KELAB BLOGGER BEN ASHAARI

Followers

Saturday, April 23, 2011

Tak der Mood...:(

Assalamualaikum smua.....
                                     Hari aku btl2 tak der mood nak tlis aper kat blog aku nie.Semlam aku tak updates blog coz aku ader kat kg.Kat kg bukan tak der internet ader tapi aku nak layan internet.Waktu2 emas yg ader ngn family harus dhabis kan dengn begitu baik.Nak buat mcm manakan jarang2 skali leh pulang ke kg biar pon kg ngn tempat kerja aku tu lbh kurang tiga jam klu drive sendiri tp klu naik bas lbhlah skit koz kna tggu bas lagi...hehe.Aku hari nie tak der mood bkn aper tak puas dok kg lagi.InsyaAllah ...mgu dpn balik lagi.Mggu dpn nie cuti 3 hari.Klu luar terengganu 4 hari kot...ermm lagi bestkan....
                                 Best sgt balik kg...pagi jumaat g pasar tani ngn k.long kat Tanah Merah....perghh borong sakan aku.....Siap beli lauk.....hinggalah ke buah-buahan.Ermm...skali-skala mkn belanja ngn mkn ramai2 ngn family mmg best.Tgh k.long masak special kari kepala ikan merah,sayur goreng dr cameron highland,ulam2 dari cameron highland jgk n banyak lagi tp aku lupalah....Ptg pla after asar kumpul ramai2 d anjung rumah mkn kepok lekor + Buah mangga siam+air sirap...ermm...mmg terangaktlah...Lps mkn g join mak n ayah kat kbun....sambil2 pungut buah petola.Aku bawak ke sana 2 3 biji...best buah fresh dari kebun nie.
                                Mlmnyer plk bantai buah durian...mula tu mkn durian jer...past tu ader request nak mkn plut durian plk.Aku bantai plut durian plk utk kali ke-2....ahaks....mmg rase nak terkeluar balik jer mlm td sbb perut full tank sgt2.....nak tak keluar...hahah....Sblm aku balik mak ader wat tapai...Oleh krn semlam makan bnyak sgt tak sempat nak mkn so pagi nie adik aku tapaukan untk aku.And dah mkn 3 bungkus(kecik2 jer bungkusan dia)...best ...manis sgt.Sbb aku nampak banyak aku bawak tok bdak ofis nie skit.Ader lagi skit kat umah...balik nie aku bntailah plk.hehe...Td tel mak aku jap...dia siap tanya dah masak ker blm sayur yang aku bawak tu...aku ckp blm koz tgh td aku msak kat kdai...hehe....Oklah aku ngantuk nie...kan terlebih merapukan plk....hahaha....aku stop cni dulu....klu tak der aper2 hal esok aku upload gambar yer.....babai....wasallam

Thursday, April 21, 2011

Minyak Kelapa Dara





Kebaikan dan Khasiat Minyak Kelapa Dara



Apa sebenarnyer Minyak Kelapa Dara?
  • Minyak Kelapa Dara adalah minyak kelapa yang diproses tanpa penggunaan haba atau kimia dimana struktur asal dalamannya dapat dikekalkan seasli-aslinya. Berbanding dengan minyak kelapa biasa di mana haba dan kimia digunakan sewaktu memproses yang mengakibatkan struktur asal dalamannya berubah membawa kepada kemudaratan apabila manusia memakainya.

Manfaat Minyak Kelapa Dara terhadap kesihatan manusia ~

Kecantikan Luaran
  • Membantu mengurangkan berat badan dengan meningkatkan angka metabolik.
  • Menghasilkan tenaga segera.
  • Jika disapu, ia membantu membentuk hambatan kimia pada kulit untuk mengurangkan infeksi, mencegah garis-garis halus.
  • Mengurangkan gejala psoriasis, eksim dan dermatitis.
  • Melembut dan mengurangkan kekeringan dan kekenduran kulit serta memberi perlindungan dari sinaran ultraviolet.

