Selamat datang ke Cik Nor Blog's

Selamat datang ke Cik Nor Blog's

Selamat datang ke Cik Nor Blog's

Monday, May 23, 2011

AWAS - Lelaki menyamar jadi pekerja TNB



 
BANDAR PUTERI JAYA - Seorang suri rumah terpaksa bergelut dengan dua penjenayah apabila mereka menyamar sebagai pekerja Tenaga Nasional Berhad (TNB) untuk membuat pemeriksaan dan penukaran meter yang dikatakan akan diselaraskan ke semua rumah dalam kejadian kira-kira 10 pagi Selasa lalu.

Mangsa, Siti Aishah Murad, 41, dibelasah dengan teruk selain dipijak di bahagian dada dan dicekik oleh dua lelaki sebelum melarikan dua rantai dan gelang emas yang membawa kerugian hampir RM10,000.

Menurutnya, ketika itu dia bersama anak lelaki, Mohamad Nazim Mohd Zubir, 9, baru sahaja masuk ke dalam rumah sebaik selesai kerja menyapu halaman.

"Sebaik keluar dari tandas, saya ternampak seorang lelaki memberi salam dengan memakai pakaian seragam TNB meminta kebenaran masuk ke rumah untuk memeriksa meter.

"Setelah memberi kebenaran untuk masuk ke dalam, lelaki berkenaan meninggalkan motosikalnya di luar rumah dan menyuruh saya membawa bil elektrik serta kad pengenalan untuk diperiksa," katanya.

Siti Aishah berkata, sebaik sahaja keluar semula dengan membawa dokumen yang diminta, datang pula seorang lagi lelaki dengan memakai baju T berwarna kelabu.

"Pekerja TNB ini kemudian menjelaskan bahawa rakannya akan membuat penukaran meter pada sebelah petang sebaik sahaja selesai pemeriksaan," katanya.

Menurutnya, secara tiba-tiba, kedua-dua lelaki berkenaan mengheretnya ke dalam rumah dan memijak dada, mencekik leher dengan kuat dan menyepak bahu kiri dan kanan.

Katanya, pergelutan itu bagaimanapun disedari Nazim yang berada di bahagian dapur.

"Saya meminta Nazim melarikan diri dan menyuruhnya meminta bantuan jiran.

"Mungkin disebabkan takut, kedua-duanya melarikan diri apabila melihat saya tidak bermaya. Namun, ketika itu saya boleh mengejar mereka sehingga ke jalan raya," katanya.

Siti Aishah berkata, jiran hanya menyedari kejadian sebaik sahaja diberitahu anaknya namun, tidak sempat membantu kerana kedua-dua lelaki itu sudah melarikan diri menggunakan motosikal.

Menurutnya, dia mengalami trauma akibat kejadian itu dan sudah membuat pemeriksaan kesihatan di Hospital Sultan Abdul Halim Sungai Petani.

"Saya menasihatkan kepada orang ramai supaya berhati-hati dengan individu tidak dikenali," katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Hashim Ali ketika dihubungi mengesahkan ada menerima laporan mengenai kejadian itu.


AWAS ADA PENCURI MENYAMAR PEGAWAI TNB BERKELIARAN DI KWSN ANDA

Kejadian 2, 3 hari lepas. Kegiatan samun di sekitar SP. Lelaki 20an (2 org) menyamar sebagai staff TNB dgn berjeket TNB, membawa file dan dokumen TNB. Lelaki berkenaan cukup pandai berbahasa dan cuba mencari jalan utk memasuki halaman rumah mangsa dgn beralasan seperti utk memeriksa meter letrik dan sebagainya. Setelah berada di halaman rumah mangsa, lelaki berkenaan akan mencari jln utk memasuki kedlm rumah mangsa seperti menyuruh mangsa mengambil bil TNB, IC dan sebagainya (supaya mangsa masuk ke dlm rumah).

