KELAB BLOGGER BEN ASHAARI

Followers

Saturday, May 21, 2011

7 Langkah Bijak Mengurangkan Gula....

ELAK MENGAMBIL SNEK DAN MINUMAN YG BERGULA DI ANTARA HIDANGAN UTAMA DAN SEBELUM WAKTU TIDUR.
KENAPA???


  • Kajian saintifik telah menunjukkan bahawa pengambilan snek menyebabkan peningkatan penagmbilan tenaga harian.
  • Gula yg terkandung dalam snek merupakan penyumbang dalam peningkatan pengambilan tenaga ini.
  • Snek yg tinggi gula mendorong kepada pengambilan yg berlebihan.
  • Pada label makanan. gula boleh disenaraikan sebagai sukrosa(sucrose),fruktosa(fructose),sorbitol,manitol(mannito),sirap jagung(corn syrup),madu(honey).malt,ekstrak malt(malt extract),maltosa(maltose),ekstrak beras(rice extract),molas(molasses),golden syrup dan inverted sugar.
  • Sekiranya gula tersenarai di bahagian awal senarai ramuan, ini menunjukkan gula merupakan komponen utama makanan tersebut.Jadilah pengguna bijak yg sihat.Produk yg kurang gula,lebih sihat.Buatlah pilihan bijak.Jadilah pengguna yng sihat.

Thursday, May 19, 2011

LAMBORGHINI AVENTADOR...!



ermmm...balalah nak merasa naik kete cam gni.....tak dapat naik kete nie pon tak per ahh asal blh naik kete buatan malaysia  jadilah....hihik














Uji Kekuatan Password Anda


Posted on Monday, May 09 @ 15:00:00 PDT 
Dilulus untuk paparan oleh Juragan
 
ArtikelOleh: blalang

"Artikel semalam berkaitan password (link), mendapat beberapa responder ada yang mengatakan tidak tersenarai dalam list password yang paling selalu digunakan. Baguslah tetapi adakah anda yakin password anda betul-betul selamat dari diceroboh oleh cracker?

Ramai dari pakar sekuriti online mencadangkan password yang baik ialah:

1- Selalu ditukar-tukar. Tapi awas jangan sampai terlupa pula.

2. Menggunakan password kata yang panjang.

3. Menggunakan gabungan huruf capital dan small letter.

4. Menggunakan karakter gabungan alfa-numberik dan simbol-simbol.

Bagaimana kita boleh membuat password yang benar-benar selamat.

Ada satu alat pengukur password online yang bagus yang dapat menunjukkan seberapa kuat password anda

Klik –> Passwordmeter

* Masukkan password yang ingin diuji dalam Password Meter
* Periksa semua saranan untuk menyukarkan dan memantapkan password anda.
* Meter akan menunjukkan jika password menggunakan simbol, angka tengah, huruf kecil, huruf besar bersama dengan panjang password.
* Jika percentage password belum 100% ubah password dengan beberapa tambahan untuk membuatnya kuat iaitu sebesar 100%.

Password meter ini sebagai alat ini dapat digunakan untuk memudahkan penggunaan untuk mengingati password menjadi lebih kompleks. Kebanyakan dari orang membuat password berdasarkan dari data diri sendiri atau hal-hal yang disukai.

Password begini dapat mudah diteka oleh orang lain tetapi jika password berisi dengan berbagai jenis karakteristik seperti huruf besar, huruf kecil serta simbol atau menambahkan nombor yang mudah diingati maka kombinasi tersebut cukup untuk password tidak mudah diteka.

Sebenarnya selain web passwordmeter.com ini, banyak lagi website dan perisian yang anda boleh gunakan untuk menguji kekuatan password anda. Anda boleh googling sendiri.

Semoga bermanfaat.

Posted @ www.isuhangat.net

Wednesday, May 18, 2011

7 Langkah Bijak Mengurangkan Gula....

LANGKAH 3


ELAK ATAU HADKAN PENGGUNAAN GULA DALAM MASAKAN, SEDIAKAN KUIH DAN KEK YG RENDAH KANDUNGAN GULA.
KENAPA?