Kesihatan Dalaman
  • Meningkatkan tenaga dan daya tahan fizikal dan mental.
  • Memperbaiki pencernaan dan penyerapan vitamin-vitamin dan asid amino.
  • Melancarkan sekresi insulin dan pengaliran glukosa darah serta mengurangkan risiko diabetis.
  • Mengurangkan stress pada pancreas dan sistem-sistem enzim dalam tubuh.
  • Meningkatkan penyerapan kalsium dan magnesium untuk tulang dan gigi yang kuat. Ia juga melindungi diri dari serangan osteoprosis.
  • Mencegah risiko sakit jantung.
  • Mencegah atherosclerosis dan strok serta membantu menurunkan tekanan darah tinggi.

Meningkatkan Daya Tahan Tubuh
  • Membantu fungsi sistem daya tahan pada tubuh melindungi tubuh dari kanser payudara, kanser colon dan kanser rahim.
  • Berfungsi sebagai antioksidan, mengurangkan radang kronis.
  • Melindungi tubuh dari radikal bebas yang meningkatkan tahap penuaan dan penyakit degeneratif.
  • Meredakan gejala-gejala yang dihubungkan dengan pembesaran prostate.
  • Mengurangkan tekanan epileptis dan membantu melindungi tubuh kita dari penyakit ginjal dan infeksi pundi kencing.
  • Membantu mencegah sakit liver dan memiliki kandungan kalori yang lebih rendah berbanding lemak-lemak yang lain.

Membunuh Virus, Bakteria dan Kulat.
  • Membunuh virus (yang menyebabkan mononucleosis, influenza, hepatitis C, cacar air dan herpes) bakteria (yang menyebabkan pneumonia, sakit telinga, infeksi kerongkong, gigi berlubang, keracunan makanan, infeksi saluran kencing, meningitis dan gonorrhea) kulat (yang menyebabkan candida, jock itch, kadas dan infeksi yang lain) serta membunuh cacing pita, lice, giardia dan parasit.

Hubungan Suami Isteri
  • Menyegarkan dan merawat sel kulit menjadi lebih tegang (elastik).
  • Memperbaiki kandungan asid dalam rahim dan bertindak sebagai agen pelincir alami (natural).
  • Membunuh kulat, bakteria dan virusatau sakit kulit pada kemaluan (keputihan).
  • Amat baik bagi mengatasi masalah monopos wanita.

kenapa masih musykil lagi.. saya dah cuba, ramai kawan saya dah cuba..


Berminat?.. Boleh buat tempahan terus dengan saya k..
hp : 017-9252773
emel : nieza80my@gmail.com

