KELAB BLOGGER BEN ASHAARI

Followers

Saturday, April 9, 2011

OLE2 KENDURI KAHWIN KAK INA......

 Sebenarnya ni ole2 masa kenduri kahwin k.ina tempoh hari.Ole2 nie dah lama aku mabik gambar dia.Tp luapa nak msukkan kat blog....sori yer.
Aku dapat 2 paper bag lagi....Special guest katakan.hehe
Kat dalam paper beg tu ader bnda yg sama jer....ader jajan n towel kecik jer.First paper beg dapat masa kitaorg ambik makanan.Klu org kg dpt dalm plastic bag jer.Tp oleh krn akami kawan baik dia kami dapat paper bag.Terharu sgt.Secondnyer plak kami dapat sblm k.ina nak g bersanding. Mula2 tu igt dapt satu jer paper bag.Aku dah berangan dah nak yg cantik dalam rumah tu.Alhamdulillah...angan2 ku itu di makbulkan.....hehe .Dia tkut kami tak sempat jumpa dia dia trus bagi yg special nie utk kami berempat.Mmg dia tak sempat pn lyn kami....hehe....Apa2 pn thank a lot to k.ina coz lyn kami ngn baik.Wlaupon sibuk nak sanding still leh lyn kerenah kami lagi.Semoga k.ina bahagia skarang...amin

Thursday, April 7, 2011

07 April 2011

Assalamualaikum
Ptg nie aku mls nak wat kerja koz aku tak der mood n mengantuk.Lagipon aku tgh bengang nie sapa yg pedajal motor aku ptg td.Smpai berpeluh2 aku nak balik rehat.Macm2 perasaan ader.Nak marah,nak maki hamun smua ader.Eii....geram btul aku.Oleh krn mood aku dah hilang ptg nie aku pon lyn internet jer lah.huhu.Sementara cukup masa utk balik aku gatal2kan tangan utk menaip kat blog aku nie.Aku sendiri tak thu aper yg aku nak tlis sebenarnya.Aku main taip jer aper yg ader and keluar kat fikiran aku nie.Klu aku merapu skit2 tu harap maklumlah.Hehe...biasalah kan...otak tgh blur nie....tambah2 esok cuti hari jumaat n tak balik kg...beginilah jadinyer.Oklah sblm aku melalut ngn lbh panjang lagi baik aku undur diri dlu.Nak berkemas nak balik rmah dah.Tak sanggup dok lama2 kat ofis nie.Sakit kepala aku dbuatnyer.Oklah...babai...

