KELAB BLOGGER BEN ASHAARI

Followers

Saturday, May 14, 2011

Jgn jadi seorang yg ego...

MALAM TADI KAMU DAN KAWAN BAIKMU BERTENGKAR.

KAMU MEMBUAT KEPUTUSAN TAK MAHU BERCAKAP DGNNYA KEESOKAN HARINYA.

DIA SENYUM KEPADAMU.SEBALIKNYA KAMU MENGETAP GIGIMU KPDNYA.

DIA MENCERITAKAN PERKARA YG BAIK TENTANG KAMU KPD KWAN2NYA YG LAIN.

KAMU PULA MENYEBARKAN KHABAR ANGIN MENGENAINYA.

DIA CUBA MENDEKATIMU DAN MENEGURMU.

TAPI KAMU TOLAKNYA KE TEPI.

BAGINYA KAMU SEORG KAWAN YG TERBAIK.

KAMU PULA RASA DIA SEORG KAWAN YG PALING TERUK PERNAH KAMU JUMPA.

DIA PUN MENULIS NOTA KPDMU DAN MENCERITAKAN SEMULA KENANGAN MANIS YG
PERNAH KAMU DAN DIA KONGSI BERSAMA.

KAMU PULA MENULIS SEMUA SAAT BURUK YG KAMU INGAT SEPANJANG BERSAMANYA.



JAUH DI SUDUT HATIMU KAMU MENGASIHANINYA. TAPI DI HATIMU SUDAH PENUH
DGN
KEBENCIAN.

KEESOKAN HARINYA KAMU JUMPA SATU NOTA DRPDNYA:

DEAR________ _,
SAYA CUBA MEMBERITAHU KAMU SEMLM TAPI KAMU TAK BERI PELUANG UTK SAYA
BERCAKAP. SAYA CUBA BERITAHU KAMU BERITA GEMBIRA TAPI KAMU TAKUT UTK
MENDENGARNYA. SAYA CUBA UTK SENYUM KPDMU TAPI KAMU SAMBUT SENYUMAN SAYA
DGN KEBENCIAN. SKRG NI KEADAAN SAYA SGT TERUK DAN MAKIN TERUK.

SAYA MINTA MAAF SBB HARI NI SAYA TAK DPT BERJUMPA DGN KAMU.
SAYA TULIS SURAT SEMASA SAYA DI HOSPITAL.SAYA SUDAH KESUNTUKAN MASA.
SAYA MINTA MAAF SBB TERPAKSA BERITAHU KAMU SKRG.
SAYA MINTA MAAF ATAS PERGADUHAN KITA,KAMU MMG SEORG KAWAN YG HEBAT.
SAYA JANJI SAYA AKAN SENTIASA MEMERHATIKAN KAMU.

SALAM KASIH
 SAYANG,

____________ ____

KAMU PUN BERLARI KE HOSPITAL UTK MEMINTA MAAF PDNYA.

TAPI HANYA IBUNYA SAJE YG ADA DI SITU.

IBUNYA MENEKAP MUKANYA DGN KEDUA BELAH TGNNYA.

DAN DIA PUN MENANGIS.DIA MELUTUT DAN BERDOA SUPAYA TUHAN KEMBALIKAN
ANAKNYA.



KAMU SUDAH TERLAMBAT.
KAMU BERHARAP DPT BERITAHU KAWANMU YG KAMU MINTA MAAF DAN UCAPKAN
SELAMAT TINGGAL. 

PENGAJARANNYA: 


SEMUA KAWAN ADA MASA NAIK DAN TURUN.DAN KADANGKALA KAMU PERLU MEMINTA
MAAF.JGN TUNGGU ORG LAIN MELAKUKANNYA DULU.SBB KAMU TAKKAN TAHU APE
AKAN
TERJADI ESOK HARI.

KALAU KAMU BENAR2 SYGKAN KAWANMU DAN SANGGUP BERKAWAN HINGGA NAFAS
TERAKHIR,TOLONG FORWARDKAN EMAIL INI DAN TUNJUKKAN PDNYA YG KAMU
BENAR2
MEMPUNYAI HATI DAN PERASAAN.