27 Petua Awet Muda dan Sihat Bertenaga

Wednesday, April 20, 2011

22 Pembelajaran Bermula Di Rumah

22
Posted on Saturday, January 22, 2011 in Tazkirah
Memulakan persekolahan bukan bermakna bermula tarbiah insan kerana pendidikan awal bermula dari rumah, tetapi ia tidak berlanjutan begitu kerana sistem pendidikan rasmi yang menjadualkan setiap orang wajib bersekolah apabila berusia tujuh tahun.
Waktu di rumah walaupun berkualiti tidak mengizinkan proses pembelajaran yang sempurna dan kesibukan ibu bapa terhadap kerjaya memerlukan bantuan serta pengorbanan guru untuk mentarbiahkan anak menjadi insan cemerlang.
Namun, tetap menjadi kewajipan ibu bapa untuk memulakan pendidikan anak dengan memperkenalkan mereka kepada yang Maha Mencipta.
Firman Allah bermaksud: “Bacalah dengan nama Tuhan-Mu yang menjadikan sekalian makhluk. Tuhan yang menjadikan manusia dari segumpal darah. Bacalah dengan nama Tuhan-Mu Yang Maha Pemurah. Tuhan yang mengajar manusia menulis dengan kalam. Tuhan yang mengajar manusia apa yang manusia tidak mengetahuinya.” (Surah al-Alaq : Ayat 1-5)
Jelaslah dalam konteks manusiawi, pendidikan bermula daripada proses penerokaan menggunakan akal disertai asas agama yang kukuh. Antaranya, memulakan proses pencarian ilmu dengan menyebut nama Allah untuk mendapatkan keredhaan dan keberkatan-Nya.
Sesiapa memulakan sesuatu pekerjaan dengan menyebut nama Allah, Insya-Allah akan dapat mengelak dari terpesong daripada matlamat sebenar.
Setiap pelajar mengharapkan kejayaan, malangnya ada yang tidak tahu caranya. Segelintir, menyerahkan bulat-bulat kepada guru untuk dibimbing dan dididik. Apabila berjaya, ibu bapa pula mendabik dada hingga terlupa jasa guru.
Malangnya, apabila tidak lagi menghuni sekolah, anak membawa haluan sendiri, mencorak masa depan sesedap hati, sehingga akhirnya mempertaruhkan ilmu yang diperoleh.
Masih ada ibu bapa yang sedar kepentingan memberi perhatian dan membantu guru memperkasa sekolah serta persatuan, mengambil tahu kegiatan aktiviti anak serta tidak lokek masa menjengok anak di sekolah.
Tentulah anak berasa bangga dan berbesar hati dengan perhatian diberikan ibu bapa, lalu menaruh cita-cita untuk membuktikan kemampuan diri kepada semua.
Manusia tidak boleh diukur dengan fizikal mereka yang serupa untuk menentukan kualiti. Cacat cela zahirnya pula tidak mengesahkan mereka bodoh dan tidak berakhlak.
Itulah susahnya menjadi pendidik yang perkasa di pusat pentarbiahan insan. Mereka mesti melahirkan manusia yang mempunyai mental dan peribadi berkualiti tinggi yang tidak boleh diukur dengan pandangan mata.
Guru yang bakal meneruskan tarbiah kepada anak terdidik dengan permulaan baik tentunya tidak mempunyai masalah kerana cabaran kehidupan sosial semakin meruntun tidak akan menggugat peribadi serta sikap yang baik.
Tambahan pula, mencari ilmu adalah tuntutan besar agama kerana ia aset dan bekalan kepada setiap individu dalam mengharungi kehidupan penuh liku.
Sabda Rasulullah bermaksud: “Sesiapa yang ingin kebahagiaan di dunia, maka perlu berilmu. Sesiapa yang inginkan akhirat, maka perlu dia berilmu. Dan sesiapa yang inginkan dunia dan akhirat, maka perlulah dia berilmu.” (Hadis riwayat Muslim)

Ofisku yg Berselerak....:)

 Nie ruponyer ofis aku sblm aku kmas.Haha....aku pon tak thu knapa dia blh jd mcm nie.Adakah aku mls atau ader org yang buat dia jd begini.Hanya aku n org2 yg kerja kat ofis nie jer yg thu....hehe.
MashaAllah nie ofis ker tempat pelupusan sampah?Sapa nak jawab sila angkat kaki yer.haha


Aku sebenarnya dari tadi rest kmas ofis.Tak larat aku nak kmas smua hari nie ngn habuk pnuh kat tangan.Nie pon dah terbatuk2 dah nie.Aduh kna kemas jgaklah walau mcm mana sakali pon coz big boss aku dari kat KL nak attend meeting minggu dpn nie.huhu.Mals dah aku nak kmas tgh nie.Sambung ptg karang plk lah.Nie pon badan dah berbau masam dah...nak kna balik mandi nie.huhu.Sementara menunggu brader dari Kian Chuen siap service mesin photostart aku taip aper yg ptt utk update aku punya blog.N sementara tak der org kat ofis nie.Ini lah gud time to written too long story but i not have more idea today.So,aku ataip mana yg kuar dr dalm otak aku yg kian membeku nie...ahaks...:)Oklah aku dah tak der apa nak citer dah....aku stop cni dulu len kali aku tulis lagi yer....babai...wasallam.

