & mudahkan penghadaman
  20. Menurut Syihab Ahmad, sesiapa berselawat tiga kali tiap selesai solat subuh, Maghrib dan isyak, ALLAH akan menghindarkannya drp sebarang bencana
  21. Nabi sering beristinsyaq air kedalam hidung dan menghembuskannya. Selain membersihkan, ia juga mengelakkan sebarang penyakit yang berkaitan dengan hidung
  22. Setelah bersolat Nabi memohon ampun ( astagfirullahalaziim) tiga kali-Muslim. Dalam riwayat yang lain, Nabi adakalanya beristighfar 75 kali sehari
  23. Sesiapa yang amalkan berselawat sebanyak 1000 kali tiap hari, ALLAH akan memeliharanya daripada sebarang ancaman musuh serta bahaya fitnah
  24. Apabila Nabi tidur, ia dahulukan mengiring sebelah kanan - Bukhari. Dari segi kesihatan, cara berkenaan baik untuk jantung (yang berada di kiri badan) mengepam darah
  25. Amalan berselawat secara teratur setiap hari mampu membersihkan kekeruhan jiwa, dipermudahkan ALLAH segala urusan dan mendapat keampunan daripadaNYA
  26. Tika Nabi tidur, ia membaca surah Al-Ikhlas,Al-Falaq dan An-Naas lalu meniup telapak tangan serta menyapu keseluruh tubuh)mohon perlindunganNYA) - Bukhari
  27. Membaca selawat 10 kali pada setiap waktu pagi dan petang akan memperolehi keredhaan serta dijauhkan diri daripada mendapat kemurkaan ALLAH
  28. Wuduk dahulu jika ingin tidur sekalipun dalam keadaan junub. Nabi menyarankan, cukup dengan bersihkan kemaluan dan berwuduk tanpa perlu mandi wajib jika ingin tidur
  29. Munurut As-Shawi, sesiapa yang membaca selawat secara rutin, akan terpelihara hatinya daripada gangguan serta tipudaya syaitan yang melalaikan
  30. Silangkan kaki jika tidur di masjid. Hadith: Sahabat melihatNabi berbaring di masjid dgn satu kakinya atas kaki yang lain (krn bimbang terdedah aurat) - Bukhari
  31. Sesiapa yang membaca selawat sebanyak tujuh kali selama tujuh Jumaat berturut-turut, ia bakal mendapat syafaat (pertolongan) daripada baginda SAW
  32. Adakalanya Nabi SAW amat menyukai doa-doa yang ringkas (mudah) - Abu dawud. Baginda mementingkan kualiti doa itu sendiri dengan sedikit tetapi maknanya yang menyeluruh
  33. Menurut Al-Hafiz Dimyati, sesiapa yang berhajat menemui Nabi SAW dalam mimpinya maka amalkan membaca selawat sebanyak 70 kali sehari
  34. Setelah bersolat Nabi SAW mohon ampun (astagfirullahalaziim) tiga kali - Muslim. Dalam riwayat yang lain, Nabi adakalanya beristighfar 75 kali sehari
  35. Nabi seorang yang berpsikologi dalam memberi nasihat. Nabi memilih waktu yang sesuai untuk menasihati sahabat supaya mereka tidak bosan (atau tersinggung) - bukhari
  36. Ada riwayat yang menyatakan bahawa amalan berselawat 80 kali tiap selepas solat asar pada hari jumaat, insyaALLAH akan dihapuskan dosa-dosa kecil seseorang
  37. Menutup mulut dan rendahkan suara tika bersin. Hadith: Apabila Nabi bersin, beliau letakkan tangan atau pakaiannya dimulut (kerana dibimbangi terpercik) - Abu Dawud
  38. Jiwa yang gelisah dapat ditenangkan dengan zikir, termasuklah berselawat sekerap yang mungkin kerana ALLAH itu Maha Luas rahmatNya
  39. Sabda Nabi SAW: Barangsiapa yang berselawat kepadakusebanyak 100 kali pada hari jumaat, maka ia akan datang pada hari kiamat dengan keadaan bercahaya - Abu Naim
  40. Nabi tidak pernah menolak hadiah. Hadith: nabi selalu terima hadiah & amat menghargainya - Bukhari
  41. Sesiapa yang sering mengamalkan berselawat pada setiap hari, ALLAH akan bukakan pintu rahmat dan rezeki yang tidak disangka-sangka baginya
  42. Selalu memilih yang lebih mudah. Hadith: Mudahkan sesuatu & jangan kamu sukarkannya - Muttafaq Alaih
  43. Berdiri apabila melihat iringan jenazah. Hadith: Apabila kamu sekalian melihat jenazah ( yang diusung), maka berdirilah (sbg tanda penghormatan) - Muttafaq Alaih
  44. Ulamak berpendapat, sesiapa yang amalkan selawat saban hari tak kira berapa hitungannya, InsyaALLAH dihindarkan daripada taun & wabak penyakit berbahaya yang lain
  45. Bersujud syukur jika dapat khabar gembira. Nabi sering melakukannya ketikaberoleh khabar yang menyenangkan sebagai tanda syukur hamba terhadap ALLAH - Abu dawud
  46. Membaca selawat 1000 kali selepas Solat Hajat dua rakaat mampu meenghilangkan keresahan, rasa dukacita serta dikabulkan ALLAH akan hajatnya
  47. Beri salam hingga tiga kali sahaja. Bahawasanya Nabi (apabila mendatangi rumah sahabat) beri salam hingga 3 kali - Bukhari. Jika salamnya tak berjawab, beliau beredar
  48. Menurut para ulamak, sesiapa yang inginkan saat kematiannya dalam kesudahan yang baik, maka berselawatlah seban yak 10 kali setiap selesai solat Maghrib
  49. Melakukan pekerjaan rumah. Hadith: Bantuan terhadap isterimu itu adalah sedekah-Ad-Dailami
  50. Para ulamak berpendapat, ALLAH sempurnakan hajat yang baik dengan senantiasa berselawat 40 hingga 100 kali setiap hari, di ikuti dengan usaha yang berterusan.