KAMU MASIH BERHATI PERUT JIKA KAMU FWRDKAN EMAIL INI PD SEORG SHJ. TAPI
JIKA KAMU TIDAK BUAT BEGITU, BOLEH KATAKAN YG BILA KAMU PERLUKAN
PERTOLONGAN, TIADA SIAPA YG AKAN MEMBANTU KERANA KAMU TIDAK MENGINGATI
SURAT INI.

I'M THANKFUL U'RE MY FREN! 




Ermmm....1 1/2 hari blog tak log in......????

Assalamualaikum....selamat pagi semua.....


Alhamdulillah.....hari nie dah blh updates citer baru kat blog.Dah 1hari lbh tk blh nak log in tahu knapa.May be dia punya owner blogger menaiktaraf dia punya sistem  perkhidmatan kot.ingt aku sorg jer tak blh updates status tp klu tgk org lain pun sama.Hehe...Kira adil lah..Sebenarnya....aku tak tahu nak tulis aper nie....huhuk....ok jap....aku nak upload something may be leh jga dkongsi bersama.Nie bukan iklan pencuci pakaian tau just nak tanya opinion korang mana yang lebih jimat bla menggunakanyer.


 Cecair pencuci tanpa pelembut
Cecair pencuci dengan pelembut

Sebelum nie aku guna cecair pencuci yng kat atas tu....tp kna beli pelembut lain plk....walaupon cecair tu dah berbau wangi.Kiranya kna tambah duit ain plk ler untuk pelembutnyer.Klu cecair pencuci yg kat atas tu Harganyer RM6.00(refill punya)  then kna bli pelembut  hrga dia RM4.00(refill punya) dah jadi RM10.00.Klu guna cecair pencuci yg dah ader pelembut lagi jimat aku rasa....yg nie only RM9.00 jer.2 in 1....sekali rendam trus blh cuci n tak payah tunggu berjam2 nak dilembutkan lagi....hehe.So....apa pun pendapat korang jagn lupa komen kat bawah nie.JImat duit n jimat masa itulah pilihan masa kini.Aku stop cni dulu lain kali ku karang panjang2 lagi...babai....:)

Wednesday, May 11, 2011

Peminatku.....sdah bertambah......:)

Assalamualaikum.....
Ermm...hepi2 sgt2.....boring wat kerja try belek2 blog kot ader yg sudi komen blog aku yg tak seberapa nie.Ermm....belek punya belek tgk ader follower baru.tgk gambar kecik mcm pernah tgk...bla view nama mmg sah knal sgt2.Untie Ram Dar.....igt kat fb jer jd member....kat blog pon nak jd member gak....Apa2 pon tq untie coz sudi folllow blog saya yang tak sebrapa nie.Untie...sya akan slalu lawat blog auntie nnt .InsyaAllah....kepada blogger2 dluar sana tu jgn lupa jenguk2lah blog2 yang baru nie.Klu ader idea yg canggih manggih tu jagn lupa share yer.Saling bertukar2 ilmu tak salah kan?oklah nak sambung wat kerja balik....ptg nie saya updates yg lain plk....babai

Korang percaya tak???

Korang baca email nie n korang nilailah sendiri btl atau tdak......:(

 Kpd yg menerima email yg mcm ni jgn cepat terpedaya. Ini Spam!

----- Forwarded Message ----
From: Rohayu Binti Abdul
Sent: Mon, March 21, 2011 8:21:54 PM
Subject: Assalamualikum

Assalamualikum...

Saya Puan Siti Rohayu Binti Abdul Razak dari Malaysia. Saya seorang janda yang kematian suami dan tidak mempunyai anak, Saya berkahwin dengan Mohd Aminuddin Bin Muhammad Abas yang bekerja sebagai Jurutera dengan Kedutaan Besar Malaysia di United Kingdom selama dua belas tahun dan bersara sebagai pedagang minyak sebelum meninggal dunia pada tahun 2006 yang lalu. Selepas kematian suami, saya mengambil keputusan untuk tidak berkahwin lagi atau mengambil anak angkat.