Tuesday, April 19, 2011

Terkilan sbb Tak Blh upload gmbar lagi......:(

Assalamualaikum.....
     Firstly mmg aku btl2 terkilan coz dah lama aku tak msuk kan gambar bla aku update kau punya blog.Bkn aper nnt bla aderlah org yng minat baca blog aku nie sure tak menarikkan.Inilah kan janji melayu kata nak hantar hari sabtu or ahad tp sampai skarang kad reader tu tak sampai2 lagi kat ofis aku nie.huhu....klu esok or lusa tak sampai jgk kad reader tu ....kna report kat boslah gamaknyer.Itu aje kuasa yang ader pada aku.hehe....Klu tak report tak buat reportlah aku mggu dpn.Dahlah minggu dpn meeting hari selasa.Apasal lah buat awal sagt...buatlah hari khamis ker ok gak....tak derlah aku tergesa2 sgt nak siapkan report.Bahagian aku tak per skit jer yg paling tension bila part engineer aku.Bnyak pulak masalahnyer.Dahlah buat site lwat pah tu bila sampai masa nak print bahagian dia....aduss aku pulak yg kna "print"kan utk dia....tak ker bertambah bebanan kerja aku....pastu nak kena photocopy 15 salinan plk....lth weh berdiri hampir 1 jam nak siapkan photocopy tu....yg tu satu cter.....nak kna ssn cr manual plk.Faha2 jerlah bila kna ssn secara manual itu bermakna aku guna mesin photostart paling tak canggih kat malaysia nie...ahaks(jgn report kat bos aku, aku kutuk dia punya mesin photostart.)hahaha.Bknnyer ader org nak tlg susun.Aku jgk yg nak kan buat ssrg2.Aku mtk kerani sorang lagi....bla lah gamaknyer nak dapat.Cepat2lah skit panggil kerja dah tak larat aku nak buat kerja sorg2 nie...huhuk....Semalam rasa nak pengsan ngn surat menimbun atas meja past tu kejap2 bos panggil nak itulah inilah.....Kesudahannyer longlai aku bla sampai kat umah...aduh penat sey.....
      Oklah setakat ini dulu coretan mgutuk ofis aku.Lain kali aku kutuk lagi.ahaks.....semoga berjumpa lagi dlain coretan....babai....Wasallam.