Maksud Bacaan Di Dalam Solat


Posted on Wednesday, April 6, 2011 in Islamik
Doa Iftitah
Allah Maha Besar sebesar-besarnya. Dan puji-pujian bagi Allah sebanyak-banyaknya. Dan maha suci Allah siang dan malam. Kuhadapkan mukaku, kepada yang menjadikan langit dan bumi, aku cenderung lagi berserah kepada Allah dan bukanlah aku dari golongan orang-orang yang menyekutukan Allah. Sesungguhnya sembahyangku, ibadatku, hidupku dan matiku kuserahkan hanya pada Allah tuhan seru sekelian alam. Sekali-kali tidaklah aku menyekutukanNya . Dan dengan demikian aku ditugaskan, dan aku adalah dari golongan orang-orang Muslim (Islam).
Bacaan Ketika Rukuk
Maha Suci TuhanKu Yang Maha Mulia dan dengan segala puji-pujiannya.
Bacaan Ketika Bangun Dari Rukuk
Allah mendengar pujian orang yang memujinya.
Bacaan Ketika Iktidal
Wahai Tuhan kami, bagi Engkaulah segala pujian.
Bacaan Ketika Sujud
Maha suci TuhanKu yang Maha Tinggi dan dengan segala puji-pujiannya.
Bacaan Ketika Duduk Di Antara Dua Sujud
Ya Allah, ampunilah daku, Rahmatilah daku, Kayakan daku, Angkatlah darjatku, Rezekikan daku, Berilah aku hidayah, Sihatkanlah daku dan Maafkanlah akan daku.
Bacaan Ketika Tahiyat Awal
Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah. Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta keberkatannya. Sejahtera ke atas kami dan atas hamba-hamba Allah yang soleh. Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah. Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad.
Bacaan Ketika Tahiyat Akhir
Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah. Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta keberkatannya. Sejahtera ke atas kami dan atas hamba-hamba Allah yang soleh. Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah. Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad dan ke atas keluarganya. Sebagaimana Engkau selawatkan ke atas Ibrahim dan atas keluarga Ibrahim. Berkatilah ke atas Muhammad dan atas keluarganya sebagaimana Engkau berkati ke atas Ibrahim dan atas keluarga Ibrahim di dalam alam ini. Sesungguhnya Engkau Maha Terpuji lagi Maha Agung. Selamat sejahtera dan rahmat Allah ke atas kamu. Selamat sejahtera dan rahmat Allah ke atas kamu.
Doa Qunut
Ya Allah, berilah aku petunjuk sebagaimana orang-orang yang telah Engkau tunjuki. Sejahterakanlah aku sebagaimana orang-orang yang telah Engkau sejahterakan. Pimpinlah aku sebagaimana orang-orang yang telah Engkau pimpin. Berkatilah hendaknya untukku apa-pa yang telah Engkau berikan padaku. Jauhkanlah aku daripada segala kejahatan yang telah Engkau tetapkan. Sesungguhnya hanya Engkau sahajalah yang menetapkan, dan tidak sesiapapun yang berkuasa menetapkan sesuatu selain daripada Engkau. Sesungguhnya tidak terhina orang yang memperolehi pimpinanMu. Dan tidak mulia orang-orang yang Engkau musuhi. Telah memberi berkat Engkau, ya Tuhan kami dan maha tinggi Engkau. Hanya untuk Engkau sahajalah segala macam puji terhadap apa-apa yang telah Engkau tetapkan. Dan aku minta ampun dan bertaubat kepada Engkau. Dan Allah rahmatilah Muhammad, Nabi yang ummi dan sejahtera keatas keluarganya dan sahabat-sahabatnya.

093 : Ad-Dhuha


Posted on Wednesday, July 28, 2010 in Terjemahan Al-Quran
[1]
Demi waktu dhuha,
[2]
Dan malam apabila ia sunyi-sepi -
[3]
(Bahawa) Tuhanmu (wahai Muhammad) tidak meninggalkanmu, dan Ia tidak benci (kepadamu, sebagaimana yang dituduh oleh kaum musyrik).
[4]
Dan sesungguhnya kesudahan keaadaanmu adalah lebih baik bagimu daripada permulaannya.
[5]
Dan sesungguhnya Tuhanmu akan memberikanmu (kejayaan dan kebahagiaan di dunia dan di akhirat) sehingga engkau reda – berpuas hati.
[6]
Bukankah dia mendapati engkau yatim piatu, lalu la memberikan perlindungan?
[7]
Dan didapatiNya engkau mencari-cari (jalan yang benar), lalu Ia memberikan hidayah petunjuk (dengan wahyu – Al-Quran)?
[8]
Dan didapatiNya engkau miskin, lalu Ia memberikan kekayaan?
[9]
Oleh itu, adapun anak yatim maka janganlah engkau berlaku kasar terhadapnya,
[10]
Adapun orang yang meminta (bantuan pimpinan) maka janganlah engkau tengking herdik;
[11]
Adapun nikmat Tuhanmu, maka hendaklah engkau sebut-sebutkan (dan zahirkan) sebagai bersyukur kepadaNya.