Sekilas Pandang..

Vitamin terbahagi kepada dua, larut lemak dan larut air.

Vitamin Larut Lemak - A, D, E, K
Vitamin ini tidak mudah hilang semasa proses memasak dan boleh disimpan oleh badan untuk suatu jangka masa.

Vitamin Larut Air -  B Complex dan C
Vitamin ini mudah rosak dan hilang pada suhu tinggi. Ia tidak disimpan dalam badan jadi perlu diambil setiap hari. Pengambilan harian yang berlebihan akan dibuang oleh badan sebagai bahan kumuh.

Vitamin sangat penting kerana ia tidak seperti ubat yang merupakan dadah. Vitamintidak bertoksid dan selamat. Sebaliknya kebanyakkan ubat adalah bertoksid dan mempunyai kesan sampingan.

Kenapa vitamin lebih baik dari ubat? Sebab prevention is better than cure. Vitamin umpama terapi yang tiada kesan negatif. Berbanding ubat yg diambil selepas kita jatuh sakit, pengambilannya boleh membawa kepada ketagihan, kepergantungan kepadanya dan memakan kos yg tinggi.

Sebenarnya pengambilan vitamin yang berterusan(terapi vitamin) mampu merawat penyakit dan mempercepatkan proses pemulihan. Malah jika ditakdirkan juga kita jatuh sakit, sakitnya tidaklah seteruk jika kita tak amalkan vitamin. Ini kerana badan telah bersedia dan mempunyai daya tahan yg tinggi. Jadi pastikan anda amalkan makanan yang tinggi vitamin dan cuba elakkan makanan yang diproses. Sebabnya makanan yang diproses bukan sahaja mempunyai keberangkalian hilang vitamin dan nutrisinya malah susah dihadam.

 

Thursday, June 16, 2011

7 Langkah Bijak Mengurangkan Gula....

Langkah 6
BACALAH LABEL DAN ELAKKAN PRODUK MAKANAN DAN MINUMAN DI MANA GULA TERSENARAI DIBAHAGIAN AWAL SENARAI RAMUAN.


KENAPA?