  • Gula merupakan salah satu ramuan utama dalam masakan seperti kiuh-muih dan kek.Contohnya bagi menyediakan 8 biji chocolate chip cupcakes, sebanyak 100 gram gula diperlukan.Gula tambahan yg terkandung di dalam setiap biji cupcakes adalah 12 grams bersaman 2 1/2 sudu teh gula.
  • Sekiranya 2 biji cupcakes dimakan, gula tambahan yang di ambil adalah sebanyak 5 sudu teh.
  • Pengurangan gula secara berperingkat dalam masakan boleh memnbantu megurangkan pengambila gula.
  • Gula juga dikaitakan dengan pembentukan karies gigi(dental caries).Data dari Kementerian Kesihatan menunjukan kadar karies gigi di kalangan kanak-kanak berumur 5 tahun adalah 76.5% (2005) dan 80.9% dalam kalangan kanak-kanak yg berumur 6 tahun (1997).
  • Setiap kali makanan dan minuman manis diambil, bakteria di dalam palk gigi akan bertindakbalas dengan gula dan menghasilkan asid.Jika dibiarkan asid ini akan mereputkan gigi dan menyebabkan karies gigi.Jadi, amalkan penjagaan kesihatan pergigian yg baik seperti.
  1.   Minum air kosong di antara waktu makan utama.
  2. Berkumur selepas makan.
  3. Berus gigi sekurang-kurangnya 2kali sehari menggunakan ubat gigi berfluorida.
  4. kurangkan penmgambilan makanan dan minuman manis di antara waktu makan.

Resdung Tiada Kaitan 'Ulat'

Dalam satu bilik kecil, seorang pengamal perubatan tradisional mengasapkan wajah seorang pesakit kononnya bagi mengubati pesakit resdung.
"Sekejap lagi kamu akan lihat ulat kecil keluar daripada muka kamu dan itulah ulat yang menyebabkan kamu menghadapi resdung," demikian kata bomoh berkenaan bagi meyakinkan pesakit.
Bagaimanapun, beberapa ketika kemudian, kenyataan bomoh berkenaan benar-benar terjadi. Dari muka pesakit, kelihatan timbul ulat kecil menyerupai hampas kelapa yang dikatakan punca penyakit resdung.
Resdung mungkin menjadi antara penyakit yang popular di negara ini lantaran kaedah rawatannya tidak saja tertumpu di hospital atau pusat perubatan tetapi turut memenuhi kaki lima dan pasar.
Ramai mendakwa mampu mengubati penyakit itu malah menggunakan pelbagai kaedah rawatan yang menghasilkan pelbagai `punca' penyakit itu daripada lendir sehinggalah ulat seumpama hampas kelapa yang keluar daripada pipi pesakit. Tidak ketinggalan juga laporan mengatakan bahawa kaedah digunakan hanyalah penipuan.
Mendengar penerangan Perunding Pembedahan Telinga, Hidung dan Tekak Pusat Perubatan Darul Ehsan (Demc), Dr Abd Razak Rahman Hamzah, mungkin menyebabkan pesakit lebih berhati-hati dan memikirkan kembali kesahihan kaedah rawatan yang digunakan. Tiada kaitan antara ulat yang terhasil di bahagian muka dengan penyakit resdung atau disebut `sinusitis' dalam istilah perubatan malah penyakit itu juga tidak memberi kesan terhadap kulit seperti berlakunya jerawat.