Monday, April 18, 2011

27 047 : Muhammad

27

047 : Muhammad

Posted on Tuesday, July 27, 2010 in Terjemahan Al-Quran

[1]
Orang-orang yang kafir serta menghalangi (dirinya dan orang lain) dari jalan Allah, Allah sia-siakan segala amal mereka.
[2]
Dan (sebaliknya) orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal yang soleh serta beriman kepada Al-Quran yang diturunkan kepada Nabi Muhammad (s.a.w) – yang ialah kebenaran dari Tuhan mereka, – Allah mengampunkan dosa-dosa mereka, dan menjayakan keadaan mereka (di dunia dan di akhirat).
[3]
Berlakunya yang demikian, kerana sesungguhnya orang-orang yang kafir menurut perkara yang salah, dan sesungguhnya orang-orang yang beriman menurut perkara yang benar dari Tuhan mereka. Demikianlah Allah menerangkan kepada umat manusia akan sifat dan akibat bawaan mereka masing-masing.
[4]
Dengan yang demikian, apabila kamu berjuang menentang orang-orang kafir (dalam peperangan jihad) maka pancunglah lehernya, sehingga apabila kamu dapat membunuh mereka dengan banyaknya (serta mengalahkannya) maka tawanlah (mana-mana yang hidup) dan ikatlah mereka dengan kukuhnya. Setelah selesai pertempuran itu maka (terserahlah kepada kamu) sama ada hendak memberi kebebasan (kepada orang-orang tawanan itu dengan tiada sebarang penebusnya) atau membebaskan mereka dengan mengambil penebusnya. (Bertindaklah demikian terhadap golongan kafir yang menceroboh) sehinggalah berakhir peperangan jihad itu (dan lenyaplah sebab-sebab yang memimbulkannya). Demikianlah (diperintahkan kamu melakukannya). Dan sekiranya Allah menghendaki, tentulah Ia membinasakan mereka (dengan tidak payah kamu memeranginya); tetapi Ia (perintahkan kamu berbuat demikian) kerana hendak menguji kesabaran kamu menentang golongan yang kufur ingkar (yang mencerobohi kamu). Dan orang-orang yang telah berjuang serta gugur syahid pada jalan Allah (mempertahankan ugamanya), maka Allah tidak sekali kali akan mensia-siakan amal-amal mereka.
[5]
Allah akan memimpin mereka yang berjuang (ke jalan mendapat sebaik-baik balasan) dan menjadikan keadaan mereka baik dan berguna (di dunia dan di akhirat)
[6]
Serta memasukkan mereka ke dalam Syurga yang telah dijanjikan dan diterangkan sifat-sifatnya kepada mereka.
[7]
Wahai orang-orang yang beriman, kalau kamu membela (ugama) Allah nescaya Allah membela kamu (untuk mencapai kemenangan) dan meneguhkan tapak pendirian kamu.
[8]
Dan (sebaliknya) orang-orang yang kafir, maka kecelakaanlah bagi mereka, dan (Allah) mensia-siakan amal-amal mereka.
[9]
Berlakunya yang demikian, kerana sesungguhnya mereka tidak menyukai apa yang diturunkan oleh Allah (mengenai ajaran tauhid dan hukum-hukum syarak yang diterangkan di dalam Al-Quran), lalu Allah menggugurkan amal-amal mereka.
[10]
Maka tidakkah mereka telah mengembara di muka bumi, serta mereka memerhatikan bagaimana akibat orang-orang kafir yang terdahulu dari mereka? Allah telah menghancurkan orang-orang itu; dan orang-orang kafir (yang menurut jejak mereka) akan beroleh akibat-akibat buruk yang seperti itu.
[11]
Balasan yang demikian, kerana sesungguhnya Allah menjadi Pelindung orang-orang yang beriman, dan sesungguhnya orang-orang yang kafir: tiada sesiapapun yang dapat memberikan perlindungan kepada mereka.
[12]
Sesungguhnya Allah akan memasukkan orang-orang yang beriman serta mengerjakan amal-amal yang soleh – ke dalam Syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai; dan (sebaliknya) orang-orang yang kafir menikmati kesenangan di dunia serta mereka makan minum sebagaimana binatang-binatang ternak makan minum, sedang nerakalah menjadi tempat tinggal mereka.
[13]
Dan bukan sedikit (penduduk) negeri-negeri yang lebih kuat dari (penduduk) negerimu (wahai Muhammad) yang telah memaksamu keluar (berhijrah) – Kami binasakan mereka, maka tiadalah sesiapa pun yang dapat membela mereka.
[14]
Dengan yang demikian, adakah orang orang (yang beriman dan taat) yang keadaannya sentiasa berdasarkan bukti yang nyata dari Tuhannya: sama seperti orang-orang (yang ingkar – derhaka) yang telah diperhiaskan kepadanya (oleh Syaitan) akan kejahatan amalnya (sehingga dipandangnya baik), dan yang telah menurut hawa nafsunya? (Sudah tentu tidak sama)!