Tuesday, April 5, 2011

05 Mac 2011

assalamualaikum....
Dah lama benar aku tak menulis kat blog aku nie....yg ader tu aku cuma copy n paste dari Taman Abadi jer.Harapa Taman Abadi tak marah sy copy dia punya.Bukan aper just nak share bnda yang baik jer.InsyaAllah.Sebenarnya kau tak tahu aper nak tulis kat cni.heheHari nie aku rasa mcm free skit so aku ambil kesempatan nie nak meluahkan isi hati aku walaupon tak der yg yg membacanya.hihik.N before my bos come i should finish my writting.Aku sebenarnya bengang ngn bos aku nie....kerja aku bnyak tertangguh.Dia asyik ngn kerja luar dia jer...samapi aku nak srh tandatangan org hantar claim pn tak sempat.aper yg di busykan kan pon aku tak tahu.Bila projek nak siap mcm nie klu asyik ke hulu-ke hilir tanpa arah tujuan.Apa salahnyer klu shari dok kat ofis settlekan dulu aper yg patt tak derlah banyak sgt kerja yg terbengkalai.Nie tak janji nak buat itu ini tp sampai skarang satu hasil pn aku tak nampak lagi.Yg aku nampak masa banyak dbuang dng kerja2 dia yg tak berfaedah tu.Dah 2 mlm aku wat ot igt nak jumpa dia nak srh sign claim.Ermm...dua mlm jgklah dia tak masuk ofis.Hangin jer aku.Nak buat mcm mana dia bos aku kuli jer.Sabar jer lah.yg pnting kerja yang ptt aku settle kau dah settlekan.Lagi bagus mls aku nak lyn org yg nak kna ikut ckp dia jer.Ckap org langsung tak nak dgr...huhuk..Oklah cukup setakat ini dulu coretan aku kat blog kali nie.Lain kali aku sambung lagi.babai.