Sinusitis
Beliau berkata, ini disebabkan sinusitis adalah masalah kesihatan yang berlaku pada rongga sinus yang terletak di tengkorak manakala jerawat adalah masalah kesihatan membabitkan kulit.
Sinus adalah rongga yang dipenuhi udara atau kaviti yang terletak di antara tulang muka yang mengelilingi hidung. Ia dibahagikan kepada empat bahagian iaitu Frontal, Sphenoidal, Ethmoid dan Maxillary.
Apabila membran mukos mendapat jangkitan daripada bakteria, virus atau kulat, ia menjadi bengkak seterusnya menghalang pengaliran mukos atau lendir daripada sinus ke dalam hidung dan tekak yang akhirnya mengakibatkan tekanan dan keradangan dalam rongga sinus.
Apabila seseorang mengalami alahan, lapisan yang bertindak sebagai penapis udara di dalam hidung akan membengkak dan menyebabkan pergerakan udara serta pengeluaran cecair tidak berlaku secara normal.
Rongga sinus yang tersumbat berisiko mendatangkan masalah kesihatan kerana bakteria dan kulat mudah membiak di dalamnya serta menghasilkan nanah. Jika jangkitan dibiarkan berlarutan, nanah boleh merebak ke mata sehingga mengakibatkan buta selain merebak ke otak.
Sehubungan itu, seseorang yang menghidapi selesema tetapi tidak sembuh selepas seminggu, mereka mungkin menghidap sinusitis dan perlu mendapatkan rawatan segera.
Rawatan awal iaitu kurang empat minggu, mungkin boleh diubati menggunakan ubat dan antibiotik tetapi jika kronik atau berlarutan melebihi lapan minggu, ia memerlukan pembedahan.

Mengesan Resdung

Tuesday, May 17, 2011

BLOGGER FRIENDS FOREVER (BFF)

a) Siapakah rakan blOgger yg kOrg knal rapat Or baik?
alongxp
b) Nyatakan blOg sape yg kOrg suke masuk, sllu komen Or lepak?
kerabat astana
c) Lengkapkan slogan.. "Saya layak bergelar seOrang "BlOgger Friends FOrever (BFF)" kerana saya suka komen blog org lain n suka tanya org pasal blog n suka buat perkara kat blog walaupon sy thu ianyer tak btl...:).

4. Sila tag kepada 3 Org blOgger lain n make sure they'Olls tahu yg diOrg ditag..

zaidah
chinta -hati
nashilda

Kepada cik mira n cik diana btl tak apa yg saya buat nie.....hehe.....klu salah jgn marah yer.....:)

7 Langkah Bijak Mengurangkan Gula....

Langkah 2


HAD PENGGUNAAN GULA,SUSU PEKAT MANIS,SUSU ISIAN SEHAT MANIS & KRIMER MANIS KPD 1 SUDU TEH SAHAJA UNTUK SETIAP CAWAN MINUMAN.


kenapa?

  • Berdasarkan Kajian Pengambilan Makanan di kalangan Orang Dewasa Malaysia 2002/2003 pengambilan gula yg ditambah dalam minuman di kalangan orang dewasa ialah sebanyak 7 sudu teh sehari.

  • Rakyat malaysia berkemungkinan tidak boleh menerima minuman yg langsung tidak dtambah gula atau susu pekat manis.Oleh itu, pengurangan secara berpeingkat kpd 1 sudu teh gula atau pekat manis adalah lebih mudah diterima masyarakat.

  • Tinjauan Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan (National Health and Morbiditty Survey,NHMS III), 2006 mendapati 29.1% orang dewasa di Malaysia berlebihan berat badan manakala 14.0% pula obes.Ini telah menunjukan peningkatan berbanding NHMS II, 1996 iaitu masing2 16.0%(berlebihan berat badan) dan 4.0%(obes).

  • Obesiti dan berlebihan berat badan meningkatkan risiko mendapat pelbagai jenis penyakit kronik seperti diabetes, drah tinggi dan sakit jantung.

  • Prevalen pesakit diabetes dalam kalangan penduduk yang berumur lebih daripada 30 thn telah meningkat daripada 8.3% pada tahun 1996 (NHMS II) kepada 14.9% pada tahun 2006 (NHMS III).