Saya berjuang melawan kanser payudara selama tiga tahun selepas kematian suami. Dia meninggal dunia setelah koma selama dua minggu selepas terbabit dalam kemalangan jalan raya. Baru-baru ini, doktor peribadi saya berterus terang dan mengatakan bahawa saya tidak akan dapat bertahan lama, dan mungkin hanya dapat bertahan dua bulan sahaja kerana penyakit kanser yang saya deritai sekarang.

Saya mempunyai deposit $1.3 Juta US Dollar (Satu Juta Tiga Ratus Ribu Dolar Amerika Syarikat) dengan Bank di UK. Saya berhajat untuk menggunakan wang tersebut untuk membantu mereka yang memerlukan di sini. Secara ringkas saya ingin menggunakannya untuk membantu mereka yang memerlukan dan sebagai tanggugjawab sesama manusia dan saudara sesama Islam. Saya mengambil keputusan ini kerana saya tidak mempunyai anak yang akan dapat mewarisi wang ini dan ibubapa saya juga sudah meninggal dunia sebelum kematian suami saya. Saya tidak mempunyai adik beradik kerana saya adalah anak tunggal di dalam keluarga. Saya tidak percaya pada saudara mara arwah suami saya, kerana mereka hanya berbuat baik pada saya kerana harta yang telah arwah suami saya tinggalkan untuk saya.

Selepas saya menerima balasan dari anda, saya akan memberitahu peguam arwah suami saya di London untuk membantu anda mengeluarkan dana kepada anda. Saya ingin anda menggunakan dana ini untuk membantu mereka yang kurang benasib baik dan membina rumah kebajikan.

Allah S.W.T telah membuka pintu hati saya dan mendorong saya untuk mengambil langkah ini, saya harap anda dapat  meyakinkan saya bahawa anda akan dapat melakukan yang terbaik untuk membantu saya.

Hubungi saya di alamat E-mail saya: (rohayuabdulrazak@yahoo.com)

Semoga Allah merahmati anda. Amin.

Tuesday, May 10, 2011

nasi lemak oh nasi lemak......:)


Ha,,,inilah nasi lemak yang menjadi kontrobesi skarang nie....aku baca kat paper nasi lemak tidak dbnarkan djual dkantin dskolah....konon takut murid2 skolah obesiti or lebih berat badan.Aku tak fikir mcm tu....coz aku dulu hari2 mkn nasi lmak....badan maintain cantik....haha...cuma ader partlah yg terlebih lmak skit.Part mana tu tak blh nak bagitahulah.....Malu....:)Anak buah aku yang berumur 6thn klu balik kg  mmg tak sah klu tak mkn nasi lmak kol 6pg.Aku tgk dia tak derlah obesiti...lagi kurus kering aderlah.
    Cuma satu ajer yg aku prasan bdak2 skolah skarang nie...tak aktif...tu yg sebenarnya menyebabkan obesiti...balik rumah asyik mengadap pc or laptop or ps3.....bila nak kluar peluh.Klu aku budak kg mmg balik skolah tak pernah nak lkat kat rumah....ader jer bnda nak buat.Paling aku suka buat ptg2 g umah kawan2 main lompat tadi.Tu yang aku masa kecik kurus....skarang nie jer ader besar skit coz dah tak larat nak main2 bnda2 tu smua....haha.nak tgk blh...tp seganlah gambar masa kecik comot sgt2...hehe.Tp apa yg pasti walaupon dah bekerja nasi lmak ttp mnjadi pujaan hatiku...walupon bkn setiap hari....Gambar aku dah ambik lama tp tak sempat nak upload kat pc copz bz sgt 2 3 hari lps..Nie sebenarnya org blanja.Aku pau lah aper yg ptt...haha.Kat kdai dah mkn roti canai tp sempat lagi pau nasi lmak utk mkn kat umah.Tamak haloba tol aku.....Apa2 pon thanks pada yg sudi blanja aku...lain kali jgn lupa blanja lagi...k..Oklah aku stop cni dulu....nak balik dah....babai.