Setelah mangsa berada di dalam rumah, itu adalah kesempatan mereka bertindak ganas. Mangsa target mereka adalah wanita surirumah sepenuh masa. Aktiviti mereka adalah di siang hari sewaktu kebanyakan orang keluar kerja. Sama sama lah berwaspada dan spread this news.

SEgAR DaRi LaDaNg

 Pucuk ubi sarawak, bunga kantan, peria n timun....cili ader gak tp lupa nak mskkan dlm pic nie.hehe
KLu yg ader fb aku gambar nie dah ader kat fb......ahaks

Minggu lps balik kg...sbb dah 2 minggu tak balik.Bkn aper...dah dapt gaji nak kna hulur2lah skit kat mak walaupon tak bnyak.Orang kata gaji kita jgn lupa bgi kat walaupon skit.sbb berkat.Kira aku nie nak mengmbil keberkatanlah.heheAku balik bkn lama pon 1 1/2hr jer.hehe.Balik tgh mak ayah chat ker tak....asyik tel jer tak best gak..tgk face to face bru lah rasa puas.Tak gtu kawan2?Walaupon kejap bnyak benda aku wat dalam masa tu.Tgk gambar kat ats tu lah...aper benda yg aku buat.G masuk kebun mak n ayah past tu kutip aper yg ptt n bawak ke terengganu.Kn dah save skit duit aku tak pyah beli syur utk sminggu.haha.Habis dah ayah bagi green light.....ayah ckp bawaklah....bukan kna bayar pon nak bawak bnyak2.Aku aper lagi kutip lah smua sayur yg berkenan kat mta aku.hehe...tak blh bwak bnyak coz naik bas....ssh nak naik trn bas.faham2 jerlah.....hehe.oklah aku dah chow dulu....tak der idealah nak tulis....ader citer lain aku post lagi k....babai

Sunday, May 22, 2011

Postcard From Gold Coast..........:)

 Ini page depan dia.
Ini yg kawan aku tulis...hehe


Kawan aku yg sorang nie mmg suka jln jauh sorg....aku tak thu naper.May b ader kawan pn tak mampu nak pergi jauh2 dsebabkan masalah kwangan or masalh cuti.Smalah mcm aku...haha...dua2 msalah tu aku yg punya.Dia dah ckap kat aku thun lps lagi , dia nak pergi sambut hari lahir dia kat gold coast....sebb before this dia dah g perth sorang2.So,dia offer aku utk join dia...aku ckp tak perlah kewangan tak mengizinkan.hehe.Sblm dia ke sana ader kawn dia bg cadangan hantar poskad kat diri sendiri n kawan2 kat malaysia.So,aku nie peminat setia blog dia,aku terbaca offer dia saper nak postcard dari sana sila email address sblm dia ke sana.Aku gurau jer komen kat blog dia tp serius mtk address aku.Ermm...aku aper lagi...dngn bangganyer email address aku kat dia.Tunggu punya tunggu ..tak sampai jgk...dalam hati aku kata may b dia tak sempat nak pos kot.Lagi pun bla aku baca blog dia yg dia punya pun tak sampai gak.Aku pun tak tanyalah dia post ker tak...nnt aper plk dia ckp kat aku.Entah macm mana tiba2 aku tergerak hati nak tanya adik aku ader pskad  sampai dr gold coast.Sekali adik aku msg dia ckp ader, dah 2hari sampai tp dia lupa nak ckp kat aku...wah teruja aku dgr dia ckp.Tak sabar nak balik tgk.Akhirnya inilah hasilnyer.Apa2 pon thank a lot to miss anne coz sudi post poscard kat aku.Ko pergi acheh kan?ko tak nak ker post poskad dari acheh plk..ahaks...Ini lah kenangan paling bermakna buat aku...first time terima poskad dr oversea....hehe....hepi belated bestday chinta hati

Saturday, May 21, 2011

7 Langkah Bijak Mengurangkan Gula....

ELAK MENGAMBIL SNEK DAN MINUMAN YG BERGULA DI ANTARA HIDANGAN UTAMA DAN SEBELUM WAKTU TIDUR.
KENAPA???