[15]
Sifat Syurga yang telah dijanjikan kepada orang-orang yang bertaqwa (ialah seperti berikut): ada padanya beberapa sungai dari air yang tidak berubah (rasa dan baunya), dan beberapa sungai dari susu yang tidak berubah rasanya, serta beberapa sungai dari arak yang lazat bagi orang-orang yang meminumnya, dan juga beberapa sungai dari madu yang suci bersih. Dan ada pula untuk mereka di sana segala jenis buah-buahan, serta keredaan dari Tuhan mereka. (Adakah orang-orang yang tinggal kekal di dalam Syurga yang sedemikian itu keadaannya) sama seperti orang-orang yang tinggal kekal di dalam neraka dan diberi minum dari air yang menggelegak sehingga menjadikan isi perut mereka hancur? (Sudah tentu tidak sama)!
[16]
Dan di antara mereka (yang hadir di majlismu wahai Muhammad, ialah orang-orang munafik) yang mendengar ajaranmu (dengan sambil lewa), sehingga apabila mereka keluar dari sisimu berkatalah mereka (secara mengejek-ejek) kepada orang-orang yang diberi ilmu (dari kalangan sahabat-sahabatmu yang setia): “Apa yang dikatakan oleh Muhammad tadi?” Mereka (yang munafik) itu ialah orang-orang yang telah dimeteraikan Allah atas hati mereka, dan ialah orang-orang yang menurut hawa nafsunya.
[17]
Dan (sebaliknya) orang-orang yang menerima petunjuk (ke jalan yang benar), Allah menambahi mereka dengan hidayah petunjuk, serta memberi kepada mereka (dorongan) untuk mereka bertaqwa.
[18]
(Kiranya golongan yang ingkar masih tidak mahu menerima peringatan yang diberi kepadanya) maka tidak ada lagi yang mereka tunggu melainkan saat kiamat yang akan datang kepada mereka secara mengejut, kerana sesungguhnya telah lahirlah tanda-tanda kedatangannya. Kalaulah demikian, maka bagaimanakah mereka dapat menerima peringatan yang diberi kepada mereka – apabila saat kiamat itu datang kepada mereka?
[19]
Oleh itu, maka tetapkanlah pengetahuanmu dan keyakinanmu (wahai Muhammad) bahawa sesungguhnya tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Allah, dan mintalah ampun kepadaNya bagi salah silap yang engkau lakukan, dan bagi dosa-dosa orang-orang yang beriman – lelaki dan perempuan; dan (ingatlah), Allah mengetahui akan keadaan gerak-geri kamu (di dunia) dan keadaan penetapan kamu (di akhirat).
[20]
Dan (kerana gemarkan pahala berjuang menegakkan Islam) orang-orang yang beriman berkata: “Alangkah baiknya sekiranya diturunkan satu surah (dari Al-Quran, yang memerintahkan kami berjuang)?” Maka apabila diturunkan satu surah (dari Al-Quran) yang tegas keterangannya dan tersebut padanya hukum-hukum yang mewajibkan perang Jihad (menentang pencerobohan musuh), sudah tentu engkau akan melihat orang-orang yang ada penyakit (kufur) dalam hatinya memandang kepadamu dengan terbeliak matanya kerana gerun takut menghadapi mati; dengan yang demikian, maka kebinasaanlah lebih hampir kepada mereka.
[21]
(Mereka selalu berkata: “Pendirian kami) mematuhi perintah dan memperkatakan perkataan yang baik (yang diredhai Allah)”. Dalam pada itu, apabila perkara (peperangan Jihad) itu ditetapkan wajibnya, (mereka tidak menyukainya); maka kalaulah mereka bersifat jujur kepada Allah (dengan mematuhi perintahNya), tentulah yang demikian itu amat baik bagi mereka.
[22]
(Kalau kamu tidak mematuhi perintah) maka tidakkah kamu harus dibimbang dan dikhuatirkan – jika kamu dapat memegang kuasa – kamu akan melakukan kerosakan di muka bumi, dan memutuskan hubungan silaturrahim dengan kaum kerabat?
[23]
(Orang-orang yang melakukan perkara yang tersebut) merekalah yang dilaknat oleh Allah serta ditulikan pendengaran mereka, dan dibutakan penglihatannya
[24]
(Setelah diterangkan yang demikian) maka adakah mereka sengaja tidak berusaha memahami serta memikirkan isi Al-Quran? Atau telah ada di atas hati mereka kunci penutup (yang menghalangnya daripada menerima ajaran Al-Quran)?
[25]
Sesungguhnya orang-orang yang telah berbalik kepada keingkaran mereka sesudah terang nyata kepada mereka kebenaran petunjuk (yang dikemukakan kepadanya), Syaitanlah yang memperdayakan mereka (berlaku demikian), serta memanjangkan angan-angan mereka.