Sunday, April 3, 2011

Kriteria Lelaki Yang Paling Ideal


Islam juga memberi panduan kepada kaum wanita dalam memilih bakal suami mereka. Hal ini disebabkan aspek memilih jodoh bukanlah perkara yang boleh dipandang mudah. Ia tidak boleh dilakukan dengan terburu-buru atau tanpa penilitian yang mendalam. Ini disebabkan perkahwinan melibatkan soal kehidupan, zuriat, hak, tanggungjawab dan kasih sayang yang bakal kita jalani bersama dengan pasangan.
Lebih-lebih lagi bagi seorang wanita, ia perlu menyelidik terlebih dahulu latar belakang bakal suaminya dari segi akhlak serta penghayatan agamanya. Ini kerana menurut kajian, kaum wanitalah yang paling teruk menerima kesan buruk apabila suami mengabaikan hak isteri, tidak mempergauli isteri dengan baik, curang, tidak melaksanakan tanggungjawab terhadap keluarga dan sebagainya.
Adalah menjadi kewajipan ibu bapa memberikan panduan yang baik bagi anak-anak perempuan mereka mencari bakal suami dari kalangan lelaki yang berakhlak tinggi dan taat pada ajaran agama. Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Jika seorang lelaki datang untuk meminang anak perempuan kamu dan kamu redha (berpuas hati) tentang agama dan akhlaknya, maka nikahkanlah dia (dengan anak perempuan kamu). Jika hal itu tidak kamu lakukan, akan berlakulah fitnah di muka bumi dan kerosakan yang besar”.
Sesungguhnya sifat-sifat inilah (baik akhlak dan agama) yang mesti dijadikan kriteria utama di dalam memilih bakal suami sebelum dilihat atau dipilih pada sudut harta, pangkat dan kedudukan lelaki tersebut. Lelaki yang sederhana kehidupannnya tetapi berakhlak mulia serta taat melaksanakan segala perintah Allah SWT dan rasul-Nya itulah sebenarnya seorang yang kaya, sebaliknya lelaki fasik (ingkar kepada suruhan Allah SWT ) walaupun hidup kaya raya, hakikatnya ia adalah miskin.
Mengapa demikian? Kerana kefasikan hidup akan melesapkan harta kekayaan melalui aktiviti perjudian, minuman keras, berkunjung ke tempat-tempat maksiat, berfoya-foya dan sebagainya. Hak-hak isteri dengan sendirinya hilang dan terabai. Isteri hidup dalam tekanan perasaan kerana tanggungjawab terhadap keluarga dan anak-anak dilupakan. Inilah yang dimaksudkan oleh Rasulullah SAW dalam hadis di atas sebagai “fitnah di muka bumi dan kerosakan yang besar”.
Suami yang hidup dalam kefasikan bermakna mengundang murka Allah SWT. Jika Allah SWT sudah murka, bagaimanakah rahmat dan keberkatan hidup berumahtangga akan dapat dinikmati?
Diriwayatkan dalam sebuah kisah, seorang lelaki datang menemui Hasan bin Ali RA (cucu Rasulullah SAW) untuk meminta nasihat. Katanya, “Anak perempuanku dipinang oleh beberapa orang lelaki. Dengan lelaki yang bagaimanakah yang layak dikahwinkan dengan puteriku?” Hasan menjawab, “Kahwinkanlah dia dengan lelaki yang bertakwa kepada Allah, kerana jika ia menyukai isterinya ia pasti mengasihinya, tetapi jika ia tidak menyukai isterinya pasti ia tidak akan berlaku zalim terhadapnya (tetap menghormati isterinya)”.
Prof. Dr. Miqdad Yaljan dalam bukunya bertajuk “al-Bayt al-Islami Kama Yanbaghi An Yakun” menulis: Soal perkahwinan adalah persoalan hidup keseluruhannya. Lebih-lebih lagi kaum wanita dalam membuat penelitian terhadap bakal suami. Ini kerana kuasa talak terletak di tangan suami mereka.
Menurut beliau lagi, sekiranya perceraian berlaku, ia akan lebih mendatangkan kemudaratan kepada wanita berbanding lelaki sama ada dari sudut sosial, psikologi dan ekonomi. Tambahan lagi pandangan negatif sesetengah masyarakat kepada wanita bergelar janda menambahkan lagi tekanan perasaan mereka. Malah perasaan malu akibat perceraian lebih dirasai oleh golongan wanita berbanding lelaki.
Rasulullah SAW juga amat benci kepada mana-mana bapa (atau wali) yang mengahwinkan anak perempuan mereka dengan lelaki yang fasik. Baginda mengingatkan dalam sabdanya yang bermaksud: “Sesiapa yang menikahkan anak perempuannya dengan lelaki fasiq bererti ia telah memutuskan hubungan silaturrahim dengan anaknya sendiri”.
Lihatlah betapa tegasnya Rasulullah SAW dalam menggesa para ibu bapa agar mengahwinkan anak perempuan mereka dengan lelaki yang beriman dan menjauhi dari mengahwinkannya dengan lelaki yang fasik.
Apakah fitnah atau malapetaka yang lebih besar selain daripada menikahkan anak-anak yang berjiwa bersih, berperibadi mulia dan taat menjalankan suruhan agama dengan lelaki yang tidak menghiraukan perintah Allah SWT dan bergelumang pula dengan maksiat?
Kita melihat bahawa berapa ramai anak-anak perempuan yang ketika berada di bawah naungan keluarganya tidak pernah melakukan maksiat, tetapi apabila berkahwin dengan lelaki fasik, mereka terus hanyut dalam arus maksiat yang diterajui oleh suami mereka sendiri.
Gadis yang pada mulanya berperibadi mulia, akhirnya terseret jauh oleh kesesatan suaminya. Memakai pakaian yang mendedahkan aurat, meninggalkan solat dan bentuk-bentuk ibadah lainnya. Semua ini jelas merupakan kerugian yang nyata sekali bagi dirinya.
Oleh sebab itu, amat wajarlah Rasulullah SAW menghukum mana-mana bapa atau wali yang mengahwinkan anak perempuan mereka dengan lelaki yang fasik, yang seolah-olah dia memutuskan hubungan silaturrahim dengan anak perempuannya sendiri.
Kesimpulannya, kaum wanita perlu lebih teliti dan berhati-hati dalam soal pemilihan jodoh. Ini kerana perkahwinan bukanlah kontrak perniagaan yang berorientasikan keuntungan semata-mata, tetapi ia merupakan “ikatan sosial” yang merangkumi pelbagai aspek kemanusiaan seperti pertalian jiwa, kasih sayang, ketenangan hati, tuntutan biologi, nasab keturunan, hak, tanggungjawab, toleransi dan sebagainya.
Hayatilah firman Allah SWT yang bermaksud: “Dan kahwinkanlah orang-orang bujang (lelaki dan perempuan) dari kalangan kamu, dan orang-orang yang soleh dari hamba-hamba kamu, lelaki mahupun perempuan. Jika mereka miskin, Allah akan memberikan kekayaan kepada mereka dengan limpah kurniaan-Nya, kerana Allah Maha Luas rahmat-Nya lagi Maha Mengetahui”. (an-Nur: 32).

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...