  • Kajian saintifik telah menunjukkan bahawa pengambilan snek menyebabkan peningkatan penagmbilan tenaga harian.
  • Gula yg terkandung dalam snek merupakan penyumbang dalam peningkatan pengambilan tenaga ini.
  • Snek yg tinggi gula mendorong kepada pengambilan yg berlebihan.
  • Pada label makanan. gula boleh disenaraikan sebagai sukrosa(sucrose),fruktosa(fructose),sorbitol,manitol(mannito),sirap jagung(corn syrup),madu(honey).malt,ekstrak malt(malt extract),maltosa(maltose),ekstrak beras(rice extract),molas(molasses),golden syrup dan inverted sugar.
  • Sekiranya gula tersenarai di bahagian awal senarai ramuan, ini menunjukkan gula merupakan komponen utama makanan tersebut.Jadilah pengguna bijak yg sihat.Produk yg kurang gula,lebih sihat.Buatlah pilihan bijak.Jadilah pengguna yng sihat.

Thursday, May 19, 2011

LAMBORGHINI AVENTADOR...!



ermmm...balalah nak merasa naik kete cam gni.....tak dapat naik kete nie pon tak per ahh asal blh naik kete buatan malaysia  jadilah....hihik














Uji Kekuatan Password Anda


Posted on Monday, May 09 @ 15:00:00 PDT 
Dilulus untuk paparan oleh Juragan
 
ArtikelOleh: blalang

"Artikel semalam berkaitan password (link), mendapat beberapa responder ada yang mengatakan tidak tersenarai dalam list password yang paling selalu digunakan. Baguslah tetapi adakah anda yakin password anda betul-betul selamat dari diceroboh oleh cracker?

Ramai dari pakar sekuriti online mencadangkan password yang baik ialah:

1- Selalu ditukar-tukar. Tapi awas jangan sampai terlupa pula.

2. Menggunakan password kata yang panjang.

3. Menggunakan gabungan huruf capital dan small letter.

4. Menggunakan karakter gabungan alfa-numberik dan simbol-simbol.

Bagaimana kita boleh membuat password yang benar-benar selamat.

Ada satu alat pengukur password online yang bagus yang dapat menunjukkan seberapa kuat password anda

Klik –> Passwordmeter

* Masukkan password yang ingin diuji dalam Password Meter
* Periksa semua saranan untuk menyukarkan dan memantapkan password anda.
* Meter akan menunjukkan jika password menggunakan simbol, angka tengah, huruf kecil, huruf besar bersama dengan panjang password.
* Jika percentage password belum 100% ubah password dengan beberapa tambahan untuk membuatnya kuat iaitu sebesar 100%.

Password meter ini sebagai alat ini dapat digunakan untuk memudahkan penggunaan untuk mengingati password menjadi lebih kompleks. Kebanyakan dari orang membuat password berdasarkan dari data diri sendiri atau hal-hal yang disukai.

Password begini dapat mudah diteka oleh orang lain tetapi jika password berisi dengan berbagai jenis karakteristik seperti huruf besar, huruf kecil serta simbol atau menambahkan nombor yang mudah diingati maka kombinasi tersebut cukup untuk password tidak mudah diteka.

Sebenarnya selain web passwordmeter.com ini, banyak lagi website dan perisian yang anda boleh gunakan untuk menguji kekuatan password anda. Anda boleh googling sendiri.

Semoga bermanfaat.

Posted @ www.isuhangat.net

Wednesday, May 18, 2011

7 Langkah Bijak Mengurangkan Gula....

LANGKAH 3


ELAK ATAU HADKAN PENGGUNAAN GULA DALAM MASAKAN, SEDIAKAN KUIH DAN KEK YG RENDAH KANDUNGAN GULA.
KENAPA?