  • Peraturan-peraturan Makanan 1985 mewajibkana pelabelan ramuan dalam semua produk makanan.mengikut peraturan ini,senarai ramuan hendaklah disusun mengikut kunatiti, iaitu yg paling bnayak di label sebagai ramuan pertama dan seterusnyer.
  • Semak kandungan gula pada senarai ramuan sesuatu produk makanan.Sekiranya gula tersenarai di bhagian awal senarai ramuan,ini menunjukkkan gula merupakan komponen utama makanan tersebut.
  • Peraturan ini juga mewajibkan pelabelan kandungan gula dalam minuman sedia minum.
Hebatnya buah-buahan.....

  • gula hanya membekalkan kalori tanpa nutrien lain.Mengambil buah-buahan yg mengandungi vitamin dan mineral adalah lbh baik daripada kuih muih yg dtambah gula.
  • Sebiji pisanmg membekalkan 44 kilokalori, 6gram gula dan 2.3gram vitamin C berbanding sebiji kuih manis yg hanya mengandungi tenaga, gula dan lemak.Oleh itu, gantikan pengambilan makanan manis dng buah-buahan.

AkU YaNg BuSy.....:(

Assalamualaikum...selamat petang....

Wah dah bnyak hari aku rasa tak menulis kat blog nie...yg ader aku just copy paste from my email jer.Tak sempat nak menulis coz bnyak sgt kerja yg nak kan settlekan...sampai dah 3 hari apening mkn ubat pon tak mau hilang jgk.Kepala dah pening and panas....sampai tiap2 malm aku bermimpi yg bukan2 n mesti terjag lepas mimpi tu.Aduh...itu yg aku tak nak tu...Nnt bla dah terjaga ssh nak tdor balik.Petang semalam try jgk telan penadol tap tak jln jgk.Just hilang ckit2 jer.Ermm...balik dr mkn A&W  about 11pm...lwt balik sbb tersangkut dalam jem...coz mlm td ada tayangan Piala FA kat Dataran Syahbandar.....1jam tersangkut kat dalam kesesakan.huhuk...Nak buat mcm mana...terengganu menang Piala FA...layann....Dh habis daya aku buat utk hilangkan pening kepala aku nie.Hanya ader satu cara aku tak buat lagi iaitu letak kain basah kat atas dahi...alhamdulillah cra terakhir aku buat tu mendatangkan hasil...n malam td aku blh tdr le lena.Ermm...tp ader 1 masalah lain plk yg timbul ...sakit tenkuklah plk....huhuk....Aku klu tdo lena...mesti nyer aku tak tdr atas bantal...huhuk.....esok sambung lagi citer nie...To be continue.....oklah aku continue balik citer aku yg tergantung nie..ahaha...Semalam hari kedua aku sakit tengkuk..mmg tak blh nak tahan dah skitnyer.Terpaksalah aku g klinik jgk.....Sampai kat klinik n jumpa doktor then doktor tanya ader buat kerja2 berat or main sukan kuat sagt.Aku cakap tak der.Ermm...doktor crap salah tdrlah nie.Aku tanya doktor blh urut tak kat bahagian nie.Doktor tu ckap tak dgalakkan coz kat leher kita tu bnayak pembuluh darah.Aku tak ckap pun kat doktor yg aku pernah urut sendiri bahagian tengkuk aku yg sakit tu.Dalam hati pattlah sakit mkn teruk tak blh urut rupanyer.Huhu.Sori doktor sbb tak ckp tkut doktor marah....aku suka g Klinik Doktor Syed dan Rakan2 coz doktor dia baik,lemah,lembut and ubat dia2 power2...hehe.So, doktor tu bagi 2jenis ubat.Ubat tahan sakit n ubat urat....tp sakit masa terasa lagi walau hari ke-2 mkn ubat.Sakitnyer blh buat aku mcm nak dmm...huhuk..oklah aku stop cni dulu....Lain kali aku tulis panjang2 lagi....Aku tension nie...nak balik kg...bos aku tak der plk nak mtk cuti.Kan aku balh mcm tu dia mrah aku plk...huhuk...Dahla hari ahad nie cuti.....huwaaaa

Tuesday, June 14, 2011

SEgment Bloglist abg terror/Tanah Tumpah Darahku.....

SOALAN

1. Dimana anda dilahirkan?
Machang, Kelantan

2. Dimana anda dibesarkan?
Machang, Kelantan

3. Negeri pilihan anda untuk dimasukkan ke dalam senarai bloglist abgteror.
Kelantan

4. Ceritakan sedikit mengapa anda memilih negeri tersebut.
Negeri tempat aku dlahirkan dan tempat kedua ibubapa aku dlahirkan.Dan dinegeri ini jgk aku akan dsemadikan bila aku sudah tiada nnt.