Monday, May 16, 2011

SeMaLam yG PenaT

Assalamualaikum......
Inilah rutin harian aku klu tak benda nak buat or malas nak buat kerja.Updates blog jerlah kerja aku...samada org nak baca ker tak terpulanglah.Hari nie nak citer yang smalam punya coz semalam punya citer tak sempat nak updates coz pnat sagt.Semalam...pg2 g ofis consultant...aper lagi kna kmas ofis dialah...igt skit jer tak kmas rupanya banyak...Aduss penat dah satu stage kat ctu.Ermm...hampir 2 jam gak dok kt ofis consultant....balik ofis tgk bos dah masuk...apa lagi gumbira n riang bkn kepalanglah sebb bos bawak gaji...Alhamdulillah....dapt gaji dah....walaupon lwt.
 Inilah muffin raisin tu!!
  Nie pula muffins coklat....:)
 Masa tgh wat kerja bos mtk highlight...aku cakap tak der dok ngn engineer aku.Aduss...bos srh aku g kedai alattulis beli highligt  n alattulis.Aku iyerkan ajer....huhu.After lunch break aku g servis motor....hampir 1jam gak dok kat kdai motor tu.Siap servis motor trus g kdai alat tulis kat Gong Badak.Ermm...g beli highlight n pen lah....masa nak park motor nampak majalah mingguan wnita baru..Mula2 tu g tgk2 gak cover saper.Fikir punya fikir....lain kali jer lah beli...Jimat kos.haha.Tiba2 lalu dpn kdai kek...tiba2 jer perut rasa nak mkn kek...tgk2 punya tgk terus berkenan kat muffins.Igt murah harga dia leh tahan jgklah RM1.60 satu.Aku sapu 4 biji muffins.2 coklat n 2 raisin.Nasib sedap klu tak sedap mampus aku tak beli sampai bla2.Td ckap nak jimat kos tp bla dah nampak muffins tak derlah nak jimatnyer.4 biji skali sapu...haha.Excited sgt balik ofis sbb dah dpt muffins.hihik.sampai ofis check balik lah highlight yg aku beli td, satu kuning n satu pink.Aduh...mlasahlah plk yg warna kuning rosak n expired dah.Terpaksa kna kuar balik g tukar.Klu tak tukar trus nnt takut tak blh tkar plk bila g keesokannyer.Dah jd dua kali kerja...tak tgk sgt dulu sblm beli.Ermm...penat jgn ckaplah...tahap nak pengsan.Hanya Allah yg thu.Moral of the story lain kali check dulu klu nak beli aper2 barang.Kan dah rugi masa dan tenaga.huhuk.

SELAMAT HARI GURU.....

Lagu ni aku tujukan khas buat kawan-kawan aku yg bergelar pendidik especially buat Dermalina Othman,Rosnani Muhamad,Azliana Hartiny Abdul Aziz,Wan Azmawati Wan Yusof,Noridayu Hassan,Siti Salwani Mohamad,Zalina Abdul Rahman,Faizah Nor,Izyan Suziyana,Siti Syamimah, Mazaina Sa dan smua Guru-guru d Malaysia.Selamat berbakti kepada anak bangsa tercinta dgn penuh tanggungjawab dan ikhlas......


*kpd yg tdk dsebutkan nama d atas maaf banyak2 terlupa nama*

Sunday, May 15, 2011

Jawapanyer.....

5 tarikh penting
Tarikh lahir akulah
Tarikh lahir ma n ayah aku
Tarikh lahir adik-beradik aku
Tarikh lahir(ehem2....klu ader la)
Tarikh lesen memandu meningggal ....:)

5 perkara yg dbuat semalam
Buat kerja ofis
Updates blog
Updates twitter
Lyn msg tel
Masak utk mkn mlm

5 perkara yang buat korang gumbira
Dapat gaji
Dapat hadiah dr yg tersayang...(klu ader bf)
My family semuanya chat
Dapat cuti panjang
G bercuti tenangkan fikiran

5 sebb jawab soalan
Org dah tag jawab jer la
Sy org yg terplih
Terasa dhargai
Mcm artisla plk nak kna jwab soalan
Takut kecik hati alongxp