  • Gula merupakan salah satu ramuan utama dalam masakan seperti kiuh-muih dan kek.Contohnya bagi menyediakan 8 biji chocolate chip cupcakes, sebanyak 100 gram gula diperlukan.Gula tambahan yg terkandung di dalam setiap biji cupcakes adalah 12 grams bersaman 2 1/2 sudu teh gula.
  • Sekiranya 2 biji cupcakes dimakan, gula tambahan yang di ambil adalah sebanyak 5 sudu teh.
  • Pengurangan gula secara berperingkat dalam masakan boleh memnbantu megurangkan pengambila gula.
  • Gula juga dikaitakan dengan pembentukan karies gigi(dental caries).Data dari Kementerian Kesihatan menunjukan kadar karies gigi di kalangan kanak-kanak berumur 5 tahun adalah 76.5% (2005) dan 80.9% dalam kalangan kanak-kanak yg berumur 6 tahun (1997).
  • Setiap kali makanan dan minuman manis diambil, bakteria di dalam palk gigi akan bertindakbalas dengan gula dan menghasilkan asid.Jika dibiarkan asid ini akan mereputkan gigi dan menyebabkan karies gigi.Jadi, amalkan penjagaan kesihatan pergigian yg baik seperti.
  1.   Minum air kosong di antara waktu makan utama.
  2. Berkumur selepas makan.
  3. Berus gigi sekurang-kurangnya 2kali sehari menggunakan ubat gigi berfluorida.
  4. kurangkan penmgambilan makanan dan minuman manis di antara waktu makan.

Resdung Tiada Kaitan 'Ulat'

Dalam satu bilik kecil, seorang pengamal perubatan tradisional mengasapkan wajah seorang pesakit kononnya bagi mengubati pesakit resdung.
"Sekejap lagi kamu akan lihat ulat kecil keluar daripada muka kamu dan itulah ulat yang menyebabkan kamu menghadapi resdung," demikian kata bomoh berkenaan bagi meyakinkan pesakit.
Bagaimanapun, beberapa ketika kemudian, kenyataan bomoh berkenaan benar-benar terjadi. Dari muka pesakit, kelihatan timbul ulat kecil menyerupai hampas kelapa yang dikatakan punca penyakit resdung.
Resdung mungkin menjadi antara penyakit yang popular di negara ini lantaran kaedah rawatannya tidak saja tertumpu di hospital atau pusat perubatan tetapi turut memenuhi kaki lima dan pasar.
Ramai mendakwa mampu mengubati penyakit itu malah menggunakan pelbagai kaedah rawatan yang menghasilkan pelbagai `punca' penyakit itu daripada lendir sehinggalah ulat seumpama hampas kelapa yang keluar daripada pipi pesakit. Tidak ketinggalan juga laporan mengatakan bahawa kaedah digunakan hanyalah penipuan.
Mendengar penerangan Perunding Pembedahan Telinga, Hidung dan Tekak Pusat Perubatan Darul Ehsan (Demc), Dr Abd Razak Rahman Hamzah, mungkin menyebabkan pesakit lebih berhati-hati dan memikirkan kembali kesahihan kaedah rawatan yang digunakan. Tiada kaitan antara ulat yang terhasil di bahagian muka dengan penyakit resdung atau disebut `sinusitis' dalam istilah perubatan malah penyakit itu juga tidak memberi kesan terhadap kulit seperti berlakunya jerawat.