[26]
Berlakunya yang demikian ialah: kerana mereka berkata kepada orang-orang yang tidak menyukai perkara yang diturunkan oleh Allah: “Kami akan patuh kepada kamu pada setengah perkara (yang berhubung dengan menentang Muhammad dan pengikutnya) itu”; sedang Allah mengetahui segala (perkataan dan perbuatan) yang mereka sembunyikan.
[27]
(Kalaulah mereka terlepas sekarang dari bencana kejahatan mereka) maka bagaimanakah (mereka dapat menolak azab seksa) apabila malaikat mengambil nyawa mereka sambil memukul muka dan punggung mereka?
[28]
(Kematian mereka dalam keadaan yang buruk) itu, kerana mereka menurut (serta melakukan) perkara-perkara yang menyebabkan kemurkaan Allah, dan mereka pula membenci perkara-perkara yang diredhaiNya; oleh itu, Allah gugurkan amal-amal mereka (yang baik, yang pernah mereka lakukan).
[29]
Patutkah orang-orang (munafik) yang ada penyakit (syak, ragu-ragu) dalam hatinya: menyangka bahawa Allah tidak sekali-kali akan mendedahkan perasaan dendam dan hasad dengki mereka (terhadap Nabi Muhammad s.a.w dan umatnya)?
[30]
Dan sekiranya Kami kehendaki, tentulah Kami akan memperkenalkan mereka kepadamu (wahai Muhammad), lalu engkau tetap mengenalinya dengan tanda-tanda (yang menjadi sifat) mereka; dan demi sesungguhnya, engkau akan mengenali mereka dari gaya dan tutur katanya. Dan (ingatlah kamu masing-masing), Allah mengetahui segala yang kamu lakukan.
[31]
Dan demi sesungguhnya! Kami tetap menguji kamu (wahai orang-orang yang mengaku beriman) sehingga ternyata pengetahuan Kami tentang adanya orang-orang yang berjuang dari kalangan kamu dan orang-orang yang sabar (dalam menjalankan perintah Kami); dan (sehingga) Kami dapat mengesahkan (benar atau tidaknya) berita-berita tentang keadaan kamu.
[32]
Sesungguhnya orang-orang yang kafir dan menghalangi (dirinya dan orang lain) dari jalan Allah, serta mereka memusuhi Rasul Allah setelah ternyata kepada mereka kebenaran petunjuk (yang dibawanya), mereka tidak sekali-kali akan dapat mendatangkan mudarat kepada Allah sedikitpun, dan (sebaliknya) Allah akan menghampakan perbuatan dan amal-amal mereka.
[33]
Wahai orang-orang yang beriman! Taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kepada Rasul Allah, dan janganlah kamu batalkan amal-amal kamu!
[34]
Sesungguhnya orang-orang yang kafir dan menghalangi (dirinya dan orang lain) dari jalan Allah, kemudian mereka mati dengan keadaan kafirnya, maka Allah tidak sekali-kali akan mengampunkan mereka.
[35]
(Apabila kamu telah mengetahui bahawa orang-orang kafir itu dihampakan amalnya dan diseksa oleh Allah) maka janganlah kamu (wahai orang-orang yang beriman) merasa lemah dan mengajak (musuh yang menceroboh) untuk berdamai, padahal kamulah orang-orang yang tertinggi keadaannya, lagi pula Allah bersama-sama kamu (untuk membela kamu mencapai kemenangan), dan Ia tidak sekali-kali akan mengurangi (pahala) amal-amal kamu.
[36]
(Ingatlah) bahawa kehidupan dunia (yang tidak berdasarkan iman dan taqwa) hanyalah ibarat permainan dan hiburan; dan jika kamu beriman serta bertaqwa, Allah akan memberikan kamu pahala amal kamu, dan Ia tidak meminta kepada kamu harta benda kamu (melainkan untuk memberikan kamu barang yang lebih baik daripadanya).
[37]
(Tabiat kamu wahai manusia) jika Tuhan meminta kepada kamu harta benda kamu serta mendesak kamu memberikanNya, nescaya kamu akan berlaku bakhil kedekut, dan kebakhilan itu akan melahirkan kemarahan dan kebencian kamu.
[38]
(Ingatlah), kamu ini adalah orang-orang yang bertabiat demikian – kamu diseru supaya menderma dan membelanjakan sedikit dari harta benda kamu pada jalan Allah, maka ada di antara kamu yang berlaku bakhil, padahal sesiapa yang berlaku bakhil maka sesungguhnya ia hanyalah berlaku bakhil kepada dirinya sendiri. Dan (ingatlah) Allah Maha kaya (tidak berhajat kepada sesuatupun), sedang kamu semua orang-orang miskin (yang sentiasa berhajat kepadaNya dalam segala hal). Dan jika kamu berpaling (daripada beriman, bertaqwa dan berderma) Ia akan menggantikan kamu dengan kaum yang lain; setelah itu mereka tidak akan berkeadaan seperti kamu.