JANGAN MENCARI TERLALU "SEMPURNA"

Jika kamu memancing ikan……     
Setelah ikan itu terlekat di mata kail……     
Hendaklah kamu mengambil ikan itu……     
Janganlah sesekali kamu LEPASKAN   ia semula kedalam air begitu sahaja…….     
Kerana ia akan SAKIT   oleh kerana bisanya……     
Ketajaman mata kail kamu & mungkin ia akan MENDERITA   selagi ia masih hidup……     

Begitulah juga……     

Setelah kamu memberi banyak PENGHARAPAN kepada seseorang ……     
Setelah ia mulai MENYAYANGI kamu……     
Hendaklah kamu MENJAGA hatinya……     
Janganlah sesekali kamu terus MENINGGALKANNYA begitu saja……     
Kerana dia akan TERLUKA oleh kenangan bersamamu……     
dan mungkin TIDAK dapat MELUPAKAN segalanya selagi dia masih mengingati kamu……     

Jika kamu MENADAH air biarlah berpada……     
Jangan terlalu berharap pada takungannya dan menganggap ia begitu teguh……     
Cukuplah sekadar untuk KEPERLUANMU sahaja……     
Kerana apabila ia mulai RETAK  ….tidak sukar untuk kamu menampal dan memperbaikinya semula……     
Dan bukannya terus dibuang begitu sahaja……     

Begitulah  juga……     

Jika kamu sedang memiliki seseorang….  TERIMALAH   dia seadanya……     
Janganlah kamu terlalu mengaguminya dan mengganggapkan dia begitu istimewa……     
Anggaplah dia manusia biasa……     
Kerana apabila dia melakukan KESILAPAN  …. tidaklah sukar untuk kamuMEMAAFKANNYA   dan MEMBOLEHKAN   hubungan kamu akan TERUS   hingga ke akhir hayat     
Dan bukannya MENGHUKUMNYA dan   MENINGGALKAN dia begitu sahaja kerana  kamu merasa terlalu kecewa dengan sikapnya     
Lalu semuanya akan menjadi TERHENTI begitu sahaja……     

Jika kamu MEMILIKI sepinggan nasi……     
Yang kamu pasti baik untuk diri kamu……     
Yang MENGENYANGKAN   dan BERKHASIAT  ……     
Mengapa kamu berlengah lagi? Cuba mencari makanan yang lain……     
Kerana terlalu ingin mengejar KELAZATAN  ……     
Kelak, nasi itu akan BASI   sendiri dan kamu sudah tidak boleh menikmatinya lagi……     
Kamu akan MENYESAL  ……     

Begitulah juga……     

Jika kamu telah bertemu dengan seorang INSAN  ……     
Yang kamu pasti boleh membawa KEBAIKAN kepada dirimu……     
MENYAYANGIMU 
 ….  MENGASIHIMU  ….dan MENCINTAIMU  ….     
Mengapa kamu berlengah lagi? 
Cuba MEMBANDINGKANNYA   dengan yang lain……     
Terlalu mengejar KESEMPURNAAN  ……     
Kelak, dia akan BERJAUH HATI   dan kamu akan KEHILANGANNYA   apabila dia menjadi milik orang lain……     
Kamu juga yg akan MENYESAL   dan tidak ada gunanya lagi……     

Oleh itu janganlah kita terlalu mengejar KESEMPURNAAN   kerana ia bukanlah faktor utamaKEBAHAGIAAN   yang sempurna, sedangkan jika kita boleh memaafkan KESILAPAN   orang yang kita sayang dan akur dengan KELEMAHANNYA   sebagai manusia biasa sertaBERSYUKUR   dengan apa yang kita sudah MILIKI  …kita akan BAHAGIA, BAHAGIA   dan terus BAHAGIA  …itu lebih BERMAKNA  !     

“Begitu hidup ini tiada yang abadi yg patah Kan tumbuh yang hilang Kan berganti, namun yang berganti tidak mungkin sama seperti yang hilang”

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...