Naik....Naik...n Naik....:(

Assalamualaikum.....
Malam td melalui sms fb aku....ader friend fb tulis kat wall esok harga gula naik lagi.Ermm....dulu RM2.10 n m mlm td d umumkn naik RM0.20 plk.So skrang nie harga semasa harga gula ialah RM 2.30.Aduh mkin parah kenaikan haraga barang makanan skarang nie...Sekarang klu beli barang basah kat pasar tak sah klu tak habis RM10 .Klu dulu RM5 pon ckp stok utk 2hr.Skarang nie RM10 tu ckp utk skali mkn.Nie aku yg dok sorg klu yg family n anak ramai mc manalah keadaan erk.Cian erk klu nak makan sure kna catu ler.Dah la 2,3 hari lps harga petrol naik lagi.Ermm...nasiblah aku jenis pantang minuman manis,bkn tak suka langsung tp skali skala tu leh la lyn tak der lah terasa sgt klu gula tu naik harga.Aku beli gula 1kg leh thn sampai 2 3 bln.huhuk.Begitu jgk petrol...aku guna motor company....mmg tak terasa jgklah klu harga petrol tu naik.Asal isi petrol mesti blh claim..Itu jer lah kelebihan aku yg bergaji rendah nie.Klu nak berjimat mcm,2 cara aku buat.Aku nie jenis tak malu skit...kadang2 tu klu duit tu agak2 dah nak kering sngat aku bawak bekal jer...lantaklah org nak kata aper asal duit aku tak kuar sdahlah.btl tak?hehe

http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Kerajaanumumhargagulanaik20senhariini/Article

Klu nak thu ngn lbh lanjut berita tentang kenaikan harga gula leh lah click kat link kat atas nie k.:)]
Oklah itu sahaja utk ari nie.....lain kali saya tulis lagi yer....:)

Monday, May 9, 2011

7 Langkah Bijak Mengurangkan Gula....

Assalamualaikum.....ermmm hari nie baru blh nak updates blog....sbb kerja dah tak der n boss pon dah g kl.So rilexlah aku hari nie.Minggu lps aku ader beli Majalah kesukaan aku tu.Majalah Mingguan Wanita.So, Aku ader terbaca pasal kesihatan.Apa yang aku nak kongsikan kat cni....langkah untuk mengurangkan gula....
Ok.....Langkah 1:
Minumlah air kosong berbanding minuman manis seperti air berkabonat, air sirap dan kordial.
KENAPA???
Air kosong tidak mengandungi gula dan kalori berbanding minuman manis yng lain seperti jadual di bawah.....sori bnyak2 jadual tak blh nak post dalm blog nie lah.....huhu

  • 1 sudu gula membekalkan 20 kilokalori
  • 7 sudu teh gula membekalkan 140 kilokalori.Sekiranya seseornag mengambil 3 tin minuman berkabonat sehari, jumlah kalori adalah bersamaan 420 kilokalori.
  • Jumlah kalori yang terkumpul untuk sebulan adalah 12,600 kilokalori.
  • Jika tidak dgunakan, jumlah lemak yang akan terkumpul daripada badan adalah 1.8 kilogram.Ini belum dtambah dengan pengumpulan lemak daripada makanan yg berminyak, bersantan dan berlemak yg d ambil setiap hari.
  • Untuk membakar 420 kilokalori yang dperolehi daripada 21 sudu teh gula tambahan, seseorang itu perlu berlari atau menaiki tangga selama satu jam, berjoging atau berjalan menaiki bukit selama 1 jam, menari aerobik selama 75 minit,berbasikal selama 105 minit atau melalukan kerja-kerja rumah yg biasa seperti menyapu sampah, membasuh,memasak dan mengemas selama 3jam.

           

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...