CREATIVE DESIGN...!













Monday, June 13, 2011

“Aku Tak Nak Gemuk, Aku Nak Kurus!”

Mungkin ada di kalangan anda yang mengalami masalah seperti ini. Bukannya salah jika berlebih berat badan, cuma siapa yang tidak mahu dilihat indah, cantik dan molek pada pandangan orang. Bukankah begitu?
Justeru, bagaimana mahu mencapai berat badan yang ideal sertateknik kawalan berat badan yang sepatutnya dilakukan. Bagaimana ya?

Menurut Mary L. Gavin, MD, terdapat 5 langkah utama yang perlu dilakukan oleh mereka yang ingin mencapai berat badan yang diidamkan. Bukan mereka yang gemuk sahaja ya. Anda dan saya yang kurus ini juga harus melaksanakannya.

1) Aktiviti senaman. Senaman yang ideal haruslah dilaksanakan dengan kadar 3 kali seminggu selama kira-kira 30 minit. Ramai yng beranggpan bahawa perkara ini sudah selalu sangat diwara-warakan. Namun hakikatnya, aktiviti ini amatlah penting untuk mengawal kalori di dalam badan kita. Tanpa senaman yang dilakukan secara teratur, kalori-kalori akan mudah untuk terendap di dalam tubuh dan menyebabkan berat badan terus meningkat. Ubahlah gaya hidup anda mulai hari ini. Tidak semestinya lengkap berpakaian sukan untuk beriadah. Cukuplah berjoging atau berbasikal untuk ke tempat berhampiran, selagi ianya mampu membakar lemak dan kalori.

2) Kurangkan ‘screen time’Kurangkan screen time di sini bermakna anda harus mengurangkan masa anda bersantai-santai di bilik atau pun di dalam rumah. Pendek ceritanya, kurangkan masa menonton televisyen dan di hadapan komputer. Anda akan kurang untuk melakukan aktiviti luar sekiranya masa anda banyak dihabiskn di depan televisyen. Kurangkanlah screen time itu untuk sekitar 2 jam sehari sahaja.

3) Sayuran dan buah-buahan. Ya, sayuran dan buah-buahan bukan sahaja memberikan anda vitamin dan mineral kepada tubuh, bahkan ianya menjadi diet pelengkap kepada tubuh anda. Justeru dengan pengambilan sayur dan buahan yang mencukupi, secara tidak langsung anda akan mendapati bahawa selera makan anda tidak berlebihan. Maka, tiadalah masalah pertambahan berat badan.

4) Jangan tinggalkan sarapan pagi. Ramai di kalangan kita, anda atau sesiapa sahaja yang meninggalkan sarapan pagi semata-mata untuk mengurangkan pengambilan makanan. Ingat, ini adalah salah satu teknik yang salah! Ya, mereka yang meninggalkan pengambilan makanan sarapan pagi akan mudah dan cepat untuk berasa lapar. Dan ini sering mengakibatkan pengambilan makanan yang berlebihan semasa makan tengah hari. Justeru ini akan menyebabkan mereka mengambil nilai kalori yang jauh lebih banyak berbanding nilai yang sepatutnya diambil pada sarapan pagi.

5) Kurangkan minuman bergas. Salah satu faktor kegemukan juga adalah disebebkan amalan pemakanan dan minuman yang salah. Banyakkan pengambilan minuman kosong atau air mineral. Kurangkanlah pengambilan minuman bergas dan bergula.

Ubahlah gaya hidup kita mulai sekarang. Amalkan cara yang hidup yang sihat. Sesiapa yang malas-malas itu, ayuh rajinkan diri. Jadilah manusia yang terbaik untuk diri kita sendiri.

Allah sentiasa membuka ruang dan peluang untuk setiap hambaNya mencapai apa yang dimahukan. Mengapa kita sendiri yang enggan berusaha untuk menggapainya. Rahsia itu sudah pun ada di tangan anda. Ayuh, marilah, apa tunggu lagi!

 

Sunday, June 12, 2011

CREATIVE ART SNAPS...!





















Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...