Sinusitis
Beliau berkata, ini disebabkan sinusitis adalah masalah kesihatan yang berlaku pada rongga sinus yang terletak di tengkorak manakala jerawat adalah masalah kesihatan membabitkan kulit.
Sinus adalah rongga yang dipenuhi udara atau kaviti yang terletak di antara tulang muka yang mengelilingi hidung. Ia dibahagikan kepada empat bahagian iaitu Frontal, Sphenoidal, Ethmoid dan Maxillary.
Apabila membran mukos mendapat jangkitan daripada bakteria, virus atau kulat, ia menjadi bengkak seterusnya menghalang pengaliran mukos atau lendir daripada sinus ke dalam hidung dan tekak yang akhirnya mengakibatkan tekanan dan keradangan dalam rongga sinus.
Apabila seseorang mengalami alahan, lapisan yang bertindak sebagai penapis udara di dalam hidung akan membengkak dan menyebabkan pergerakan udara serta pengeluaran cecair tidak berlaku secara normal.
Rongga sinus yang tersumbat berisiko mendatangkan masalah kesihatan kerana bakteria dan kulat mudah membiak di dalamnya serta menghasilkan nanah. Jika jangkitan dibiarkan berlarutan, nanah boleh merebak ke mata sehingga mengakibatkan buta selain merebak ke otak.
Sehubungan itu, seseorang yang menghidapi selesema tetapi tidak sembuh selepas seminggu, mereka mungkin menghidap sinusitis dan perlu mendapatkan rawatan segera.
Rawatan awal iaitu kurang empat minggu, mungkin boleh diubati menggunakan ubat dan antibiotik tetapi jika kronik atau berlarutan melebihi lapan minggu, ia memerlukan pembedahan.

Mengesan Resdung

Tuesday, May 17, 2011

BLOGGER FRIENDS FOREVER (BFF)

a) Siapakah rakan blOgger yg kOrg knal rapat Or baik?
b) Nyatakan blOg sape yg kOrg suke masuk, sllu komen Or lepak?
kerabat astana
c) Lengkapkan slogan.. "Saya layak bergelar seOrang "BlOgger Friends FOrever (BFF)" kerana saya suka komen blog org lain n suka tanya org pasal blog n suka buat perkara kat blog walaupon sy thu ianyer tak btl...:).

4. Sila tag kepada 3 Org blOgger lain n make sure they'Olls tahu yg diOrg ditag..

zaidah
chinta -hati
nashilda

Kepada cik mira n cik diana btl tak apa yg saya buat nie.....hehe.....klu salah jgn marah yer.....:)

7 Langkah Bijak Mengurangkan Gula....

Langkah 2


HAD PENGGUNAAN GULA,SUSU PEKAT MANIS,SUSU ISIAN SEHAT MANIS & KRIMER MANIS KPD 1 SUDU TEH SAHAJA UNTUK SETIAP CAWAN MINUMAN.


kenapa?

  • Berdasarkan Kajian Pengambilan Makanan di kalangan Orang Dewasa Malaysia 2002/2003 pengambilan gula yg ditambah dalam minuman di kalangan orang dewasa ialah sebanyak 7 sudu teh sehari.

  • Rakyat malaysia berkemungkinan tidak boleh menerima minuman yg langsung tidak dtambah gula atau susu pekat manis.Oleh itu, pengurangan secara berpeingkat kpd 1 sudu teh gula atau pekat manis adalah lebih mudah diterima masyarakat.

  • Tinjauan Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan (National Health and Morbiditty Survey,NHMS III), 2006 mendapati 29.1% orang dewasa di Malaysia berlebihan berat badan manakala 14.0% pula obes.Ini telah menunjukan peningkatan berbanding NHMS II, 1996 iaitu masing2 16.0%(berlebihan berat badan) dan 4.0%(obes).

  • Obesiti dan berlebihan berat badan meningkatkan risiko mendapat pelbagai jenis penyakit kronik seperti diabetes, drah tinggi dan sakit jantung.

  • Prevalen pesakit diabetes dalam kalangan penduduk yang berumur lebih daripada 30 thn telah meningkat daripada 8.3% pada tahun 1996 (NHMS II) kepada 14.9% pada tahun 2006 (NHMS III).

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...