Sunday, April 17, 2011

catatan untuk menghilangkan boring...:)

Assalamualaikum......
dah lama benar aku rasa tak menulis kat blog nie.Yg ader tu aku copy paste org punya jer.hehe.Aku sebenarnya boring nie tunggu bos aku sign gaji yg dari smlm lagi siap tapi tak kunjung tiba pon.Mana dia menghilang pon aku tak thulah.Dia tu suka sgt menghilang tanpa beita.Thu2 ader jer dalam ofis nie.huhu.Pelik jgk aku mcm nie.Klu mcm nie lah slalu gamaknyer sampai ke thu dpn projek nie tak blh serah.Asyik hilang jer memanjang.Sampai aku yg kerja cni dah nak msuk 2thn pon tak tension tahap gaban dah.Aku kadang2 dah lali dah ngn perangai dia.Malas aku nak cr dia kat mana.Biarlah dia muncul sendiri kat site nie.Kan aku aku cr tak pasal2 plk aku yg kna fire ngn dia.huhuk
Sambil2 jaga ofis nie takut lari...ahaks....aku pn ambik kesempatan nie untuk update aku punya blog.Aku igt nak msukkan gambar kat blog nie tp kad reader tak der org pinjam.Dia ckp nak hantar ari nie tp tak der pon sampai tuan dia.huhu......So aku tulis ajerlah luahan hati aku kat cnie.Aper lagi aku nak tulis nie.....come please....macam mana idea nak datang klu kat luar tu bising ngn bunyi bachoe tgh korek jalan..pastu satu lagi punca idea tak der ialah perut ku dah lapar.Td tak lapar lagi....bila dah masuk ofis mula lah nak bekeroncong....pelik tol aku punya perut nie.aper masalah dia pon aku tak thu lah...haha....oklah seblm aku mengundur diri...sudi2lah slalu menjenguk aku punya blog...walaupon tak menarik....buat2lah mcm manarik jer....haha....babai.....wasallam.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...